NEW
Font size
WorksheetsRevision unit 4
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Apakah tujuan utama memasang pembalut dengan tekanan yang sekata/sama rata pada anggota tubuh?
Untuk mengekalkan kedudukan splint.
Untuk memastikan pesakit sentiasa selesa.
Untuk membantu aliran balik darah vena (venous blood return flow).
Untuk mencegah gangguan pada peredaran darah.
Elastic bandage sering digunakan untuk memberikan tekanan pada anggota bawah.
Apakah hasil terapeutik yang dicapai melalui penggunaan tekanan ini?
Mengekalkan kesuaman haba pada bahagian sendi.
Memulihkan aliran darah vena.
Mengurangkan pergerakan anggota yang tercedera.
Bertindak sebagai tourniquet yang berterusan.
Mengikut prinsip pembalutan, mengapa bahagian hujung anggota tubuh seperti jari-jari kaki atau tangan mesti dibiarkan terdedah?
Untuk membolehkan pesakit melakukan senaman pergerakan ringan.
Untuk mengelakkan geseran pada cuaran tulang (bony prominences).
Untuk mengelakkan ketegangan (strain) pada ligamen dan otot sendi.
Untuk memudahkan pemerhatian sirkulasi darah ke bahagian ekstremiti.
Seorang jururawat sedang membalut luka pada lengan bawah pesakit untuk membantu aliran balik darah vena (venous blood return flow), dari manakah arah pembalutan yang betul harus dimulakan?
Dari distal ke proksimal (contoh: dari pergelangan tangan ke siku).
Dari proksimal ke distal (contoh: dari siku ke pergelangan tangan).
Bermula dan berakhir di bahagian luka.
Membalut dalam pusingan sirkular sahaja.
Seorang pelatih kejururawatan diminta untuk memasang dressing luka pembedahan yang luas di bahagian abdomen. Berapakah jarak minimum pembalut perlu menutupi tepi dressing tersebut untuk mengelakkan pencemaran luka?
1 cm
2.5 cm
5 cm
10 cm
Selepas membersihkan luka, seorang jururawat mendapati kulit di antara permukaan kulit dan di atas cuaran tulang (bony prominences) pada anggota yang akan dibalut berisiko mengalami kemelecetan. Tindakan apakah yang paling sesuai dilakukan untuk mematuhi prinsip pembalutan?
Menukar jenis pembalut kepada Crepe Bandage.
Melapik kawasan tersebut dengan kapas atau gauze.
Membalut dengan tekanan yang lebih ketat.
Melakukan teknik Figure of 8 semasa membalut.
Antara berikut, apakah fungsi utama roller bandage (pembalut gulung) apabila ia digunakan dalam teknik pusingan recurrent (recurrent turn)?
Untuk menstabilkan sendi anggota tubuh.
Untuk mengunci pembalutan pada bahagian atas luka.
Untuk membalut bahagian kepala atau hujung putus anggota tubuh (stump).
Untuk menampung berat anggota yang di cast.
Apakah perbezaan utama penggunaan triangular bandage (pembalut tiga segi) berbanding roller bandage dalam konteks pertolongan cemas?
Triangular bandage hanya digunakan untuk menampung lengan (arm sling).
Roller bandage memberikan tekanan yang lebih kuat berbanding triangular bandage.
Triangular bandage digunakan untuk membalut anggota tanpa tekanan yang kuat.
Roller bandage adalah lebih elastik berbanding triangular bandage.
Prinsip apakah yang paling penting perlu dipatuhi untuk mengelakkan tourniquet effect (kesan torehan) semasa memasang pembalut?
Memastikan pembalutan dilakukan dalam pusingan spiral.
Menggunakan pembalut yang telah disteril.
Memastikan tekanan pembalutan adalah sekata dan tidak terlalu ketat.
Menggunakan lebar pembalut yang sesuai dengan saiz anggota.
Seorang pesakit telah selesai menjalani pembedahan lutut dan anggota bawahnya perlu dibalut untuk sokongan. Jururawat perlu mengaplikasikan pembalutan yang membenarkan pergerakan sendi.
Teknik pembalutan manakah yang paling sesuai digunakan?
Pusingan sirkular (Circular turn).
Pusingan heliks (Spiral turn).
Pusingan Figure of 8 (Figure of 8 turn).
Pusingan recurrent (Recurrent turn).
Selepas memasang pembalut mampatan pada pergelangan kaki pesakit, jururawat mendapati jari-jari kaki pesakit menjadi pucat dan sejuk.
Apakah tindakan SEGERA yang paling tepat yang perlu dilakukan oleh jururawat?
Mengarahkan pesakit untuk menggerakkan jari-jari kaki.
Meninggikan anggota kaki pesakit.
Melonggarkan atau menanggalkan pembalut dengan segera.
Merekodkan pemerhatian dan menunggu 15 minit untuk penilaian semula.
Anda perlu membalut luka pada lengan atas pesakit. Luka tersebut tidak melibatkan sendi, tetapi memerlukan penutupan yang kukuh dan sekata. Teknik pembalutan manakah yang paling berkesan untuk menutupi kawasan yang berlekuk dan bulat ini?
A. B. C. D.
Pusingan Figure of 8.
Pusingan recurrent.
Pusingan heliks terbalik (Reverse spiral turn).
Pusingan sirkular.
Mengapakah crepe bandage sering digunakan dalam pengurusan kecederaan muskuloskeletal akut?
Ia adalah pembalut yang tidak elastik dan memberikan sokongan statik.
mempunyai sifat anti-mikrobial untuk mencegah jangkitan.
Dapat memberikan mampatan yang fleksibel dan boleh mengembang mengikut pergerakan.
Dapat memanaskan kawasan yang cedera untuk mempercepatkan penyembuhan.
Slings (anduh) yang dibuat menggunakan triangular bandage adalah bertujuan untuk:
Memberikan tekanan mampatan yang kuat pada sendi bahu.
Membataskan pergerakan lengan dan sokongan pada anggota atas.
Menghentikan pendarahan yang serius pada bahagian lengan.
Melindungi luka daripada pencemaran yang terbuka.
Apakah tujuan jururawat memasukkan kapas atau gauze tebal di bahagian aksila (ketiak) sebelum membalut lengan yang patah ke dada (chest binder)?
Untuk memastikan splint kekal pada kedudukan yang betul.
Untuk mengelakkan geseran dan kerosakan kulit dari geselan antara permukaan kulit.
Untuk membenarkan peredaran darah yang lancar.
Untuk menyerap peluh yang berlebihan di kawasan ketiak.
Antara berikut, yang manakah merupakan tanda-tanda gangguan peredaran darah (compromised circulation) yang perlu diperhatikan oleh jururawat selepas pembalutan?
Anggota yang dibalut terasa hangat dan kering.
Pesakit mengadu sakit yang semakin berkurangan.
Warna kulit berubah menjadi pucat atau kebiruan (cyanosis) di bahagian distal.
Pergerakan sendi anggota yang dibalut menjadi lebih mudah.
Semasa menanggalkan pembalut yang telah kering dan melekat pada luka, apakah prinsip yang paling penting untuk mencegah kerosakan tisu dan kesakitan pada pesakit?
Menarik pembalut dengan pantas untuk mengurangkan kesakitan.
Membasahkan pembalut dengan air suam atau larutan steril sebelum menanggalkan.
Menanggalkan pembalut dalam arah yang berlawanan dengan pertumbuhan bulu roma.
Menggunakan gunting untuk memotong pembalut yang melekat.
Apakah jenis pusingan pembalutan yang paling sesuai digunakan untuk mengekalkan kedudukan dressing atau splint pada bahagian tubuh yang diameter lingkarannya seragam (contoh: pergelangan tangan atau jari)?
Pusingan Figure of 8.
Pusingan sirkular (Circular turn).
Pusingan spiral (Spiral turn).
Pusingan heliks terbalik (Reverse spiral turn).
Mengapakah penting untuk memastikan tiada kedutan (wrinkles) atau lipatan pada pembalut yang dipasang?
Untuk memastikan pembalut kelihatan lebih kemas.
Untuk mengelakkan tekanan setempat yang boleh menyebabkan ulser atau kerosakan kulit.
Untuk menjamin pembalut tidak mudah longgar atau tertanggal.
Untuk menjimatkan penggunaan bahan pembalut.
Seorang pesakit memerlukan pembalutan pada bahagian betis yang bengkak akibat terseliuh.
Anda memilih elastic bandage.
Selepas setiap pusingan pembalutan, anda perlu memastikan pembalutan baru menutupi pembalutan sebelumnya sebanyak:
1/4 daripada lebar pembalut.
1/3 daripada lebar pembalut.
1/2 hingga 2/3 daripada lebar pembalut.
Keseluruhan lebar pembalut.
