NEW
Font size
WorksheetsPenghayatan Etika
Total questions: 76
Worksheet time: 1hrs 16mins
Apakah maksud perkataan “etika” menurut Kamus Dewan?
Tingkah laku yang diwarisi
Tradisi turun-temurun sesuatu bangsa
Sistem sosial yang diamalkan oleh masyarakat
Akhlak atau moral seseorang dalam kelakuan dan pergaulan
Etos berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud _________.
Cara hidup moden
Tradisi upacara rasmi
Adat dan peraturan hidup
Watak atau adat sesuatu bangsa
Etiket merujuk kepada _________.
Nilai moral dan budi pekerti
Kelas sosial dalam masyarakat
Keturunan dan sejarah keluarga
Peraturan sosial atau profesional
Apakah perbezaan utama antara adat resam dan adat istiadat?
Adat resam ialah undang-undang bertulis, manakala adat istiadat tidak
Adat resam hanya untuk kaum Melayu, manakala adat istiadat untuk semua kaum
Adat resam lebih kepada upacara rasmi, manakala adat istiadat kepada kehidupan harian
Adat resam diamalkan setiap hari, manakala adat istiadat merujuk kepada upacara rasmi dan protokol
Dalam era kolonial, bagaimana etika masyarakat Melayu dipengaruhi oleh penjajah Barat?
Etika Melayu menjadi asas kepada budaya Barat
Masyarakat menolak sepenuhnya budaya dan etika Barat
Etika Barat diadaptasi sebahagiannya dalam kehidupan harian
Semua adat resam tradisional digantikan dengan etika kolonial
Apakah sumber utama etika dan peradaban menurut Ahmad Zamil dan rakan-rakan (2021)?
Nilai, agama, dan budaya
Adab, adat resam, adat istiadat
Sejarah, struktur sosial, biografi
Undang-undang, amalan harian, kepercayaan
Hukum Kanun Melaka dianggap penting kerana _________.
merupakan sumber etika dan peradaban Malaysia
menjadi asas kepada struktur sosial moden Malaysia
menolak nilai moral universal dalam sejarah manusia
menggambarkan adat resam setiap kaum di Asia Tenggara
Mengapakah penghayatan etika dan peradaban penting bagi generasi muda di Malaysia?
Demi pembinaan negara bangsa
Untuk menghapuskan semua adat lama
Supaya dapat memahami sejarah negara sahaja
Agar dapat meniru budaya luar dengan lebih baik
Apakah maksud istilah “peradaban” menurut Shamsul (2012)?
Kualiti kehidupan seharian
Himpunan nilai moral masyarakat
Tradisi keagamaan sesuatu bangsa
Keadaan kemajuan kebendaan dan pemikiran
Etika terbahagi kepada dua iaitu _________.
etika moral dan etika sosial
etika falsafah dan etika spiritual
etika deskriptif dan etika normatif
etika budaya dan etika keagamaan
Dalam konteks pengajaran etika, mengapakah penting untuk membezakan antara etika deskriptif dan normatif?
Supaya pelajar hanya menilai moral Barat
Agar semua budaya dianggap salah secara mutlak
Supaya dapat memisahkan nilai agama daripada moral
Untuk memahami perbezaan antara pandangan moral dan penilaian moral
Mengapakah sekularisme memberi kesan besar terhadap nilai etika masyarakat Barat?
Ia menolak semua bentuk pendidikan formal
Ia menggantikan moral dengan hukum gereja
Ia menekankan pentingnya keagamaan dalam politik
Ia memisahkan agama daripada urusan kehidupan dunia
Apakah perbezaan utama antara etika Timur dan etika Barat?
Etika Timur menolak adat, etika Barat mengagungkan ada
Etika Timur menolak agama, etika Barat menekankan agama
Etika Timur fokus kepada materialisme, etika Barat kepada spiritual
Etika Timur berasaskan nilai sosial dan agama, etika Barat berasaskan akal dan pengalaman
Dalam konteks kolonialisme di Malaysia, apakah kesan utama terhadap sistem peradaban tempatan?
Penghapusan semua budaya tradisional
Pengukuhan nilai-nilai keagamaan tempatan
Pengasingan kaum melalui sistem perdagangan
Penurunan taraf ilmu agama berbanding ilmu bukan agama
Dalam masyarakat Melayu, seseorang yang berakhlak mulia, beradat, dan tahu menyesuaikan diri dalam situasi tertentu dikenali sebagai ___________.
Orang alim
Orang keramat
Orang budiman
Orang berpangkat
Dalam masyarakat Cina, Ren bermaksud ___________.
Keadilan
Kepercayaan
Kebijaksanaan
Perikemanusiaan
Apakah maksud Satya dalam etika masyarakat India?
Tanggungjawab sosial
Kebenaran dan amanah
Kejujuran dalam perniagaan
Kasih sayang terhadap keluarga
Apakah maksud integrasi dalam konteks masyarakat Malaysia?
Pemisahan antara etnik
Penyerapan budaya dominan
Proses mewujudkan satu identiti nasional
Penerimaan unsur kebudayaan asing
Dalam proses akomodasi, etnik-etnik berbeza akan ________.
menyerap budaya dominan
menghormati satu sama lain
menerima pengaruh budaya luar
menolak semua bentuk budaya asing
Antara berikut, yang manakah merupakan contoh segregasi?
Perkahwinan campur antara etnik
Pemakaian tali leher oleh semua kaum
Pemberian ang pau kepada semua etnik
Dasar Pecah dan Perintah Inggeris di Malaya
Apakah kesan utama migrasi pada zaman penjajahan terhadap masyarakat Malaysia?
Melahirkan masyarakat majmuk
Mewujudkan masyarakat seragam
Menyebabkan kemunduran sosial
Menghapuskan sistem kesultanan
Antara berikut, manakah menunjukkan proses akulturasi?
Orang Melayu memakai cheongsam
Orang Cina memberi angpau semasa Tahun Baru
Semua kaum menggunakan tali leher dalam urusan rasmi
Orang India menggunakan bahasa Melayu dalam pertandingan nyanyian
Apakah lambang utama kepada perpaduan negara?
Bangunan tinggi
Lambang negeri
Lagu kebangsaan
Bahasa kebangsaan
Gambar di atas menunjukkan ___________.
Defisit sosial
Detik perbezaan
Detik perpaduan
Tahap keetnikan
Apakah dasar utama yang diperkenalkan selepas rusuhan 13 Mei 1969?
Dasar Ekonomi Baru
Dasar Wawasan Negara
Dasar Pandang Ke Timur
Dasar Pembangunan Nasional
Apakah peranan institusi pendidikan dalam perpaduan nasional?
Mengutamakan bahasa asing
Menggalakkan persaingan kaum
Memisahkan pelajar mengikut etnik
Menanam semangat kekitaan dan toleransi
Apakah perbezaan utama antara akulturasi dan asimilasi?
Tiada perbezaan yang jelas antara keduanya
Kedua-duanya mengekalkan identiti budaya asal sepenuhnya
Akulturasi menolak budaya asal, manakala asimilasi mengekalkannya
Akulturasi mengekalkan budaya asal, manakala asimilasi menyebabkan kehilangan budaya asal
Siapakah tokoh yang dikaitkan dengan konsep kesepaduan sosial di Malaysia?
Émile Durkheim
Peter Ludwig Berger
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin
Mengapakah perpaduan dianggap sukar dicapai sepenuhnya di Malaysia?
Kerana Malaysia negara kecil
Disebabkan pengaruh media sosial sahaja
Kerana semua kaum tidak mempunyai nilai yang sama
Disebabkan wujudnya kepelbagaian kaum, agama dan budaya
Mengapakah “defisit sosial” perlu diurus dengan bijak dalam masyarakat majmuk?
Untuk mengelakkan konflik antara kaum
Untuk menghapuskan identiti kaum minoriti
Supaya hanya satu budaya dapat dikekalkan
Untuk mengekalkan jurang sosial yang besar
Apakah maksud zaman prasejarah?
Zaman selepas kemerdekaan
Zaman selepas kedatangan Islam
Zaman Kesultanan Melayu Melaka
Zaman sebelum manusia mengenal sistem tulisan
Apakah kesan utama dasar ‘Pecah dan Perintah’ British terhadap masyarakat Tanah Melayu?
Menyatukan semua kaum
Membentuk polarisasi etnik
Menghapuskan sistem feudal
Menggalakkan integrasi nasional
Apakah maksud ‘negara bangsa’?
Negara yang baru mencapai kemerdekaan
Negara yang mempunyai pelbagai sistem politik
Negara yang mempunyai pelbagai agama dan budaya
Negara yang bersatu di bawah satu pemerintahan dan identiti bersama
Antara berikut, yang manakah paling berkesan dalam memperkukuh pembinaan bangsa Malaysia?
Globalisasi tanpa kawalan budaya
Kemajuan ekonomi tanpa nilai moral
Pendidikan berteraskan nilai perpaduan
Pengasingan sistem pendidikan mengikut kaum
Apakah cabaran utama yang boleh menjejaskan pembinaan negara bangsa Malaysia?
Sikap etnosentrisme dan rasisme
Keterbukaan kepada teknologi moden
Pelaksanaan dasar pendidikan kebangsaan
Sikap etnosentrisme dan rasisme dalam masyarakat
Apakah kesan sekiranya rakyat tidak memahami konsep negara bangsa?
Rakyat akan menolak politik moden
Rakyat menjadi lebih berani bersuara
Rakyat mudah berpecah dan kehilangan identiti nasional
Rakyat lebih fokus dan bergerak ke arah pembangunan ekonomi
Apakah langkah terbaik untuk memastikan nilai etika diamalkan secara berterusan dalam organisasi moden?
Memberi ganjaran kepada pekerja setiap bulan
Menguatkuasakan undang-undang tanpa latihan moral
Menjadikan etika sebahagian daripada budaya kerja organisasi
Menyerahkan tanggungjawab etika kepada pihak pengurusan sahaja
Mengapakah tamadun Barat dianggap penting dalam perkembangan sains moden tetapi tetap perlu diseimbangkan dengan nilai ketimuran?
Kerana tamadun Barat menolak moral
Kerana tamadun Barat lebih beragama
Agar tamadun Timur tidak berkembang
Supaya kemajuan teknologi tidak menjejaskan nilai kemanusiaan
Apakah yang dimaksudkan dengan Perlembagaan Malaysia?
Peraturan tidak rasmi yang diamalkan oleh rakyat
Undang-undang yang digubal oleh kerajaan neger
Garis panduan sementara bagi pentadbiran kerajaan
Undang-undang tertinggi negara yang menjadi asas pemerintahan
Antara berikut, yang manakah contoh tapak integrasi mikro?
NGO
Perlembagaan Persekutuan
Sistem pendidikan kebangsaan
Kenduri dan undangan perkahwinan
Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa _________
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara
agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan
kebebasan berhimpun dan bersuara secara aman mengikut undang-undang
hak sama rata bagi semua warganegara di bawah perlindungan Perlembagaan
Majlis Raja-Raja mempunyai kuasa tertinggi dalam hal ___________
agama Islam
ekonomi negara
pendidikan negara
bahasa kebangsaan
Mengapakah Perlembagaan dianggap sebagai tapak integrasi?
Mengawal harga barangan dan perkhidmatan dalam negara
Menghapuskan kepelbagaian budaya dan amalan tradisi tempatan
Menentukan sistem pendidikan antarabangsa untuk semua warganegara
Menjadi platform pertemuan dan rundingan antara kelompok masyarakat
Bagaimanakah pemahaman terhadap Perlembagaan dapat membentuk etika dan tanggungjawab warganegara dalam masyarakat majmuk?
Dengan menolak nilai tradisi yang berasaskan adat dan agama
Dengan menanam rasa hormat terhadap hak dan kepelbagaian setiap kaum
Dengan menggalakkan persaingan antara kumpulan etnik untuk pengaruh politik
Dengan memberi keutamaan kepada hak individu berbanding tanggungjawab sosial
Kontrak sosial berjaya mengekalkan kestabilan negara kerana __________.
memberikan keistimewaan penuh kepada satu etnik tanpa rundingan bersama
menghapuskan budaya tradisional untuk menyatukan identiti nasional secara paksa
mengimbangi kepentingan pelbagai etnik melalui proses tawar-menawar dan persefahaman
memusatkan kuasa pemerintahan sepenuhnya kepada institusi Raja-Raja Melayu tanpa semak dan imbang
Pernyataan manakah berikut mengenai Yang di-Pertuan Agong adalah tidak benar?
Boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa melalui surat rasmi
Menjalankan tugas sebagai Ketua Negara untuk tempoh lima tahun
Mempunyai kuasa mutlak tanpa terikat oleh Perlembagaan Persekutuan
Bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri dalam urusan pentadbiran negara
Perlembagaan Persekutuan Malaysia tergolong dalam jenis perlembagaan ________.
tidak bertulis sepenuhnya berdasarkan adat dan konvensyen
tradisional yang diwarisi tanpa perubahan dari zaman lampau
tidak rasmi yang bergantung kepada amalan tradisi semata-mata
bertulis yang didokumentasikan secara formal dalam satu dokumen utama
Antara berikut, yang manakah contoh tapak integrasi meso?
Persatuan penduduk yang mengurus aktiviti kejiranan setempat
Kelab sukan komuniti yang menyatukan ahli melalui aktiviti bersama
Tempat kerja yang menggalakkan kerjasama antara pekerja pelbagai etnik
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan program kemasyarakatan
Antara berikut, yang manakah contoh aplikasi digital?
Kaset
Walkman
Buku teks
Mengapakah Teknologi Maklumay dan Komunikasi (ICT) diaangap sebagai tapak digital masyarakat kini?
Ia menghapuskan budaya masyarakat
Ia hanya digunakan oleh golongan muda
Ia menyediakan ruang interaksi dan jaringan sosial
Ia menggantikan semua bentuk komunikasi tradisional
Mengapakah dunia siber sering digambarkan sebagai “digital jungle” dalam konteks etika dan peradaban?
Kerana ia menggantikan sistem kerajaan
Kerana ia hanya digunakan oleh golongan elit
Kerana ia tiada peraturan sejagat yang mengawal penggunaannya
Kerana semua orang bebas menggunakan tanpa sambungan Internet
Penyebaran berita palsu melalui ICT boleh menyebabkan _________.
meningkatkan perpaduan
penghapusan media sosial
panik dan ketidakstabilan politik
penurunan penggunaan Internet
Contoh pencerobohan hak privasi ialah _________.
membaca berita rasmi kerajaan di platform umum
mengambil gambar individu tanpa kebenaran dan menyebarkannya
membeli barang secara dalam talian melalui platform e-dagang yang sah
menonton video pendidikan yang dikongsi secara terbuka untuk pembelajaran
Kenapakah pengguna perlu menyemak maklumat sebelum berkongsi di media sosial?
Untuk meningkatkan bilangan pengikut di media sosial
Supaya maklumat yang dikongsi menjadi viral dengan cepat dalam media sosial
Bagi mengelakkan penyebaran berita palsu yang boleh membahayakan individu lain
Untuk menghiburkan rakan dengan kandungan sensasi tanpa memastikan ketepatannya
Perkembangan teknologi komunikasi seperti media sosial boleh menjarakkan hubungan manusia apabila _______.
digunakan sebagai alat komunikasi jarak jauh
digunakan untuk pembelajaran dan urusan rasmi
menyediakan akses maklumat kepada masyarakat
disalah guna untuk menyebarkan kebencian dan berita palsu
Peranan ICT dalam mengukuhkan kesepaduan nasional dapat dilihat apabila _______.
kerajaan menyekat semua media digital bagi mengelakkan perpecahan
pengguna mengutamakan hiburan semata-mata dalam penggunaan media sosial
media sosial dijadikan ruang membina komunikasi antara kaum secara berhemah
masyarakat menggunakan platform digital untuk menyebarkan maklumat tanpa kawalan
Apakah kesan utama terhadap masyarakat apabila tiada institusi antarabangsa yang menyelaras dan mengawal selia perkembangan ICT?
Peningkatan penyalahgunaan seperti penipuan dalam talian dan pencerobohan privasi
Tiada garis panduan jelas mengenai perlindungan data peribadi sehingga mudah dieksploitasi pihak tertentu
Perkembangan teknologi tanpa piawaian keselamatan yang konsisten sehingga meningkatkan risiko penyalahgunaan
Tahap pematuhan etika digital yang tidak seragam sehingga membuka ruang kepada tindakan tidak bertanggungjawab
Mengapakah etika digital perlu dipupuk dalam kalangan remaja?
Remaja jarang menggunakan ICT dan tidak terdedah kepada cabaran dunia digital
Remaja tidak mempunyai akses meluas kepada media sosial dan platform dalam talian
Remaja banyak berinteraksi secara online dan terdedah kepada risiko moral serta keselamatan
Remaja dapat menggunakan teknologi dengan bebas tanpa had tanpa mempertimbangkan etika
Takrifan autoriti merujuk kepada realiti sosial yang berkaitan dengan _________.
aktiviti sukarela
hiburan popular
budaya harian individu
perundangan dan protokol rasmi
Mengapakah konsep takrifan harian dianggap penting dalam konteks hubungan sosial masyarakat majmuk di Malaysia?
Menentukan hala tuju dan pelaksanaan dasar sosial masyarakat
Menekankan kepentingan peraturan serta peranan pihak berkuasa
Membantu memahami nilai, norma dan amalan sosial dalam kehidupan seharian
Menggalakkan penerimaan dan penyesuaian terhadap kepelbagaian budaya tempatan
Mengapakah kerja kesukarelawanan penting dalam mendokong tanggungjawab sosial?
Menunjukkan sokongan terhadap program dan dasar kerajaan
Membantu membina semangat kebersamaan serta keprihatinan sosial
Memberi peluang kepada individu melibatkan diri dalam aktiviti masyarakat
Menambah tanggungjawab kepada masyarakat yang mempunyai komitmen lain
Apakah contoh tanggungjawab sosial korporat?
Mengadakan promosi jualan murah di pasar raya
Menganjurkan pertandingan bola sepak antara pekerja
Menyediakan kemudahan eksklusif untuk kakitangan syarikat
Melaksanakan program penanaman pokok di kawasan awam
Dalam situasi banjir, rakyat daripada pelbagai kaum bekerjasama membantu mangsa tanpa mengira agama dan budaya. Nilai apakah yang paling jelas ditunjukkan dalam keadaan ini?
Persaingan sosial antara komuniti
Sikap individualistik tanpa melibatkan orang lain
Protokol rasmi kerajaan dalam pengurusan bantuan
Semangat ketabahan dan kepimpinan dalam usaha bantuan
Jika masyarakat hanya bergantung kepada kerajaan untuk mengurus isu sosial, apakah kesan yang mungkin berlaku?
Kesedaran sosial masyarakat meningkat secara pasif tanpa penglibatan aktif individu
Semangat kesukarelawan bertambah kerana semua usaha bantuan diuruskan oleh kerajaan
Perpaduan semakin utuh hanya melalui program formal kerajaan tanpa sokongan masyarakat
Tanggungjawab sosial individu melemah kerana bergantung sepenuhnya kepada pihak kerajaan
Yang manakah berikut menggambarkan peranan etika dan peradaban dalam masyarakat majmuk?
Menggalakkan persaingan antara kaum untuk kepentingan masing-masing
Menghapuskan kepelbagaian budaya sehingga mewujudkan satu identiti tunggal
Menentukan sistem ekonomi negara tanpa mengambil kira aspek sosial dan budaya
Membantu membentuk nilai yang betul dalam kehidupan seharian serta memupuk keharmonian
Apakah perbezaan utama antara adat istiadat dan adat resam?
Kedua-duanya merupakan amalan yang wajib dipatuhi oleh pihak kerajaan
Adat istiadat berasaskan peraturan bertulis, manakala adat resam bergantung kepada amalan kebiasaan
Adat resam dan adat istiadat diamalkan melalui protokol rasmi serta diwarisi sebagai kebiasaan komuniti
Adat istiadat dan adat resam dipatuhi masyarakat berasaskan tradisi tanpa peraturan bertulis yang khusus
Apakah maksud asas kelestarian? *
Menghapuskan budaya tempatan
Menggantikan adat resam masyarakat
Meningkatkan persaingan antara kaum
Pengekalan dan penambahbaikan sesuatu keadaan
Apakah contoh kelestarian etika dalam masyarakat?
Mengabaikan adab pergaulan
Tidak menghormati adat kaum lain
Menjaga tutur kata dan adab seharian
Mengutamakan keuntungan semata-mata
Antara berikut, yang manakah merupakan cabaran utama kelestarian etika dan peradaban?
Defisit sosial
Pertumbuhan ekonomi
Pelancongan antarabangsa
Penggunaan teknologi moden
Pilih amalan yang dapat memperkukuh kelestarian etika dan peradaban di Malaysia.
Memelihara kesopanan dalam berkomunikasi
Menyertai aktiviti kecergasan untuk menjaga kesihatan diri
Mengamalkan sikap individualistik dalam kehidupan seharian
Menghargai kepelbagaian budaya dan kepercayaan masyarakat
Antara berikut, yang manakah merupakan faktor UTAMA mengapa rasuah dan kegiatan ekonomi gelap (black economy) menjadi ancaman kepada kelestarian peradaban?
Melemahkan sistem moral dan nilai integriti masyarakat
Meningkatkan jurang sosial antara golongan kaya dan miskin
Menggalakkan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan pemimpin
Menjejaskan keyakinan pelabur luar negara terhadap ekonomi negara
Malaysia Madani menekankan usaha ke arah _________.
pembangunan ketenteraan sebagai fokus utama negara
masyarakat beretika dan sejahtera melalui pembangunan menyeluruh
keuntungan ekonomi semata-mata tanpa mengambil kira kesejahteraan rakyat
pengasingan sosial yang memisahkan masyarakat mengikut kumpulan tertentu
Bagaimanakah Dasar Perpaduan Negara menyumbang kepada kelestarian etika dan peradaban?
Dengan menggalakkan individualisme
Dengan menghapuskan perbezaan budaya
Dengan menumpukan kepada pembangunan ekonomi sahaja
Dengan membentuk masyarakat yang menghargai perpaduan dan nilai beretika
Mengapakah dasar kerajaan perlu sentiasa dikemas kini?
Untuk membatalkan undang-undang lama tanpa tujuan yang jelas dan terancang
Perubahan persekitaran sosial yang cepat boleh menjejaskan nilai etika masyarakat
Untuk meningkatkan konflik kaum melalui dasar yang tidak seimbang antara komuniti
Untuk memastikan budaya asing diterapkan secara meluas tanpa penilaian yang sesuai
Apakah tujuan utama Dasar Perpaduan Negara?
Menghapuskan adat tradisi
Menggalakkan persaingan etnik
Meningkatkan pendapatan negara
Mengukuhkan perpaduan nasional dan identiti rakyat
Mengapakah Malaysia Madani dikaitkan dengan kelestarian etika dan peradaban?
Ia memperkukuh nilai etika dalam pembangunan masyarakat
Ia mengabaikan nilai moral tradisi dan mengutamakan perubahan tanpa panduan etika
Ia memajukan pembangunan teknologi moden sebagai asas utama tanpa menekankan nilai etika
Ia hanya memberi tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi tanpa keseimbangan sosial dan budaya
