Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

FLASCARD PENDIDIKAN KESIHATAN 2SVM - KVERTS

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM, 2012), mentakrifkan pendidikan kesihatan reproduktif dan seksual sebagai asas kukuh kepada perkembangan serta pembangunan insan yang sihat, berakhlak mulia dan saling menghormati.

Hak untuk pendidikan reproduktif dan seksual

adalah seperti yang berikut, KECUALI:

a)

Remaja harus dibimbing cara mengamalkan gaya hidup yang selamat dan sihat dari segi jasmani, emosi, mental, rohani dan sosial.

b)

Sesuatu yang tidak perlu di dipelajari oleh keluarga

c)

Satu proses pembelajaran sepanjang hayat merangkumi aspek biologikal, sosiobudaya dan psikologikal.

d)

Satu proses pembelajaran sepanjang hayat merangkumi aspek biologikal, sosiobudaya dan psikologikal.

2.

Apakah kesan jangka panjang daripada amang seksual terhadap mangsa?

a)

Tiada kesan yang ketara.

b)

Masalah kesihatan mental seperti kemurungan.

c)

Peningkatan hubungan sosial yang positif.

d)

Keupayaan untuk mengatasi masalah dengan lebih baik.

3.

Apakah tindakan yang perlu diambil jika anda menerima mesej yang mengandungi kandungan seksual yang tidak diingini?

a)

Hantar kepada semua rakan untuk menunjukkan kepada mereka.

b)

Biarkan sahaja dan tidak ambil peduli.

c)

Laporkan kepada pihak berkuasa atau platform yang digunakan.

d)

Balas dengan mesej yang lebih agresif.

4.

Melukis gambar lucah ialah.......

a)

Gangguan bukan lisan

b)

Gangguan visual

c)

Gangguan psikologi

d)

Gangguan fizikal

5.

'Golongan remaja perlu mendapat bimbingan masyarakat tentang kesan dan akibat daripada gejala sosial yang mudah mempengaruhi diri mereka. '.


Manakah hak kesihatan reproduktif dan seksual yang paling sesuai dengan pernyataan di atas?

a)

Hak daripada Perspektif Individu

b)

Hak daripada Perspektif Keluarga

c)

Hak daripada Perspektif Masyarakat

6.

Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan kesihatan reproduktif yang berkesan?

a)

Proses yang hanya memberi tumpuan kepada aspek fizikal.

b)

Proses yang tidak melibatkan interaksi sosial.

c)

Proses pembelajaran yang melibatkan aspek biologi, psikologi dan sosial.

d)

Proses yang hanya melibatkan maklumat tentang penyakit seksual.

7.

Apakah tingkah laku yang betul apabila menerima video atau gambar lucah?

a)

Sebarluas kepada rakan-rakan lain.

b)

Diam sahaja sekiranya pengirim adalah berjantina sama.

c)

Terus padam dan tidak memberi respon.

d)

Hantar kepada kawan baik sahaja.

8.

Kesihatan reproduktif bermaksud :

a)

Keadaan individu yang sihat fizikal, mental dan sosial serta bebas daripada penyakit yang berkaitan dengan sistem reproduktif.

b)

Keadaan individu yang tidak sihat fizikal, mental dan sosial serta bebas daripada penyakit yang berkaitan dengan sistem reproduktif.

c)

Keadaan individu yang sihat serta ADA penyakit yang berkaitan dengan sistem reproduktif.

d)

Keadaan individu yang mental dan berpenyakit yang berkaitan dengan sistem reproduktif.

9.

Apakah langkah yang perlu diambil jika seseorang menjadi mangsa amang seksual?

a)

Menjawab balik dengan kekerasan.

b)

Mencari bantuan daripada rakan-rakan.

c)

Segera melaporkan kepada pihak berkuasa.

d)

Berdiam diri dan tidak memberitahu sesiapa.

10.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization), istilah remaja ditafsirkan sebagai ;

a)

Seseorang yang berada dalam lingkungan umur di antara 10 hingga 19 tahun.

b)

Seseorang yang berada dalam lingkungan umur di antara 9 hingga 19 tahun.

c)

Seseorang yang berada dalam lingkungan umur di antara 15 hingga 19 tahun.

d)

Seseorang yang berada dalam lingkungan umur di antara 17 hingga 19 tahun.

11.

Apakah langkah yang boleh diambil oleh masyarakat untuk mencegah amang seksual?

a)

Menyerahkan semua tanggungjawab kepada pihak berkuasa sahaja.

b)

Mengadakan kempen kesedaran tentang hak dan perlindungan kanak-kanak.

c)

Menutup mata terhadap isu ini dan berharap ia tidak berlaku.

d)

Memberi lebih banyak kebebasan kepada remaja tanpa pengawasan.

12.

Apakah definisi yang tepat bagi amang seksual?

a)

Tingkah laku seksual yang melibatkan keganansan terhadap remaja perempuan.

b)

Serangan seksual secara berterusan yang dilakukan dalam kalangan ahli keluarga.

c)

Hubungan seksual yang dilakukan secara sukarela antara remaja perempuan dan remaja lelaki.

d)

Serangan seksual yang berlaku secara fizikal terhadap atau bukan fizikal terhadap kanak-kanak walaupun tanpa persetubuhan.

13.

Terdapat lima kategori gangguan seksual iaitu bentuk tingkah laku ...... .

a)

Pandangan tajam, percakapan lucah, menunjukkan alat kemaluan, kekerasan & kelakuan hinaan

b)

Lisan, bahasa tubuh, visual, psikologi dan fizikal

c)

Isyarat lucah, menghantar gambar lucah menerusi telefon, menghantar video lucah, berjenaka lucah dan sering mengintip

d)

Memaksa, memukul, menyentuh tubuh badan mangsa, mengugut & memberi barang lucah

14.

Contoh tingkahlaku amang seksual, memeluk mangsa secara paksa

a)

Gangguan secara lisan

b)

Gangguan bukan lisan

c)

Gangguan psikologi

d)

Gangguan fizikal

15.

Apakah langkah yang perlu diambil oleh remaja untuk melindungi diri daripada gangguan seksual?

a)

Sentiasa berseorangan di tempat awam.

b)

Belajar mengenali tanda-tanda gangguan seksual.

c)

Berbincang dengan rakan-rakan tentang pengalaman mereka.

d)

Mengabaikan situasi yang tidak selesa.

16.

Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan kesihatan seksual?

a)

Proses pembelajaran yang melibatkan aspek biologi, psikologi dan sosial.

b)

Proses yang tidak melibatkan interaksi sosial.

c)

Proses pembelajaran tentang kesihatan fizikal sahaja.

d)

Hanya melibatkan maklumat tentang penyakit seksual.

17.

'Remaja perlu melindungi diri mereka daripada menjadi mangsa penderaan seksual. Mereka perlu tahu batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan'.


Manakah hak kesihatan reproduktif dan seksual yang paling sesuai dengan pernyataan di atas?

a)

Hak daripada Perspektif Individu

b)

Hak daripada Perspektif Keluarga

c)

Hak daripada Perspektif Masyarakat

18.

Apakah yang dimaksudkan dengan gangguan seksual secara lisan?

a)

Sentuhan yang tidak diingini pada tubuh mangsa.

b)

Ucapan yang tidak senonoh atau lucah kepada mangsa.

c)

Memaksa mangsa untuk melakukan tindakan seksual.

d)

Menunjukkan gambar atau video lucah kepada mangsa.

19.

Menurut seksyen 14(a) dan Seksyen 14(b) Undang-undang Malaysia Akta 792 Bahagian iv Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, amang seksual merupakan.......

a)

Hubungan seksual dengan individu yang tidak dikenali.

b)

Gangguan seksual pelaku terhadap mangsa di tempat kerja.

c)

Penderaan fizikal kepada mangsa menggunakan kekerasan.

d)

Perbuatan menyentuh bahagian seksual mangsa atau dipaksa melakukan sebaliknya terhadap pelaku.

20.

'Remaja perlu lebih terbuka untuk berkongsi masalah dengan keluarga'.


Berikut adalah Kepentingan Mengetahui Hak Kesihatan Reproduktif dan Seksual .

Manakah hak kesihatan reproduktif dan seksual yang paling sesuai dengan pernyataan di atas?

a)

Hak daripada Perspektif Individu

b)

Hak daripada Perspektif Keluarga

c)

Hak daripada Perspektif Masyarakat