Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Pengetahuan Perlembagaan

Total questions: 71

Worksheet time: 36mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah ciri asas sesebuah negara?

a)

Diterajui oleh parti politik tertentu

b)

Ditadbir secara demokrasi berparlimen

c)

Diperintah oleh kerajaan yang berdaulat

d)

Diperkukuh oleh sistem ekonomi yang baik

2.

Yang manakah pelanggaran kebebasan asasi menurut Perlembagaan Persekutuan?

a)

Encik P tidak dibenarkan memasuki negeri Sarawak

b)

Encik Q diambil tanahnya dengan bayaran pampasan yang dipersetujui.

c)

Encik R dirampas hartanya kerana terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram

d)

Encik S dihalang daripada berunding dengan peguam pilihannya semasa dalam tahanan

3.

Yang manakah benar tentang Perlembagaan Persekutuan?

a)

I. Tidak boleh dibuat pindaan

b)

II. Asas kepada pembentukan kerajaan

c)

III. Merupakan undang-undang tertinggi

d)

IV. Diluluskan oleh Mahkamah Persekutuan

4.

Peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh seorang menteri atas kuasa yang diberi oleh Akta Parlimen merujuk kepada?

a)

Ordinan

b)

Enakmen

c)

Perundangan Kecil

d)

Doktrin duluan Kehakiman

5.

Tempoh genap lima tahun Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri bermula dari tarikh?

a)

Pengundian dijalankan

b)

Penamaan calon pilihan raya

c)

Keputusan pilihan raya diwartakan

d)

Mesyuarat pertama Dewan selepas pilihan raya

6.

Yang manakah alasan bagi sesuatu keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah?

a)

I. Perbuatan merasuah pengundi yang dilakukan oleh calon pilihan raya

b)

II. Ketidakpatuhan calon terhadap peruntukan undang-undang pilihan raya

c)

III. Calon gagal menurunkan poster dan bendera parti selepas hari mengundi

d)

IV. Calon gagal menghantar penyata pilihan raya dalam tempoh yang ditetapkan

7.

Yang manakah yang benar tentang tadbir urus yang baik?

a)

Keputusan dibuat berdasarkan budi bicara

b)

Ketelusan dalam perkongsian maklumat dan prosedur kerja

c)

Penambahan masa perkhidmatan di kaunter dengan kerja lebih masa

d)

Penambahan pegawai kerajaan yang mempunyai kelulusan ikhtisas dalam perkhidmatan

8.

Tadbir urus yang terbaik dalam sektor awam adalah berteraskan prinsip I integriti II prosedur III budi bicara IV akauntabiliti

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

Yang manakah yang benar tentang Ketua Setiausaha Negara?

a)

Menjadi ahli Majlis Kewangan Negara

b)

Menjadi Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

c)

Memegang jawatan setelah dilantik oleh Perdana Menteri

d)

Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Negara

10.

Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Jemaah Pengampunan berkuasa untuk mengampunkan kesalahan-kesalahan yang dibicarakan di

a)

Mahkamah Majistret di Johor

b)

Mahkamah Tinggi di Kelantan

c)

Mahkamah Syariah di Sarawak

d)

Mahkamah Sesyen di Selangor

11.

Yang manakah yang terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan?

a)

I Penentuan jenis mata wang

b)

II Penangkapan ikan di sungai

c)

III Pengeluaran lesen pembalakan

d)

IV Penetapan sukatan mata pelajaran prasekolah

12.

Pernyataan di atas merujuk kepada peranan • Menggubal dan mentadbir dasar pengurusan perolehan kerajaan • Menguruskan pinjaman bagi pihak peranan

a)

Jabatan Audit Negara

b)

Bank Negara Malaysia

c)

Perbendaharaan Malaysia

d)

Jabatan Akauntan Negara

13.

Yang manakah tugas badan kehakiman?

a)

Meluluskan undang-undang negara

b)

Menggubal undang-undang negara

c)

Melaksanakan undang-undang negara

d)

Menentukan kesahan undang-undang negara

14.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang Perlembagaan Persekutuan?

a)

Parlimen mengatasi perlembagaan

b)

Perlembagaan mengatasi undang-undang lain

c)

Mahkamah berkuasa meluluskan pindaan perlembagaan

d)

Peruntukan dalam perlembagaan tidak boleh dimansuhkan

15.

Yang manakah kes jenayah yang dibicarakan di Mahkamah Syariah?

a)

Perbuatan rasuah

b)

Perbuatan minum arak

c)

Pengambilan anak angkat

d)

Pembahagian harta pusaka

16.

Yang manakah kuasa Yang di-Pertuan Agong terhadap Dewan Rakyat?

a)

Merasmikan persidangan Dewan Rakyat pada setiap penggal

b)

Melantik Yang Dipertua Dewan Rakyat atas nasihat Perdana Menteri

c)

Memecat Setiausaha Dewan Rakyat atas nasihat Yang Dipertua Dewan Rakyat

d)

Meluluskan rang undang-undang yang dibentangkan oleh Dewan Rakyat

17.

Yang manakah tugas kabinet?

a)

Melantik setiausaha politik

b)

Merancang dasar pembangunan negara

c)

Meluluskan anggaran perbelanjaan tahunan

d)

Membuat pindaan Perlembagaan Persekutuan

18.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang jawatan Ketua Audit Negara?

a)

Pemilihannya adalah dalam kalangan ahli Parlimen

b)

Saraanannya ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong

c)

Pelantikannya dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

d)

Pemecatannya oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor tribunal

19.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang fungsi Majlis Raja-Raja?

a)

Memberi pengampunan pesalah di Mahkamah Syariah

b)

Memberi persetujuan terhadap pelantikan Perdana Menteri

c)

Memberi persetujuan terhadap pelantikan Yang Dipertua Negeri

d)

Memberi persetujuan terhadap pindaan undang-undang persempadanan negeri

20.

Pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk memungut hasil di atas ialah

a)

Pihak Berkuasa Tempatan

b)

Lembaga Hasil Dalam Negeri

c)

Perbadanan Pembangunan Bandar

d)

Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta

21.

Kriteria peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri adalah berdasarkan

a)

hubungan baik dengan kerajaan pusat

b)

hasil kerajaan negeri

c)

bilangan penduduk

d)

keluasan negeri

22.

Yang manakah pernyataan yang boleh menjejaskan integriti tadbir urus yang baik?

a)

Prosedur kerja yang kompleks

b)

Kepimpinan yang bersifat telus

c)

Penggunaan sumber yang maksimum

d)

Kepimpinan yang bersifat tegas

23.

Yang manakah pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja?

a)

Jemaah Menteri

b)

Bahasa Kebangsaan

c)

Keanggotaan Parlimen

d)

Bahagian Pilihan Raya Persekutuan

24.

Yang manakah peristiwa yang menyebabkan seorang Menteri Besar mengambil tindakan meletakkan jawatan?

a)

Dilantik sebagai Senator

b)

Dituduh terlibat dalam perlakuan rasuah

c)

Hilang kepercayaan daripada Perdana Menteri

d)

Dewan Undangan Negeri meluluskan undi tidak menyokong kepimpinan beliau

25.

Yang manakah yang benar tentang Dewan Rakyat?

a)

Ketua Setiausaha Negara merupakan Setiausaha Dewan Rakyat

b)

Ahli Dewan Rakyat boleh mewakili dua kawasan Dewan Rakyat

c)

Yang Dipertua Dewan Rakyat mesti dipilih dalam kalangan ahli Dewan Rakyat.

d)

Rang Undang-undang Perbekalan dikemukakan dan dimulakan di Dewan Rakyat.

26.

Yang manakah fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya?

a)

Mendengar petisyen pilihan raya

b)

Menyemak sempadan pilihan raya

c)

Meminda undang-undang pilihan raya

d)

Mendakwa calon yang melanggar peraturan pilihan raya

27.

Yang manakah pengundi yang berhak untuk mengundi sebagai pengundi pos?

a)

Pegawai pilihan raya yang menjalankan tugas pada hari mengundi

b)

Pegawai perkhidmatan awam yang bekerja pada hari mengundi

c)

Pesalah yang menjalani hukuman penjara pada hari mengundi

d)

Pesakit yang terlantar di hospital pada hari mengundi

28.

Yang manakah yang melambangkan tadbir urus baik dalam perkhidmatan awam?

a)

Proses kerja yang jelas

b)

Peningkatan peruntukan

c)

Peningkatan pembabitan rakyat

d)

Pengurangan saiz tenaga kerja

29.

Pemberian peruntukan tahunan Kerajaan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri berdasarkan

a)

panjang jalan negeri

b)

hasil pendapatan negeri

c)

bilangan ketua isi rumah

d)

keluasan sesebuah negeri

30.

Masalah pendatang tanpa izin di Malaysia melibatkan beberapa kementerian. Masalah ini memerlukan penyelarasan antara kementerian yang terlibat. Penyelarasan ini dibuat oleh

a)

Majlis Ekonomi Negara

b)

Majlis Tindakan Negara

c)

Majlis Keselamatan Negara

d)

Majlis Perundingan Negara

31.

Yang manakah hasil Pihak Berkuasa Tempatan?

a)

Cukai jualan

b)

Cukai perkhidmatan

c)

Lesen paparan iklan

d)

Lesen pendaftaran perniagaan

32.

Yang manakah kepentingan tadbir urus baik?

a)

Menambahkan bilangan tenaga kerja

b)

Memberikan keyakinan kepada pelabur asing

c)

Meningkatkan bilangan sektor awam yang diswastakan

d)

Meluaskan pengaruh kerajaan dalam pelbagai aktiviti ekonomi

33.

Yang manakah yang berkaitan dengan Senarai Negeri dan Senarai Bersama yang terdapat dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan?

a)

Penyu - Kebajikan masyarakat

b)

Perikanan - Penjaja beredar

c)

Perpaitan - Perpustakaan

d)

Kesihatan - Perumahan

34.

Puan Y ialah seorang wanita asing yang berkahwin dengan lelaki warganegara Malaysia. Beliau menetap di Malaysia selama 2 tahun sebelum tarikh permohonannya untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia. Yang manakah cara untuk Puan Y mendapatkan kewarganegaraan Malaysia?

a)

Masukan

b)

Pendaftaran

c)

Percantuman wilayah

d)

Kuat kuasa undang-undang

35.

“Pihak pentadbiran mestilah bukan orang yang sama dengan yang mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang dan badan kehakiman pula tidak boleh mengganggu proses pentadbiran.” Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

pemusatan kuasa

b)

pengasingan kuasa

c)

penyelarasan kuasa

d)

pembahagian kuasa

36.

Yang manakah yang benar tentang anggota Suruhanjaya Pilihan Raya?

a)

Lantikannya oleh Perdana Menteri

b)

Lantikannya oleh Yang di-Pertuan Agong

c)

Lantikannya oleh Ketua Hakim Negara

d)

Lantikannya oleh Menteri Dalam Negeri

37.

Dasar sesebuah negeri di Semenanjung Malaysia diluluskan oleh

a)

Dewan Undangan Negeri

b)

Jawatankuasa Tindakan Negeri

c)

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

d)

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

38.

Pernyataan di atas merujuk kepada beberapa fungsi

a)

Unit Inovasi Khas

b)

Unit Perancang Ekonomi

c)

Unit Penyelarasaan Pelaksanaan

d)

Unit Pemodenan Tadbir dan Perancangan Pengurusan Malaysia

39.

Yang manakah tugas Unit Perancang Ekonomi?

a)

Menyelaraskan pembangunan di koridor pertumbuhan

b)

Merancang pembangunan kawasan koridor dan serantau

c)

Memacu pelaksanaan agenda bumiputera melalui penerokaan inisiatif-inisiatif baharu

d)

Melaksanakan projek kerjasama awam swasta melalui Penswastaan dan Inisiatif Pembiayaan Swasta

40.

Kesan pengurangan kerenah birokrasi dalam urusan kaunter di pejabat kerajaan ialah

a)

tahap kepuasan pelanggan meningkat

b)

bilangan pegawai kaunter bertambah

c)

waktu berurusan di kaunter dipendekkan

d)

keselesaan di kaunter perkhidmatan bertambah baik

41.

Yang manakah pernyataan yang menunjukkan Malaysia sebuah negara yang berdaulat?

a)

Penduduk yang mempunyai jati diri yang tinggi.

b)

Negara diiktiraf oleh komuniti antarabangsa.

c)

Kuasa politik berdasarkan tolak ansur pelbagai kaum.

d)

Ekonomi negara dikongsi bersama oleh pelbagai kaum.

42.

Yang manakah pernyataan yang menepati konsep ketertinggian Perlembagaan Persekutuan?

a)

Perlembagaan tidak boleh dipinda.

b)

Parlimen berkuasa mentafsir peruntukan perlembagaan.

c)

Perlembagaan Persekutuan menjadi punca semua jenis undang-undang.

d)

Mahkamah tidak berkuasa untuk membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan.

43.

Yang manakah pernyataan yang merujuk kepada kebebasan diri menurut Perlembagaan Persekutuan?

a)

Semua orang dilayan samarata disisi undang-undang negara

b)

Seseorang yang ditangkap perlu diberitahu sebab-sebab ia ditangkap.

c)

Setiap warganegara Malaysia bebas bergerak ke seluruh Persekutuan.

d)

Setiap individu yang dibebaskan daripada kesalahan tidak boleh dibicarakan semula.

44.

Yang Di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicara dalam pelantikan jawatan

a)

Peguam Negara

b)

Perdana Menteri

c)

Ahli Suruhanjaya

d)

Ketua Hakim Negara

45.

Yang manakah sebab seseorang calon yang kalah dalam pilihan raya membuat petisyen pilihan raya?

a)

Calon yang menang tidak berdaftar sebagai pengundi.

b)

Calon yang menang mempunyai jentera pilihan raya yang ramai.

c)

Calon yang menang tidak patuh terhadap peruntukan undang-undang pilihan raya.

d)

Calon yang menang gagal menghantar penyata pilihan raya dalam tempoh yang ditetapkan.

46.

Yang manakah fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya?

a)

Membuat kajian dan persempadanan kawasan pilihan raya

b)

Mengawal keselamatan dalam tempoh pilihan raya

c)

Meluluskan persempadanan kawasan pilihan raya

d)

Menyemak petisyen pilihan raya

47.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang tugas Jemaah Menteri?

a)

Merancang dasar kewangan dan belanjawan negara

b)

Menggubal dasar dan perancangan ekonomi negara

c)

Menggubal dasar gaji, elaun, dan kemudahan kakitangan kerajaan

d)

Menentukan dasar kerajaan dan memberikan arahan kepada jentera pentadbiran negara

48.

Yang manakah yang menggambarkan kebebasan sesebuah suruhanjaya?

a)

anggota suruhanjaya dipilih dalam pilihan raya.

b)

Saraan anggota suruhanjaya ditetapkan oleh kabinet.

c)

Suruhanjaya tidak boleh dianggotai oleh parti politik.

d)

Anggota suruhanjaya boleh dipecat melalui tribunal khas.

49.

Projek yang dibina oleh Majlis Daerah hendaklah diluluskan oleh

a)

Majlis Kewangan Negara

b)

Dewan Undangan Negeri

c)

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

d)

Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan

50.

Yang manakah sumber hasil yang diserahkan kepada negeri?

a)

I Hasil daripada lombong

b)

II Kutipan cukai pendapatan

c)

III Terimaan mengenai bekalan air

d)

IV Bayaran-bayaran daripada Mahkamah Persekutuan

51.

Tujuan utama penubuhan badan penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri adalah untuk

a)

Mengelakkan percanggahan dan melicinkan pentadbiran negara

b)

Meningkatkan kecekapan pentadbiran pada peringkat masing-masing

c)

Menyeragamkan pentadbiran Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan

d)

Mengelakkan campur tangan kerajaan Persekutuan dalam pentadbiran negeri.

52.

Kerajaan Negeri X mengemukakan permohonan meminta Kerajaan Pusat menyemak bayaran royalti minyak. Yang manakah pihak yang sesuai membincangkan perkara di atas?

a)

Kabinet

b)

Parlimen

c)

Majlis Kewangan Negara

d)

Majlis Perancangan Negara

53.

Yang manakah cara pindaan syarat-syarat kewarganegaraan Malaysia dapat dilaksanakan?

a)

majoriti mudah Majlis Parlimen

b)

majoriti 2/3 ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara

c)

majoriti 2/3 ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong

d)

majoriti 2/3 ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja

54.

Encik Z lahir di Persekutuan selepas bulan September 1962 dan ibunya seorang pemastautin tetap. Yang manakah cara Encik Z untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia?

a)

kuat kuasa undang-undang

b)

percampuran wilayah

c)

Pendaftaran

d)

Masukan

55.

Yang manakah kes sivil yang dibicarakan di Mahkamah Syariah?

a)

khalwat

b)

mengamalkan ajaran sesat

c)

tidak berpuasa pada bulan Ramadan

d)

pembahagian atau tuntutan harta sepencarian

56.

Undang-undang hanya boleh dikuatkuasakan oleh badan eksekutif setelah

a)

diluluskan oleh Majlis Parlimen

b)

disahkan oleh Badan Kehakiman

c)

diwartakan sebagai Warta Kerajaan

d)

diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong

57.

Yang manakah ciri untuk memastikan tadbir urus baik dapat dilaksanakan dengan berkesan dalam perkhidmatan awam?

a)

A. I dan III

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. II dan IV

58.

Tadbir urus yang cekap bertujuan untuk

a)

A. meningkatkan keupayaan kerajaan melaksanakan dasar

b)

B. menambahkan sumber manusia berasaskan kelayakan

c)

C. mengekalkan karenah birokrasi dalam prosedur kerja

d)

D. melaksanakan penguatkuasaan secara budi bicara

59.

Fungsi Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak ialah

a)

A. menyeragamkan pentadbiran

b)

B. menyelaraskan aktiviti ekonomi

c)

C. memudahkan cara pelaksanaan projek pembangunan

d)

D. meningkatkan kerjasama antara sektor awam dengan swasta

60.

Yang manakah agensi yang bertanggungjawab untuk mengagihkan peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri mengikut purata jumlah penduduk?

a)

A. Perbendaharaan

b)

B. Jabatan Perdana Menteri

c)

C. Kementerian Kewangan

d)

D. Jabatan Perkhidmatan Awam

61.

Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan mengandungi: • Senarai Persekutuan • Senarai Negeri • Senarai Bersama Perkara di atas merujuk kepada struktur pentadbiran yang berdasarkan

a)

A Penurunan kuasa

b)

B Pemusatan kuasa

c)

C Pengasingan Kuasa

d)

D Pembahagian kuasa

62.

Yang manakah yang tertakluk kepada bidang kuasa negeri?

a)

A Penerbitan majalah keagamaan

b)

B Pembukaan pusat pemulihan akhlak

c)

C Permohonan permit melombong pasir

d)

D Tuntutan perceraian pasangan bukan Islam

63.

Prestasi penyampaian agensi awam dapat ditingkatkan melalui

a)

A peningkatan bilangan kakitangan

b)

B pemudahcaraan proses dan prosedur kerja

c)

C perwujudan jabatan dan agensi yang baharu

d)

D pengurangan masa operasi penyampaian perkhidmatan

64.

Yang manakah kesan kewujudan Pusat Transformasi Bandar dan Pusat Transformasi Luar Bandar?

a)

A kos operasi kerajaan dikurangkan

b)

B penswastaan perkhidmatan awam perlu diperluaskan

c)

C waktu urusan di pejabat-pejabat kerajaan dipendekkan

d)

D urusan orang ramai dengan agensi awam dan swasta dipermudah

65.

Yang manakah kepentingan institusi beraja dalam sistem pemerintahan Malaysia?

a)

Memeriksa dan mengimbangi tindakan-tindakan untuk memupuk keharmonian rakyat

b)

Meninjau keutuhan parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya

c)

Mengesahkan keesahan penggubalan undang-undang negara

d)

Memantau kecekapan pelaksanaan projek pembangunan

66.

Pernyataan yang manakah yang benar tentang Ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya?

a)

Boleh memegang jawatan berpendapatan tetap

b)

Saraan ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong

c)

Ahli-ahlinya terdiri daripada ahli Majlis Parlimen

d)

Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja

67.

Pernyataan yang manakah yang benar tentang kebebasan pilihan raya?

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

68.

Dua aspek yang perlu diberi penekanan untuk mewujudkan tadbir urus baik ialah

a)

I. prestasi dan III. penglibatan yang menyeluruh

b)

I. prestasi dan IV. pematuhan terhadap undang-undang

c)

II. prosedur dan III. penglibatan yang menyeluruh

d)

II. prosedur dan IV. pematuhan terhadap undang-undang

69.

Perkara yang manakah yang perlu dilaksanakan untuk memastikan tadbir urus baik dalam perkhidmatan awam?

a)

Mengurangkan saiz tenaga kerja

b)

Meningkatkan prestasi kerja kakitangan

c)

Mengamalkan sistem birokrasi dan prosedur kerja yang kompleks

d)

Menambahkan masa perkhidmatan di kaunter dengan kerja lebih masa

70.

Pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk memungut hasil di atas ialah

a)

Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta

b)

Pihak Berkuasa Tempatan

c)

Kerajaan Persekutuan

d)

Kerajaan Negeri

71.

Fungsi Unit Perancang Ekonomi ialah

a)

memantau keberkesanan strategi program Satu Daerah Satu Industri

b)

menyediakan draf belanjawan kerajaan Persekutuan

c)

menyediakan rancangan pembangunan negara

d)

menyelaras Projek Kesejahteraan Rakyat