WorksheetsLATIHAN Purchasing and Controlling Cost
Total questions: 23
Worksheet time: 13mins
Apakah fungsi utama spesifikasi pembelian dalam organisasi?
Menambah kos pengeluaran
Menjadi rujukan bagi pekerja lain jika ketiadaan pekerja bertugas
Mengurangkan kawalan piawaian kualiti
Menggalakkan salah faham antara pembekal dan pembeli
Apakah perbezaan utama antara spesifikasi formal dan tidak formal?
Spesifikasi formal lebih pendek dan kurang terperinci
Spesifikasi tidak formal digunakan oleh organisasi kerajaan
Spesifikasi formal lebih panjang dan terperinci
Spesifikasi tidak formal tidak mengandungi maklumat saiz dan kualiti
Apakah tujuan utama pemilihan pembekal yang optimal?
Memastikan pembeli dapat membeli barangan tanpa mengira kualiti
Mengurangkan proses dokumentasi tanpa mengambil kira kualiti
Memaksa pembeli membeli barangan dari pembekal terdekat
Memperoleh urusniaga yang lebih baik dan mengelakkan desakan pihak tertentu
Jika jumlah gaji dibayar RM2,250 dan jam bekerja 150, berapakah kos pekerja per jam?
RM10
RM15
RM12
RM20
Apakah tindakan terbaik yang harus diambil oleh Encik Danial jika ikan yang dihantar oleh pembekal rosak?
Menghubungi pembekal untuk memaklumkan isu dan mengeluarkan memorandum kredit
Menerima bekalan tersebut tanpa pemeriksaan lanjut
Menyimpan bekalan dalam stor walaupun rosak
Membiarkan isu tersebut tanpa tindakan lanjut
'Purchase Order' adalah untuk _____________ dalam proses pembelian.
mengawal jumlah dan jenis bekalan yang dibeli
menggantikan prosedur pembayaran
mengelakkan penghantaran bekalan
membuat tempahan melalui telefon
Kelebihan utama menggunakan 'Purchase Requisition' dalam organisasi ialah _____________.
memudahkan proses penghantaran
mengelakkan salah faham dalam proses penghantaran
mengurangkan jumlah bekalan yang perlu ditempah
menghapuskan keperluan rekod pembelian
Apakah langkah terbaik yang boleh diambil Encik Fahmi untuk menangani isu kecurian?
Memasang CCTV di kawasan stor untuk memantau aktiviti
Memberikan amaran keras kepada semua pekerja tanpa mengenalpasti punca
Mengurangkan kuantiti gula yang disimpan tanpa mengambil tindakan lanjut
Mengabaikan masalah ini kerana kerugian kecil
Apakah tujuan utama prosedur ini?
Mengelakkan pembekal menghantar invois
Memastikan kuantiti dan spesifikasi bekalan adalah tepat
Menghapuskan keperluan untuk latihan kakitangan
Membenarkan penghantaran tanpa pemeriksaan
Apakah matlamat utama dalam proses pembelian?
Memastikan harga barang sentiasa rendah
Memastikan barang yang dibeli pada kualiti dan jumlah yang betul
Membeli sebanyak mungkin tanpa mengira keperluan
Mengelakkan penggunaan sistem inventori
Apakah perbezaan utama antara operasi milikan tunggal berskala kecil dan operasi berangkai?
Operasi milikan tunggal mempunyai lebih ramai pekerja berbanding operasi berangkai
Operasi milikan tunggal tidak memerlukan penyimpanan barangan
Operasi berangkai mempunyai sistem pengurusan pembelian berpusat
Operasi berangkai hanya sesuai untuk perniagaan kecil
Apakah sistem yang digunakan untuk menentukan kuantiti inventori yang perlu dipesan semula?
Sistem FIFO
Sistem par
Sistem inventori manual
Sistem belian terus
Siapakah yang bertanggungjawab terhadap pembelian barangan dalam operasi milikan tunggal berskala kecil?
Pengurus pemasaran
Pemilik restoran
Naib presiden pembelian
Pekerja sambilan
Apakah kos yang tidak berubah walaupun berlaku perubahan dalam jumlah jualan?
kos berubah
kos luar kawal
kos boleh kawal
kos tetap
Apakah pendekatan yang digunakan untuk mengawal aktiviti pembelian dalam operasi berskala besar?
Kawalan sistem secara terus
Kawalan sistem secara tidak terus menggunakan teknologi
Kawalan manual tanpa bantuan teknologi
Kawalan penuh oleh chef utama
Apakah kelebihan utama memilih pembekal yang menggunakan kaedah polisi pemulangan barangan?
Memudahkan proses pembayaran
Mengurangkan kos penghantaran
Menghapuskan keperluan untuk menyimpan stok
Membolehkan pemulangan barangan yang tidak memenuhi spesifikasi
Apakah kriteria penting untuk memilih pembekal bagi restoran yang kerap melakukan perubahan menu?
Pembekal menawarkan diskaun besar untuk pesanan pukal
Pembekal mempunyai kepelbagaian barangan
Pembekal menawarkan sampel percuma
Pembekal hanya menerima tempahan melalui prosedur kompleks
Apakah sistem yang digunakan untuk memastikan stok lama digunakan terlebih dahulu berbanding stok baru?
FIFO
LIFO
Stok tidak aktif
Penyimpanan langsung
Manakah antara berikut merupakan maklumat yang terdapat dalam format standard recipe?
Nama chef, Bahan-bahn dan kuantiti bahan
Bahan-bahan dan nama chef
kuantiti bahan, bahan-bahan dan cara penyediaan
cara penyediaan, nama chef dan bahan-bahan
"Seorang pemandu lori memandu masuk lorinya ke bahagian belakang organisasi dan mengambil semua bekalan dan peralatan." Situasi berikut merujuk kepada ________.
kerosakan
rompakan
kehilangan
kekurangan produk
Apakah masalah utama yang selalu timbul apabila menggunakan sistem purchase requisition?
Sistem yang digunakan bermasalah
Sistem yang digunakan sukar difahami
Kos yang tinggi dari segi penyelenggaraan
Terlalu ramai pihak yang membuat keputusan mengenai jenis dan kualiti produk dan perkhidmatan
"Kg" dan "Gram" merujuk kepada unit ________.
bilangan
ukuran berat
ukuran isipadu
ukuran panjang
Jumlah keseluruhan menu yang terjual di Restoran Adam ialah 835. Jika sebanyak 135 pinggan nasi ayam telah terjual, hitungkan peratusan jualan bagi menu nasi ayam.
16.2%
13%
17.1%
6%
