NEW
Font size
WorksheetsPEP (Revision)
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Apakah yang dimaksudkan dengan susur masa pra-kolonial?
Zaman pra sejarah.
Zaman penjajahan.
Zaman sebelum penjajahan.
Zaman selepas penjajahan.
Sebelum kedatangan kolonial, telah wujud etika dalam masyarakat Melayu yang dipanggil ______________.
adat
adat istiadat
adat resam
etiket
Perbuatan Shamsul di atas boleh dikaitkan dengan kenyataan berikut iaitu:
Kurang adab.
Tidak tahu adat.
Kurang sopan.
Melanggar etika.
Susur masa yang sesuai bagi menggambarkan pengamalan nilai-nilai di atas adalah:
Zaman Pra Kolonial.
Zaman Kolonial.
Zaman Pasca Kolonial.
Zaman Globalisasi.
Penyataan di atas merujuk pada __________.
adab
adat resam
adat istiadat
etiket
Manakah elemen yang berkaitan dengan perbuatan Puan Zarina di atas?
Adab
Adat
Etika
Etiket
Manakah polemik mencerminkan tahap penghayatan peradaban di Malaysia berdasarkan sejarah?
Siapakah penduduk asal Tanah Melayu?
Malaysia tidak pernah dijajah oleh British.
Mengapa Persekutuan Malaysia dibentuk?
British membenarkan penghijrahan orang Cina dan India.
Berikut adalah pengaruh peradaban India ke atas kebudayaan masyarakat Melayu, KECUALI:
Kepercayaan.
Makanan.
Bahasa.
Adat Istiadat.
Pada zaman tradisi sebelum kedatangan pihak kolonial, tulisan apakah yang digunakan oleh orang Melayu pada waktu itu?
Rumi
Arab
Jawi
Khat
Peradaban China yang terawal bermula di ___________________.
Sungai Nil
Sungai Mekong
Sungai Kuning
Sungai Yangtze
Terdapat banyak pengaruh peradaban Timur Tengah kepada masyarakat Tanah Melayu. Apakah pengaruh paling utama sumbangan peradaban dari Timur Tengah?
Agama Islam
Nasi Arab
Memakai Nigab
Bahasa Arab
Berikut merupakan pengaruh peradaban China ke atas kebudayaan masyarakat Malaysia KECUALI:
Komuniti Baba dan Nyonya.
Makanan.
Serapan perkataan bahasa Cina dalam Bahasa Melayu.
Seni silat.
Pengaruh peradaban India terhadap kebudayaan masyarakat Malaysia merangkumi perkara berikut iaitu:
Bahasa
Adat
Institusi pemerintahan
Kepercayaan
Manakah antara berikut BUKAN merupakan kerajaan awal di Alam Melayu?
Kerajaan Champa
Kerajaan Srivijaya
Kerajaan Perak
Kerajaan Funan
Manakah pernyataan yang TIDAK BENAR tentang bangsa?
Bangsa merujuk pada sekumpulan ikatan satu dalam manusia ketatanegaraan.
Bangsa adalah satu kumpulan manusia yang dikat dalam satu unit kesedaran kolektif bersepadu etnik budaya dan sejarah.
Seringkali ikatan bangsa dikaitkan dengan pertalian darah, kekeluargaan, etnik, budaya, agama dan wilayah.
Bangsa merujuk kepada satu komuniti dalam satu ikatan perkahwinan.
Tahap yang telah dicapai dalam mewujudkan kesatuan dalam masyarakat merujuk kepada __________.
perpaduan
penyatupaduan
kesepaduan
kepaduan
Tahun 2021 merupakan tahun yang menggambarkan detik perpaduan telah banyak dicatatkan di Malaysia. Berikut merupakan detik-detik perpaduan tersebut kecuali
90% rakyat Malaysia mendapatkan vaksinasi COVID19 untuk mencapai imuniti kelompok
Rakyat Malaysia telah mengadakan kutipan derma untuk membantu mangsa mangsa banjir di Selangor
Perebutan kuasa antara pemimpin-pemimpin politik yang menyebabkan berlakunya pertukaran Perdana Menteri
Kempen bendera putih dilancarkan untuk membantu mereka yang terkesan dalam mendapatkan bekalan makanan asas
Manakah antara yang berikut bukan perkara utama yang menjadi isu membawa kepada defisit sosial?
sukan
gender
bahasa
agama
X terbina apabila masyarakat berkongsi nilai yang sama. Nilai masyarakat yang dikongsi bersama merangkumi elemen kerjasama, menghormati setiap individu, toleransi, disiplin diri (etika dan moral) dan demokrasi. X juga akan terbina melalui perkongsian perasaan dan semangat. Apakah X?
adat resam
etos bangsa
masyarakat majmuk
adat istiadat
Rukun tetangga merupakan inisiatif kerajaan yang telah diwujudkan sejak tahun 70-an dalam mewujudkan kebertanggungjawaban dalam kejiranan. Rukun tetangga boleh diklasifikasikan sebagai usaha ____________ dalam proses tapak integrasi.
kesepaduan atas ke bawah
kesepaduan bawah ke atas
kesepaduan akar umbi
kesepaduan horizontal
Penjajahan Inggeris ke atas Tanah Melayu telah menyebabkan negeri-negeri telah dibahagikan kepada tiga kategori berikut kecuali ____________.
Negeri-negeri Melayu Bersekutu
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
Negeri-negeri Se
Tanah Melayu telah menyebabkan negeri-negeri telah dibahagikan kepada tiga kategori berikut kecuali ____________.
Negeri-negeri Melayu Bersekutu
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
Negeri-negeri Selat
Negeri-negeri Bukan Selat
Perjanjian Bangkok yang ditandatangani oleh British dan Siam telah menyebabkan beberapa negeri telah diserahkan oleh Siam kepada British. Manakah antara berikut bukan negeri tersebut?
Kelantan
Terengganu
Pahang
Kedah
Malayan Union telah ditentang oleh orang Melayu disebabkan faktor-faktor berikut kecuali ____________.
orang Melayu tidak memiliki sebarang hak keistimewaan dalam Malayan Union
kerakyatan diberikan secara sama rata berdasarkan prinsip jus soli
ugutan telah digunakan untuk mendapatkan persetujuan Raja-raja Melayu berkenaan dengan penubuhan Malayan Union
Raja-raja Melayu diberikan autonomi untuk mentadbir secara sendiri
Dokumen Y telah menyediakan satu sistem pelajaran baharu yang bertujuan untuk menyatukan pelbagai kaum dalam satu sistem pelajaran. Walau bagaimanapun, sistem sekolah vernakular masih diamalkan dan mahu dikaji semula. Apakah dokumen Y?
Laporan Barner
Laporan Fen-Wu
Laporan Razak
Laporan Rahman Talib
Permuafakatan politik dalam pilihan raya oleh parti-parti berasaskan kaum telah bermula pada ______________.
Pilihan Raya Persekutuan 1949
Pilihan Raya Bandaran Kuala Lumpur 1952
Pilihan Raya Umum 1955
Pilihan Raya Umum 1959
Mengikut undang-undang antarabangsa, pembentukan sebuah negara bangsa mestilah mempunyai empat komponen. Manakah antara berikut bukan komponen negara bangsa?
penduduk
kerajaan
wilayah
kestabilan
Setiap pemimpin membawa idea bangsa idaman yang ingin diaplikasikan dalam pembangunan negara. Manakah antara berikut merupakan idea bangsa idaman Perdana Menteri ke-10, Anwar Ibrahim?
Gagasan 1 Malaysia
Wawasan 2020
Keluarga Malaysia
Malaysia Madani
Sebarang pindaan Perlembagaan Persekutuan perlu mendapat sokongan 2/3 setiap dewan dan perkenan Majlis Raja-Raja. Perkara ini berkaitan dengan kedudukan istimewa orang Melayu, kedaulatan raja-raja, bumiputera Sabah dan Sarawak, bahasa kebangsaan dan agama persekutuan. Hal ini dinyatakan dalam ____________ Perlembagaan Malaysia.
Perkara 159 (5)
Perkara 159 (4)
Perkara 161 (B)
Perkara 160 (C)
Soalan 29 berdasarkan maklumat di bawah. Seorang raja hendaklah berbangsa Melayu, berdarah raja, seorang berketurunan raja, lelaki dan menganut agama Islam. Menteri-menteri juga mesti berbangsa Melayu, rakyat sultan dan menganuti agama Islam. Agama Islam hendaklah secara terus menerus dan selamanya menjadi agama negeri. Perkara-perkara di atas terkandung dalam sebuah perlembagaan bertulis negeri paling awal di Malaysia. Apakah negeri tersebut?
Terengganu
Johor
Kelantan
Selangor
Perlembagaan Persekutuan merupakan satu bentuk tapak integrasi berbentuk _________ yang wujud di Malaysia.
makro
mikro
meso
median
Projek ___________ merupakan satu strategi untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang memiliki persekitaran teknolgi terkemuka dunia dengan tujuan membantu kemajuan negara. Untuk tujuan itu, Cyberjaya telah dipilih untuk menjadi lokasi strategik bagi beberapa buah syarikat multimedia terbesar dan paling inovatif di dunia.
Rangkaian Komputer Malaysia (RangKOM)
Multimedia Super Corridor (MSC)
Inisiatif Jalur Lebar Nasional
Cyberjaya High Technology
Komputer, telefon bimbit dan peralatan rumah (seperti pendingin hawa, peti sejuk dan pintu rumah) saling berhubung satu lain. Keadaan ini berlaku pada hari dalam era Revolusi Perindustrian 4.0 disebabkan teknologi ____________.
internet of things (internet benda)
cloud computing (pengkomputeran awan)
artificial intelligence (kecerdasan buatan)
autonomous robotic (robot automatik)
Berikut ialah elemen warga digital kecuali ____________.
etika
komunikasi
literasi
kelajuan
Apakah agensi yang terlibat dalam memantau kandungan komunikasi melalui media sosial di Malaysia?
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Jabatan Penerangan
Radio dan Televisyen Malaysia
______________ merujuk kepada fenomena dan tingkah laku yang dikaitkan dengan perundangan, protokol, perlembagaan yang telah diinstitusi bersama.
Takrifan autoriti
Takrifan harian
Takrifan masyarakat
Takrifan hakiki
Terdapat enam teras nilai tunjang yang berkaitan dengan pengembangan dan pembangunan watak individu. Berikut ialah nilai tunjang tersebut kecuali___________.
kesahihan
integriti
kerajinan
kesedaran
Berikut ialah ciri etika dan peradaban sepanjang sejarah tamadun manusia kecuali ____________.
dinamik
sentiasa mengukuh
teknologi
berubah-ubah
Manakah antara berikut bukan perubahan sosial yang boleh dilihat selepas pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB)?
Pekerjaan sara diri bertani berkembang kepada ciri komersial-industri
Urbanisasi seluruh kawasan kampung di Malaysia
Golongan miskin menjadi kelas menengah
Kehidupan kampung menjadi kosmopolitan
Pada hari ini, kita melihat isu berkaitan agama, raja, bahasa dan sejarah masih memerlukan penjelasan. Hal ini menunjukkan hakisan sosial berlaku dalam bentuk ____________.
defisit sosial
tadbir urus dan pembangunan
ekonomi gelap
rasuah
