wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latih Tubi Penjodoh Bilangan

Total questions: 57

Worksheet time: 29mins

Name
Class
Date
1.

Untuk memagari kebunnya, Pak Cik Rashid telah membeli beratus-ratus __________ kawat berduri.

a)

utas

b)

gulung

c)

gelung

d)

bidang

2.

__________ bunga kenanga terselit pada sanggul Sofia

a)

Sejambak

b)

Sekuntum

c)

Sejambangan

d)

Sebatang

3.

Sapu tangan itu dijahit dengan se __________ benang.

a)

utas

b)

untai

c)

gulung

d)

lembar

4.

"Masukkan se __________ garam ke dalam lauk itu," kata Mak Cik Salmah kepada Jamilah.

a)

cuit

b)

cubit

c)

colet

d)

genggam

5.

__________ awan mendung berarak ditiup angin ke arah utara.

a)

Segugus

b)

Sekelompok

c)

Sehamparan

d)

Sekumpulan

6.

Beberapa __________ pulau yang indah terdapat di Phuket, Thailand.

a)

kelompok

b)

tompok

c)

buah

d)

biji

7.

Se __________ kata pun tidak tertulis walaupun sudah dua jam dia menghadap meja tulisnya.

a)

patah

b)

potong

c)

cebis

d)

untai

8.

Ayah membeli dua __________ durian di pasar.

a)

biji

b)

ulas

c)

buah

d)

buku

9.

Kakak menggunakan se __________ kain sebagai pembalut luka pada jarinya.

a)

cebis

b)

bentuk

c)

lembar

d)

cucuk

10.

Polis melepaskan lima __________ tembakan ke arah perompak itu.

a)

butir

b)

das

c)

biji

d)

pucuk

11.

Buku itu berharga dua belas ringgit se __________ .

a)

papan

b)

keping

c)

naskhah

d)

rangkap

12.

Beliau memulakan ucapannya dengan se __________ pantun.

a)

baris

b)

patah

c)

rangkap

d)

buah

13.

Ayah membeli dua __________ petai di gerai itu.

a)

gelung

b)

papan

c)

mata

d)

biji

14.

Beberapa __________ rokok bertaburan di lantai.

a)

puntung

b)

berkas

c)

kotak

d)

pucuk

15.

Mazirah membeli sebatang tebu dan memotongnya agar setiap adiknya mendapat __________ .

a)

sebiji

b)

seruas

c)

sehiris

d)

seketul

16.

Pak Cik Yusof mempunyai beberapa __________ rumah sewa di Kampung Sungai Kota.

a)

pintu

b)

papan

c)

bidang

d)

rangkai

17.

Pemuda itu telah menjumpai __________ kunci sewaktu dalam perjalanan ke perhentian bas.

a)

seutas

b)

sebilah

c)

sejambak

d)

serumpun

18.

Beberapa __________ mutiara diletakkan pada kalung emas itu untuk mencantikkannya.

a)

ulas

b)

butir

c)

keping

d)

potong

19.

Ayah memasukkan __________ filem ke dalam kameranya.

a)

segulung

b)

segelung

c)

sekajang

d)

sebuah

20.

Pemuda itu membeli __________ surat khabar mingguan di kedai Ali.

a)

sekeping

b)

selembar

c)

senaskhah

d)

sehelai

21.

"Tolong belikan saya se __________ pisang dan se __________ rambutan di gerai buah-buahan itu," pesan ibu kepada ayah.

a)

biji ... buah

b)

sisir ... ikat

c)

tandan ... gugus

d)

sikat.....longgok

22.

"Letakkan lima __________ mangkuk dan beberapa __________ camca di atas meja itu," kata Chef Wan kepada pembantunya.

a)

biji ... batang

b)

buah ... batang

c)

bekas ... bilah

d)

butir ... bilah

23.

Maimun menggubah dua __________ bunga mawar. Kemudian, dia meletakkannya di atas se __________ almari.

a)

kuntum ... biji

b)

bakul ... buah

c)

jambak ... deret

d)

jambangan ... buah

24.

Pak Cik Aziz ke hutan dengan membawa __________ parang dan __________ tali untuk mencari rotan.

a)

sebentuk ... selembar

b)

sebatang ... segelung

c)

selaras ... segulung

d)

sebilah ... seutas

25.

Naemah mengambil __________ isi ikan terubuk bakar yang masih panas itu.

a)

seekor

b)

secubit

c)

seketul

d)

segenggam

26.

Ayah membelikan adik __________ langsat dan __________ rambutan.

a)

segugus ... setangkai

b)

segugus ... seikat

c)

sebiji ... selonggok

d)

setangkai ... segugus

27.

Atikah menghadiahi gurunya __________ bunga dan __________ pena.

a)

sekuntum ..... sebilah

b)

sejambangan ..... seberkas

c)

setangkai ..... sepucuk

d)

sejambak ..... sebatang

28.

Polis telah melepaskan beberapa __________ tembakan dengan menggunakan lima _________ rifel M16.

a)

butir ..... pucuk

b)

das ..... laras

c)

biji ..... batang

d)

laras ..... das

29.

Kakak membeli __________ kain songket dan __________ tikar di Kedai Payang.

a)

sehelai ..... segulung

b)

secarik ..... segelung

c)

secebis ..... sehamparan

d)

sehelai ..... sebidang

30.

Dia mengutip beberapa __________ batu lalu membaling ke arah __________ burung ciak itu.

a)

genggam ..... segerombolan

b)

batang ..... sekumpulan

c)

ketul ..... sekawan

d)

kepal ..... seekor

31.

__________ senapang dan beberapa __________ peluru telah dijumpai di tepi bangunan itu.

a)

Sebatang ..... biji

b)

Sedas ..... buah

c)

Selaras ..... butir

d)

Sekaki ..... butir

32.

Berapa harga __________ ikan dan __________ sayur sawi ini?

a)

sebakul ..... seberkas

b)

selonggok ..... seikat

c)

seberkas ..... seikat

d)

sekawan ..... segulung

33.

Untuk memasak gulai itu, kita perlu memasukkan __________ asam gelugur dan beberapa __________ bawang merah.

a)

sepotong ….. biji

b)

sehiris ….. ulas

c)

seketul ….. biji

d)

sekeping ….. ulas

34.

Setiap kali ayah pulang dari kampung, dia akan memuatkan keretanya dengan beberapa __________ rambutan serta beberapa __________ kelapa.

a)

ulas ….. sikat

b)

biji ….. tandan

c)

tangkai ….. sisir

d)

ikat ….. sisir

35.

Beberapa __________ jalan raya dan dua __________ kedai ditenggelami air akibat hujan lebat.

a)

jalur ….. pintu

b)

kaki ….. baris

c)

batang ….. deret

d)

baris ….. buah

36.

Sebelum beredar dari rumah nenek, emak sempat menjamah __________ pulut dan memakan __________ sirih.

a)

seketul...sekeping

b)

segenggam...sebuah

c)

sepotong....sekeping

d)

secubit...seketul

37.

Tiap-tiap orang yang menyertai aktiviti gotong-royong itu membawa __________ penggali dan beberapa __________ dawai seorang.

a)

sebatang...gelung

b)

sebuah..gulung

c)

sekerat...batang

d)

sebilah...helai

38.

Emak menanam beberapa __________ sayur dan tiga __________ serai di belakang rumah untuk menjimatkan perbelanjaannya.

a)

baris...batang

b)

deret....pucuk

c)

batas...batang

d)

ikat....helai

39.

Dia menggunakan __________ tanah liat untuk dijadikan pinggan.

a)

sekepul

b)

segugus

c)

setompok

d)

segumpal

40.

__________ burung berterbangan di udara pada waktu pagi untuk mencari makan.

a)

Sepasukan

b)

Sekawan

c)

Serumpun

d)

Segerombolan

41.

Hanya __________ penduduk di kawasan itu yang mendapat peluang masuk ke beberapa __________ maktab perguruan.

a)

segelintir...buah

b)

segolongan..batang

c)

sekelompok...helai

d)

sekumpulan...gugus

42.

Orang tua itu memilih beberapa __________ jagung terbaik untuk dijadikan benih yang akan ditanam di __________ tanah terbiar.

a)

ulas...sebuah

b)

biji...sebidang

c)

tongkol...senaskhah

d)

buah..sebatang

43.

Beberapa __________ lilin dititiskan di atas __________ kertas lukisan untuk menghasilkan corak batik.

a)

batang..sebiji

b)

titis...sehelai

c)

titik....sebatang

d)

titik...sebuah

44.

Beberapa __________ cendawan yang aneh ditemui oleh dua orang pencinta alam sekitar di Hutan Lipur Sekayu.

a)

batang

b)

pohon

c)

pucuk

d)

kaki

45.

Tuan Haji Rahman membeli beberapa _________ buluh dan lima __________ kelapa di pasar tani untuk membuat lemang.

a)

ruas...tandan

b)

rumpun...buah

c)

batang...biji

d)

cucuk ... seberkas

46.

Ibu memetik __________ kangkung di tepi paya untuk dimasak gulai lemak.

a)

segenggam

b)

secekak

c)

segugus

d)

sejambak

47.

Jamaliah membeli tiga __________ tapai ubi dan dua __________ lemang di pasar malam Batu Lima.

a)

bungkus...batang

b)

gugus...biji

c)

biji...helai

d)

buku...buah

48.

Terdapat beberapa __________ batu-bata di hadapan rumah Zainab yang sedang dalam pembinaan itu.

a)

tompok

b)

longgok

c)

butir

d)

biji

49.

Rosli pergi ke Lumut untuk membeli se __________ payung dan se __________ jala.

a)

bentuk...selelingkar

b)

buah..sehelai

c)

kaki...rawan

d)

batang...sebidang

50.

Ayah membeli lima __________ nasi lemak.

a)

bungkus

b)

ulas

c)

buah

d)

ketul

51.

Hidayah membeli dua __________ benang untuk menjahit baju.

a)

buah

b)

buku

c)

utas

d)

gelung

52.

Ibu menggunakan lima __________ sabun untuk membuat gubahan bunga sabun itu.

a)

batang

b)

biji

c)

buku

d)

potong

53.

Abang memperoleh untung yang besar setelah menjual __________ lembu pawahnya.

a)

sereban

b)

sesangkar

c)

sesarang

d)

sekandang

54.

Nenek menyapukan beberapa __________ kapur di atas daun sirih itu lalu menggobeknya.

a)

kepal

b)

carik

c)

calit

d)

colek

55.

Azmatun memakai __________ kancing baju yang berwarna keemas-emasan semasa pergi ke majlis itu.

a)

sebentuk

b)

segenggam

c)

sekeping

d)

sebiji

56.

Ibu hanya memerlukan __________ jarum dan __________ kain untuk menampal seluar Aiman yang koyak itu.

a)

sebatang..selembar

b)

sebilah..sehelai

c)

sebatang...secarik

d)

secucuk..segulung

57.

Arshad makan sepuluh __________ sate dan tiga __________ nasi himpit di warung Mak Cik Gayah.

a)

batang...pinggan

b)

cucuk..ketul

c)

ketul...buah

d)

bungkus...biji