NEW
Font size
WorksheetsKuiz Integriti
Total questions: 50
Worksheet time: 25mins
Apakah maksud integriti di tempat kerja?
Menjaga rahsia rakan sekerja daripada pihak organisasi
Mengamalkan kejujuran, amanah dan bertanggungjawab dalam tugas
Mematuhi semua arahan majikan tanpa menilai kesahihan
Menunjukkan komitmen tinggi untuk keuntungan syarikat
Mengapa integriti penting dalam organisasi?
Supaya pekerja rasa lebih puas hati dengan kerja
Agar pekerja mudah mendapat kenaikan pangkat
Untuk meningkatkan kepercayaan, kredibiliti dan reputasi
Untuk mengurangkan aduan pelanggan semata-mata
Apakah contoh pelanggaran integriti di tempat kerja?
Menggunakan harta pejabat untuk urusan peribadi
Menyampaikan maklumat tepat kepada pelanggan
Mengambil cuti rehat mengikut prosedur
Menepati masa mesyuarat rasmi
Apakah nilai utama seorang pekerja berintegriti?
Patuh membuta tuli tanpa menilai undang-undang
Pandai menyembunyikan kesalahan
Bijak menguruskan hubungan untuk kepentingan sendiri
Amanah, jujur dan telus
Siapakah bertanggungjawab memastikan budaya integriti diamalkan?
Unit Integriti atau Audit sahaja
Ketua Jabatan sahaja
Pelanggan dan pihak luar
Semua warga organisasi, tanpa mengira pangkat
Apakah maksud “konflik kepentingan”?
Ketika pekerja bercuti tanpa kelulusan
Situasi pekerja mempunyai kepentingan peribadi yang boleh menjejaskan keputusan rasmi
Apabila pekerja tidak hadir mesyuarat rasmi
Keadaan di mana pekerja menyuarakan pendapat dalam mesyuarat
Apakah tindakan wajar jika menerima hadiah daripada pembekal?
Menolak dengan baik dan melaporkan kepada Unit Integriti
Menyimpan hadiah di pejabat untuk kegunaan bersama
Menerima hadiah jika nilainya kecil
Memberikan hadiah itu kepada ketua jabatan tanpa rekod
Apakah peranan utama Unit Integriti dalam organisasi?
Menguruskan kebajikan staf
Menyediakan latihan teknikal
Menentukan jadual kerja harian
Menjalankan pemantauan, pencegahan salah laku, serta memastikan kepatuhan undang-undang
Apakah akibat jika seseorang pekerja tidak berintegriti?
Mendapat lebih peluang kenaikan pangkat
Hilang kepercayaan, tindakan tatatertib dan mencemarkan imej organisasi
Memperoleh sokongan pelanggan
Mendapat penghargaan daripada majikan
Apakah elemen penting dalam membina budaya integriti?
Ketelusan, akauntabiliti dan keadilan
Sembunyi kelemahan daripada orang ramai
Memberi ganjaran tanpa syarat
Taat kepada ketua sahaja
Apakah tujuan Akta 605 (Akta Tatatertib dan Surcaj 2000)?
Memberi garis panduan mengenai elaun penjawat awam
Mengawal tatatertib dan kewangan dalam badan berkanun
Menentukan syarat perkhidmatan untuk sektor swasta
Menyelia pentadbiran mahkamah
Apakah yang dimaksudkan dengan “surcaj” di bawah Akta 605?
Tindakan tatatertib terhadap lewat hadir kerja
Bayaran tambahan kepada pegawai yang bekerja lebih masa
Potongan gaji bulanan untuk pinjaman perumahan
Tindakan mengenakan ganti rugi kewangan terhadap pegawai yang cuai
Apakah kesan rasuah terhadap ekonomi negara?
Menyebabkan keyakinan pelabur menurun dan pembangunan terbantut
Meningkatkan persaingan sihat dalam kalangan kontraktor
Menarik lebih ramai pelabur asing kerana urusan lebih “cepat”
Memastikan kelulusan projek sentiasa lancar
Apakah contoh integriti dalam perkhidmatan awam?
Menggunakan jawatan untuk meluluskan projek ahli keluarga
Melaporkan konflik kepentingan kepada pihak atasan
Menyembunyikan maklumat penting daripada pelanggan
Mengambil cuti sakit walaupun sihat
Apakah sikap yang bercanggah dengan budaya integriti?
Menyediakan laporan mengikut prosedur yang betul
Menghadiri kursus pembangunan staf secara konsisten
Menipu rekod kehadiran untuk mendapatkan elaun
Mengurus mesyuarat rasmi dengan teratur
Apakah prinsip utama dalam tadbir urus baik (good governance)?
Ketelusan, akauntabiliti, integriti
Keputusan dibuat tanpa semak imbang supaya lebih cepat
Pengaruh politik digunakan untuk mempercepat kelulusan
Arahan ketua dianggap betul walau bercanggah undang-undang
Apakah peranan pemimpin dalam memupuk integriti?
Memberi kelonggaran terhadap salah laku kecil supaya tidak stres
Mengutamakan kepentingan peribadi demi motivasi staf
Menjadi teladan dengan menunjukkan amalan integriti
Mengabaikan aduan staf kerana mahu elak konflik
Mengapa laporan salah laku perlu dibuat melalui saluran rasmi?
Supaya siasatan dilakukan secara adil, telus dan dilindungi undang-undang
Agar lebih mudah dijadikan bahan gosip
Supaya orang luar tahu dengan cepat
Untuk menekan rakan sekerja yang tidak disukai
Apakah contoh “whistleblowing” yang betul?
Menyebarkan maklumat salah laku di media sosial
Membincangkan penyelewengan di kedai kopi
Melaporkan penyelewengan kepada SPRM atau Unit Integriti
Menyampaikan maklumat kepada jiran tanpa bukti rasmi
Mengapa penting wujud dasar anti-rasuah dalam organisasi?
Sebagai panduan pencegahan salah laku dan komitmen kepimpinan
Untuk menambah beban kerja staf dengan prosedur tambahan
Supaya pekerja takut kepada ketua jabatan
Untuk menyekat komunikasi terbuka dalam organisasi
Apakah definisi rasuah menurut SPRM?
Pemberian hadiah selepas projek selesai sebagai tanda penghargaan
Suapan dalam bentuk wang, barang atau perkhidmatan untuk mendapat kelebihan tidak wajar
Pinjaman sementara daripada kenalan rapat tanpa faedah
Sumbangan ikhlas yang diberikan secara sukarela
Contoh perbuatan yang boleh dianggap rasuah di tempat kerja ialah:
Memberikan idea kreatif dalam mesyuarat yang meningkatkan projek
Menyusun fail pejabat mengikut arahan pengurus
Mengambil komisen daripada pembekal sebagai syarat meluluskan kontrak
Membantu rakan sekerja menyiapkan tugasan selepas waktu pejabat
Apakah contoh salah guna kuasa oleh pegawai kerajaan?
Menggunakan kedudukan untuk melantik saudara sendiri ke jawatan penting
Menyediakan laporan mesyuarat dengan maklumat tambahan
Membimbing staf baharu supaya lebih produktif
Menyemak dokumen rasmi berdasarkan garis panduan
Apakah yang dimaksudkan dengan “gangguan seksual” di tempat kerja?
Memberi pujian berlebihan terhadap penampilan rakan sekerja
Perlakuan berunsur seksual yang tidak diingini oleh penerima
Arahan rasmi daripada ketua untuk menyiapkan tugasan segera
Senda gurau berbentuk profesional antara rakan sekerja
Apakah langkah terbaik jika mengalami gangguan seksual di tempat kerja?
Berdiam diri demi menjaga keharmonian pejabat
Membalas dengan perlakuan yang sama untuk “mengajar” pelaku
Melaporkan segera kepada Unit Integriti atau pihak berkuasa
Berhenti kerja tanpa menyatakan sebab sebenar
Skandal kewangan dalam organisasi biasanya berpunca daripada:
Pengawasan ketat oleh pihak audit dalaman
Ketelusan penuh dalam pengurusan kewangan
Disiplin kerja yang tinggi dalam kalangan staf
Kelemahan kawalan dalaman dan kurang integriti
Apakah kesan utama jika berlakunya rasuah dalam organisasi?
Hubungan pelanggan lebih mesra kerana urusan lebih mudah
Kepercayaan awam hilang dan reputasi tercemar
Produktiviti organisasi meningkat mendadak
Kakitangan menjadi lebih bersemangat untuk bekerja
Gangguan seksual boleh berlaku dalam bentuk:
Menyusun jadual mesyuarat harian
Memberi arahan tugasan rasmi dengan tegas
Lawak kasar, mesej tidak senonoh, sentuhan tidak wajar
Menyediakan laporan kerja untuk penilaian
Apakah prinsip utama dalam mencegah salah guna kuasa?
Menggunakan kuasa tanpa had untuk mempercepatkan proses
Membuat keputusan berasaskan kepentingan individu tertentu
Tiada kawalan langsung supaya keputusan lebih bebas
Mengamalkan ketelusan, semak imbang dan tatakelola baik
Apakah tindakan wajar jika mengesyaki rakan sekerja terlibat dalam skandal rasuah?
Menyebarkan khabar angin bagi memberi tekanan
Melaporkan melalui saluran rasmi seperti Unit Integriti/SPRM
Berdiam diri kerana tidak mahu menjejaskan hubungan kerja
Menyebarkan khabar angin bagi memberi tekanan
Tujuan utama sistem aduan diwujudkan dalam organisasi ialah untuk:
Menilai prestasi pegawai berdasarkan salah laku
Membolehkan laporan salah laku dibuat secara sah dan selamat
Memberi ruang gosip dalam jabatan
Menjatuhkan maruah rakan sekerja
Siapakah yang berhak membuat aduan salah laku penjawat awam?
Ketua Jabatan
Pegawai Integriti dan orang yang dipercayai
Mana-mana individu yang mempunyai maklumat benar
Pihak luar yang mempunyai maklumat
Apabila menerima aduan rasmi, pegawai siasatan mesti memastikan:
Identiti pelapor dirahsiakan
Nama pelapor dipaparkan untuk ketelusan
Aduan dikongsi dengan semua staf
Siasatan ditangguh sehingga notis diterima
Tindakan disiplin hanya boleh diambil setelah:
Aduan disahkan benar melalui siasatan
Ketua jabatan bersetuju tanpa bukti
Pelapor mendesak tindakan segera
Media melaporkan isu
Aduan palsu boleh dianggap salah laku jika:
Dibuat tanpa borang rasmi
Dibuat dengan niat jahat
Tidak disertakan tarikh
Tiada tanda tangan
Sistem perlindungan pemberi maklumat bertujuan untuk:
Memberi ganjaran kepada pelapor
Melindungi individu daripada tindakan balas
Menyembunyikan identiti pesalah
Menggalakkan laporan palsu
Apakah peranan Ketua Jabatan dalam pengurusan aduan dalaman?
Menyembunyikan aduan yang memalukan jabatan
Memastikan siasatan dijalankan secara adil dan bebas
Mengarahkan staf berdiam dan tidak campur tangan
Menolak aduan kecil
Tatacara disiplin diperlukan kerana:
Untuk menghukum individu semata-mata
Bagi mengelak laporan diterima
Bagi melambatkan proses siasatan
Bagi memastikan keadilan dan ketertiban dalam organisasi
Kesan penyalahgunaan dadah terhadap tempat kerja ialah:
Prestasi kerja meningkat
Disiplin meningkat
Risiko keselamatan dan kemalangan meningkat
Tiada perubahan ketara
Apabila seorang staf disyaki menggunakan dadah, tindakan pertama yang wajar ialah:
Menghebahkan kepada rakan
Melapor kepada ketua jabatan untuk tindakan lanjut
Memecat serta-merta
Membiarkan sahaja selagi prestasi kerja adalah baik
Pihak berkuasa utama yang menguruskan isu dadah di sektor awam ialah:
PDRM
SPRM
AADK
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Tujuan ujian saringan dadah ialah:
Untuk menghukum pesalah
Untuk menakutkan staf
Untuk tujuan buang kerja
Untuk mengenal pasti dan membantu pemulihan
Antara langkah pencegahan dadah yang berkesan ialah:
Ceramah kesedaran dan pemeriksaan berkala
Menyembunyikan kes supaya imej jabatan terpelihara
Memecat semua staf baru
Mengurangkan latihan etika
Pegawai yang didapati positif dadah akan dikenakan tindakan:
Amaran lisan
Cuti khas dan tahan kerja
Tatatertib dan boleh dibuang kerja
Penempatan semula jabatan
Integriti kewangan bermaksud:
Ketelusan dalam menggunakan wang awam mengikut peraturan
Bebas berbelanja sesuka hati selagi di dalam perancangan bajet
Menyembunyikan laporan audit
Mempercepatkan proses perolehan
Apakah yang dimaksudkan dengan “pecah amanah”?
Menggunakan kuasa dengan betul
Mengurus dana awam dengan telus
Menyalahgunakan wang yang diamanahkan
Melapor kesalahan kewangan
Siapakah yang bertanggungjawab memastikan pematuhan kewangan di jabatan?
Pegawai kewangan sahaja
Semua anggota organisasi
Ketua jabatan dan pegawai berkaitan
Jabatan luar dan Kementerian
Audit kewangan bertujuan untuk:
Menghapuskan pegawai tidak cekap
Mengesan dan membetulkan kelemahan kawalan
Meningkatkan beban kerja
Mengurangkan bajet jabatan
Dalam perbelanjaan kerajaan, prinsip “value for money” bermaksud:
Perbelanjaan perlu memberi pulangan setimpal dengan kos
Membeli yang paling murah sahaja
Menggunakan dana untuk faedah peribadi
Mengurangkan kualiti perkhidmatan
Apabila menerima hadiah daripada pembekal, penjawat awam harus:
Menolak atau lapor kepada pihak berkuasa dalaman
Simpan dan tidak berkongsi
Menganggap ia hadiah biasa
Menolak jika di depan orang ramai
