WorksheetsBahasa Melayu Quiz
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Zamani diminta oleh bapanya mencantas __________ kelapa yang sudah kekuningan di kebun mereka pada petang itu.
daun
pokok
batang
pelepah
Surat Pekeliling itu telah ditampalkan __________ papan kenyataan.
di
atas
pada
kepada
Pergerakan pelakon itu dalam adegan pergaduhan kelihatan _________ kerana dia pernah mempelajari seni pertahanan diri.
lasak
cekap
tangkas
kencang
Cikgu Kharizah telah diamanahkan oleh pihak PIBG untuk __________ mata pelajaran Bahasa Melayu semasa cuti persekolahan kepada sekumpulan pelajar yang lemah.
mengajar
mengajari
mengajarkan
menunjuk ajar
Alang mengambil songkok hitamnya lalu __________ ke atas kepalanya.
menyerkupkan
menyerkapkan
menyarungkan
menyorongkan
Sewaktu tergesa-gesa, menuju ke dapur kaki Nadirah __________ pada bendul pintu biliknya.
tersadung
tersepak
terpijak
terselit
Semua kakitangan di jabatan itu telah diingatkan oleh ketua mereka agar menjauhi perbuatan _________ yang akan mengakibatkan mereka disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.
gelap mata
pisau cukur
mata duitan
tumbuk rusuk
Zanariah dan adiknya selalu bertengkar, namun mereka akhirnya akan berbaik semula. Keadaan ini samalah seperti...
didengar ada dipakai tiada.
biar mati anak jangan mati adat.
jauhari yang mengenal manikam.
carik-carik bulu ayam, lama-kelamaan bercantum juga.
Sejak ibu bapanya meninggal, hidup Kamarul melarat dan disisihkan oleh masyarakat sekelilingnya. Pilih peribahasa yang sesuai dengan nasib Kamarul.
Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahu.
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Seperti embun di hujung rumput.
Bagai layang-layang putus tali.
Walaupun pelbagai halangan dilalui oleh Hawa, namun dia tetap berusaha mengharunginya dan tidak berputus asa. Akhirnya dia berjaya mencapai cita-citanya. Peribahasa-peribahasa di bawah membawa maksud yang sama seperti di atas kecuali
genggam bara api biar jadi arang.
sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Pasukan Kadet Remaja Sekolah yang berbaris secara _____________ dalam perhimpunan rasmi kokurikulum mendapat tepukan gemuruh.
sekata
seragam
serasi
seirama
Encik Halil membungkus lalu _______________ barang-barang yang hendak dibawanya untuk mengembara.
mengendong
menanggung
mengandar
memikul
________________ berkenan menerima datuk menghadap.
Patik
Tuanku
Beta
Beliau
Rakyat Malaysia mesti bersatu padu _______________ kesejahteraan negara.
agar
bagi
oleh
demi
Mak Bedah berjalan _______________ selepas turun feri dari Langkawi akibat mabuk laut.
tersenggok-senggok
tergopoh-gapah
terhincut-hincut
terhuyung-hayang
Nenek yang _______________ itu berjalan perlahan-lahan di belakang rumah.
bengkok
bongkok
condong
serong
Hatinya tidak _______________ sedikit pun apabila menerima hukuman itu.
bergoyang
berkocak
bergegar
berasa
Akibat terbatuk, air yang sedang diminum oleh adik _______ ke lantai
A. bertaburan
B. bersemburan
C. berserakan
D. berderaian
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.
“Saya akan ke rumah Dewi bersama-sama awak,” kata Swee Lan kepada saya.
Swee Lan berkata bahawa dia akan pergi ke rumah Dewi bersama-sama saya.
Swee Lan memberitahu saya bahawa dia akan pergi ke rumah Dewi bersama-sama awak.
Swee Lan berkata kepada saya bahawa dia akan pergi ke rumah saya bersama-sama Dewi.
Swee Lan mengatakan kepada mereka yang dia akan pergi ke rumah Dewi bersama-sama saya.
Peribahasa “harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading” bermaksud
Orang yang berani akan disegani walaupun setelah meninggal dunia.
Orang berharta akan mewasiatkan hartanya setelah meninggal dunia.
Orang yang berharta akan sentiasa diingati walaupun setelah meninggal dunia.
Orang yang berjasa akan selalu disebut-sebut walaupun setelah meninggal dunia.
1. ________________ Tuhanku, berikanlah kejayaan yang cemerlang kepadaku dalam peperiksaan kali ini!” mohon Cheng Wei.
Wahai
Syabas
Aduhai
Alamak
Pucuk dicita ulam mendatang.
Apakah maksud peribahasa di atas?
Mencapai sesuatu yang dihajati dengan mudah.
Mendapat sesuatu dengan tidak disangka-sangka.
Memperoleh sesuatu lebih daripada yang diharapkan.
Memiliki sesuatu tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.
Peribahasa yang boleh dikaitkan dengan sikap yang membawa kesan buruk kepada masyarakat ialah
bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.
bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
bagai aur dengan tebing, hidup sandar-menyandar
seperti belut pulang ke lubuk.
Emak segera __________ lantai dapur yang basah selepas adik jatuh tergelincir ketika melintas di situ.
menyapu
mengelap
menggilap
menggosok
Aminah menangis __________ sebaik sahaja menerima berita tentang kemalangan maut yang menimpa keluarganya.
teresak-esak
terjerit-jerit
tersedan-sedan
terbatuk-batuk
__________ menanti padi masak, Pak Mat menanam jagung untuk menambah pendapatan keluarganya.
Ketika
Semasa
Tatkala
Sementara
Kuih-muih dan makanan yang dijual di Luqman Restoran sangat sedap.
Luqman Restoran sedap sekali
Restoran Luqman sangat sedap
Restoran Luqman tersedap sekali
Luqman Restoran sangat sedap
Dari pagi hingga ke petang kakak menanti adik di perhentian bas.
Dari pagi hingga petang
Daripada pagi hingga ke petang
Daripada pagi ke petang
Dari pagi hingga ke petang
Bilik darjah yang kotor ini mesti disapu oleh kamu sebelum pembelajaran bermula.
kamu mesti sapu
mesti kamu sapu
disapu oleh kamu mesti
mesti disapu oleh kamu
Rancangan Bersamamu berjaya mempertemukan dua beradik yang terpisah selama sepuluh tahun.
menemui dua beradik
mempertemu dua beradik
menemukan dua beradik
mempertemukan dua beradik
