Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ KEMERDEKAAN

Total questions: 45

Worksheet time: 24mins

Name
Class
Date
1.

Manusia Zaman Prasejarah menggunakan alat batu untuk___________.

a)

Membina kereta

b)

Memburu dan memotong

c)

Menulis buku

d)

Menenun kain

2.

Ciri utama alat batu Zaman Paleolitik ialah_____________

a)

Halus dan licin

b)

Berat dan moden

c)

Kasar serta tidak sempurna

d)

Diperbuat daripada logam

3.

Apakah maksud Zaman Prasejarah?

a)

Zaman selepas merdeka

b)

Zaman sebelum wujud tulisan

c)

Zaman kerajaan Melayu

d)

Zaman moden

4.

Hidupan manusia Zaman Neolitik lebih baik kerana___________

a)

Mereka pandai menulis

b)

Mereka sudah bertani

c)

Mereka menggunakan mesin

d)

Mereka tinggal di bandar

5.

Tapak arkeologi terkenal di Hulu Perak ialah__________.

a)

Bukit Chuping

b)

Kota A Famosa

c)

Lenggong

d)

Batu Bersurat Terengganu

6.

Zaman Logam bermula apabila manusia mula menggunakan___________.

a)

Kayu

b)

Daun

c)

Tembaga dan besi

d)

Tanah liat

7.

Penemuan arkeologi terpenting di Lenggong ialah___________.

a)

Lembing Perak

b)

Perak Man

c)

Ukiran batu

d)

Kapal purba

8.

Apakah bukti wujudnya kehidupan manusia awal di Hulu Perak?

a)

Balai raya

b)

Artifak batu dan rangka manusia

c)

Masjid lama

d)

Istana lama

9.

Apakah nama gua yang terkenal di Lenggong kerana penemuan Perak Man?

a)

Gua Tambun

b)

Gua Gunung Runtuh

c)

Gua Harimau

d)

Gua Kajang

10.

Perak Man ditemui pada tahun_________.

a)

1981

b)

1991

c)

2001

d)

2011

11.

Apakah sistem pemerintahan yang diamalkan di Malaysia pada hari ini?

a)

Raja berkuasa mutlak

b)

Ketenteraan

c)

Raja Berperlembagaan

d)

Republik

12.

Apakah yang dimaksudkan konsep 'daulat' dalam sistem pemerintahan?

a)

Raja wajib ditaati oleh rakyat

b)

Lambang kekuasaan Raja

c)

Keingkaran rakyat terhadap perintah Raja

d)

Perjanjian dibuat antara Raja dan rakyat

13.

Apakah bukti kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu?

a)

Artifak

b)

Masjid lama

c)

Tugu peringatan

d)

Batu bersurat

14.

Dua sumber perundangan di Melaka ialah_______________.

a)

Hukum Kanun Melaka

b)

Undang-Undang Tubuh 99 Perak

c)

Undang-Undang Tubuh Melaka

d)

Undang-Undang Laut Melaka

15.

Perkataan "Raja" dan "Negara" mempunyai pengaruh daripada bahasa___________.

a)

Inggeris

b)

Tamil

c)

Sanskrit

d)

Belanda

16.

Bahasa Melayu sebagai bahasa__________yang digunakan oleh golongan ulama pada zaman dahulu.

a)

ekonomi

b)

pentadbiran

c)

persuratan

d)

pendidikan

17.

Antara berikut, yang manakah BUKAN Negeri-Negeri Selat pada zaman penjajahan British?

a)

Pulau Pinang

b)

Sabah

c)

Singapura

d)

Melaka

18.

Siapakah tokoh pejuang tempatan yang menentang penjajahan British di Perak?

a)

Dol Said

b)

Dato' Maharaja Lela

c)

Mat Salleh

d)

Antenom

19.

Apakah negeri pertama yang dijajah oleh British?

a)

Melaka

b)

Pulau Pinang

c)

Perak

d)

Johor

20.

Siapakah pengasas bagi parti UMNO?

a)

Tunku Abdul Rahman

b)

Tun Abdul Razak

c)

Dato Onn Jaafar

d)

Ahmad Boestamam

21.

Siapakah tokoh tempatan daripada suku kaum Murut yang menentang penjajahan keluarga Brooke?

a)

Mat Salleh

b)

Rentap

c)

Antenom

d)

Sharif Masahor

22.

Bilakah Portugis menjajah Melaka?

a)

Tahun 1450

b)

Tahun 1511

c)

Tahun 1641

d)

Tahun 1780

23.

Siapakah pemimpin berbangsa Cina yang terlibat dalam rundingan Kemerdekaan?

a)

Kolonel H.S. Lee

b)

Tun Tan Cheng Lock

c)

Chin Peng

d)

Lee Kuan Yew

24.

Siapakah Yang di-Pertuan Agong sekarang?

a)

Sultan Nazrin Muizuddin Shah

b)

Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah

c)

Sultan Muhammad V

d)

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

25.

Apakah lambang haiwan pada jata negara?

a)

Gajah

b)

Singa

c)

Harimau

d)

Pelanduk

26.

Bilakah tarikh pengumuman kemerdekaan?

a)

20 Februari 1956

b)

31 Mei 1956

c)

31 Ogos 1956

d)

16 September 1956

27.

Bilakah British mula menjajah di negeri Melaka?

a)

Tahun 1511

b)

Tahun 1641

c)

Tahun 1786

d)

Tahun 1896

28.

Apakah maksud "Bersekutu Bertambah Mutu" dalam Jata Negara?

a)

Usaha mencapai kejayaan

b)

Semangat permuafakatan

c)

Keadilan antara pemimpin dan rakyat

d)

Negara maju hasil daripada usaha rakyat

29.

Siapakah pereka bendera kebangsaan Malaysia?

a)

Tunku Abdul Rahman

b)

Dato Onn Jaafar

c)

Mohamed bin Hamzah

d)

Saiful Bahari

30.

Bahasa (a)   ialah bahasa kebangsaan di Malaysia.

31.

Irama lagu kebesaran negeri____________dijadikan sebagai lagu kebangsaan Malaysia.

a)

Pahang

b)

Kedah

c)

Johor

d)

Perak

32.

Nama bendera Malaysia ialah (a)   .

33.

Lagu kebangsaan Malaysia ialah (a)  

34.

Apakah bunga kebangsaan bagi negara Malaysia?

a)

Bunga raya

b)

Bunga mawar

c)

Bunga kenanga

d)

Bunga cempaka

35.

Gelaran bagi ketua bagi negeri Perlis ialah____________.

a)

Sultan

b)

Yang di-Pertuan Besar

c)

Raja

d)

Yang di-Pertua Negeri

36.

Negeri manakah yang mendapat nama daripada sebatang pokok mentagau di kuala sungai?

a)

Pahang

b)

Selangor

c)

Johor

d)

Kelantan

37.

Negeri manakah yang berasal daripada perkataan "Taring Anu" iaitu gading gajah yang besar?

a)

Kelantan

b)

Negeri Sembilan

c)

Perak

d)

Terengganu

38.

Apakah bandar diraja bagi Negeri Sembilan?

a)

Kuala Kangsar

b)

Arau

c)

Seri Menanti

d)

Pekan

39.

Apakah ibu negeri bagi negeri Kelantan?

a)

Seremban

b)

Kota Bharu

c)

Georgetown

d)

Shah Alam

40.

Apakah nama lagu kebangsaan bagi negeri Perak?

a)

Allah selamatkan Sultan kami

b)

Allah Lanjutkan Usia Sultan

c)

Allah Selamatkan Sultan Mahkota

d)

Selamat Sultan

41.

Antara berikut, yang manakah BUKAN bahasa dan dialek pertuturan bagi kaum Cina?

a)

Minang

b)

Mandarin

c)

Kantonis

d)

Hokkien

42.

Antara berikut, yang manakah alat muzik tradisional bagi kaum India?

a)

Gendang

b)

Nafiri

c)

Seruling

d)

Veenai

43.

Apakah contoh tarian tradisional bagi kaum Melayu?

a)

Tarian Zapin

b)

Tarian Singa

c)

Tarian Bharata Natyam

d)

Tarian Ngajat

44.

Penganut agama___________mempercayai berkaitan Hukum Karma

a)

Buddha

b)

Hindu

c)

Kristian

d)

Sikh

45.

Perayaan__________disambut oleh kaum Iban dan Dayak sebagai tanda mensyukuri hasil tani yang diperoleh.

a)

Pesta Kaamatan

b)

Thaipusam

c)

Hari Gawai

d)

San Pedro