Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

VOKAL-DIFTONG & VOKAL RANGKAP

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah kumpulan perkataan yang kesemuanya mengandungi e-pepet?

a)

reka, semat

b)

pesan, besan

c)

tengok, selit

d)

kerut, peram

2.

vokal depan sempit + letupan lelangit lembut tidak bersuara + sisian gigi-gusi bersuara + vokal depan sempit + sengauan dua bibir bersuara

a)

ikrar

b)

umpan

c)

enggan

d)

iklim

3.

Kumpulan perkataan yang manakah yang mengandungi bunyi diftong?

a)

raut, salai, amboi

b)

oidin, pantai, buih

c)

sauk, mulai, pantau

d)

rantai, aurat, sepoi

4.

Pasangan perkataan yang manakah yang kedua-duanya mengandungi vokal belakang separuh sempit?

a)

ikan, lima

b)

ubah, sabun

c)

setem, simen

d)

otak, rosak

5.

Yang manakah pasangan perkataan yang berikut mengandungi vokal rangkap?

a)

kait, lantai

b)

kaut, santai

c)

sepoi, pulau

d)

tua, kain

6.

Pernyataan yang manakah yang benar tentang diftong?

a)

terdapat lima jenis diftong

b)

terdiri daripada dua suku kata

c)

dapat dipisahkan suku katanya

d)

mempunyai satu puncak kelantangan

7.

Perkataan yang manakah yang mengalami penyisipan geluncuran ketika membunyikannya?

a)

sampai

b)

capai

c)

baik

d)

pantai

8.

Perkataan yang manakah yang mengandungi semua vokal hadapan?

a)

Lekas

b)

Serak

c)

Bersih

d)

Conteng

9.

Perkataan yang manakah yang mengandungi semua vokal separuh sempit?

a)

Simpul

b)

Sumbat

c)

Sembang

d)

Boleh

10.

Lidah berada pada kedudukan separuh sempit. Udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa sekatan. Pita suara bergetar. Yang manakah perkataan yang kedua-dua suku katanya mengandungi bunyi vokal yang terhasil dengan cara di atas?

a)

Kayu

b)

Debu

c)

Kotak

d)

Teko

11.

Kumpulan perkataan yang manakah mengandungi bunyi diftong?

a)

Baung, siulan, gulai

b)

Lemau, lugai, kaitan

c)

Hairan, siuman, kiasan

d)

Taufan, sampai, kacau

12.

Kedudukan lidah berada pada posisi vokal depan luas digeluncurkan ke arah vokal depan sempit. Pita suara bergetar. Pernyataan di atas merujuk kepada perkataan …

a)

mulai

b)

pantau

c)

sempoi

d)

permai

13.

Kata yang mengandungi vokal rangkap terdapat dalam ayat yang berikut, kecuali …

a)

Cerita itu tiada kaitan dengan individu yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

b)

Umair bercita-cita ingin menjadi pemain bola profesional apabila dewasa nanti.

c)

Keindahan alam ini akan hilang jika kita tidak tahu menghargainya.

d)

Makan dan minumnya semakin terabai setelah ditinggalkan isteri sejak 4 bulan yang lalu.

14.

Yang manakah yang menepati ciri vokal?

a)

Vokal terdiri daripada vokal depan dan vokal belakang.

b)

Vokal terdiri daripada bunyi bersuara dan tidak bersuara.

c)

Untuk menghasilkan bunyi vokal, berlaku sekatan pada alat artikulasi.

d)

Semua bunyi vokal bersuara.

15.

Belakang lidah diturunkan satu pertiga daripada kedudukan tertinggi. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Pita suara bergetar. Bunyi vokal yang dihasilkan dengan cara di atas terdapat pada perkataan …

a)

cicak

b)

perah

c)

buluh

d)

bonus

16.

Pernyataan yang manakah yang menepati ciri-ciri diftong?

a)

Mempunyai dua puncak kelantangan

b)

Membentuk dua suku kata apabila diucapkan

c)

Bunyi vokal kedua lebih lantang daripada vokal pertama

d)

Mempunyai tiga bunyi diftong dalam bahasa Melayu

17.

Perkataan yang manakah mengandungi diftong?

a)

bermain

b)

kait

c)

bau

d)

sampai

18.

Kedudukan lidah berada pada posisi vokal depan luas. Kemudian lidah digeluncurkan ke arah vokal depan sempit. Pita suara bergetar. Pernyataan di atas merujuk kepada perkataan …

a)

kait

b)

pantau

c)

tampoi

d)

pandai

19.

Yang manakah perkataan yang tidak mengandungi diftong?

a)

saudara

b)

boikot

c)

lambai

d)

biola

20.

Untuk menghasilkan perkataan tersebut, bibir pada mulanya berada dalam keadaan hampar, kemudian apabila hampir selesai membunyikannya, bibir menjadi bundar. Apakah perkataan yang terhasil daripada pernyataan di atas?

a)

haus

b)

bau

c)

maut

d)

aurat

21.

Yang manakah ayat mengandungi perkataan yang berditong?

a)

Kek lapis yang dijual kakak telah habis.

b)

Emak sedang menjahit kain yang dihadiahi kakak.

c)

Pak Hamid tidak turun ke laut pada musim tengkujuh.

d)

Lawatan ke Pulau Redang itu mendapat sambutan orang ramai.

22.

Pernyataan yang manakah yang benar tentang vokal rangkap?

a)

Vokal rangkap terdiri daripada suku kata yang sama

b)

Vokal rangkap dilambangkan dengan dua huruf vokal

c)

Vokal rangkap terdiri daripada satu puncak kelantangan

d)

Vokal rangkap dilambangkan dengan membentuk dua suku kata

23.

Kumpulan perkataan yang manakah yang mengandungi bunyi diftong?

a)

raut, haiwan, kaut

b)

amboi, pantai, kait

c)

siang, miang, buang

d)

rantai, surau, pantau

24.

Pernyataan berikut TIDAK BENAR tentang penghasilan bunyi vokal, kecuali …

a)

kedudukan lidah tidak berubah semasa penghasilannya

b)

bentuk bibir tidak berubah semasa melafazkannya

c)

lelangit lembut tidak diturunkan

d)

udara yang keluar melalui rongga tekak tidak mengalami sekatan

25.

Pasangan perkataan yang manakah yang mengandungi vokal depan sempit dan vokal belakang separuh sempit?

a)

geli, timbul

b)

merbok, pintu

c)

tampil, mentol

d)

hidung, ibu