wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Percubaan UASA Pendidikan Islam Tahun 4

Total questions: 53

Worksheet time: 29mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah perkataan pinjaman bahasa inggeris?

a)

b)

c)

2.

Yang manakah perkataan pinjaman bahasa inggeris?

a)

b)

c)

3.

Yang manakah perkataan pinjaman bahasa inggeris?

a)

b)

c)

4.

Yang manakah perkataan pinjaman bahasa inggeris?

a)

b)

c)

5.

Yang manakah perkataan pinjaman bahasa inggeris?

a)

b)

c)

6.

Apakah perkara yang menyebabkan pentingnya mengamalkan ADAB BERJIRAN?

a)

Allah memberikan keredhaanNya

b)

Allah kurniakan ganjaran pahala

c)

Keselamatan sesama jiran lebih terjamin

d)

Dapat hidup bersama dengan suasana harmoni

e)

Menimbulkan pergaduhan dan Masyarakat berpecah belah.

7.

Yang manakah akibat MENGABAIKAN Adab Berjiran?

a)

Allah tidak redha

b)

Allah kurniakan ganjaran pahala

c)

Keselamatan sesama jiran tidak terjamin

d)

Masyarakat berpecah belah.

e)

Menimbulkan pergaduhan

8.

Rakan kamu suka ingkar cakap guru.

Apa yang patut kamu lakukan?

a)

Jauhi kawan itu.

b)

Lapor kepada polis.

c)

Nasihati kawan itu.

9.

Kawan kamu selalu tidak ikut arahan guru.

Cara terbaik untuk bantu dia ialah:

a)

Jangan kawan dia

b)

Panggil polis

c)

Beri dia nasihat

10.

Rakan melawan guru.

Langkah paling sesuai ialah:

a)

Jauhi dia.

b)

Lapor polis.

c)

Nasihati dia

11.

Mengapa penting untuk saya menghormati guru di dalam kelas?

a)

Supaya dapat makan di kantin.

b)

Supaya guru berasa gembira.

c)

Supaya ilmu mudah masuk ke dalam hati.

12.

Mengapa penting untuk saya menghormati guru di dalam kelas?

a)

Supaya ilmu mudah masuk ke dalam hati.

b)

Supaya mendapat ilmu yang bermanfaat.

c)

Supaya kita mudah faham pelajaran.

13.

Sebagai seorang pelajar Muslim yang berpegang kepada prinsip agama, jelaskan secara terperinci bagaimana perbuatan mengabaikan adab terhadap guru boleh membawa kepada kehilangan keberkatan ilmu (barakah) dalam kehidupan dan pembelajaran seseorang?

a)

Melanggar Prinsip Agama: Guru adalah pewaris Nabi; menderhaka guru sama seperti menderhaka ibu bapa.

b)

Ilmu Tidak Bermanfaat: Ilmu tidak dapat diaplikasi untuk kebaikan (hilang barakah).

c)

Hati Tertutup: Adab yang buruk menyebabkan hati murid tertutup untuk menerima cahaya ilmu.

14.

Mengabaikan adab terhadap guru menimbulkan kesan negatif. Senaraikan DUA (2) kesan utama di dunia bagi murid yang berkelakuan demikian.

a)

Ilmu Sukar Diperoleh: Rasa susah untuk memahami dan mengingati pelajaran.

b)

Hilang Keberkatan Ilmu: Ilmu atau pengetahuan yang diperolehi tidak akan menjadi kebaikan kepada murid.

c)

Dosa Besar: Termasuk dalam perbuatan derhaka yang akan disoal di hari akhirat.

15.

Pilih satu (1) contoh tindakan yang menunjukkan kamu tidak menghormati guru.

a)

Diam dan dengar ketika guru bercakap.

b)

Menyiapkan kerja sekolah yang diberi guru.

c)

Bercakap-cakap ketika guru sedang bercakap di hadapan kelas.

16.

Terangkan dua (2) perlakuan yang diklasifikasikan sebagai derhaka ilmu terhadap guru, serta huraikan implikasi rohani setiap perlakuan tersebut dalam konteks keberkatan pembelajaran.

a)

Mencari Kesalahan Guru (Sangka Buruk): Implikasinya, hati pelajar akan dipenuhi prasangka buruk yang akan menghalang nur (cahaya) ilmu daripada masuk ke dalam jiwa. Ilmu yang dipelajari menjadi tidak saffi (suci) dan sukar memberi kesan yang mendalam.

b)

Menuntut Ilmu Dengan Angkuh (Takabbur): Implikasinya, pelajar tidak akan mendapat tawfiq (petunjuk) untuk mengamalkan ilmunya. Sikap sombong menyebabkan ilmu hanya kekal di akal tanpa meresap menjadi akhlak.

c)

Menuntut Ilmu dengan penuh rendah diri: Implikasinya, pelajar akan sentiasa merasa diri hina dan tiada ilmu dan sentiasa ikut arahan guru serta mengelakkan sikap sombong

17.

Yang manakah merupakan salah satu akhlak terpuji Nabi Muhammad S.A.W. ketika menghadapi tentangan dakwah?

a)

Berdoa agar orang kafir binasa.

b)

Tidak berputus asa berdakwah

c)

Tamak dengan tawaran harta.

d)

Bersangka buruk dengan janji Allah.

18.

Apakah akhlak Nabi Muhammad S.A.W. yang paling sesuai diamalkan ketika seseorang dihina dan ditentang secara lisan oleh pihak yang menolak ajarannya?

a)

Mengutamakan kaun keluarga dan menjauhi yang lain.

b)

Penyayang dan pemaaf, serta berhikmah dalam tindakan

c)

Segera menghukum pihak yang menghina tanpa rundingan.

d)

Berputus asa dan menghentikan dakwah buat sementara waktu.

19.

Antara pernyataan berikut, yang manakah TIDAK MENCERMINKAN akhlak Nabi Muhammad S.A.W. dalam usaha beliau meneruskan dakwah Islamiah?

a)

Menggunakan kebijaksanaan (hikmah) dan bersabar dengan ujian berat.

b)

Berputus asa apabila melihat penentangan semakin hebat dan meragui janji Allah.

c)

Menolak tawaran harta dan pangkat kerana tidak tamak kepada keduniaan.

d)

Bersifat penyayang dan memberi kemaafan kepada musuh yang bertaubat.

20.

Sifat fatonah Nabi Muhammad bermaksud baginda seorang yang bijak. Di sekolah, bagaimana cara terbaik kamu menunjukkan sifat bijak ini?

a)

Berpura-pura sakit untuk mengelak ujian.

b)

Cepat meniru jawapan rakan yang pandai.

c)

Buat tugasan dengan baik dan hasilkan idea yang bernas.

d)

Selesaikan masalah rakan yang tidak menyiapkan kerja sekolah.

21.

Sifat fatonah (kebijaksanaan) Nabi Muhammad S.A.W. banyak membantu dalam menyelesaikan isu-isu rumit.

Jelaskan cara yang boleh kamu praktikkan di sekolah untuk mencerminkan sifat fatonah ini, selain daripada menyiapkan kerja sekolah. Berikan justifikasi ringkas untuk setiap cara.

a)

Menyelesaikan Konflik Rakan: Contoh: Menjadi orang tengah apabila rakan bergaduh dan mencari jalan damai.

b)

Mencari solusi masalah Pembelajaran: Contoh: Mengenal pasti kelemahan sendiri dan mencari kaedah belajar yang paling berkesan (bukan sekadar menghafal).

c)

Menguruskan Masa Belajar dan Bermain: Contoh: Menyusun jadual belajar yang seimbang.

22.

Semasa pembinaan Kaabah, kabilah-kabilah Arab berbalah besar tentang siapa yang layak meletakkan semula Hajarul Aswad. Apakah langkah yang diambil oleh Nabi Muhammad S.A.W. untuk menamatkan persengketaan ini?

a)

Baginda menghukum ketua setiap kabilah yang terlibat dalam pergaduhan.

b)

Baginda membiarkan mereka berbalah sehingga salah satu kabilah menang sendiri.

c)

Baginda memberi cadangan bijak yang memuaskan hati semua pihak.

d)

Baginda mengarahkan kabilah yang paling kaya sahaja untuk meletakkannya.

23.

Peristiwa peletakan Hajarul Aswad menunjukkan kebijaksanaan (fatonah) Nabi Muhammad S.A.W. dalam menangani konflik kabilah.

Mengapa tindakan Nabi S.A.W. memberi cadangan menggunakan sehelai kain untuk meletakkan Hajarul Aswad adalah langkah yang lebih bijak?

a)

Mencapai Keadilan Penuh: Penyelesaian Nabi membolehkan semua ketua kabilah berkongsi penghormatan meletakkan batu suci itu (keadilan sosial).

b)

Meningkatkan Kebencian: Tindakan menghukum akan menaikkan lagi kemarahan dan perpecahan antara kabilah, malah mungkin mencetuskan peperangan berdarah.

c)

Menjaga Maruah: Ia menjaga maruah semua kabilah, kerana tiada pihak yang kalah atau dihinakan.

d)

Tidak Menyelesaikan Punca: Hukuman tidak menyelesaikan isu utama perebutan kehormatan meletakkan Hajarul Aswad itu sendiri.

24.

Sifat fatonah Nabi Muhammad S.A.W. menunjukkan kebijaksanaan beliau. Antara berikut, yang manakah BUKAN ciri kebijaksanaan yang dimiliki oleh Nabi Muhammad S.A.W.?

a)

Bijak menyelesaikan masalah tanpa kekerasan.

b)

Bijak membuat keputusan yang adil.

c)

Bijak dalam berniaga dengan jujur.

d)

Cepat berputus asa dan lari dari cabaran dakwah.

25.

Apakah ciri positif sifat fatonah

a)

Sabar dengan Hinaan

b)

Berniaga dengan Jujur

c)

Tamak dengan harta

d)

Mudah berputus asa

26.
  1. Mengapakah ibadah puasa di bulan Ramadan ditekankan dalam Islam bagi setiap Muslim yang memenuhi syarat?

a)
  1. Kerana ia merupakan amalan sunat yang sangat digalakkan.

b)
  1. Kerana ia adalah salah satu daripada rukun iman.

c)
  1. Kerana ia adalah amalan wajib yang mesti dilakukan.

27.
  1. Apakah hukum bagi seorang wanita Muslim yang meneruskan puasanya ketika dia didatangi haid?

a)
  1. Puasa tersebut adalah sah dan boleh diteruskan.

b)
  1. Puasa tersebut menjadi tidak sah

c)
  1. Puasa tersebut dikira sebagai puasa sunat.

28.
  1. Antara kumpulan berikut, yang manakah dikecualikan daripada kewajipan menunaikan ibadah puasa Ramadan?

a)
  1. Golongan orang fakir miskin

b)
  1. Golongan orang yang sakit

c)
  1. Golongan kanak-kanak belum baligh

29.
  1. Apakah status amalan melewatkan sahur dan menyegerakan berbuka puasa dalam syariat Islam?

a)
  1. Ia adalah rukun puasa yang mesti dilakukan untuk sah puasa.

b)
  1. Ia adalah sunat puasa yang mendatangkan pahala tambahan.

c)
  1. Ia adalah syarat wajib puasa.

30.
  1. Salah satu hikmah utama ibadah puasa adalah melatih diri. Puasa bertujuan mendidik kita menjadi seorang yang lebih:

a)
  1. malas dan lemah dalam melakukan ibadah.

b)
  1. sabar dan bersederhana dalam tingkah laku.

c)
  1. boros dan kuat berbelanja.

31.
  1. Salah satu fungsi azan ialah untuk mendidik masyarakat supaya menepati masa. Apakah tindakan segera yang sepatutnya dilakukan oleh seorang Muslim apabila mendengar laungan azan?

a)
  1. Segera solat di masjid atau di tempat lain.

b)
  1. Segera berehat di rumah selepas seharian bekerja.

c)
  1. Segera pergi kerja atau memulakan urusan perniagaan.

32.
  1. Azan didengar lima kali sehari. Berdasarkan tujuan syariat, mengapakah azan dianggap sebagai alat yang mendidik masyarakat tentang kepentingan menepati masa?

a)
  1. Kerana ia mengingatkan masyarakat untuk segera berehat di rumah pada waktu-waktu tertentu.

b)
  1. Kerana ia menetapkan waktu yang tepat untuk menunaikan ibadah wajib, sekali gus melatih disiplin masa.

c)
  1. Kerana ia memberi isyarat kepada semua pekerja supaya segera pergi kerja.

33.
  1. Selain sebagai panggilan untuk menunaikan solat fardu, bilakah lagi lafaz azan sunat dilaungkan oleh seorang Muslim?

a)
  1. Sebagai pembuka majlis rasmi kerajaan.

b)
  1. Ketika menyambut kelahiran bayi yang baru dilahirkan.

c)
  1. Ketika menyambut kedatangan tetamu di rumah.

34.
  1. Azan dan iqamah mempunyai peranan khusus dalam Islam. Dalam konteks ibadah mu'amalat dan kehidupan seharian, selain daripada solat, bilakah disunatkan lafaz azan atau iqamah dilaungkan?

a)

Ketika hendak mula berniaga atau menyambut tetamu penting.

b)

Ketika berlakunya musibah atau ketika menyambut ahli baru dalam keluarga.

c)

Ketika meraikan ulang tahun atau majlis perkahwinan.

35.
  1. Najis seperti tahi kucing, bangkai cicak, dan darah tergolong dalam kumpulan najis apa?

a)

Najis Ringan (Mukhaffafah).

b)
  1. Najis Berat (Mughallazah).

c)
  1. Najis Sederhana (Mutawassitah).

36.
  1. Jika pakaian anda terkena sedikit darah atau tahi binatang peliharaan (seperti kucing), kaedah penyucian yang diperlukan adalah sama dengan penyucian najis dari kategori:

a)
  1. Mutawassitah (Najis Sederhana).

b)
  1. Mughallazah (Najis Berat).

c)
  1. Mukhaffafah (Najis Ringan).

37.
  1. Apakah perbezaan utama yang menentukan mengapa bangkai cicak (Najis Mutawassitah) dan jilatan anjing (Najis Mughallazah) dikelaskan dalam kumpulan najis yang berbeza?

a)
  1. Mutawassitah hanya perlu dilap,

  2. manakala Mughallazah perlu dibasuh sekali sahaja.

b)
  1. Mutawassitah dibasuh sehingga hilang zatnya,

  2. manakala Mughallazah memerlukan tujuh basuhan dengan salah satunya menggunakan air tanah.

c)
  1. Mughallazah hanya melibatkan cecair,

  2. manakala Mutawassitah melibatkan bahan pepejal sahaja.

38.
  1. Keimanan kepada nabi dan rasul menuntut kita melaksanakan ajaran mereka.

  2. Apakah cara yang paling jelas untuk membuktikan keimanan tersebut dalam kehidupan seharian?

a)
  1. Menghina ajaran yang dibawa oleh rasul.

b)
  1. Menjadikan rasul sebagai objek sembahan (mengidolakan hingga menyembah).

c)
  1. Mengamalkan ajaran rasul dalam setiap aspek kehidupan.

39.
  1. Keimanan yang sempurna terhadap Nabi Muhammad S.A.W. mestilah melibatkan ketaatan kepada ajaran baginda. Perkara yang manakah menzahirkan bukti penerimaan dan ketaatan itu?

a)

Menerima dan mengamalkan syariat yang dibawa oleh baginda.

b)

Hanya mengakui kerasulan baginda dalam hati tanpa perlu beramal.

c)

Menyembah baginda sebagai satu-satunya perantara untuk mendekatkan diri kepada Allah.

40.
  1. Mengapakah setiap umat Islam diwajibkan untuk beriman kepada para nabi dan rasul?

a)

Kerana ia merupakan salah satu daripada Rukun Iman

b)

Kerana ia adalah salah satu daripada Rukun Negara.

c)

Kerana ia hanya adat kebiasaan yang diwarisi turun-temurun.

41.
  1. Dalam sistem kepercayaan Islam (aqidah), apakah kedudukan iman kepada nabi dan rasul?

a)
  1. Ia adalah syarat untuk menjadi warganegara yang taat kepada negara.

b)
  1. Ia adalah ajaran sampingan yang boleh diabaikan jika tiada kemampuan.

c)
  1. Ia adalah bahagian asas yang wajib dipatuhi dan merupakan rukun keempat dalam keimanan.

42.
  1. Peranan utama para rasul adalah membawa manusia kepada kebenaran. Yang manakah antara berikut BUKAN tugas para rasul?

a)
  1. Menjadi contoh teladan yang baik kepada umat.

b)
  1. Menyampaikan wahyu (risalah) dari Allah S.W.T.

c)
  1. Mengajak manusia menyembah berhala dan patung.

43.
  1. Misi utama kerasulan adalah membawa umat manusia keluar daripada kegelapan kepada cahaya. Pernyataan yang manakah paling tepat mengenai peranan Nabi dan Rasul?

a)
  1. Menguasai dunia dan menjadi raja kepada semua bangsa di bumi.

b)
  1. Menyeru manusia kembali kepada syirik dan menghalalkan yang haram.

c)

Menyampaikan wahyu serta menjadi model utama akhlak dan kehidupan.

44.
  1. Perbuatan kufur dalam Islam bermaksud:

a)
  1. Mengingkari atau tidak beriman kepada Allah dan ajaran Nabi Muhammad.

b)
  1. Melakukan dosa-dosa kecil yang boleh diampunkan.

c)
  1. Meyakini dan beriman kepada Allah serta Rasul-Nya.

45.
  1. Sifat nifak (munafik) adalah haram dan berdosa besar. Apakah kesan utama yang timbul daripada perlakuan nifak dalam hubungan sosial bermasyarakat?

a)
  1. Orang yang menzahirkan sifat nifak akan mendapat rahmat dan kasih sayang Allah.

b)
  1. Nifak akan menguatkan lagi persahabatan dan meningkatkan kepercayaan sesama manusia.

c)
  1. Nifak boleh merosakkan persahabatan, memecahbelahkan masyarakat, dan menghilangkan kepercayaan.

46.
  1. Apakah jenis kufur yang paling sesuai diklasifikasikan bagi perbuatan seorang Muslim yang beriman di mulut tetapi menggunakan harta secara haram untuk berjudi?

a)
  1. Kufur Nikmat (Kufur kerana tidak bersyukur).

b)
  1. Kufur Amalan (Kufur yang melibatkan perbuatan dosa yang besar).

47.
  1. Ahmad ingin memastikan tetamu yang datang berasa dihargai mengikut adab Islam. Apakah tindakan yang menunjukkan penghormatan terbaik terhadap tetamu?

a)
  1. Mengabaikan tetamu sebentar untuk menyelesaikan kerja rumah.

b)
  1. Menyambut tetamu dengan wajah yang mesra dan ceria.

c)
  1. Meminta tetamu pulang sebaik selesai makan.

48.
  1. Memuliakan tetamu dikaitkan dengan keimanan. Tindakan yang manakah paling bertentangan dengan perintah agama ini?

a)
  1. Melayan tetamu mengikut kemampuan tuan rumah.

b)
  1. Berhikmah dalam menyediakan makanan.

c)
  1. Tiidak Menghiraukan kehadiran tetamu selepas pintu dibuka.

49.
  1. وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


    Berdasarkan hadis, tindakan memuliakan tetamu menjadi tanda jelas bagi:

a)
  1. Keupayaan seseorang menunjukkan kekayaan kepada orang lain.

b)
  1. Kebenaran dan kekuatan iman seseorang Muslim kepada Allah dan hari akhirat.

c)
  1. Kepentingan mematuhi adat sosial masyarakat Arab.

50.
  1. وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

    Hadis tersebut mengaitkan keimanan kepada Allah dan Hari Akhirat dengan kewajipan memuliakan tetamu. Apakah penilaian yang boleh dibuat tentang hubungan antara dua perintah ini?

a)
  1. Memuliakan tetamu adalah amalan adat sahaja dan tidak berkaitan secara langsung dengan ibadah wajib dalam Islam.

b)
  1. Seseorang perlu memuliakan tetamu hanya jika dia mempunyai pangkat tinggi di sisi masyarakat.

c)
  1. Perintah melayan tetamu adalah bukti bahawa iman tidak hanya terletak pada hati, tetapi mesti diterjemahkan melalui perbuatan.

51.
  1. Ahmad kedatangan tetamu mengejut yang datang dari jauh dan memerlukan tempat penginapan. Dalam situasi ini, apakah hukum Islam yang paling tepat ke atas Ahmad untuk melayan dan menyediakan keperluan asas kepada tetamunya?

a)

Harus dilakukan jika Ahmad berkelapangan dan tidak sibuk.

b)

Wajib bagi hari pertama sahaja.

c)

Sunat muakkad (sangat digalakkan) sepanjang tempoh penginapan.

52.
  1. Perintah memuliakan tetamu adalah wajib untuk sekurang-kurangnya satu hari satu malam. Apakah implikasi terbesar hukum ini kepada kehidupan seorang Muslim?

a)

Ia bermaksud melayani tetamu adalah lebih utama daripada menunaikan solat sunat.

b)

Ia menunjukkan bahawa status sosial tetamu lebih penting daripada status tuan rumah.

c)

Ia menegaskan bahawa melayani sesama manusia adalah sebahagian daripada kewajipan ibadah dan keimanan.

53.
  1. Dalam ayat {عَبۡدًا إِذَا صَلَّىٰ}, huruf manakah yang perlu dibaca dengan lantunan qalqalah?

a)

Huruf {ص} dengan Qalqalah Kubra.

b)

Huruf {ب} dibaca dengan Qalqalah Sughra

c)

Huruf {د} dibaca dengan Qalqalah Kubra