wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kemahiran Pemprosesan Maklumat

Total questions: 20

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Seorang pelajar mengumpul data tentang tabiat membaca melalui temu bual terbuka. Apakah jenis data yang dikumpul?

a)

Data kuantitatif

b)

Data digital

c)

Data kualitatif

d)

Data rawak

2.

Apakah langkah PERTAMA dalam analisis data kualitatif?

a)

Mengenal pasti corak

b)

Menyemak semula objektif kajian

c)

Proses pengekodan

d)

Membiasakan diri dengan data

3.

Mengapakah maklumat daripada laman media sosial peribadi dianggap kurang sahih?

a)

Sukar diakses

b)

Tidak mempunyai visual menarik

c)

Tidak mewakili organisasi yang sah

d)

Selalu dikemaskini

4.

Seorang guru menggunakan carta pai untuk menunjukkan taburan keputusan pelajar. Ini menunjukkan kemahiran dalam:

a)

Pensintesisan maklumat

b)

Pentafsiran maklumat

c)

Analisis kandungan

d)

Penilaian maklumat

5.

Anda diminta menilai tiga artikel berkaitan perubahan iklim.

Apakah langkah terbaik untuk menghasilkan rumusan baharu?

a)

Pilih artikel yang paling panjang

b)

Gunakan hanya fakta yang menarik

c)

Gabungkan maklumat dari ketiga-tiga artikel dan hasilkan penulisan tersendiri

d)

Gunakan perenggan asal tanpa perubahan

6.

Perkara yang membezakan analisis naratif dan analisis wacana ialah:

a)

Naratif fokus kepada interaksi

b)

Wacana fokus kepada imej visual

c)

Wacana tidak memerlukan teori

d)

Naratif hanya untuk data kuantitatif

7.

Maklumat yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dianggap:

a)

Tidak relevan

b)

Kurang tepat

c)

Berkualiti dan sahih

d)

Perlu dikaji semula

8.

Jika anda ingin menghasilkan laporan ilmiah berkualiti, langkah PERTAMA dalam pensintesisan maklumat ialah:

a)

Merangka struktur

b)

Membuat kesimpulan

c)

Menganalisis data

d)

Mencari perisian suntingan

9.

Data kuantitatif boleh dikenalpasti melalui:

a)

Jawapan terbuka dan catatan lapangan

b)

Perbincangan kumpulan dan rakaman

c)

Angka dan statistik

d)

Nota reflektif

10.

Dalam menganalisis data kuantitatif, pelajar menggunakan perisian SPSS.

Ini menunjukkan:

a)

Penilaian teori

b)

Interpretasi induktif

c)

Penggunaan visual data

d)

Aplikasi statistik deskriptif

11.

Maklumat yang lengkap, tepat dan diperoleh daripada sumber rasmi termasuk dalam kategori:

a)

Tidak berkualiti

b)

Maklumat sahih

c)

Maklumat bersifat umum

d)

Maklumat tidak relevan

12.

Mengapakah ketepatan dianggap penting dalam pencarian maklumat?

a)

Menunjukkan gaya bahasa menarik

b)

Menyampaikan fakta berdasarkan persepsi

c)

Memastikan isi kandungan menepati keperluan kajian

d)

Menyediakan lebih banyak ilustrasi

13.

Anda perlu membuat satu kesimpulan bagi dapatan kajian.

Apakah tindakan terbaik?

a)

Gunakan semua data yang dikumpul

b)

Ulang semula petikan responden

c)

Ringkaskan dapatan tanpa analisis

d)

Bandingkan dapatan dengan objektif kajian dan hasilkan inferens

14.

Apakah maksud “kualiti maklumat” dalam konteks penilaian maklumat?

a)

Maklumat mudah dibaca

b)

Maklumat lengkap dan bersumber sahih

c)

Maklumat yang murah diperoleh

d)

Maklumat yang panjang

15.

Apabila seorang pelajar menggunakan beberapa sumber seperti buku, jurnal dan laman sesawang untuk satu tugasan, dia sedang:

a)

Menilai maklumat

b)

Membuat kesimpulan

c)

Mencipta tajuk kajian

d)

Mensintesis maklumat

16.

Antara berikut, yang manakah bukan kriteria penilaian maklumat?

a)

Kesahihan

b)

Kekinian

c)

Kepelbagaian

d)

Ketepatan

17.

Mengapakah visual data penting dalam interpretasi maklumat?

a)

Menjadikan maklumat lebih berwarna

b)

Membantu pengguna memahami pola dengan lebih jelas

c)

Menyembunyikan maklumat penting

d)

Mengurangkan keperluan penulisan

18.

Bagaimanakah anda boleh memastikan maklumat dalam tugasan anda sentiasa terkini?

a)

Semak tarikh kemas kini maklumat dan pilih sumber paling baharu

b)

Hanya gunakan bahan bercetak

c)

Gunakan maklumat lama yang dipercayai

d)

Rujuk nota pensyarah semata-mata

19.

Jika anda menulis perenggan berdasarkan dapatan daripada 3 sumber berbeza, ini merupakan proses:

a)

Pengekodan

b)

Sintesis

c)

Pentafsiran

d)

Penilaian

20.

Mengapa penting untuk menilai kebolehpercayaan maklumat yang diperoleh dari internet?

a)

Untuk menjimatkan masa

b)

Supaya maklumat lebih panjang

c)

Untuk mengelakkan penyalahgunaan maklumat

d)

Untuk mengurangkan bilangan rujukan