wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TREASURE HUNT

Total questions: 45

Worksheet time: 23mins

Name
Class
Date
1.

Pilih ayat yang betul.

a)

A) Mereka pergi di sekolah semalam

b)

B) Mereka pergi ke sekolah semalam.

c)

C) Mereka pergi dengan sekolah semalam.

d)

D) Mereka pergi pada sekolah semalam.

2.

Kata sendi yang betul: Ali duduk ___ kerusi.

a)

A) pada

b)

B) di

c)

C) dengan

d)

D) ke

3.

Penjodoh bilangan untuk pensel ialah …

a)

A) batang

b)

B) biji

c)

C) helai

d)

D) ekor

4.

Tukarkan ayat aktif kepada pasif:
“Siti menulis surat itu.”

a)

A) Surat itu ditulis oleh Siti.

b)

B) Siti ditulis surat itu.

c)

C) Surat itu menulis Siti.

d)

D) Surat itu tulis Siti.

5.

Pilih ayat seruan.

a)

A) Aduh, sakitnya kepala saya!

b)

B) Amin membeli buku baharu.

c)

C) Tolong bawa kerusi itu.

d)

D) Saya makan nasi tadi.

6.

“Bagai aur dengan tebing” bermaksud …

a)

A) Bersatu padu

b)

B) Rajin belajar

c)

C) Hidup susah

d)

D) Cepat marah

7.

"Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri" maksudnya......

a)

A) Lebih baik tinggal di kampung daripada bandar

b)

B) Walaupun negeri orang lebih mewah, negeri sendiri tetap lebih baik

c)

C) Negeri sendiri lebih miskin berbanding negeri orang

d)

D) Orang kaya lebih baik daripada orang miskin

8.

“Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara." maksudnya.....

a)

A) Golongan muda malas belajar

b)

B) Golongan muda hanya penting untuk keluarga

c)

C) Golongan muda ialah harapan bangsa dan negara

d)

D) Golongan muda lebih lemah daripada orang tua

9.

Siapakah watak utama novel Pelari Muda?

a)

A) Arif

b)

B) Kamarul

c)

C) Karim

d)

D) Salleh

10.

Tema utama novel Pelari Muda ialah …

a)

A) Perpaduan kaum

b)

B) Usaha dan kegigihan mencapai kejayaan

c)

C) Kasih sayang ibu bapa

d)

D) Persahabatan sejati

11.

Apakah nilai murni dalam novel Pelari Muda?

a)

A) Kejujuran

b)

B) Kemalasan

c)

C) Kecurangan

d)

D) Kebersihan

12.

Apakah pengajaran daripada novel Pelari Muda?

a)

A) Kita harus menipu untuk berjaya

b)

B) Kita perlu berusaha untuk mencapai kejayaan

c)

C) Kita tidak perlu berlatih

d)

D) Kita tidak perlu berusaha

13.

Gabungkan ayat: Ali membaca buku. Ali menulis karangan.

a)

A) Ali membaca buku dan menulis karangan.

b)

B) Ali membaca buku tetapi menulis karangan.

c)

C) Ali membaca buku atau menulis karangan.

d)

D) Ali membaca buku lalu menulis karangan.

14.

Pilih kata adjektif.

a)

A) Cantik

b)

B) Lari

c)

C) Buku

d)

D) Di

15.

Pilih ayat majmuk.

a)

A) Saya makan nasi.

b)

B) Dia tidur.

c)

C) Kami belajar sambil bermain.

d)

D) Ibu memasak.

16.

Format surat rasmi mesti ada …

a)

A) Alamat pengirim, alamat penerima, tarikh, tandatangan

b)

B) Nama, umur, sekolah

c)

C) Nama guru, tarikh, isi

d)

D) Tandatangan sahaja

17.

Penutup karangan yang sesuai ialah …

a)

A) Kesimpulannya, kita mestilah menjaga kebersihan.

b)

B) Pada pendapat saya, kita perlu menjaga kebersihan.

c)

C) Oleh itu, saya berharap semua pelajar menjaga kebersihan.

d)

D) Semua di atas

18.

Antonim bagi "tinggi" ialah .....

a)

A) Kuat

b)

B) Rendah

c)

C) Panas

d)

D) Manis

19.

Antonim bagi “panas” ialah …

a)

A) Sejuk

b)

B) Hangat

c)

C) Bahang

d)

D) Lembap

20.

Bahasa Melayu dikenali juga sebagai …

a)

A) Bahasa Antarabangsa

b)

B) Bahasa Kebangsaan

c)

C) Bahasa Indonesia

d)

D) Bahasa Dunia

21.

Pilih kata kerja.

a)

A) Berlari

b)

B) Cantik

c)

C) Baju

d)

D) Tinggi

22.

“Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat” bermaksud …

a)

A) Hidup susah senang bersama

b)

B) Perpaduan membawa kejayaan

c)

C) Rajin membawa kebahagiaan

d)

D) Pengetahuan membawa kemajuan

23.

Kata ganda bagi “rumah” ialah …

a)

A) Rumah-rumah

b)

B) Rumahumah

c)

C) Merumah

d)

D) Rumahnya

24.

Apakah golongan kata bagi perkataan “besar”?

a)

A) Kata adjektif

b)

B) Kata nama

c)

C) Kata kerja

d)

D) Kata sendi

25.

Ayat perintah ialah …

a)

A) Sila beratur di luar dewan sebelum masuk.

b)

B) Aduh, sakitnya!

c)

C) Murid-murid membaca buku.

d)

D) Hari ini cuaca cerah.

26.

Pilih ayat yang betul.

a)

A) Mereka sedang membaca buku di perpustakaan.

b)

B) Mereka sedang membaca buku pada perpustakaan.

c)

C) Mereka sedang membaca buku ke perpustakaan.

d)

D) Mereka sedang membaca buku dengan perpustakaan.

27.

Kata sendi yang sesuai: Murid-murid itu berjalan ___ padang.

a)

A) di

b)

B) ke

c)

C) dari

d)

D) dengan

28.

Penjodoh bilangan yang sesuai: Se ____ roti.

a)

A) helai

b)

B) ekor

c)

C) potong

d)

D) buku

29.

Tukarkan ayat pasif kepada aktif:

“Buku itu dibaca oleh Aiman.”

a)

A) Buku itu membaca Aiman.

b)

B) Aiman membaca buku itu.

c)

C) Aiman dibaca buku itu.

d)

D) Buku itu baca Aiman.

30.

Pilih ayat majmuk.

a)

A) Saya minum air.

b)

B) Adik menangis.

c)

C) Kakak membaca buku sambil mendengar lagu.

d)

D) Ali tidur.

31.

"Bagaimana acuan, begitulah kuihnya." maksudnya...

a)

A) Anak suka makan kuih yang dibuat ibu

b)

B) Anak akan mewarisi perangai ibu bapa

c)

C) Kuih yang cantik lebih sedap dimakan

d)

D) Ibu bapa pandai membuat kuih

32.

"Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing"

a)

A) Semua kerja mesti dibuat seorang diri

b)

B) Kita perlu bekerjasama menghadapi susah dan senang

c)

C) Kerja yang berat lebih susah dilakukan

d)

D) Kawan hanya ada ketika senang

33.

Apakah cabaran utama Kamarul dalam novel Pelari Muda?

a)

A) Tidak pandai berlari

b)

B) Kegigihan mencapai kejayaan

c)

C) Tidak suka ke sekolah

d)

D) Tidak mahu menolong ibu

34.

Tema novel Pelari Muda ialah …

a)

A) Kepentingan persahabatan

b)

B) Keindahan alam semula jadi

c)

C) Kasih sayang antara jiran

d)

D) Pentingnya ilmu sains

35.

“Ringan tulang” bermaksud …

a)

A) Cepat marah

b)

B) Rajin membantu

c)

C) Lemah

d)

D) Tidak berpengetahuan

36.

Antara berikut, yang manakah ayat seruan?

a)

A) Tolong ambilkan air itu.

b)

B) Wah, cantiknya pemandangan ini!

c)

C) Mereka sedang belajar di kelas.

d)

D) Ayah pergi ke pejabat.

37.

Manakah antara berikut bukan ayat songsang?

a)

A) Di tepi pantai itu nelayan sedang menarik jala.

b)

B) Dengan bersungguh-sungguh adik menyiapkan kerjanya.

c)

C) Semalam kami pergi ke rumah nenek.

d)

D) Mereka sedang bermain bola di padang.

38.

Tentukan kesalahan dalam ayat berikut:
“Pelajar itu didenda kerana melanggar peraturan-peraturan sekolah.”

a)

A) didenda → telah didenda

b)

B) kerana → sebab

c)

C) peraturan-peraturan → peraturan

d)

D) melanggar → melanggari

39.

Kesalahan dalam ayat:
“Pelajar-pelajar itu masing-masing memakai pakaian sekolah mereka.”

a)

A) Pelajar-pelajar

b)

B) masing-masing

c)

C) pakaian sekolah

d)

D) mereka

40.

Ayat yang betul ialah …

a)

A) Tolong jangan membuang sampah merata-rata.

b)

B) Tolong jangan buang sampah merata-rata.

c)

C) Tolong janganlah buang sampah merata-rata.

d)

D) Tolonglah jangan membuang sampah merata-rata.

41.

Kesalahan dalam ayat:

"Kita haruslah menolong di antara satu sama lain."

a)

A) haruslah

b)

B) menolong

c)

C) di antara

d)

D) Satu sama lain

42.

Sikap ______ Pak Noh yang gemar bercerita tentang kekayaannya telah menyebabkan dia disisihkan oleh sahabat-sahabatnya.

a)

A. bebal

b)

B. lunak

c)

C. bodoh

d)

D. angkuh

43.

Yang manakah ayat yang betul?
I. Permainan wau ialah permainan kegemaran penduduk di kampung itu.

ii. Pemilik rumah tradisional itu mencantikkan halaman rumahnya dengan menanam pokok bunga raya yang berwarna-warni.
iii. Berbagai-bagai jenis lauk-pauk ada dijual di gerai itu setiap hari.

iv. Wak Jelani tergaru-garu mencari mata kailnya yang terjatuh di tengah-tengah timbunan jala di dalam sampannya.

a)

A. I dan II sahaja

b)

B. III dan IV sahaja

c)

C. I, II dan IV sahaja

d)

D. II, III dan IV sahaja

44.

Mengapakah kita perlu menghormati ibu bapa?

a)

Kerana mereka membelikan telefon bimbit

b)

Kerana mereka menjaga dan membesarkan kita

c)

Kerana mereka selalu marah

d)

Kerana mereka memberi wang belanja sahaja

45.

Apakah kesan buruk jika seseorang pelajar ponteng sekolah?

a)

Mendapat lebih banyak kawan

b)

Kurang ilmu pengetahuan dan gagal peperiksaan

c)

Lebih banyak masa bermain

d)

Guru lebih gembira