WorksheetsSistem Kardiovaskular
Total questions: 14
Worksheet time: 11mins
Yang manakah berikut merupakan komponen utama sistem kardiovaskular?
Otak, saraf, tunjang, dan paru-paru
Jantung, salur darah, dan darah
Paru-paru, arteri, dan otot
Jantung, hati, dan otot rangka
Antara berikut, yang manakah merupakan pengaruh sistem saraf terhadap sistem kardiovaskular?
Menambah kandungan hemogoblin dalam darah
Mengawal suhu badan
Mengawal kadar degupan jantung
Menjana tenaga untuk kontraksi otot
Apakah pengaruh degupan jantung dan isi padu strok terhadap keluaran jantung?
Kedua-duanya mengurangkan tekanan darah
Keluaran jantung meningkat apabila degupan jantung dan isi padu strok meningkat
Degupan jantung meningkat, keluaran jantung menurun
Isi padu strok tidak memberi kesan kepada keluaran jantung
Yang manakah berikut merupakan faktor yang mempengaruhi kadar degupan jantung dan tekanan darah?
Cuaca, ketinggian, dan umur
Diet, jantina, dan suhu air
Suhu, hormon, dan aktiviti fizikal
Jumlah otot, warna kulit, dan genetik
Bagaimanakah nadi selepas bersenam dikira?
Mengira degupan selama 5 saat dan darabkan dengan 10
Mengambil tekanan darah menggunakan alat digital
Mengira jumlah nafas per minit selepas aktiviti
Mengira degupan selama 1 minit penuh selepas bersenam
Apakah fungsi injap dalam sistem kardiovaskular?
Mencegah aliran darah berbalik
Mengawal kadar denyutan jantung
Membekal oksigen kepada otot
Menghasilkan sel darah merah
Apakah nama salur darah yang paling kecil dalam sistem kardiovaskular
Vena
Arteri
Kapilari
Venula
Antara berikut, manakah yang membawa darah beroksigen ke jantung?
Vena Pulmonari
Arteri Pulmonari
Aorta
Vena Cava
Apakah nama ruang dalam jantung yang mengepam darah beroksigen ke seluruh badan?
Atrium Kanan
Atrium Kiri
Ventrikel Kanan
Ventrikel Kiri
Apakah jenis tisu yang membentuk kebanyakan dinding jantung?
Tisu Epitelium
Tisu Otot Rangka
Tisu Otot Licin
Tisu Otot Jantung
Apakah fungsi sistem kardiovaskular?
Mengawal pergerakan otot pada badan
Menyimpan lemak badan agar keberatan pada badan seimbang dengan otot
Mengangkut oksigen, nutrien dan bahan buangan ke seluruh badan
Menghasilkan hormon insulin mengikut genetik dalam badan
Berikan fungsi sistem saraf simpatetik.
Meningkatkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah semasa tekanan atau kecemasan
Mengawal keseimbangan air dalam badan
Mengurangkan aktiviti organ semasa tidur dan semasa rehat
Mengurangkan kadar pernafasan semasa rehat
Apakah 4 faktor yang mempengaruhi kadar degupan jantung?
Cuaca, masa rehat, makanan, warna pakaian
Aktiviti fizikal, emosi, pengambilan kafein, umur
Hobi, suara, cahaya, waktu makan
Jantina, bangsa cita rasa makanan, bunyi
Berikan maksud sistolik.
Tekanan darah semasa jantung berehat
Tekanan darah dalam badan apabila jantung mengepam darah keluar
Tekanan darah dalam arteri apabila jantung mengepam darah keluar
Tekanan darah dalam urat semasa tidur
