Search Header Logo
KEMAHIRAN BOLA TAMPAR

KEMAHIRAN BOLA TAMPAR

Assessment

Presentation

Physical Ed

7th Grade

Medium

Created by

Emmy George

Used 2+ times

FREE Resource

14 Slides • 13 Questions

1

KEMAHIRAN BOLA TAMPAR

by Emmy George

2

​Kemahiran menyangga

  • Kemahiran paling penting dalam permainan bola tampar.

  • Semasa menyangga, mata hendaklah berfokus kepada bola dengan kedua-dua tangan dirapatkan dan lutut difleksikan untuk menerima bola daripada pihak lawan.

  • Seorang pemain perlu bergerak pantas ke posisi yang sesuai untuk melakukan kemahiran menyangga.

  • Apabila bola kena pada bahagian lengan, lutut dan siku diekstensikan untuk menghantar bola kepada rakan sepasukan.

  • Ketinggian bola yang baik akan membolehkan rakan sepasukan melakukan kemahiran umpanan atau rejaman.

3

Multiple Choice

Bahagian tangan manakah digunakan untuk menyangga?

1

hujung jari

2

belakang lengan

3

tapak tangan

4

  • Kemahiran menyangga boleh digunakan dalam pelbagai situasi.

  • Selain membuat hantaran kepada rakan untuk melakukan kemahiran mengumpan, kemahiran menyangga boleh digunakan untuk menerima servis, menerima bola rejaman yang terlepas dari adangan rakan, membuat umpanan dan mengambil bola yang dipukul ke luar gelanggang oleh rakan sepasukan.

  • Apabila bola berada jauh daripada badan di bahagian kiri atau kanan, kemahiran menyangga dengan satu tangan boleh digunakan

5

media

​Kemahiran menyangga

6

Multiple Choice

Yang manakah bukan tujuan menyangga bola?

1

menerima servis

2

membuat servis

3

membuat umpanan

4

menerima bola rejaman

7

Multiple Choice

Bolehkah kemahiran menyangga dilakukan dengan satu tangan?

1

Boleh

2

Tidak boleh

8

​Rali mengumpan

  • Mengumpan dalam permainan bola tampar adalah sentuhan kedua sesuatu pasukan.

  • Kemahiran ini adalah lakuan menghantar bola kepada rakan supaya dia dapat membuat rejaman.

  • Bola perlu dihantar pada ketinggian yang sesuai supaya rakan dapat melakukan rejaman yang baik.

  • Umpanan boleh dilakukan di arah hadapan, belakang, kiri atau kanan.

9

​Rali mengumpan

  • Semasa mengumpan, kepala didongakkan dengan kedua-dua tapak tangan melebihi paras dahi.

  • Tapak tangan dirapatkan seperti hendak menangkap bola di atas dahi. Lutut dan siku difleksi.

  • Apabila bola menyentuh pada jari, lutut dan siku diekstensi untuk menggerakkan bola ke arah dan ketinggian yang diingini.

  • Bola hanya bersentuhan dengan jari dan bukan tapak tangan. Jika anda ingin mengumpan ke paras yang lebih tinggi, anda boleh melompat semasa melakukan umpanan.

10

  • Pemain yang mengumpan biasanya berada di bahagian tengah hadapan gelanggang.

  • Dia perlu bergerak supaya bola akan sampai di atas dahinya.

  • Kesalahan yang biasa dilakukan oleh seorang pengumpan adalah tidak merapatkan telapak tangan, telapak tangan berada dalam keadaan rata, menangkap bola sebelum membuat umpanan serta bola terkena pada telapak tangan.

  • Jika bola terlalu rendah, umpanan boleh dilakukan dengan menggunakan kemahiran menyangga.

11

media

​Kemahiran mengumpan

12

Multiple Choice

Kenapakah kemahiran mengumpan diperlukan oleh kedua - dua pasukan yang bertanding dalam pertandingan bola tampar?

1

menghantar bola kepada rakan untuk membuat rejaman

2

membuat rejaman kepada pihak lawan untuk mendapatkan mata

3

menghadang bola rejaman pihak lawan

4

untuk melakukan servis

13

Multiple Choice

Semasa mengumpan, kepala didongakkan dengan kedua-dua tapak tangan tidak melebihi paras dahi.

1

BENAR

2

TIDAK BENAR

14

Multiple Choice

Pemain yang mengumpan biasanya berada di bahagian tengah hadapan gelanggang.

1

BENAR

2

TIDAK BENAR

15

Multiple Choice

Berikut adalah kesalahan yang biasa dilakukan oleh seorang pengumpan, kecuali

1

tidak merapatkan telapak tangan

2

telapak tangan dalam keadaan rata

3

tidak menangkap bola sebelum membuat umpanan

16

​Kemahiran servis

  • Kemahiran servis dalam bola tampar digunakan untuk memulakan permainan.

  • Servis ialah senjata serangan pertama sesuatu pasukan untuk mendapatkan mata.

  • Jika dilakukan dengan baik, pasukan itu dapat memungut mata dengan mudah.

  • Terdapat pelbagai cara untuk melakukan kemahiran servis dalam permainan bola tampar, antaranya servis bawah dan servis atas.

17

  • Servis bawah boleh dilakukan dengan melambung bola pada paras pinggang dengan menggunakan tangan bukan dominan dan memukul bola dengan tangan dominan.

  • Servis atas pula dilakukan dengan melambung bola ke atas kepala dengan menggunakan tangan bukan dominan, dan memukulnya dengan tangan dominan.

  • Bola yang dipukul mesti melepasi jaring dan memasuki gelanggang lawan.

  • Jika bola tidak melepasi jaring atau terkeluar dari gelanggang, pihak lawan akan mendapat satu mata dan akan melakukan servis.

18

  • Terdapat pelbagai cara melakukan servis.

  • Di peringkat antarabangsa, servis lompat sering digunakan.

  • Servis ini dilakukan dengan melambung bola tinggi di hadapan pemain, berlari ke arah bola, melompat dan memukul bola dengan daya yang tinggi.

  • Bola akan bergerak secara menjunam ke dalam gelanggang lawan.

19

media

​Kemahiran servis

20

Multiple Choice

Kemahiran servis digunakan untuk ____

1

memulakan permainan

2

menyerang lawan

3

menahan bola dari la

21

Multiple Choice

Yang mana bukan merupakan jenis servis dalam sukan Bola Tampar?

1

servis atas

2

servis bawah

3

servis lompat

4

servis tepi

22

Multiple Choice

Servis ini dilakukan dengan melambung bola ke atas kepala dengan tangan bukan dominan dan memukulnya dengan tangan dominan

1

servis atas

2

servis bawah

3

servis lompat

4

servis tepi

23

​Kemahiran merejam

  • Kemahiran merejam dilakukan bertujuan untuk mematikan bola ke gelanggang pihak lawan.

  • Kemahiran merejam memerlukan koordinasi mata, tangan dan kaki.

  • Di samping itu, kuasa lompatan juga diperlukan dalam menguasai kemahiran ini.

  • Rejaman yang baik dilakukan apabila bola menjunam ke gelanggang pihak lawan tanpa terkena jaring.

  • Kunci utama untuk merejam ialah stabilkan kedudukan kaki, tangan diangkat ke atas dan ayun tangan selaju mungkin.

24

media

25

Multiple Choice

Kemahiran merejam digunakan untuk___

1

melakukan pertahanan terhadap serangan lawan

2

mematikan bola ke gelanggang pihak lawan

3

memulakan permainan

26

Multiple Choice

Kemahiran merejam memerlukan koordinasi mata, tangan dan kaki.

1

BENAR

2

TIDAK BENAR

27

Multiple Select

Apakah kemahiran - kemahiran bola tampar yang anda pelajari hari ini? Tandakan semua yang berkaitan

1

Kemahiran servis

2

Kemahiran menyangga

3

Kemahiran merejam

4

Kemahiran mengumpan

5

Kemahiran lompatan

KEMAHIRAN BOLA TAMPAR

by Emmy George

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 27

SLIDE