WorksheetsSet 3 Semester 1 - Latih Tubi
Total questions: 98
Worksheet time: 2hrs 38mins
Mahkamah Rayuan berperanan untuk
mengisytiharkan darurat
mentadbir bajet kehakiman
menggubal enakmen negeri
mendengar rayuan daripada Mahkamah Tinggi
Mengapa kewujudan peringkat rayuan penting dalam sistem keadilan?
Untuk menambah bilangan kes
Untuk mengurangkan profesionalisme peguam
Untuk memansuhkan keputusan hakim rendah
Untuk membetulkan salah laku prosedur undang-undang
Kesan positif hierarki mahkamah ialah I memusatkan kuasa politik II menyediakan preseden yang seragam III menyekat akses rakyat kepada keadilan IV merujuk kes kepada panel hakim berpengalaman di peringkat lebih tinggi
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Apakah kesan keputusan mahkamah yang memutuskan sesuatu undang-undang negeri tidak sah?
Undang-undang itu tidak terpakai setakat bercanggah Perlembagaan
Dewan Undangan Negeri kekal berkuasa menafsir Perlembagaan
Eksekutif boleh mengenepikan keputusan mahkamah
Parlimen wajib dibubar
Jika cabang eksekutif menghormati semua keputusan mahkamah, kesan utamanya ialah
kedaulatan undang-undang terpelihara
demokrasi semakin kukuh
media semakin bebas
hak asasi meningkat
Contoh tindakan kehakiman mengawal penyalahgunaan kuasa ialah I semakan kehakiman terhadap keputusan pentadbiran II perisytiharan melampaui kuasa (ultra vires) III meluluskan bajet kementerian IV menentukan manifesto parti
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Kelakuan hakim tidak boleh dibincang di Parlimen kecuali
diputuskan oleh kabinet
diberikan kebenaran oleh Speaker
dibincang oleh menteri undang-undang
dibawa oleh sekurang-kurangnya 1/4 ahli Dewan
Mengapakah peraturan ini melindungi institusi kehakiman?
Mengurangkan ketelusan
Membolehkan hakim berpolitik
Menghapuskan kuasa Parlimen
Mengelakkan perbahasan politik mempengaruhi keluhuran kehakiman
Kesan negatif jika syarat jawatan hakim boleh diubah sewenang-wenangnya oleh eksekutif ialah
preseden lebih mantap
keyakinan awam meningkat
kebebasan kehakiman terancam
kedaulatan undang-undang semakin luntur
Langkah memperkasakan integriti kehakiman ialah I memastikan ketelusan alasan penghakiman II menggalakkan campur tangan menteri dalam penghakiman III menubuhkan panel tribunal bebas bila ada dakwaan salah laku IV membahagikan bonus tahunan bergantung kepada keputusan politik
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Apabila mahkamah menafsir undang-undang bercanggah dengan Perlembagaan, prinsip yang ditegakkan ialah
kebebasan media
kekebalan eksekutif
keutamaan manifesto
kedaulatan undang-undang
Sebuah undang-undang negeri memberi kuasa tahanan tanpa bicara untuk kes cukai jalan yang berada di bawah kuasa Persekutuan. Mahkamah sepatutnya
menyerah kepada eksekutif
mengisytiharkannya tidak sah
menguatkuasakannya serta-merta
menghantar ke DUN semula tanpa alasan
Penghakiman yang jelas dan konsisten memberi kesan positif, iaitu
hak sivil berkurang
proses rayuan terbatal
ketidakpastian kontrak meningkat
kepastian undang-undang bertambah
Yang manakah impak positif kehakiman yang telus kepada tadbir urus? I Mengukuhkan propaganda politik II Memperkasakan perlindungan hak III Meningkatkan akauntabiliti pentadbiran IV Memantapkan kepastian undang-undang
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Kesimpulan peranan kehakiman dalam sistem semak dan imbang ialah
mengurus pilihan raya
menggantikan Parlimen
menentukan dasar parti
mengawal tindakan eksekutif
Mengapa rujukan kepada preseden (keputusan dahulu) penting?
supaya menjamin kesamarataan di sisi undang-undang
untuk menambah bilangan mahkamah
untuk memihak kepada kerajaan
supaya rayuan tidak perlu
Jika keputusan mahkamah sering tidak dipatuhi, kesan negatif kepada masyarakat ialah
peningkatan gejala sosial
kedudukan kredit merosot
kepercayaan awam merosot
polarisasi komuniti bertambah
Yang manakah kesan jika kebebasan kehakiman terhakis? I daya saing negara terjejas II kepercayaan awam menurun III ketidakpastian undang-undang bertambah IV penyalahgunaan kuasa pentadbiran meningkat
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Mahkamah atasan dalam sistem kehakiman sivil Malaysia tidak termasuk
Mahkamah Tinggi
Mahkamah Sesyen
Mahkamah Rayuan
Mahkamah Persekutuan
Yang manakah antara berikut mahkamah bawahan?
Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Rayuan
Mahkamah Sesyen
Mahkamah Tinggi
Yang manakah antara berikut mahkamah khas?
Mahkamah Tinggi
Mahkamah Rayuan
Mahkamah Majistret
Mahkamah Perusahaan
Mengapa wujud mahkamah khas seperti Tribunal Tuntutan Pengguna?
Menolak peranan peguam
Memusatkan semua kes jenayah
Menggantikan fungsi Mahkamah Tinggi
Mempercepat penyelesaian pertikaian khusus kos rendah
Yang manakah mahkamah khas di Malaysia? I Mahkamah Rayuan II Mahkamah Tentera III Mahkamah Khas Raja-Raja IV Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Ketua kepada Mahkamah Persekutuan ialah
Hakim Besar Malaya
Ketua Hakim Negara
Presiden Mahkamah Rayuan
Hakim Besar Sabah dan Sarawak
Keanggotaan Mahkamah Persekutuan tidak merangkumi
Ketua Hakim Negara
Hakim Mahkamah Sesyen
Presiden Mahkamah Rayuan
Hakim Besar Mahkamah Tinggi
Bidang kuasa asal Mahkamah Persekutuan termasuk
mengadili semua kes trafik
menggubal enakmen negeri
mengurus belanjawan kehakiman
menentukan kesahihan undang-undang
Bidang kuasa penasihat Mahkamah Persekutuan membolehkan
Parlimen meminta draf undang-undang
Peguam Negara memohon nasihat bajet
Suruhanjaya Pilihan Raya menyemak sempadan kawasan
Yang di-Pertuan Agong merujuk isu kesan peruntukan Perlembagaan
Fungsi “penyemakan” Mahkamah Persekutuan termasuklah I menentukan tarikh pilihan raya II menetapkan kadar cukai pendapatan III memutuskan soal berbangkit kesan peruntukan Perlembagaan IV meneliti keputusan Mahkamah Rayuan dalam isu perlembagaan
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Mahkamah Rayuan dipengerusikan oleh
Peguam Negara
Ketua Hakim Negara
Hakim Besar Malaya
Presiden Mahkamah Rayuan
Di bawah Perkara 121(1B), Mahkamah Rayuan memutuskan rayuan daripada
Mahkamah Tinggi
Mahkamah Syariah
Mahkamah Perusahaan
Mahkamah Persekutuan
Yang manakah peranan Mahkamah Rayuan? I Meluluskan bajet kehakiman II Menyemak keputusan Mahkamah Tinggi III Mengeluarkan preseden mengikat mahkamah bawahan IV Menjadi mahkamah perbicaraan pertama bagi kes bunuh
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Bidang kuasa jenayah asal Mahkamah Tinggi termasuk
kes syariah
kes saman trafik
semua kes jenayah
kes yang tidak melibatkan hukuman penjara
Contoh bidang kuasa eksklusif Mahkamah Tinggi ialah
Saman trafik
Kebankrapan
Sewa beli motosikal
Tuntutan kemalangan kecil
Kuasa Mahkamah Tinggi yang mengukuhkan semak dan imbang ialah I menggubal enakmen negeri II menentukan manifesto parti III mendengar petisyen pilihan raya IV menyemak keputusan Mahkamah Rendah
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Siapakah yang melantik Hakim Mahkamah Sesyen?
Yang di-Pertuan Agong atas syor Hakim Besar
Yang di-Pertuan Agong atas syor Peguam Negara
Yang di-Pertuan Agong atas syor Perdana Menteri
Yang di-Pertuan Agong atas syor Ketua Hakim Negara
Mengapa banyak kes tuntutan kemalangan didengar di Mahkamah Sesyen?
Tiada yuran mahkamah
Proses rayuan dihapuskan
Hakim Sesyen adalah pakar perubatan
Nilai tuntutan lazimnya dalam julat bidang kuasa Sesyen
Majistret Kelas 1 di negeri beraja dilantik oleh
Sultan atas syor Peguam Negara
Sultan atas syor Hakim Besar Malaya
Yang di-Pertuan Agong atas syor Peguam Negara
Yang di-Pertuan Agong atas syor Hakim Besar Malaya
Dari sudut jenayah, Mahkamah Majistret boleh mendengar kesalahan yang
melibatkan denda kecil
melibatkan hanya kes sivil
melibatkan hukuman mati
melibatkan hukuman maksimum 10 tahun
Penentuan forum yang betul menegakkan keadilan kerana I menafikan pembelaan II menghapuskan hak rayuan III mengelakkan “overreach” bidang kuasa IV memastikan kes didengar pada peringkat kompeten
I dan II
I dan IV
II dan IV
III dan IV
Mengapakah wujud Mahkamah Adat di Sabah dan Sarawak?
Mengadili kes negeri
Mengurus sistem percukaian
Mengendalikan semua kes jenayah berat
Mengiktiraf amalan adat setempat dalam penyelesaian pertikaian
Yang manakah benar mengenai Mahkamah Syariah dalam struktur kehakiman? I Berasingan daripada hierarki sivil Persekutuan II Menjadi peringkat rayuan ke Mahkamah Rayuan (sivil) III Mengendalikan urusan agama Islam menurut Perlembagaan IV Mempunyai hierarki (Rendah–Tinggi–Rayuan) peringkat negeri
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Rayuan dari Mahkamah Sesyen dalam kes sivil biasanya ke
Mahkamah Tinggi
Mahkamah Rayuan
Mahkamah Majistret
Mahkamah Persekutuan
Apakah rasional kewujudan beberapa peringkat rayuan?
Menghapuskan hak guaman
Menjamin keseragaman preseden
Menambah masa bicara tanpa sebab
Menghalang orang awam ke mahkamah
Kesan positif Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan undang-undang negeri bercanggah Perlembagaan ialah
Menghapuskan hak rayuan
Menjaga kedaulatan undang-undang
Mengurangkan ketelusan kehakiman
Menguatkan kuasa politik semata-mata
Jika keputusan Mahkamah Rayuan sering diabaikan, kesan negatif pada sistem undang-undang ialah
kadar kelahiran menurun
kepercayaan awam merosot
ketidakpastian undang-undang meningkat
kelemahan disiplin pentadbiran undang-undang
Mahkamah mengendalikan dua jenis kes utama, iaitu
Sivil dan jenayah
Sivil dan pentadbiran
Rayuan dan semakan
Jenayah dan tatatertib
Dalam kes jenayah, pihak yang berusaha membuktikan kesalahan tertuduh ialah
Hakim
Plaintif
Peguam bela
Pendakwa raya
Salah satu cara kes jenayah boleh dimulakan ialah
pihak polis menyiast laporan
petisyen kepada Speaker Parlimen
pengambilan keputusan jawatankuasa hakim
permohonan terus ke Mahkamah Persekutuan
Apabila polis mengesyaki kegiatan haram, mereka boleh
menahan sesiapa tanpa sebab
menjatuhkan hukuman denda
menggubal peraturan sementara
memohon waran geledah untuk memeriksa tempat
Tujuan waran tangkap atau geledah dikeluarkan ialah untuk I menghapuskan peranan mahkamah II melindungi hak tertuduh melalui proses yang sah III menggantikan kewajipan pendakwaan membuktikan kes IV membolehkan polis mengumpul bukti mengikut undang-undang
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Tindakan sivil dimulakan dengan
writ saman
notis remitan
waran tangkap
perintah reman
Jika defendan sukar dikesan, mahkamah boleh membenarkan
sebatan awam
penghakiman jenayah
tangkapan tanpa waran
penampalan writ di kediaman
Sekiranya defendan gagal hadir selepas diserahkan writ, mahkamah boleh
mengarahkan pendakwaan jenayah
mengisytiharkan muflis serta-merta
membicarakan kes jenayah terhadapnya
menjatuhkan penghakiman tanpa kehadiran
Apakah kesan positif prosedur writ yang jelas?
Mengelakkan bayaran kos
Menghapuskan hak pembelaan
Memperlahanakan penyelesaian kes
Menjamin defendan tahu tarikh kehadiran
Seseorang yang ditahan mesti
dipenjaraakan di balai
diberitahu sebab penahanan
dinafikan sebarang keistimewaan
diarah membela diri sepanjang masa
Seseorang tidak boleh ditahan melebihi 24 jam kecuali
perintah menteri
Peguam Negara bersetuju
pendakwa raya menerima kes
polis memohon lanjutan tahanan daripada mahkamah
Yang manakah hak tertuduh sebelum dan semasa perbicaraan? I Berunding dengan peguam II Menghapuskan bukti pendakwaan III Diberitahu pertuduhan dengan jelas IV Mengarahkan saksi pendakwa supaya tidak hadir
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Jika tertuduh mengaku bersalah, pendakwa raya akan
menutup kes tanpa fakta
membatalkan pertuduhan
memohon perbicaraan penuh
mengemukakan fakta kes yang relevan
Jika tertuduh tidak mengaku bersalah, kedua-dua pihak berhak
menutup kes serta-merta
meminta hakim menjadi saksi
menyoal balas saksi masing-masing
menggugurkan saksi lawan tanpa sebab
Keputusan mahkamah dibuat berdasarkan
tekaan umum
keterangan saksi
undian penonton
kenyataan media
Dalam kes jenayah, selepas hujahan penutup, mahkamah boleh I menyerahkan hukuman kepada polis II menjatuhkan hukuman jika bukti kukuh III meminta pengundi membuat referendum IV melepaskan tertuduh jika timbul keraguan munasabah
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Antara bentuk hukuman yang boleh dikenakan oleh mahkamah jenayah ialah
teguran lisan sahaja
denda, penjara, sebatan
denda, muflis, penarafan kredit
penjara, lucut kerakyatan, saman sivil
Jika Orang Kena Tuduh (OKT) berdiam diri, mahkamah ...
melepaskan tanpa syarat
boleh menghentikan perbicaraan
boleh mensabitkan mengikut kes
menganggap pengakuan tak bersalah
Jika Orang Kena Tuduh (OKT) memberi keterangan bersumpah di kandang saksi, keterangannya
mesti ditolak
tidak boleh dicabar
hanya dibaca oleh peguam
boleh disoal balas oleh pendakwa raya
Jika Orang Kena Tuduh (OKT) membaca kenyataan tidak bersumpah, kenyataan itu
Tidak diterima sama sekali
Menjadi penghakiman automatik
Boleh disoal balas oleh pendakwa
Tidak boleh dicabar dengan soal balas
Mengapa saksi pembelaan yang dibawa Orang Kena Tuduh (OKT) mesti menyokong keterangannya?
Untuk memastikan kekuatan kes pembelaan
Untuk memudahkan hukuman
Supaya mengelak soal balas
Supaya pendakwa kalah
Apakah maksud badan eksekutif?
Cabang yang mentafsir undang-undang
Cabang yang menggubal undang-undang
Cabang yang mengesahkan undang-undang
Cabang yang melaksanakan undang-undang
Di Malaysia, kuasa eksekutif secara rasmi terletak pada
Perdana Menteri
Ketua Hakim Negara
Yang di-Pertuan Agong
Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Mengapa Agong bertindak atas nasihat Jemaah Menteri?
Untuk memesatkan kuasa Raja
Kerana kehendak parti pemerintah
Kerana amalan Raja Berperlembagaan
Untuk mengurangkan peranan Parlimen
Ciri teras konsep eksekutif Malaysia ialah I Raja Berperlembagaan II Demokrasi Berparlimen III Eksekutif bebas daripada undang-undang IV Parlimen tidak boleh menyemak eksekutif
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
“Tanggungjawab kolektif kabinet” bermaksud
semua menteri bertanggungjawab bersama atas keputusan kabinet
Perdana Menteri bertanggungjawab ke atas kabinet
menteri bebas daripada keputusan kabinet
Parlimen menanggung keputusan kabinet
Apakah implikasi jika kabinet hilang kepercayaan Dewan Rakyat?
Yang di-Pertuan Agong digantikan
Perdana Menteri kekal memerintah
Hanya menteri tertentu letak jawatan
Seluruh kabinet perlu meletak jawatan
Yang manakah contoh kuasa budi bicara terhadap Yang di-Pertuan Agong? I Melantik Perdana Menteri apabila tiada majoriti jelas II Menetapkan kadar cukai langsung III Memutuskan bajet tahunan IV Membubarkan Parlimen
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Siapakah yang menggubal dasar awam dan mencadangkan undang-undang kepada Parlimen?
Jemaah Menteri
Mahkamah Tinggi
Suruhanjaya Pilihan Raya
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara
Siapakah yang menyediakan Belanjawan tahunan sebelum dibentangkan di Parlimen?
Akauntan Negara
Menteri Kewangan
Ketua Audit Negara
Yang di-Pertuan Agong
Badan kerajaan tertinggi dalam jentera pentadbiran persekutuan ialah
Kementerian
Perbadanan Awam
Majlis Perundangan Negara
Jabatan Perkhidmatan Awam
Mengapakah perbadanan awam ditubuhkan?
Membantu tugas-tugas khas Parlimen
Mengambil alih beberapa fungsi jabatan
Menghapuskan kawalan undang-undang
Menggantikan Suruhanjaya Pilihan Raya
Di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan, Yang di-Pertuan Agong (YDPA) bertindak sebagai
Ketua Negara
Ketua Kerajaan
Ketua Hakim Negara
Ketua Agama Islam bagi seluruh negeri
Gelaran rasmi kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ialah
Seri Paduka Yang Terutama
Yang Amat Mulia Seri Paduka Baginda
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Seri Maharaja Baginda Yang Di-Pertuan Agong
Kuasa pengampunan Yang Di-Pertuan Agong meliputi
kesalahan Mahkamah Awam di semua negeri
kesalahan Mahkamah Syariah di negeri Johor
kesalahan Mahkamah Syariah seluruh negeri
kesalahan Mahkamah Awam di Wilayah Persekutuan
Yang Di-Pertuan Agong dipilih oleh
Majlis Raja-Raja
Dewan Negara
Dewan Rakyat
Kabinet
Hanya Raja-Raja Melayu daripada sembilan negeri beraja layak dipilih sebagai Yang Di-Pertuan Agong. Antara berikut, manakah bukan syarat kelayakan?
Waras pemikiran
Mesti beragama Islam
Berasal daripada keturunan diraja
Dilantik oleh rakyat melalui pilihan raya
Majlis Raja-Raja boleh memutuskan seseorang raja tidak sesuai menjadi Yang Di-Pertuan Agong dengan undi sulit sekurang-kurangnya
4 orang Raja
5 orang Raja
6 orang Raja
7 orang Raja
Tempoh jawatan Yang Di-Pertuan Agong adalah selama
3 tahun
4 tahun
5 tahun
6 tahun
Yang manakah benar mengenai Timbalan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA)?
Mendapat lantikan daripada Dewan Rakyat
Membantu YDPA dalam melaksanakan tugas rasmi
Mesti dipilih daripada kalangan bekas Perdana Menteri
Menggantikan YDPA secara automatik jika YDPA mangkat
Menurut Perkara 39, kuasa eksekutif Persekutuan terletak pada
Kabinet
Majlis Raja-Raja
Perdana Menteri
Yang Di-Pertuan Agong
Yang Di-Pertuan Agong bertindak mengikut nasihat
Kabinet
Parlimen
Majlis Raja-Raja
Ketua Hakim Negara
Yang Di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicara dalam hal berikut, kecuali
Melantik ahli Kabinet
Melantik seorang Perdana Menteri
Meminta diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja
Tidak memperkenankan pembubaran Parlimen
Yang Di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat setelah mendapat
nasihat daripada Kabinet
permintaan oleh rakyat
perintah daripada Mahkamah
keputusan daripada Dewan Negara
Yang Di-Pertuan Agong ialah sebahagian daripada Parlimen bersama
Dewan Undangan Negeri
Kabinet dan Dewan Negara
Perdana Menteri dan Kabinet
Dewan Rakyat dan Dewan Negara
Jika Yang Di-Pertuan Agong tidak memperkenankan Rang Undang-Undang dalam 30 hari, maka Rang Undang-Undang tersebut akan
terbatal
diundi semula
dibentangkan semula
menjadi undang-undang secara automatik
Yang Di-Pertuan Agong melantik Senator berdasarkan
pilihan raya khas
cadangan Kabinet
nasihat Perdana Menteri
cadangan Majlis Raja-Raja
Jumlah Senator dilantik Yang Di-Pertuan Agong ialah
22 orang
33 orang
44 orang
66 orang
Yang Di-Pertuan Agong melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan atas nasihat
Kabinet
Majlis Raja-Raja
Peguam Negara
Perdana Menteri
Yang Di-Pertuan Agong boleh melanjutkan tempoh perkhidmatan hakim melebihi umur persaraan selama
3 bulan
6 bulan
9 bulan
1 tahun
Yang Di-Pertuan Agong mempunyai kuasa pengampunan di
Negeri asal baginda sahaja
Semua negeri dan Wilayah Persekutuan
Semua mahkamah Syariah seluruh Malaysia
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan dan negeri tidak beraja
Yang Di-Pertuan Agong ialah Pemerintah Tertinggi
Kabinet
Majlis Raja-Raja
Suruhanjaya Pilihan Raya
Angkatan Tentera Malaysia
Yang Di-Pertuan Agong juga berperanan menjaga
hak golongan pekerja
hak pengundi minoriti
hak kebebasan bersuara
hak istimewa orang Melayu
