NEW
Font size
WorksheetsSOALAN STAY AMAZED 2025 2nd — Worksheet Questions
Total questions: 50
Worksheet time: 25mins
Apakah perbezaan antara Muslim dengan Mukmin?
Orang Muslim dia islam tapi tak beramal dengannya; orang Mukmin dia islam dan beramal
Orang Mukmin dia Islam tapi tak beramal dengannya; orang Muslim dia islam dan beramal dengannya
Orang Muslim dia lafaz syahadah dilidah dan beribadah dengan perbuatannya; orang Mukmin dia yakin di hati, lafaz dilidah dan beribadah dengan perbuatannya
Orang Mukmin dia lafaz syahadah dilidah dan beribadah dengan perbuatannya; orang Muslim dia yakin di hati, lafaz dilidah dan beribadah dengan perbuatannya
Ada beberapa motivasi KENAPA saya perlu menjadi seorang GURU. Di antaranya ada tentang hadis nabi saw yang memasuki masjid Nabawi dan bertemu 2 kelompok... dan Nabi memilih untuk duduk di salah SATU kelompok. Soalannya apakah kedua kelompok itu?
i. Belajar dan Bermain
ii. Beribadah dan Berdoa
iii. Belajar dan Mengajar
iv. Beribadah dan Mengajar
i & ii
ii & iii
i & iii
iii & iv
Allah berpesan kepada orang yang BERIMAN, Apabila ada jemputan untuk menghadiri Majlis Ilmu, maka hendaklah kita untuk melapangkan masa dan bangun berusaha untuk menghadapinya. Sebagai balasannya, Allah berjanji akan MENGANGKAT darjat orang yang BERIMAN dan BERILMU beberapa darjat. Tadabbur ini berada di dalam surah mana?
Al Mujadilah ayat 11
Al Mujahadah ayat 12
Al Mumtahanah ayat 11
Al Muddathir ayat 12
Sistem Pendidikan hari ini banyak melahirkan Generasi Zabad yang bagaikan buih. Rasulullah saw bersabda “. Dan Allah akan menimpakan wahn di dalam hati”. Apakah itu “Wahn”?
Sentiasa ingat mati dan Bersiap untuknya
Cintakan dunia dan takutkan mati
Cintakan Allah dan Rasulnya
Intelektual tinggi tapi tidak berakhlak
Surah Maryam ayat 59, menunjukkan keadaan generasi hari ini. Apakah penyebabnya?
i. Tidak jaga Solat
ii. Mengikut nafsu Syahwat
iii. Tidak taat kepada ibubapa
iv. Terlalu sukakan harta dan kekayaan
I & ii
I, ii & iii
Ii dan iii
Kesemua di atas
Ada kata-kata Ulama’ mengatakan ‘Material itu Penting, Namun yang lebih penting adalah kurikulumnya, kurikulum itu penting namun yang lebih penting ada method mendidiknya, method itu penting, tapi yang lebih penting adalah Gurunya, Guru itu penting, namun yang lebih penting…..’ Apakah yang TERPENTING dalam mendidik?
Tahap Pendidikan Pendidik
Ilmu Pendidik
Misi Pendidik
Iman Pendidik
Apakah Jenis Pendidik yang disebut di dalam Surah Ale Imran
i. Pendidik Berjaya,
ii. Pendidik Terbaik
iii. Pendidik bertaqwa
iv. Pendidik yang Soleh
I,ii & iii
I,ii & iv
I,iii & iv
Semua di atas
Ciri-ciri Pendidik Rabbaniyyin seperti yang di sebut di dalam surah Ale Imran :79, “Bima kuntum tu’allimun ; wa bima kuntum tadrussun”
Sentiasa menghadiri Majlis Ilmu, beramal dan menyampaikannya
Mencintai Majlis Ilmu dan menyebarkannya
Jika mempunyai kelapangan waktu akan diisi dengan Majlis ilmu
Sentiasa Mengajar tentang Tuhan dan menulis tentangnya di dalam media social
Di dalam satu hadis, Rasulullah saw memberi perumpamaan PENERIMAAN manusia terhadap petunjuk ilmu dari nabi adalah seperti
Air hujan dan tumbuh kembangnya tumbuhan
Air hujan dan jenis-jenis tanah
Keldai yang memikul kitab
Lebah yang memberi menghasilkan madu
Apakah yang dimaksudkan dengan “Bermodalkan keyakinan berharap kebesaran”?
Yakin perlu ada modal sebelum melakukan sesuatu
Yakin Kekhalifahan akan kembali dan turkiye – Konstantinlope akan berkuasa semula
Yakin Kekhalifahan akan kembali dan membuka Kota Konstantinlope semula
Yakin Kekhalifahan akan kembali dan pembukaan Kota Romawi
Mengikut Imam Al Ghazali, tujuan Pendidikan adalah
Proses untuk melahirkan insan yang seimbang dunia dan akhirat
Proses untuk melahirkan insan yang mencapai perkembangan JERI ( Jasmani, Emosi, Spiritual dan Intelektual )
Proses untuk melahirkan insan yang mengarah kepada pendekatan diri kepada Allah dan kesempurnaan insan
Proses untuk melahirkan insan yang Sejahtera dan berdaya saing
Perkembangan anak terbahagi kepada beberapa fasa. Fasa 1 adalah fasa terpenting dan dikenali sebagai ‘Golden Age of the child’. Fasa ini disebut berulang kali di dalam Al Quran. Usia di Fasa ini
0 – 4 tahun
4 – 6 tahun
Dari kandungan hingga 2 tahun
Dari kandungan hingga 7 tahun
Fasa Penyusuan adalah dari usia
Lahir hingga 2 tahun untuk anak Perempuan; lahir hingga 2 tahun setengah untuk anak lelaki.
Dari kandungan 4 bulan hingga 2 tahun untuk anak Perempuan; Dari kandungan 4 bulan hingga 2 tahun setengah untuk anak lelaki.
Dari lahir hingga 2 tahun untuk anak Perempuan dan lelaki
Dari kandungan 4 bulan hingga 2 tahun untuk anak Perempuan dan lelaki
Berdasarkan hadis yang disampaikan dari Aisyah ra, “Jangan kalian menyusukan bayi kalian kepada wanita dungu (bodoh)” bermaksud
Larangan menyusu dari ibu yang tidak lulus sekolah
Larangan menyusu dari Binatang kerana lebih bodoh dari manusia yang bodoh
Berhati-hati di dalam memberi makan kepada anak-anak hatta susu kerana ia akan memberi Kesan kepada Kesihatan anak
Berhati-hati di dalam memberi makan kepada anak-anak hatta susu kerana ia akan memberi Kesan kepada pembentukan fizikal dan karektor anak
Apakah Kurikulum Pendidikan yang digunakan oleh Rasulullah dalam mendidik anak-anak dizamannya
Kurikulum dari surah Luqman
Kurikulum dari surah Al Fatihah
Kurikulum Makiyyah Madaniyyah
Kurikulum Ulul Albab
Apa misi Nabi Muhammad (s.a.w.) untuk generasi abad ke-21?
i. Mengembalikan Khilafah ala minhaj nubuwwah
ii. Melahirkan generasi yang membuka kota Konstantinopel
iii. Melahirkan generasi yang membuka kota Romawi
iv. Melahirkan generasi bertaqwa
i, ii, dan iv
i, iii, dan iv
i, ii, dan iii
Semua di atas
Semua kenyataan tentang potret keperibadian yang diharapkan oleh Rasulullah SAW pada generasi akhir ini adalah benar kecuali
Berjemaah dan melaksanakan peranan masing-masing bagaikan peranan bahan-bahan di dalam membina bangunan
Berjemaah dan melaksanakan peranan masing-masing dan taat kepada pemimpin sebagaimana pasukan semut
Mempunyai kemahiran terbaik mengikut peranan sebagaimana emas dan logam menjadi bahan terbaik.
Bukan sekadar terbaik tapi mampu menanggung beban amanah yang kuat sebagaimana unta Rahilah yang hanya satu dalam seratus.
Apakah TAHAPAN dalam mendidik menurut Al Quran Surah Al Jumuaah?
Tilawah, Tazkiyyah, Ta‘lim
Tilawah, Ta‘lim, Tazkiyyah
Tazkiyyah, Tilawah, Ta‘lim
Tazkiyyah, Ta‘lim, Tilawah
Jundub ibn ‘Abdillah ra berkata "Ketika kami masih kecil, kami bersama Rasulullah belajar iman sebelum al Quran, kemudian kami belajar Al Quran, maka bertambahlah Iman kami kerananya". Semua kenyataan di bawah menunjukkan Method Pendidikan Rasulullah saw kecuali
Menyemai keimanan kepada Allah dan hari akhir sebelum menghafal atau mempelajari isi al Quran.
Menghafal rukun iman sebelum belajar membaca dan hafal Quran
Mendidik keikhlasan, ketaatan dan merasai keberTuhanan.
Takut kepada dosa dan berharapkan keredhaan Allah sebelum mempelajari ilmu-ilmu lain.
Menurut panduan dari Al-Quran dan Hadis, apakah urutan bahasa yang harus dipelajari?
Arab → Bahasa ibunda → Inggeris
Bahasa ibunda → Arab → Inggeris
Bahasa ibunda → Inggeris → Arab
Bahasa ibunda → Inggeris → Bahasa pilihan zaman
Apabila Al-Quran membicarakan tentang bercakap kepada ibu bapa, ungkapan manakah yang digunakan?
i. Qawlan sadida
ii. Qawlan layyina
iii. Qawlan karima
iv. Qawlan thaqila
i dan ii
ii dan iii
i, ii, dan iii
Semua di atas
Ada banyak method Pendidikan yang disebutkan dalam Al-Quran dan Hadith, termasuk:
i. Soal jawab untuk pemikiran kritis
ii. Perumpamaan ilmu tersirat dan tersurat
iii. Bermain sambil belajar
iv. Eksperimen
i dan ii
i, ii, dan iii
i, ii, dan iv
Semua di atas
Pendidikan nabawiyyah menghasilkan ramai
i. Para ulama', ahli agama
ii. Para saintis, rekacipta inovasi, perubatan dan profesi
iii. Ahli politik
iv. Ekonomis dan ahli perniagaan
i sahaja
i dan ii
i, ii, dan iv
Semua di atas
Apakah tujuan belajar berhitung (matematik)?
Agar dapat melaksanakan syariat
Agar dapat menguruskan perniagaan dengan baik
Agar dapat melaksanakan syura
Agar dapat menguruskan pembahagian harta pusaka
Apabila mengajar tumbuh kembang manusia, model manakah yang boleh digunakan?
Kitaran hidup binatang
Tumbesaran pokok
Kitaran hidup pokok
Tumbesaran mamalia
Kenapa pendidikan iman mesti mendahului pendidikan dalam Al-Quran?
i. Kerana Al-Quran adalah Cahaya yang hanya bersinar dalam bekas yang bersih
ii. Hati yang kotor hendaklah dibersihkan terlebih dahulu sebelum menerima ilmu suci dari Al-Quran
iii. Al-Quran adalah petunjuk yang akan menambahkan keimanan
iv. Sukar untuk memahami Al-Quran tanpa terlebih dahulu mempelajari ilmu iman.
i dan ii
ii dan iii
i dan iii
Semua di atas
Apakah kriteria untuk bercerita (berkisah) berdasarkan Al-Quran?
i. Apa jua cerita yang boleh diambil Pengajaran
ii. Pastikan menyediakan ‘alat bantu’/ props disediakan untuk menarik perhatian anak-anak
iii. Kisah benar yang diambil dari Al-Quran, Hadith, atau Sirah
iv. Hadirkan penghayatan hati di dalam berkisah
i, ii, dan iv
i dan ii
iii dan iv
Semua di atas
Pemilihan kisah untuk pendidikan
i.Kisah dari Al Quran
ii. Kisah para nabi
iii. Apa-apa kisah yang memberi pengajaran keimanan
iv. Kisah-kisah yang memberi pengajaran samada sirah atau rekaan
i dan ii
i, ii dan iii
i, ii dan iv
Kesemua di atas
Pendidikan Sosial Emosi di sentuh secara terperinci di dalam Quran surah?
Surah Ibrahim 24–26
Surah Luqman 12–19
Surah Al-Hujurat 1–18
Surah An-Nahl 78
Pendidikan haruslah berasaskan Fitrah manusia sebagaimana yang Allah sebut di dalam surah Ar Rum:30. Maka tugas mendidik adalah untuk menjaga fitrah tersebut bukan mengubahnya. Maka isu kekeliruan gender - LGBT boleh di atasi dengan tadabbur?
Surah Al-Hujurat, ayat 13
Surah Luqman, ayat 13
Surah Ibrahim, ayat 1
Surah Al-Fatihah
Pemilihan Bahasa TOXIC atau Bahasa TOYYIB akan memberi kesan kepada pembentukan karakter anak. Dalilnya ada di dalam Quran surah?
Ali Imran
Ibrahim
Muhammad
Al Hujurat
Pendidikan olahraga adalah salah satu dari kurikulum penting di dalam pendidikan. Tujuannya adalah:
i. sihat tubuh badan
ii. Kuat untuk beribadah
iii. Untuk berjuang di jalan ALLAH
iv. Berakhlak mulia
i dan ii
i, ii dan iii
i dan iii
ii, iii dan iv
Untuk menjadi Pendidik yang berakhir di syurga, setiap tujuan pendidikan dan aktiviti terkait mendidik mestilah menjurus kepada:
Beriman kepada Allah dan Hari Akhir
Mengeluarkan Potensi sebagai Khalifah terbaik
Mendidik mengikut zaman dan teknologi
Melakukan kebaikkan dan mencegah kejahatan
Untuk menjadi pendidik seperti Rasulullah SAW, kita hendaklah:
i. Menjadi role model kepada anak-anak
ii. Mempunyai akhlak yang baik
iii. Faham tentang perkembangan kanak-kanak
iv. Mendidik dengan kasih sayang dan mengharapkan redha Allah.
i and ii
i, ii and iii
i, ii and iv
Semua di atas
Menurut Surah An Nahl:78, PROSES Pembelajaran adalah
INPUT: Pendengaran dan penglihatan >PROSES: Lapisan hati
OUTPUT: Ibadah dan Akhlak
INPUT: Anggota deria
PROSES: Akal dan hati
OUTPUT: Perbuatan
INPUT: Penglihatan dan pendengaran
PROSES: Fuad
OUTPUT: Emosi
INPUT: Anggota deria
PROSES: Fuad
OUTPUT: Emosi
Ada 4 jenis lapisan hati. Susun mengikut turutan dari yang paling dalam.
Lubb, Qalb, Fuad, Sadr
Fuad, Lubb, Qalb, Sadr
Lubb, Fuad, Qalb, Sadr
Sadr, Qalb, Fuad, Lubb
Tujuan hidup ini adalah menjadi HAMBA yang taat dan menunaikan amanah sebagai khalifah fil ard.
i. Dengan menjadikan diri kita baik
ii. Mengajak orang lain untuk melakukan kebaikkan dan mencegah kemungkaran
iii. menjadikan alam semesta dan seisinya baik dan harmoni
iv. Sentiasa belajar dan mengajar
i and ii
i, ii and iii
i, ii and iv
All of the above
Rasulullah SAW mengatakan bahawa baginda diutuskan sebagai MUALLIM. Maka, untuk menjadi GURU SEPERTI RASULULLAH SAW, apakah yang penting untuk DIIKUTI?
i. Karektor nabi
ii. Iman nabi
iii. Method Nabi
iv. Kurikulum Nabi
i and ii
i, ii and iii
i, iii and iv
i, ii, iii and iv
Dalil naqli yang menyatakan bahawa pendidikan hendaklah berpandukan Al Quran kerana TUJUAN pendidikan adalah mengeluarkan manusia dri kegelapan iman kepada cahaya
QS Ibrahim verse 7
QS Ibrahim verse 1
QS Ibrahim verse 24
QS Luqman verse 12
Pendidikan sekarang adalah pendidikan sumbatan. Semua ilmu cuba diberikan kepada anak-anak dari seawal usia. Sedangkan Allah menegaskan di dalam Al Quran bahawa pendidikan perlu BERTAHAP. Dalilnya berada di
Al-Baqarah verse 129
Al-Jumu’ah verse 2
Ibrahim verse 1
An-Nahl verse 78
Apakah yang dimaksudkan dengan tahapan pertama “Yatlu ‘alaihim āyātihi”?
Pelajar hendaklah diajak membaca ayat al Quran
Pendidik hendaklah membacakan ayat Al Quran kepada pelajar
Pendidik hendaklah membacakan ayat-ayat kauliyah dan kauniyah kepada pelajar
Pendidik memperkenalkan alam semesta kepada pelajar
Method pendidikan yang paling UTAMA adalah
BERKISAH kerana di dalam AL Quran ada banyak kisah
KETELADANAN kerana anak itu melihat dan mengikuti
BERBICARA dengan bahasa baik dan membina iman
BERFIKIR kerana dapat menghasilkan inovasi.
Kehidupan di dunia sekejap sahaja. Namun tidak semua pekerjaan itu di ambil kira sebagai ibadah. Bagaimana ingin memastikan pekerjaan itu ibadah?
i. jaga NIAT bekerja kerana ALLAH; mengikut kehendak Allah bukan kehendak kita
ii. Pastikan pekerjaan tidak menyebabkan ibadah atau syariat terabai
iii. Sentiasa bersedekah dari segi harta dan tenaga.
iv. Sentiasa merasai Allah melihat apa yang dilakukan dan mendengar apa yang diperkatakan.
i and ii
i, ii and iii
i, ii and iv
i, ii, iii and iv
Apakah dalil naqli yang mengingatkan kita bahawa orang Yahudi dan Nasrani akan sentiasa mengajak kita untuk mengikut cara mereka termasuk di dalam pendidikan?
Surah Al-Ahzab verse 1
Surah Al-Baqarah verse 120
Surah Ali Imran verse 110
Surah Al-Baqarah verse 62
Ada guru yang mengajar anak-anak membaca sedangkan dia sendiri tidak suka membaca. Ini adalah contoh Guru yang dimurkai Allah kerana tidak melakukan apa yang diperkatakannya. Allah menegaskan konsep "Walk the Talk" di dalam
QS Al-Baqarah ayat 1-5
QS Al-Baqarah ayat 30
QS Al-Baqarah ayat 44
QS Al-Baqarah ayat 45
Konsep Pendidikan Iman adalah betul KECUALI
Adab sebelum Iman
Iman sebelum Quran
Adab sebelum Ilmu
Ilmu sebelum amal
Apakah yang dimaksudkan sebagai "Pekerjaanku Halal, rezekiku Haram" di dalam konteks sebagai Guru?
Sekolah tempat bekerja tidak mendapat kelulusan halal
Tidak menggunakan hasil pekerjaan untuk infaq atau sedekah
Tidak menyempurnakan pekerjaan dengan terbaik-ihsan
Melangagr akta pekerja
Apakah perumpamaan yang NABI SAW gunakan bagi menunjukkan setiap mukmin mempunyai kemahiran masing-masing dan saling menguatkan di antara mereka.
Seperti lebah
Seperti bangunan
Seperti pokok
Seperti tanah
Di dalam hadis Rasulullah SAW ada menyebut tentang 5 Fasa Akhir zaman. fasa ke 4
Mulkan Adhon
Mulkan Jabarin
Khilafah Minhaj ala Nubuwwah
Khalifah al Rasydin
Untuk mengembalikan kekhalifahan di muka bumi. Pendidikan perlulah:
Kembali mendidik berpandukan Quran dan Sunnah dan menolak semua ideologi yang tidak selari dengannya.
Melahirkan pelajar yang mempunyai pemikiran intelektual aras tinggi , berdaya saing, mahir berteknologi
Menggunakan kurikulum Terbaik mengikut zaman dan berkemahiran tinggi
Melahirkan pelajar yang menghafal al Quran dan hadis yang menghidupkan sukan sunnah
