wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TRIAL SPM K1 KELANTAN 2025

Total questions: 40

Worksheet time: 3hrs 20mins

Name
Class
Date
1.

Antara bahan yang berikut, manakah memerlukan bantuan daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat sekiranya tertumpah di makmal sains?

a)

Merkuri

b)

Bahan bergris

c)

Petrol dan diesel

d)

Asid hidroklorik pekat

2.

Antara berikut manakah fungsi topeng muka?

a)

Kelihatan profesional

b)

Menjaga kebersihan diri

c)

Melindungi hidung dan mulut daripada terhidu bahan kimia yang sengik

d)

Melindungi mata daripada terkena bahan kimia berbahaya di dalam makmal

3.

Rajah 1 menunjukkan Encik Mamat sedang menyelamatkan seorang kanak-kanak yang hampir lemas di dalam kolam renang.

Apakah jenis bantuan kecemasan yang diperlukan oleh kanak-kanak itu jika dia tidak sedarkan diri selepas diselamatkan?

a)

Heimlich Manoeuvre

b)

Resusitasi Kardiopulmonari

c)

Pengukuran suhu badan

d)

Pengukuran tekanan darah

4.

Apakah tujuan utama melakukan Heimlich Manoeuvre?

a)

Untuk meningkatkan suhu badan

b)

Untuk meningkatkan tekanan darah

c)

Untuk meningkatkan peredaran darah

d)

Untuk mengeluarkan objek yang tersekat di dalam saluran pernafasan

5.

Areena mempunyai jisim badan sebanyak 65 kg dan ketinggian 1.60 m. Kira BMI Areena.

BMI = Jisim badan (kg) / Ketinggian2(m2)Ketinggian^2 (m^2)

a)

19.5 kg m^{-2}

b)

20.3 kg m^{-2}

c)

25.4 kg m^{-2}

d)

40.6 kg m^{-2}

6.

Pembakaran bahan api fosil di kilang adalah salah satu isu sosiosaintifik dalam sektor tenaga. Apakah aplikasi Teknologi Hijau untuk menyelesaikan isu ini?

a)

Menggunakan sumber tenaga boleh diperbaharui

b)

Menghentikan pengoperasian kilang dengan serta-merta

c)

Meningkatkan bilangan kilang yang masih beroperasi

d)

Merendahkan cerobong kilang di kawasan industri

7.

Maklumat berikut menunjukkan isu sosiosaintifik dalam sektor pengurusan sisa dan air sisa.

Antara yang berikut, manakah yang betul tentang isu X?

a)

Hakisan tanah

b)

Pencemaran tanah

c)

Pencemaran air

d)

Peningkatan gas nitrogen di atmosfera

8.

Satu pokok terung yang tinggi, K, dikacukkan dengan satu pokok terung tinggi yang lain, L. 3/4 pokok daripada generasi pertama adalah tinggi manakala 1/4 adalah rendah. Jika T mewakili gen dominan dan t mewakili gen resesif, apakah genotip pokok K dan L?

a)

K: TT, L: tt

b)

K: TT, L: Tt

c)

K: Tt, L: Tt

d)

K: Tt, L: tt

9.

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar?

a)

Rawan menyambungkan ligamen dengan tulang ulna

b)

Cecair sinovial membekalkan nutrien kepada rawan

c)

Tendon menyambungkan otot dan kulit

d)

Otot terdiri dari gabungan gentian

10.

Rajah 2 menunjukkan maklumat mengenai pertumbuhan haiwan berangka luar.

Apakah peringkat yang dirujuk bagi ciri-ciri di atas?

a)

Ekdisis

b)

Nimfa

c)

Hidrolisis

d)

Pembiakan

11.

Apakah faktor yang tidak mempengaruhi minda dan kesihatan mental seseorang?

a)

Jenis pekerjaan

b)

Penyalahgunaan dadah

c)

Kecederaan pada bahagian otak

d)

Ketidakseimbangan hormon dalam badan

12.

Rajah 3 menunjukkan sistem endokrin manusia.

Bahagian yang berlabel manakah yang akan menyebabkan seseorang mengalami kadar denyutan jantung yang laju bila ketakutan?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

13.

Antara bahan A, B, C dan D, yang manakah terdiri daripada ion?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

14.

Rajah 4 menunjukkan atom magnesium yang mempunyai 12 elektron dengan susunan 2.8.2.

Bagaimana atom ini dapat mencapai susunan elektron oktet yang stabil?

a)

Berkongsi dua elektron

b)

Menderma dua elektron

c)

Menerima enam elektron

d)

Berkongsi enam elektron

15.

Di antara berikut, yang manakah merupakan kegunaan aloi superkonduktor?

a)

Membuat sendi tiruan

b)

Membina badan kapal terbang

c)

Membentuk gigi supaya tersusun

d)

Mesin pengimejan resonans magnetik

16.

Rajah 5 menunjukkan proses penghasilan bahan sintetik.

Antara berikut, yang manakah padanan yang betul bagi bahan yang terlibat dalam proses R?

a)

Monomer: Metil metakrilat
Polimer: Perspeks

b)

Monomer: Etena
Polimer: Polistirena

c)

Monomer: Isoprena
Polimer: Getah sintetik

d)

Monomer: Neoprena
Polimer: Politena

17.

Seorang pesakit mengalami demam panas dan sakit kepala. Doktor telah menetapkan paracetamol. Apakah kategori ubat parasetamol dan apakah fungsi utamanya dalam badan?

a)

Antiseptik; membunuh mikroorganisma pada kulit.

b)

Analgesik; melegakan kesakitan dan menurunkan suhu badan.

c)

Antidepresan; mengawal perubahan emosi.

d)

Antibiotik; melawan jangkitan bakteria.

18.

Radikal bebas dihasilkan melalui tindak balas yang dikenali sebagai

a)

tindak balas peneutralan

b)

tindak balas penghidrogenan

c)

tindak balas penurunan

d)

tindak balas pengoksidaan

19.

Kelajuan sebuah basikal berubah dari 5 ms 1^{-1} kepada 15 ms 1^{-1} dalam 2 saat. Apakah pecutan basikal tersebut?

a)

20 ms 2^{-2}

b)

15 ms 2^{-2}

c)

10 ms 2^{-2}

d)

5 ms 2^{-2}

20.

Rajah 6 menunjukkan sebahagian daripada pita detik yang diperoleh daripada gerakan troli.

Apakah kelajuan purata troli, jika tempoh masa yang digunakan mempunyai frekuensi 50 Hz?

[Laju purata = Jumlah jarak / Jumlah masa ]

a)

0.325 ms 1^{-1}

b)

3.25 ms 1^{-1}

c)

32.50 ms 1^{-1}

d)

325.0 ms 1^{-1}

21.

Jika sebuah negara ingin membina stesen janakuasa nuklear, kawasan manakah yang paling sesuai?

a)

Di tengah hutan yang tebal

b)

Di tengah bandar raya

c)

Di persisiran pantai

d)

Di puncak gunung

22.

Maklumat berikut menunjukkan kesan penyebaran radiasi dari ujian nuklear.

Antara padanan berikut, manakah yang benar?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

23.

Sejenis mikroorganisma telah ditemui berkembang biak dengan sangat cepat di persekitaran lembap yang kaya dengan organik, dan membiak secara aseksual melalui pembentukan spora. Mikroorganisma ini juga memainkan peranan penting dalam proses penguraian organisma yang mati.

Berdasarkan maklumat di atas, kumpulan mikroorganisma manakah yang paling sesuai dengan ciri-ciri ini?

a)

Fungi

b)

Bakteria

c)

Virus

d)

Alga

24.

Apakah tujuan utama vaksinasi dalam mencegah penyakit berjangkit?

a)

Untuk membunuh semua mikroorganisma dalam badan manusia.

b)

Untuk merangsang sistem imun badan untuk menghasilkan antibodi.

c)

Untuk meningkatkan kadar metabolisme badan.

d)

Untuk merawat penyakit yang sedia ada.

25.

Antara berikut, yang manakah adalah unsur mikronutrien?

a)

Magnesium

b)

Kalsium

c)

Kalium

d)

Mangan

26.

Jadual 1 menunjukkan hasil eksperimen untuk menentukan nilai kalori bagi sampel makanan.
Berapakah nilai kalori bagi sampel makanan tersebut?

a)

15.86 kJ g^{-1}

b)

15.96 kJ g^{-1}

c)

7.84 kJ g^{-1}

d)

8.12 kJ g^{-1}

27.

Rajah 7 menunjukkan sesuatu objek.

Mengapakah objek ini perlu dikitar semula?

a)

Bertindak balas dengan bahan kimia

b)

Tidak termusnah oleh haba

c)

Bersifat mesra alam

d)

Tidak terbiodegradasi

28.

Pak Rahman bercadang untuk menanam semula pokok kelapa sawit di ladangnya.

Antara yang berikut, cara manakah yang terbaik untuk menghasilkan buah kelapa sawit yang berkualiti tinggi?

a)

Membela burung hantu sebagai kaedah kawalan biologi

b)

Menanam anak pokok menggunakan mesin moden

c)

Menggunakan baja organik

d)

Menggunakan baka yang bermutu

29.

Antara yang berikut, faktor manakah yang mempengaruhi kadar tindak balas bagi bahan dalam keadaan gas?

a)

Tekanan

b)

Saiz bahan

c)

Jisim bahan

d)

Kepekatan bahan

30.

Rajah 8 menunjukkan satu eksperimen yang dijalankan oleh seorang murid.

Apakah yang akan berlaku jika eksperimen diulang dengan menggunakan ketulan marmar kecil?

a)

Tekanan gas di dalam buret meningkat

b)

Masa yang diambil untuk mengumpul gas berkutang

c)

Kepekatan asid hidroklorik bertambah

d)

Suhu tindak balas rendah

31.

Rajah 9 menunjukkan persamaan perkataan bagi suatu tindak balas kimia.

Apakah ciri-ciri bagi X?

a)

Menyebabkan air kapur menjadi keruh

b)

Terbakar dengan nyalaan biru

c)

Mempunyai takat didih yang tinggi

d)

Menyalakan kayu uji berbara

32.

Syaza telah menjalankan satu aktiviti menggunakan sisa makanan dari kantin sekolahnya. Gas karbon dioksida dan gas P terhasil di akhir aktiviti ini.

Apakah kegunaan gas P kepada sesetengah negara?

a)

Untuk mengisi tayar kenderaan dan pesawat

b)

Gas pengangkat di dalam belon dan pesawat

c)

Menjana tenaga elektrik

d)

Bahan bakar roket

33.

Antara berikut, yang manakah merupakan bahan yang boleh digunakan sebagai elektrolit dalam sel elektrolitik?

a)

Etanol

b)

Naftalena

c)

Larutan natrium klorida

d)

Pepejal plumbum bromida

34.

Rajah 10 menunjukkan satu sel ringkas.

Logam manakah yang sesuai untuk mewakili P bagi menghasilkan pesongan ammeter paling besar?

a)

Magnesium

b)

Plumbum

c)

Besi

d)

Zink

35.

Rajah 11 menunjukkan susunan radas bagi mengkaji pembentukan imej oleh satu kanta cembung.

Apakah X?

a)

Jarak objek

b)

Jarak imej

c)

Paksi utama

d)

Panjang fokus

36.

Apakah ciri-ciri imej bagi kanta pembesar?

a)

Songsang dan dibesarkan

b)

Nyata dan tegak

c)

Maya dan songsang

d)

Maya dan dibesarkan

37.

Apakah jenis cecair yang sesuai digunakan dalam jek hidraulik?

a)

Alkohol

b)

Merkuri

c)

Minyak

d)

Air kapur

38.

Rajah 12 menunjukkan aplikasi sebuah jek hidraulik.

a)

0.5 N

b)

50 N

c)

500 N

d)

5000 N

39.

Rajah 13 menunjukkan sebuah satelit GPS.

Berapa banyakkah satelit GPS yang diperlukan untuk memberikan kedudukan tepat?

a)

6

b)

4

c)

2

d)

1

40.

Koordinat DMS bagi Planetarium Negara ialah 3'07'22.04'N, 101'41'22.53'E.

Apakah koordinat DD bagi Planetarium Negara tersebut?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D