NEW
Font size
S
M
L
XL
WorksheetsMCQ MHCH 2163 (COMMUNITY HEALTH II)
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Name
Class
Date
1.
CLO 1 Konsep kesihatan yang holistik merupakan
a)
kurang rentan terhadap penyakit.
b)
keadaan mampu berfikir dengan jelas dan rasional.
c)
sistem yang menggalakkan perkembangan masyarakat.
d)
melibatkan kepercayaan adat resam dan prinsip tatasusila.
2.
CLO 1 Faktor penentu tahap kesihatan sejagat yang baik adalah
a)
emosi, fizikal dan mental.
b)
infrastruktur, politik dan sosial.
c)
budaya, gaya hidup dan ekonomi.
d)
ekonomi, persekitaran dan sosio-budaya.
3.
CLO 2 Aktiviti yang dilakukan di peringkat pencegahan primer ialah
a)
rawatan.
b)
rehabilitasi.
c)
diagnosis awal.
d)
promosi kesihatan.
4.
CLO 2 Peranan utama Penolong Pegawai Perubatan dalam pencegahan penyakit peringkat primer adalah
a)
rujukan.
b)
rawatan.
c)
saringan.
d)
𝑠𝑢𝑟𝑣𝑒𝑖𝑙𝑙𝑎𝑛𝑐𝑒.
5.
CLO 2 Pencegahan penyakit berjangkit dilakukan melalui pemberian imunisasi berikut, 𝐤𝐞𝐜𝐮𝐚𝐥𝐢
a)
polio.
b)
pertusis.
c)
tetanus.
d)
hepatitis C.
6.
CLO 2 Antara strategi awal untuk kawalan dan pencegahan penyakit berjangkit ketika berlakunya wabak adalah
a)
pemberian imunisasi.
b)
mewujudkan bilik gerakan.
c)
membekalkan ubat-ubatan secara percuma.
d)
penglibatan orang kampung dalam aktiviti gotong royong.
7.
CLO 2 Peranan utama Penolong Pegawai Perubatan di Kesihatan Primer Klinik Kesihatan adalah
a)
memberikan rawatan di klinik ibu dan anak.
b)
mengendalikan kes antenatal dan postnatal.
c)
pemeriksaan ke atas pesakit di jabatan pesakit luar.
d)
merancang dan mengkoordinasikan program di klinik kesihatan.
8.
CLO 2 Aktiviti pencegahan bagi penyakit tidak berjangkit yang boleh melibatkan masyarakat adalah
a)
mendengar ceramah yang diminati.
b)
menentukan polisi yang bersesuaian.
c)
menjadi perantara di antara pihak kerajaan dan swasta.
d)
mengikuti bersama dalam aktiviti Komuniti Sihat Perkasa Negara.
9.
CLO 1 Perkhidmatan utama 𝑤𝑒𝑙𝑙𝑛𝑒𝑠𝑠 𝑠𝑐𝑟𝑒𝑒𝑛𝑖𝑛𝑔 bagi penyakit tidak berjangkit adalah
a)
rawatan susulan.
b)
saringan sukarela.
c)
rawatan kes-kes ringan.
d)
pemeriksaan risiko penyakit pekerjaan.
10.
CLO 2 Prinsip asas dalam saringan kes berisiko penyakit tidak berjangkit.
a)
Menyediakan pelan pendidikan keluarga.
b)
Menganalisa keperluan kewangan keluarga.
c)
Menganalisa penjagaan kesihatan keluarga.
d)
Melaksanakan saringan kesihatan secara holistik.
11.
CLO 2 Perkhidmatan intervensi faktor risiko penyakit tidak berjangkit adalah seperti berikut, 𝐤𝐞𝐜𝐮𝐚𝐥𝐢
a)
mengesan awal faktor risiko.
b)
menurunkan beban penyakit tidak berjangkit.
c)
mengurangkan prevalen faktor risiko penyakit tidak berjangkit.
d)
menyediakan rehabilitasi penyakit tidak berjangkit di semua hospital swasta.
12.
CLO 2 Antara berikut, yang manakah tidak menyumbang ke arah faktor risiko penyakit tidak berjangkit?
a)
Tabiat merokok.
b)
Minda yang sihat.
c)
Paras lemak darah yang tinggi.
d)
Pemakanan yang tidak seimbang.
13.
CLO 1 Perkhidmatan kesihatan warga emas bagi intervensi penyakit tidak berjangkit dalam penjagaan kesihatan primer mensasarkan pesakit berusia _________ tahun ke atas.
a)
45
b)
50
c)
55
d)
60
14.
COL 1 Berikut merupakan fokus penjagaan kesihatan primer dalam saringan penyakit tidak berjangkit di peringkat kementerian, 𝐤𝐞𝐜𝐮𝐚𝐥𝐢
a)
tenaga kerja.
b)
tadbir urus kesihatan.
c)
bantuan agensi swasta.
d)
ketersediaan dan kemampuan perubatan dan teknologi penting.
15.
CLO 2 Faktor dalaman yang boleh dicegah daripada menjadi faktor risiko adalah
a)
ekonomi.
b)
gaya hidup.
c)
persekitaran.
d)
sosio-budaya.
16.
CLO 1 Ibu mengandung yang disahkan menghidapi 𝐺𝑒𝑠𝑡𝑎𝑡𝑖𝑜𝑛𝑎𝑙 𝐷𝑖𝑎𝑏𝑒𝑡𝑒𝑠 𝑀𝑒𝑙𝑙𝑖𝑡𝑢𝑠 dinasihatkan menjalani pemeriksaan pra-natal pada trimester pertama kandungan seperti
a)
kedudukan dan denyut jantung fetus.
b)
pemberian imunisasi tetanus telah diberikan
c)
pemeriksaan tahap gula dalam darah dan air kencing.
d)
pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya sekali selepas melahirkan anak.
17.
CLO 1Faktor utama mendorong kepada persediaan mental dan sosial yang baik dalam kalangan ibu primigravida adalah
a)
persediaan kewangan.
b)
hubungan baik kekeluargaan di rumah.
c)
persediaan mental ibu untuk proses kelahiran.
d)
pengetahuan mengenai proses kehamilan hingga selepas bersalin.
18.
CLO1 Kenyataan yang berkaitan dengan presentasi bayi songsang semasa proses kelahiran adalah
a)
abdomen ibu hamil terlalu besar.
b)
struktur tulang pelvik bersaiz besar.
c)
kegagalan kepala bayi memasuki brim pelvik.
d)
kedudukan bayi secara 𝑡𝑟𝑎𝑛𝑠𝑣𝑒𝑟𝑠𝑒 tidak boleh menyebabkan 𝑟𝑢𝑝𝑡𝑢𝑟𝑒𝑑 𝑢𝑡𝑒𝑟𝑢𝑠.
19.
CLO 1 Program lawatan ke rumah bagi program kesihatan ibu dan anak adalah bertujuan untuk
a)
mengenalpasti pesakit kronik.
b)
mempromosi jagaan terbaik untuk kanak-kanak.
c)
memastikan keadaan ibu dan bayi yang baik di persekitaran rumah.
d)
melakukan aktiviti penjagaan kebersihan tempat kediaman bayi dan ibu.
20.
CLO 1 Berikut adalah objektif pendidikan kesihatan dalam kalangan murid sekolah.
a)
Membina pengetahuan, sikap dan perilaku yang baik untuk mengamalkan cara hidup sihat.
b)
Menggalakkan cara hidup yang sihat dan menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang bersesuaian.
c)
Menggalakkan penyertaan golongan remaja secara aktif dalam aktiviti kesihatan, pencegahan dan kawalan penyakit.
d)
Menyokong pembentukan golongan remaja yang bersemangat waja dengan menggalakkan cara hidup yang sihat dan bertanggungjawab.
Reset
