wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UJIAN DIAGNOSTIK STEM C - SAINS KOMPUTER

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Bahagian A: Minat & Sikap (Soalan 1–5)

Sebab utama anda ingin mengambil mata pelajaran Sains Komputer?

a)

Mengikut rakan

b)

Suka menggunakan komputer dan ingin tahu cara ia berfungs

c)

Mata pelajaran ini mudah

d)

Dipaksa oleh guru

2.

Jika anda tidak memahami sesuatu topik berkaitan komputer, apakah tindakan anda?


a)

Berhenti mencuba

b)

Menunggu orang lain menyelesaikannya

c)

Bertanya guru atau mencari maklumat tambahan

d)

Mengabaikan topik tersebut

3.

Apabila berhadapan dengan perkara baharu yang sukar, anda biasanya akan:


a)

Mudah berputus asa

b)

Mencuba sekali sahaja

c)

Terus mencuba walaupun melakukan kesilapan

d)

Mengelakkan diri daripada mencuba

4.

Apakah sikap yang PALING penting untuk belajar Sains Komputer?

a)

Hafal banyak fakta

b)

Sabar dan berfikiran logik

c)

Cepat menyiapkan kerja

d)

Banyak menggunakan telefon

5.

Pada pendapat anda, apakah kegunaan utama Sains Komputer?

a)

Bermain permainan komputer

b)

Menghasilkan teknologi untuk menyelesaikan masalah

c)

Menggunakan media sosial

d)

Menaip dokumen sahaja

6.

Bahagian B: Pengetahuan Asas Komputer (Soalan 6–10)

Peranti manakah digunakan untuk memasukkan arahan ke dalam komputer?

a)

Monitor

b)

Pencetak

c)

Papan kekunci

d)

Pembesar suara

7.

Antara berikut, yang manakah contoh perisian aplikasi?

a)

Tetikus

b)

Sistem pengendalian

c)

Microsoft Word

d)

Pemproses

8.

Apakah fungsi utama Internet?

a)

Menyimpan data

b)

Menghubungkan komputer untuk berkongsi maklumat

c)

Mencetak dokumen

d)

Menjalankan permainan luar talian

9.

Mengapakah kata laluan yang kuat penting?

a)

Supaya mudah diingati

b)

Untuk melambatkan komputer

c)

Melindungi data dan maklumat peribadi

d)

Untuk hiasan akaun

10.

Antara berikut, yang manakah contoh input kepada komputer?

a)

Paparan skrin

b)

Bunyi pembesar suara

c)

Tetikus

d)

Cetakan kertas

11.

Bahagian C: Pemikiran Logik & Penyelesaian Masalah (Soalan 11–15)

Apakah langkah PERTAMA yang patut dilakukan jika komputer tidak boleh dihidupkan?

a)

Membeli komputer baharu

b)

Memeriksa sambungan elektrik

c)

Menghantar ke kedai

d)

Menyalahkan komputer

12.

Susunan langkah yang BETUL untuk menghantar emel ialah:

a)

Tulis mesej → Buka emel → Hantar

b)

Buka emel → Tulis mesej → Hantar

c)

Hantar → Buka emel → Tulis mesej

d)

Tulis mesej → Hantar → Buka emel

13.

Jika arahan yang diberikan oleh guru tidak jelas, apakah tindakan terbaik?

a)

Meneka jawapan

b)

Tidak menyiapkan tugasan

c)

Bertanya semula kepada guru

d)

Meniru rakan

14.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan pemikiran logik?

a)

Membuat kerja tanpa perancangan

b)

Menyusun langkah sebelum melaksanakan tugasan

c)

Menunggu arahan setiap masa

d)

Membuat keputusan secara rawak

15.

Jika satu aplikasi tidak berfungsi seperti yang diharapkan, apakah tindakan paling sesuai?

a)

Terus memadam aplikasi

b)

Mengeluh tanpa mencuba

c)

Mencari punca dan mencuba penyelesaian

d)

Mengabaikannya

16.

Bahagian D: Pemikiran Komputasional & Literasi Digital

(Soalan 16 – 25)

Apakah maksud “menyelesaikan masalah” dalam konteks komputer?

a)

Menghafal arahan

b)

Mencari punca masalah dan langkah penyelesaian

c)

Menggunakan komputer tanpa tujuan

d)

Mengikut orang lain

17.

Antara berikut, yang manakah contoh arahan yang jelas kepada komputer?

a)

Buat dengan cepat

b)

Siapkan seperti biasa

c)

Simpan fail dengan nama “Tugasan1”

d)

Buat yang terbaik

18.

Jika anda ingin menghasilkan poster digital, perisian manakah PALING sesuai?

a)

Perisian persembahan / grafik

b)

Kalkulator

c)

Antivirus

d)

Sistem pengendalian

19.

Apakah tujuan utama menyusun langkah sebelum melakukan sesuatu tugasan?

a)

Menambah kerja

b)

Menjimatkan masa dan mengelakkan kesilapan

c)

Menunjukkan kepandaian

d)

Mengelirukan orang lain

20.

Antara berikut, yang manakah contoh penggunaan komputer secara beretika?

a)

Menyalin tugasan rakan

b)

Menggunakan perisian cetak rompak

c)

Menghormati hak cipta dan sumber maklumat

d)

Berkongsi kata laluan dengan rakan

21.

Apakah yang perlu dilakukan sebelum memuat turun sesuatu perisian?

a)

Muat turun semua perisian yang menarik

b)

Memastikan sumber perisian adalah selamat

c)

Abaikan amaran keselamatan

d)

Muat turun tanpa membaca maklumat

22.

Apakah contoh data dalam kehidupan seharian?

a)

Perasaan

b)

Arahan

c)

Markah peperiksaan

d)

Keputusan

23.

Jika anda diberi satu tugasan besar, apakah langkah terbaik untuk menyelesaikannya?

a)

Buat sekaligus tanpa perancangan

b)

Bahagikan kepada beberapa tugasan kecil

c)

Serahkan kepada orang lain

d)

Tangguhkan sehingga akhir

24.

Apakah kesan penggunaan teknologi tanpa kawalan?

a)

Meningkatkan disiplin

b)

Tiada kesan

c)

Menyebabkan masalah keselamatan dan ketagihan

d)

Menambah kreativiti sahaja

25.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan sikap pembelajar Sains Komputer yang baik?

a)

Takut melakukan kesilapan

b)

. Menunggu jawapan daripada orang lain

c)

Sedia mencuba, membuat pembetulan dan belajar semula

d)

Hanya belajar jika diarahkan

26.

Bahagian E: Literasi Digital & Kefahaman Umum

(Soalan 26 – 35)

Apakah maksud perisian?

a)

Komponen fizikal komputer

b)

Program yang memberi arahan kepada komputer

c)

Sambungan Internet

d)

Fail dalam komputer

27.

Antara berikut, yang manakah contoh perkakasan komputer?

a)

Pencetak

b)

Aplikasi melukis

c)

Pelayar web

d)

Sistem pengendalian

28.

Apakah fungsi utama sistem pengendalian?

a)

Menyimpan fail sahaja

b)

Mengawal dan mengurus operasi komputer

c)

Mencetak dokumen

d)

Melindungi komputer dari virus sahaja

29.

Apakah tujuan menyimpan fail dalam folder yang teratur?

a)

Menyusahkan pengguna

b)

Memudahkan pencarian dan pengurusan fail

c)

Mengambil ruang storan

d)

Menjadikan komputer perlahan

30.

Antara berikut, yang manakah contoh fail digital?

a)

Buku teks

b)

Gambar dalam telefon

c)

Papan putih

d)

Pen

31.

Apakah yang perlu dilakukan sebelum menutup komputer?


a)

Terus tekan suis

b)

Menyimpan semua kerja

32.

Mengapakah kemas kini perisian penting?

a)

Menambah saiz fail

b)

Menyebabkan komputer perlahan

c)

Meningkatkan keselamatan dan prestasi

d)

Mengubah warna paparan

33.

Antara berikut, yang manakah contoh rangkaian komputer?

a)

Komputer riba

b)

Papan kekunci

c)

Internet

d)

Pencetak

34.

Apakah maksud data peribadi?

a)

Maklumat umum

b)

Maklumat sulit tentang seseorang

c)

Maklumat sekolah sahaja

d)

Maklumat hiburan

35.

Mengapakah kita tidak boleh berkongsi maklumat peribadi sesuka hati?

a)

Tidak menarik

b)

Melanggar etika dan keselamatan

c)

Menyebabkan Internet perlahan

d)

Tidak berguna

36.

Bahagian F: Pemikiran Logik & Penyelesaian Masalah

(Soalan 36 – 45)

Apakah maksud “langkah demi langkah” dalam menyelesaikan masalah?

a)

Membuat secara rawak

b)

Mengikut urutan yang teratur

c)

Mengikut perasaan

d)

Meniru orang lain

37.

Apakah kepentingan ketepatan dalam memberi arahan kepada komputer?

a)

Untuk menyusahkan komputer

b)

Untuk mempercepatkan internet

c)

Untuk hiasan

d)

Supaya komputer memahami arahan dengan betul

38.

Antara berikut, yang manakah contoh masalah yang boleh diselesaikan menggunakan komputer?

a)

Meneka perasaan rakan

b)

Mengira purata markah pelajar

c)

Mengubah cuaca

d)

Membaca fikiran

39.

Apakah maksud perkakasan komputer?

a)

Arahan kepada komputer

b)

Komponen fizikal komputer

c)

Perisian sistem

d)
  1. Data yang diproses

40.

Apakah fungsi utama CPU?

a)

Menyimpan data

b)

Memaparkan output

c)

Memproses arahan

d)

Mencetak maklumat

41.

Peranti manakah digunakan untuk menyimpan data secara kekal?

a)

RAM

b)

Cache

c)

Cakera keras

d)

CPU

42.

Apakah maksud data?

a)

Maklumat yang telah diproses

b)

Fakta mentah

c)

Arahan komputer

d)

Program komputer

43.

Unit terkecil dalam sistem nombor binari ialah

a)

. Byte

b)

Bit

c)

Nibble

d)

Word

44.

Apakah maksud keselamatan siber?

a)

Keselamatan bangunan

b)

Perlindungan sistem komputer dan data

c)

Keselamatan elektrik

d)

Keselamatan perisian sahaja

45.

Apakah maksud Internet?

a)

Rangkaian komputer tempatan

b)

Rangkaian komputer global

c)

Perisian aplikasi

d)

Perkakasan

46.

Apakah maksud awan (cloud)?

a)

Perkakasan komputer

b)

Virus komputer

c)
  1. Sistem nombor

d)

Storan dan perkhidmatan atas talian

47.

Apakah maksud pengaturcaraan?

a)

Menulis arahan untuk komputer

b)

Menggunakan komputer

c)
  1. Membina perkakasan

d)

Membeli perisian

48.

Apakah maksud spam?

a)

Perisian keselamatan

b)

Sandaran data

c)

Mesej tidak diingini

d)

Perisian aplikasi

49.

WWW bermaksud

a)

World Wide Web

b)

Wireless Web World

c)

World Web Wide

d)

Wide World Web

50.

Apakah yang dimaksudkan dengan kecerdasan buatan (AI)?

a)

Sistem komputer yang boleh melaksanakan tugas tanpa arahan manusia

b)

Teknologi yang menggunakan mesin untuk meniru proses kognitif manusia

c)

Perisian yang boleh digunakan untuk mengajar pelajar

d)

Teknologi yang hanya digunakan untuk robot