wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

CTU152: Latihan 2

Total questions: 30

Worksheet time: 23mins

Name
Class
Date
1.

Manakah antara berikut BUKAN aspek pembentukan akhlak dalam diri manusia?

a)

Agama

b)

Peraturan

c)

Perkauman

d)

Adat resam

2.

Berikut merupakan elemen yang wujud pada era kolonial KECUALI:

a)

Etos

b)

Etika

c)

Etiket

d)

Estetika

3.

Manakah antara berikut BUKAN ciri-ciri akhlak?

a)

Mementingkan nilai keadilan

b)

Matlamat menghalalkan cara

c)

Mencakupi suruhan dan larangan

d)

Bersifat sederhana dan seimbang

4.
  • * Tidak mengira bangsa dan keturunan

  • * Tidak terbatas dengan sempadan geografi dan masa

Manakah antara berikut BENAR berkaitan etika Islam berdasarkan pernyataan di atas?

a)

Universal

b)

Fleksibel

c)

Rabbani

d)

Syumul

5.

Manakah antara berikut berkaitan adat majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong (YDPA)?

a)

Adat resam

b)

Adat istiadat

c)

Adat perpatih

d)

Adat temenggungn

6.

Islam berjaya membina sebuah tamadun yang bersepadu.

Manakah antara berikut TEPAT berkaitan pernyataan di atas?

a)

Membina peradaban yang seimbang

b)

Mewujudkan sistem politik yang teratur dan adil

c)

Membina masjid menjadi tempat tumpuan masyarakat

d)

Membangun bandar yang sistematik sebagai pusat kemasyarakatan

7.

Manakah antara berikut pengaruh positif peradaban barat yang dipraktikkan di Malaysia?

a)

Hedonisme dalam aktiviti sosial

b)

Sekular dalam beragama

c)

Kapitalis dalam ekonomi

d)

Demokrasi dalam politik

8.

Pilih strategi yang TEPAT dalam memulihkan penghayatan etika dan peradaban sesebuah negara.

i - Menerapkan elemen pembangunan modal insan

ii - Memartabatkan budaya ilmu, akhlak dan integriti

iii - Memupuk kesepaduan sosial dalam kalangan masyarakat

iv - Mempromosikan sekularisasi dan liberalisasi tanpa sekatan

a)

i, ii dan iii

b)

i, ii dan iv

c)

ii, iii dan iv

d)

Semua di atas

9.

Manakah antara berikut TIDAK BENAR berkenaan kesan penghayatan tauhid terhadap keharmonian sosial?

a)

Mengelakkan konflik dan perselisihan

b)

Menekankan persamaan dan keadilan

c)

Menolak segala bentuk kerjasama sosial

d)

Mengutamakan semua kaum dan agama

10.

Mengapa syariah penting kepada pembinaan peradaban?

a)

Memfokus peraturan berpandukan sumber sekunder

b)

melaksanakan perundangan mutlak bersifat diktator

c)

Memperluas sandaran akal tanpa sebarang sekatan

d)

Mengawasi setiap tingkah laku baik dan buruk

11.

Berikut merupakan perbezaan di antara akhlak dan etika KECUALI:

a)

Akhlak bersumberkan wahyu sementara etika bersumberkan pemikiran

b)

Akhlak membentuk peribadi manakala etika membentuk masyarakat

c)

Akhlak mempunyai skop yang luas sementara etika terhad

d)

Akhlak bersifat tetap manakala etika berubah-ubah

12.

Mengapa manusia sangat memerlukan agama dalam kehidupan?

i - Agama bertepatan dengan fitrah semula jadi manusia

ii - Manusia umunya jahil dalam memaknai kehidupan duniawi

iii - Kecenderungan manusia terhadap peraturan dan undang-undang

iv - manusia perlu membina kekuatan fizikal yang mampu bekerja dan berdikari

a)

i, ii dan iii

b)

i, ii dan iv

c)

i, iii dan iv

d)

ii, iii dan iv

13.

Manakah antara berikut formula UTAMA kepada kecemerlangan tamadun Islam yang dipelopori oleh generasi para sahabat Rasulullah SAW?

a)

Falsafah silam sebagai model pemikiran masa kini

b)

Kebijaksanaan akal sebagai sumber utama pembentukan etika

c)

Urusan dunia sebagai matlamat dam setiap usaha dan tindakan

d)

Al-Quran dan hadis sebagai rujukan dan panduan utama kehidupan

14.

Mengapa ilmu merupakan amalan yang memberi pahala berterusan kepada penyampainya?

a)

Mampu meningkatkan publisiti

b)

Menentukan kesahihan amalan

c)

Menjamin keadilan serta menghapus kezaliman

d)

Merubah status kehidupan dalam masyarakat

15.

Manakah antara berikut PALING TEPAT mengenai matlamat manusia menuntut ilmu?

a)

Menyahut seruan kerajaan dalam memartabatkan pendidikan

b)

Mengubah status diri dalam masyarakat

c)

Beramal dengan ilmu yang dipelajari

d)

Membudayakan perdebatan ilmiah

16.

Manakah antara berikut merupakan sumber ilmu menurut perspektif Islam?

i - Akal

ii - Ilham

iii - Al-Sunnah

iv - Pancaindera

a)

i, ii dan iii

b)

i, ii dan iv

c)

ii, iii dan iv

d)

Semua di atas

17.

Apakah tujuan UTAMA penciptaan manusia di atas muka bumi?

a)

Menambah keturunan manusia

b)

Menjadi pewaris Nabi Adam AS

c)

Mnikmati keindahan alam ciptaan Allah SWT

d)

Menjadi hamba yang beribadah kepada Allah SWT

18.

Manakah istilah berikut merujuk kepada makna yang sama dengan kalimah ruh?

a)

Al-nafs

b)

Al-insan

c)

Al-amin

d)

Al-qudus

19.

Manakah antara berikut PALING TEPAT merujuk kepada prinsip al-Musawah dalam konteks hubungan sosial?

a)

Hanya bangsa tertentu sahaja berhak mendapat keadilan

b)

Perlu mentaati pemimpin yang menepati citarasa peribadi

c)

Menggunakan dana awam untuk kepentingan kekeluargaan

d)

Setiap individu mempunyai hak yang sama dalam masyarakat

20.

Berikut merupakan perlaksanaan prinsip al-Musawah dalam perkahwinan menurut Islam KECUALI:

a)

Suami dan isteri mempunyai hak pewarisan pusaka

b)

Hak penjagaan anak bersama selepas penceraian

c)

Setiap manusia mempunyai hak dalam memilih pasangan hidup

d)

Wanita lebih berhak menentukan tarikh perkahwinan berbanding lelaki

21.

Pilih pernyataan yang BENAR berkaitan konsep perpaduan dalam Islam.

a)

Berasaskan persaudaraan dan keadilan

b)

Menekankan perbezaan antara kaum dan budaya

c)

Hanya melibatkan hubungan antara individu dalam keluarga

d)

Boleh dicapai melalui pengasingan masyarakat berdasarkan etnik

22.

Apakah prinsip UTAMA yang mengukuhkan perpaduan dalam kalangan umat Islam di Malaysia?

a)

Kepatuhan kepada akhlak dan peraturan Islam

b)

Pengekalan jurang sosial antara golongan kaya dan miskin

c)

Mengutamakan kepentingan mukminin berbanding muslimin

d)

Penekanan kepada kelebihan individu berbanding masyarakat

23.

Apakah konsep UTAMA hak asasi manusia menurut perspektif Islam?

i - Menghapuskan hak asasi manusia sepenuhnya

ii - Menekankan kesamaan antara hak individu dan Tuhan

iii - Mengiktiraf hak kepada semua manusia tanpa diskriminasi

iv - Hak asasi dalam Islam berpandukan kepada undang-undang syariah

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

24.

Apakah maksud ilmu dari perspektif Islam menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas?

a)

Ketibaan seseorang kepada Tuhan sebagai pencipta ilmu

b)

Ketibaan kebenaran mutlak melalui pengalaman peribadi

c)

Ketibaan makna sesuatu ke dalam diri seseorang

d)

Ketibaan kebenaran yang boleh dibuktikan

25.

Bagaimanakah wahyu berfungsi sebagai sumber keilmuan dalam aspek spiritual dan rohani?

a)

Menyampaikan maklumat yang tepat melalui pemerhatian dan pengalaman

b)

Membentuk peribadi yang baik bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT

c)

Mengembangkan sains dan teknologi berpandukan logik akal

d)

Menggalakkan kebebasan berfikir dan membuat keputusan

26.

Manakah antara berikut TIDAK BENAR berkaitan perlaksanaan ilmu fardu kifayah dalam peradaban?

a)

Perkembangan inovasi

b)

Pembangunan ekonomi

c)

Kewajipan menuntut ilmu

d)

Kemajuan sektor pertanian

27.

Bagaimanakah konsep ta'lim berperanan dalam pendidikan Islam?

a)

Pemindahan ilmu bagi merealisasikan tugas manusia sebagai khalifah

b)

Usaha untuk memastikan manusia menjadi makhluk paling hebat

c)

Proses pembelajaran ilmu duniawi tanpa kaitan dengan agama

d)

Kaedah untuk membezakan tahap intelektual antara generasi

28.

Mafhum firman Allah SWT: "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu..." (Al-Hujurat: 13)

Apakah konsep masyarakat kepelbagaian menurut Islam berdasarkan maksud ayat di atas?

a)

Kepelbagaian bangsa sebagai faktor persaingan sihat antara manusia

b)

Kemuliaan seseorang diukur berdasarkan kepada bangsa dan keturunan

c)

Kepelbagaian etnik memberi kesan buruk terhadap kehidupan bermasyarakat

d)

Kepelbagaian masyarakat bertujuan untuk saling mengenali sesama manusia

29.

Berikut merupakan kesan ekstremisme agama terhadap keharmonan masyarakat KECUALI:

i - Menarik minat pelabur

ii - Menjejaskan perpaduan antara kaum

iii - Membantu memperkukuhkan identiti agama

iv - Menggalakkan dialog antara agama secara sihat

a)

iii dan iv

b)

ii dan iv

c)

i, iii dan iv

d)

ii, iii dan iv

30.

Manakah antara berikut merupakan gagasan pemupukan perpaduan kaum yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia?

i - Keluarga Malaysia

ii - 1 Malaysia

iii - Malaysia Madani

iv - Malaysia Pertiwi

a)

i, ii dan iii

b)

i, iii dan iv

c)

ii, iii dan iv

d)

Semua di atas