WorksheetsKertas Tugasan Elektrik Satu Fasa
Total questions: 17
Worksheet time: 9mins
Mengapakah penting untuk mengetahui akta dan peraturan elektrik berkaitan dalam penyediaan lukisan elektrik satu fasa?
Untuk memastikan keselamatan dan pematuhan undang-undang
Untuk mempercepatkan kerja
Untuk mengurangkan kos
Untuk menambah bilangan pelatih
Apakah jenis garisan bagi lukisan teknik?
Garisan berantai tebal dan garisan berantai nipis.
Garisan berterusan nipis dan garisan bersiku – siku.
Garisan berterusan tidak lurus dan garisan berterusan tebal.
Garisan berterusan tebal dan nipis, dan garisan putus – putus tebal.
Apakah definisi Pihak Berkuasa Bekalan menurut Akta Bekalan Elektrik 1990?
Orang yang pada masa ini ditugaskan menjaga sesuatu pepasangan.
Pegawai yang dilantik di bawah Seksyen 3, Akta Bekalan Elektrik 1990.
Orang yang memegang suatu perakuan kekompetenan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah.
Mana – mana Pihak Berkuasa Berkanun yang ditubuhkan oleh Akta Parlimen untuk menjanakuasakan dan / atau membekalkan tenaga elektrik.
Apakah peralatan yang digunakan untuk membuat lukisan teknik?
Sesiku L
Kertas Grid
Papan Lukisan
Keluli Tolok Berat
Apakah faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis sistem pendawaian?
Jenis tanah.
Suhu ambien.
Keadaan pemasangan.
Jenis pembinaan bangunan.
Apakah definisi stok bagi pengurusan stor?
Barang – barang belum guna atau perlu disimpan atau untuk digunakan terus bagi tujuan operasi atau penyelenggaraan.
Barang – barang belum guna atau perlu dibuang atau untuk digunakan terus bagi tujuan operasi atau penyelenggaraan.
Barang – barang telah guna atau perlu disimpan atau untuk digunakan terus bagi tujuan operasi atau penyelenggaraan.
Barang – barang telah guna atau perlu dibuang atau untuk digunakan terus bagi tujuan operasi atau penyelenggaraan.
Apakah peralatan pelindung diri yang perlu digunakan untuk melindungi mata semasa melakukan kerja?
Pelindung mata
Topi keselamatan
Kasut keselamatan
Pelindung pernafasan
Antara berikut yang manakah ialah ciri – ciri pengalir atau kabel yang digunakan dalam pepasangan?
I. Lokasi semula jadi.
II. Voltan susut yang dibenarkan.
III. Suhu maksimum yang dibenarkan.
IV. Galangan maksimum ketika kefungsian litar perlindungan litar pintas.
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
Pilih faktor yang perlu dititikberatkan semasa memilih peralatan kelengkapan elektrik.
I. Arus
II. Voltan
III. Keserasian.
IV. Jenis bangunan.
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
Apakah keperluan yang perlu diketahui oleh pendawai atau kontraktor mengenai keperluan lawatan tapak?
I. Jenis pendawaian.
II. Membuat lawatan tapak.
III. Mengira permintaan beban tertinggi.
IV. Mengenal pasti keperluan pelanggan.
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Antara berikut yang manakah langkah – langkah yang perlu dipatuhi sekiranya ada pindaan atau pemadaman pada rekod yang tidak dibenarkan?
I. Pembetulan ditandatangani ringkas oleh Pegawai Stor.
II. Menyenggara rekod - rekod bagi setiap transaksi keluar.
III. Angka yang betul perlu ditulis di bahagian atas angka asal.
IV. Angka asal hendaklah digariskan dengan satu garisan sahaja.
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Apakah nama alat keselamatan yang ditunjukkan pada label a) dalam gambar di bawah?
Cermin mata keselamatan
Topi keledar
Sarung tangan
Kasut keselamatan
Mengapakah kasut keselamatan penting untuk pekerja di tapak pembinaan?
Melindungi kaki daripada objek tajam dan berat
Melindungi kepala daripada kecederaan
Melindungi mata daripada habuk
Melindungi telinga daripada bunyi bising
Apakah tujuan utama pekerja memakai pakaian peralatan perlindungan diri (PPE) sepanjang masa menurut Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994?
Untuk mematuhi standard MS IEC
Untuk mencegah sebarang risiko kepada keselamatan & kesihatan
Untuk mengira permintaan maksimum beban
Untuk memastikan arus kebocoran bumi tidak melebihi 10 miliampere
Apakah yang diterangkan dalam pemilihan kelengkapan elektrik?
Keperluan pengiraan permintaan maksimum beban dalam Ampere bagi setiap litar akhir suatu pendawaian
Perlindungan terhadap arus kebocoran bumi
Pengawasan industri pembekalan elektrik
Memakai PPE sepanjang masa
Apakah syarat bagi perlindungan arus kebocoran bumi (RCD) di tempat hiburan awam?
Tidak melebihi 10 miliampere
Tidak melebihi 100 ampere
Tidak melebihi 5 volt
Tidak melebihi 1 ampere
Apakah yang perlu dipatuhi oleh setiap item kelengkapan elektrik dalam pemasangan elektrik menurut Klausa 133?
Mematuhi standard MS IEC yang telah ditetapkan
Memakai PPE sepanjang masa
Mengira permintaan maksimum beban
Menggunakan RCD berkepekaan tinggi
