
PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL PJPK TINGKATAN 2
Presentation
•
Physical Ed
•
8th Grade
•
Medium
Maureen Anthony
Used 3+ times
FREE Resource
19 Slides • 14 Questions
1
PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL (PEERS)
PERHUBUNGAN
2
PERHUBUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
3
STANDARD PEMBELAJARAN
MEMBINCANGKAN NILAI DALAM PERHUBUNGAN DAN BATAS PERHUBUNGAN YANG SIHAT .
MENGANALISIS CARA MENJALIN HUBUNGAN DAN MENGEKALKAN BATAS PERHUBUNGAN YANG SIHAT .
MENILAI KEBAIKAN MENGAMALKAN BATAS PERHUBUNGAN YANG SIHAT DALAM KEHIDUPAN HARIAN .
4
PERHUBUNGAN
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
5
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Terdapat tiga (3) objektif yang anda harus capai iaitu :
Memilih empat (4) gambaran yang sesuai berdasarkan empat (4) jenis situasi .
Membaca dan memahami nota-nota berkenaan dengan perhubungan dengan lebih mendalam dan teliti .
Menjawab sepuluh (10) soalan dengan mendapatkan sekurang-kurangnya lima (5) daripada sepuluh (10) jawapan yang betul .
6
PERHUBUNGAN
MEMBENTUK PERHUBUNGAN YANG SIHAT
7
PENGAJARAN
Bahan bantuan pengajaran : Whatsapp dan Quizizz .
Langkah pengajaran :
Guru menyediakan empat (4) jenis situasi dalam membentuk perhubungan yang sihat kepada para pelajar .
Setiap pelajar diminta untuk memilih satu (1) gambaran perhubungan yang betul untuk setiap situasi .
8
TUGASAN
Pilih satu (1) daripada empat (4) gambaran yang betul berdasarkan empat (4) jenis situasi dalam membentuk perhubungan yang sihat .
9
Multiple Select
1. SITUASI PERTAMA : TIDAK MERAHSIAKAN MASALAH / BERKONGSI MASALAH DENGAN RAKAN ATAU GURU ATAU KELUARGA .
10
Multiple Select
2. SITUASI KEDUA : TIDAK MENCEROBOH ATAU MENGGANGGU / MENGHORMATI HAK PERIBADI ATAU PRIVASI ORANG LAIN .
11
Multiple Select
3. SITUASI KETIGA : MENJAGA ADAB KETIKA BERHADAPAN ATAU BERGAUL DENGAN GURU .
12
Multiple Select
4. SITUASI KEEMPAT : MEMBANTU RAKAN YANG MENGHADAPI MASALAH DALAM PEMBELAJARAN DENGAN IKHLAS TANPA MENGHARAPKAN BALASAN .
13
PERHUBUNGAN
BATAS PERHUBUNGAN
14
BATAS PERHUBUNGAN
Terdapat enam contoh (6) jenis perhubungan iaitu :
Perhubungan dengan ibu bapa .
Perhubungan dengan adik-beradik .
Perhubungan dengan sanak saudara .
Perhubungan dengan kawan karib .
Perhubungan dengan guru .
Perhubungan dengan masyarakat .
15
Sambungan ...
Maksud perhubungan :
Ikatan persaudaraan, pertalian darah atau perkahwinan, urusan yang berkaitan perasaan dan hubungan emosi atau seksual .
Sihat - Memberikan penghormatan dan kebebasan sesama individu dan berkemungkinan akan terus erat .
Dikongkong - Berkemungkinan renggang dan akhirnya lenyap .
16
BATAS PERHUBUNGAN YANG SIHAT
Terdapat tujuh (7) batas perhubungan yang sihat iaitu :
Rasa hormat - Hormat antara satu sama lain . Tidak melebihi had dan batas yang tidak disukai pasangan .
Kejujuran - Seiring dengan kepercayaan . Tidak menipu dan bersikap jujur walaupun dalam apa jua situasi .
Kepercayaan - Amat penting dalam sesuatu hubungan sebagai tanda percaya dan mempercayai tanpa ada syak wasangka .
17
Sambungan ...
Kesaksamaan - Memberi dan menerima seadanya . Tidak bersikap mementingkan diri sendiri dan adil .
Sokongan - Perlu dalam apa jua situasi sama ada senang atau susah . Bersedia memberi dan menerima galakan yang mendatangkan kebaikan .
Kompromi - Tolak ansur diperlukan ketika mendapatkan persetujuan atau penyelesaian masalah .
Komunikasi berkesan - Berkomunikasi secara telus, bahasa yang lembut, suara yang jelas, tidak mengikut emosi, berfikir sebelum bercakap dan tidak memaksa pasangan melakukan sesuatu di luar batasan .
18
MENGEKALKAN PERHUBUNGAN DAN PERGAULAN YANG SIHAT
Terdapat enam (6) cara untuk mengekalkan perhubungan dan pergaulan yang sihat iaitu :
Cara pertama - Berkongsi masalah dengan keluarga atau guru atau rakan .
Cara kedua - Menjaga batas pergaulan antara lelaki dengan perempuan .
Cara ketiga - Bersalaman dengan rakan demi menjaga hubungan yang mesra .
19
Sambungan ...
Cara keempat - Menjaga adab ketika berhadapan atau bergaul dengan guru .
Cara kelima - Sentiasa menghormati seperti jalan menunduk di hadapan orang yang lebih dewasa atau tua .
Cara keenam - Tidak menceroboh atau mengganggu / menghormati hak peribadi atau privasi orang lain .
20
KEBAIKAN MENGAMALKAN BATAS PERHUBUNGAN YANG SIHAT
Terdapat enam (6) kebaikan dalam mengamalkan batas perhubungan yang sihat iaitu :
Kebaikan pertama - Menggalakkan perkembangan diri dan mampu mencorak serta mewarnai kehidupan .
Kebaikan kedua - Mewujudkan situasi pasangan yang sentiasa menyokong kejayaan rakannya tanpa prejudis .
Kebaikan ketiga - Wujud bukan sahaja ketika waktu senang tetapi juga sentiasa berada di sisi ketika waktu sukar .
21
Sambungan ...
Kebaikan keempat - Membolehkan seseorang untuk bekerjasama dan berganding bahu sehingga mencapai matlamat yang ditetapkan .
Kebaikan kelima - Mewujudkan suasana harmoni dan gembira dengan rakan dan keluarga .
Kebaikan keenam - Mendapat tempat dan perhatian dalam masyarakat serta sentiasa selesa menjadi diri sendiri .
22
LATIHAN
Pilih jawapan yang betul berdasarkan soalan atau penyataan yang dinyatakan .
23
Multiple Choice
1. Apakah yang dimaksudkan dengan perhubungan ?
Satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau penjagaan di mana para anggotanya tinggal di suatu tempat di bawah satu atap dalam keadaan saling bergantungan .
Memberikan penghormatan dan kebebasan sesama individu dan berkemungkinan akan terus erat .
Ikatan persaudaraan, pertalian darah atau perkahwinan, urusan yang berkaitan perasaan dan hubungan emosi atau seksual .
Berkemungkinan renggang dan akhirnya lenyap .
24
Multiple Choice
2. Berapakah jumlah batas perhubungan yang sihat ?
Empat (4)
Lima (5)
Enam (6)
Tujuh (7)
25
Multiple Choice
3. Yang mana satukah BUKAN merujuk kepada batas pergaulan yang sihat ?
Rasa benci .
Komunikasi berkesan .
Kesaksamaan .
Kepercayaan .
26
Multiple Choice
4. "Tolak ansur diperlukan ketika mendapatkan persetujuan atau penyelesaian masalah ."
Berdasarkan penyataan di atas, ia merujuk kepada batas perhubungan yang mana ?
Kejujuran .
Kompromi .
Komunikasi berkesan .
Sokongan .
27
Multiple Choice
5. Apakah cara yang SESUAI untuk mengekalkan perhubungan dan pergaulan yang sihat ?
Bergaul secara bebas antara berlainan jantina .
Melawan kata-kata guru .
Sentiasa menghormati seperti jalan menunduk di hadapan orang yang lebih dewasa atau tua .
Tidak mahu bersalaman dengan rakan-rakan .
28
Multiple Choice
6. Sekiranya anda mempunyai masalah, apa yang anda HARUS lakukan ?
Berkongsi masalah dengan keluarga atau guru atau rakan .
Meluahkan masalah tersebut di media sosial .
Menelan pil tidur untuk melupakan masalah yang dihadapi .
Memendamkan masalah tersebut .
29
Multiple Choice
7. Yang mana satukah BUKAN merujuk kepada kebaikan mengamalkan batas perhubungan yang sihat ?
Membolehkan seseorang bekerjasama dan berganding bahu sehingga mencapai matlamat yang ditetapkan .
Mewujudkan suasana harmoni dan gembira dengan rakan dan keluarga .
Mewujudkan situasi pasangan yang sentiasa menyokong kejayaan rakannya tanpa prejudis .
Hanya berada di sisi ketika waktu senang sahaja .
30
Multiple Choice
8. Perhubungan yang sihat melibatkan __________ yang berkesan .
pergaulan
nilai
komunikasi
batas
31
Multiple Choice
9. Komunikasi yang berkesan adalah komunikasi yang dilakukan secara telus, bahasa yang lembut, __________, tidak mengikut emosi, berfikir sebelum bercakap dan tidak memaksa pasangan melakukan sesuatu di luar batasan .
suara yang jelas
suara yang besar
ayat yang kasar
ayat yang dramatis
32
Multiple Choice
10. Situasi : Selepas waktu sekolah tamat, Rina suka duduk berdua-duaan di dalam perpustakaan sekolah dengan rakan lelakinya, Adam . Mereka duduk bersembang kosong sambil duduk dengan rapat antara satu sama lain . Adakah mereka berdua melakukan perbuatan yang sepatutnya ?
Betul .
Salah .
Tidak pasti .
-
33
-TAMAT-
PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL (PEERS)
PERHUBUNGAN
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 33
SLIDE
Similar Resources on Wayground
28 questions
MATERI KELAS 8 ILUSTRASI MEMBUAT KOMIK
Presentation
•
8th Grade
27 questions
Cuarto semestre - Parcial |1
Presentation
•
KG
22 questions
PENCAK SILAT
Presentation
•
7th Grade
24 questions
SISTEM PERNAPASAN MANUSIA
Presentation
•
8th Grade
23 questions
bola voli
Presentation
•
8th Grade
28 questions
Kebugaran jasmani
Presentation
•
8th - 9th Grade
25 questions
Jaringan Komputer dan Inernet Part 1
Presentation
•
7th Grade
27 questions
Teks Persuasif
Presentation
•
8th Grade
Popular Resources on Wayground
28 questions
US History Regents Review
Quiz
•
11th Grade
36 questions
Biology Regents Review
Quiz
•
9th - 10th Grade
20 questions
Math Review
Quiz
•
3rd Grade
38 questions
Regents Life Science General Review
Quiz
•
9th Grade
20 questions
Math Review
Quiz
•
6th Grade
21 questions
EOY Grade 6 Benchmark Assessment - Content Skills
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Inferences
Quiz
•
4th Grade
20 questions
Figurative Language Review
Quiz
•
6th Grade
Discover more resources for Physical Ed
45 questions
Earth and Space Science Regents: Exam Cram
Presentation
•
7th - 12th Grade
16 questions
Summer school Trivia
Quiz
•
5th - 8th Grade
20 questions
summer trivia
Quiz
•
8th Grade
20 questions
logos
Quiz
•
8th Grade
15 questions
Middle School Fun Trivia Questions
Quiz
•
7th - 8th Grade
45 questions
Final Review 2
Quiz
•
8th Grade
20 questions
Adjacent, Vertical, Complementary, Supplementary Angles
Quiz
•
8th Grade
40 questions
Grade 7 - General Knowledge
Quiz
•
6th - 8th Grade