

FEQAH 1 (9) 14/10/21
Presentation
•
Religious Studies
•
1st - 4th Grade
•
Hard
Rafiqah Naim
FREE Resource
43 Slides • 0 Questions
1
FEQAH 1 (9)
1.HUKUM MEMAKAI PAKAIAN 2. JENAZAH DAN HUKUMNYA
2
1.HUKUM MEMAKAI PAKAIAN
Hukum lelaki/khunsa memakai pakaian/sekadar alat pelapik solat/alas bersandar yg diperbuat dari kain sutera tidak dibenarkan oleh syara'.
SUTERA : adalah
sejenis benang yang lembut dan halus yang didapati daripada sejenis ulat, ataupun bermaksud kain atau cita yang dibuat daripada benang sutera.
HUKUM : Haram
SEBAB : Islam adalah agama jihad dan kekuatan
HARUS : Lelaki memakai cincin perak, Perempuan memakai sutera dan emas dari pelbagai bentuk
3
DALIL : HADIS/AQLI
أحلَّ الذهبُ والحريرُ لإناثِ أُمتي، وحُرِّم على ذكورِها
“Dihalalkan emas dan sutera bagi wanita dalam kalangan umatku, dan diharamkan bagi kaum lelakinya”.
Riwayat al-Nasa’ie (5163)
4
HADIS PENGHARAMAN SUTERA SELAIN PAKAIAN
Nabi S.A.W yang diriwayatkan daripada Huzaifah:
نَهَانَا رَسُول الله صلى الله عَلَيْهِ وَسلم عَن لبس الْحَرِير والديباج وَأَن نجلس عَلَيْهِ
Maksudnya: "Nabi S.A.W melarang kita daripada memakai sutera dan dibaj (sejenis sutera) serta duduk di atasnya."
Riwayat al-Bukhari (5837) dan Muslim (2067)
5
TITIK PERMULAAN HARAM MEMAKAI SUTERA
adalah ketika Baginda Rasulullah SAW memakai sutera lalu dilarang oleh Jibril ‘alaihissalam, sebagaimana diceritakan dalam hadis daripada ‘Uqbah bin ‘Amir katanya:
Maksudnya:
"Rasulullah SAW dihadiahkan (oleh Ukaidir) dengan farruj (sejenis pakaian) sutera. Baginda memakainya lalu mengerjakan sembahyang dengan pakaian itu. Setelah selesai sembahyang Baginda menanggalkan pakaian itu dengan keras seperti membencinya. Baginda bersabda: "Pakaian ini tidak sesuai bagi orang-orang yang bertakwa."
(Hadis riwayat Muslim)
6
HARUS MEMAKAI SUTERA KPD :
Kanak-kanak yg belum baligh
Org gila
Ka'abah (kain kelambu)
Kubur nabi2 (kain kelambu)
Sampul mushaf
Tali pedang
Taling dacing
Tali anak kucing
Tali tasbih
Tali seluar
Pengelap dakwat
Kain sutera yg bercampur benang, samada byk/sikit
Lelaki/khunsa yg darurat kerana penyakit
7
PERKARA YANG DIKECUALIKAN
Jika keadaan terdesak(darurat) ; Ketika ketiadaan sesuatu utk menutup aurat/melindungi badan drpd cuaca panas dan sejuk seseorang harus memakai sutera sementar mendapatkan yang lain. Hal ini adalah kerana kaedah fiqh menyatakan bahawa “keadaan terdesak boleh mengharuskan perkara yang terlarang, dan keharusan dalam keadaan terdesak adalah sekadar keadaan tersebut”.
Keadaan yang memerlukan ; Harus bagi lelaki memakai sutera yang diperlukan untuk mengatasi kemudharatan yang dihadapinya, jika dengan memakai sutera penyakitnya akan segera sembuh atau meringankan kesakitan yang dialami.
8
DALIL :HADIS
Lelaki/khunsa yg darurat kerana penyakit
Maksudnya: "Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam memberi kelonggaran kepada ‘Abdurrahman bin ‘Auf dan Zubir memakai pakaian sutera kerana ada kudis yang mereka alami."
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim
9
PERBAHASAN PEMAKAIAN SUTERA PD KANAK2
i. Haram ke atas org yg memakaikan sutera kpd kanak-kanak sebagaimana dlm umum hadis di atas yg melarang lelaki memakai emas dan sutera.
ii. Harus memakaikan kanak-kanak yg belum baligh pakaian sutera itu. Ini kerana kanak-kanak itu belum mukallaf.
iii.Pendapat ketiga pula, jika kanak-kanak itu sampai umurnya tujuh tahun, maka haram dipakaikan sutera. Jika di bawah tujuh tahun, maka harus hukumnya. Dalam ketiga-tiga pendapat ini, pendapat yang kedualah yang ashah iaitu harus dipakaikan sutera ke atas kanak-kanak yang belum baligh. (Al-Majmu‘ kitab Ash-Shalah bab Ma Yukrah Lubsuhu Wa Ma La Yukrah: 4/377-378)
10
SAHKAH SOLAT MENGGUNAKAN ALAS SUTERA?
Meskipun diharamkan bagi lelaki untuk memakai pakaian sutera atau menjadikannya alas ketika solat, namun sekiranya dia solat dalam keadaan sedemikian solatnya itu tetap sah di sisi jumhur ulama’. Menanggung dosa kerana melakukan perbuatan yang haram
Berkata Imam Ibn Nujaim: “Dan sekiranya dia menutupi dirinya dengan pakaian daripada sutera dan menunaikan solat (dalam keadaan itu), maka solatnya sah tetapi dia menanggung dosa sama seperti hukum orang yang solat di tanah yang dirampas”. (Rujuk: Al-Bahr al-Raiq Syarh Kanz al-Daqaiq, 1/283).
11
HIKMAH PENGHARAMAN
Islam juga menjaga sifat kelelakian kaum lelaki daripada segala perkara yang menunjukkan kelemahan dan kelembutan
Org Islam diajar utk patuh dan taat dgn perintah dan larangan oleh Allah SWT
Mengajar hidup bersedehana dan memberantas hidup bermewah-mewahan.
untuk kaum lelaki mengharungi kenyataan hidup, mengatasi segala kesulitan, melaksanakan pelbagai tanggung jawab dan tabah menempuh bahaya dan bala bencana
12
SYARAT LELAKI/KHUNSA MENGGUNAKAN SUTERA
Harus penggunaan sutera jika darurat dgn beberapa syarat :
Sutera dicampuri dgn benang biasa
Kain sutera tersebut bercampur dgn kain biasa
Ikut timbangan pd pakaian tersebut ; sutera kurang dari benang
P/S : HUKUM SUTERA DALAM PAKAIAN
1) HARAM : Sutera lebih dari benang biasa
2) HARUS : Benang lebih dari sutera
3) SUNAT : Kuantiti benang dan sutera sama banyak
4) TIADA MASALAH : Sekadar jahitan ditepi baju/sulaman yg tidak lebih dari 4 jari lebar.
13
2. JENAZAH DAN HUKUMNYA
JENAZAH : Mayat yg telah mati ditempatkan di dalam keranda.
14
PERKARA YG PERLU DILAKUKAN SEBELUM MEMANDIKAN JENAZAH
Disunatkan membalut kedua rahang dari atas kepala sementara sendi-sendinya diluruskan secara perlahan-lahan
Disunatkan memberitahu atau mengumumkan berita kematian kepada saudara-mara dan kenalan agar mereka dapat berusaha untuk menguruskan serta menyaksikan jenazah sebelum dikebumikan sebagai penghormatan terakhi
15
HUKUM MENGURUSKAN JENAZAH
1) FARDU KIFAYYAH : Jika ad org lain yg boleh menguruskannya
2) FARDU AIN : Jika tiada org lain yg boleh menguruskannya
16
JENIS-JENIS JENAZAH
MAYAT ORG KAFIR (4) 1.Kafir Harbi 2.Kafir Zimmi 3.Kafir Mu'amman 4.Kafir Mu'ahad
Jenazah dalam ihram
Jenazah mati syahid
Jenazah bayi meninggal keguguran
Jenazah yg uzur/binasa/rosak
17
1.MAYAT ORG KAFIR
KAFIR HARBI : Kafir yg perlu diperangi
KAFIR ZIMMI : Kafir yg mmbayar cukai
KAFIR MU'AMMAN : Kafir yg diberi perlindungan
KAFIR MU'AHAD : Kafir yg ada perjanjian persahabatan
18
2.JENAZAH DALAM IHRAM
LELAKI : Jgn ditutup kepalanya
PEREMPUAN : Jgn ditutup mukanya
TIDAK HARUS : Menggunakan wangi-wangian
ISU PERBAHASAN PERLU DISELESAIKANKAH HAJI/UMRAH JENAZAH ? :
1) Perlu diselesaikan (JUMHUR ULAMA')
2) Tidak perlu diselesaikan
19
3.JENAZAH MATI SYAHID
ORG YG BERPERANG (dgn org kafir) : Tidak wajib dimandikan dan dikafankan
WAJIB : Dikafankan dan ditanam dgn pakaian yg berlumur darah dgnnya
20
4.JENAZAH BAYI MENINGGAL KEGUGURAN
1.UMUR 6 BULAN KE BAWAH
a. TIADA TANDA2 HIDUP : Tidak perlu dbuat apa2
b. ADA TANDA HIDUP : Perlu dilakukan seperti jenazah yg lain kecuali solat
2.UMUR LEBIH DARI 6 BULAN : Perlu dilakukan seperti jenazah yg lain
21
PERKARA YG PERLU DIURUSKAN
APAKAH YG PERLU DILAKUKAN :
1) Memandikan
2) Mengkhafankan
3) Sembahyangkan
4) Ditanam
22
1.CARA MEMANDIKAN JENAZAH
Sabda Rasulullah SAW : اغْسِلُوا بِمآءٍ وَسِدرٍ “ Mandikanlah dia oleh kalian dengan air dan daun kayu gaharu ”
( HR al Bukhari, Muslim, an Nasa’ie, Abu Dawud dan ad Darimi)
AIR MEMANDIKAN JENAZAH :
1) 1X air sabun
2) 1X air mutlak
3) 3x air kapur barus
23
1) Sunat diletakkan di tempat yg tinggi sprti katil mandian khas dan dimandikan ruangan khas yg tersembunyi supaya org tertentu sahaja dibenarkan Utk melihat. Sekiranya tempat mandi itu merupakan tempat terbuka, maka wajiblah ruangan itu ditutup dgn kain/penghadang.
2) Jenazah dikenakan pakaian yg tipis supaya air dpt mengalir dan memungkinkan org yg akan memandikannya dpt membersihkannya dari dalam
3) Wajah mayat disunatkan dlm keadaan tertutup ketika diletakkan di tempat pemandian
4) Sekiranya jenazah tidak mengenakan sebarang pakaian, maka wajiblah ditutup pd bahagian auratnya memadai dari bahagian pusat hingga lutut.
24
5) Membersihkan najis-najis yang berada di badan atau yang melekat pada mayat.
Mayat diletakkan di atas tempat pembaringan dgn lemah lembut, kemudian kakinya dilunjurkan dlm posisi duduk.
Manakala leher mayat ditahan dgn tangan org yg memandikan dan badan jenazah pula disandarkan agar stabil serta tidak mudah terjatuh.
Setelah itu, perut jenazah diurut keluar bagi mengeluarkan sisa-sisa najis dari dlm agar tidak ada lagi najis yg terkeluar semasa dikafankan.
Bahagian qubul dan dubur mayat pula dibasuh dgn menggunakan sarung tangan atau pelapik kain dlm keadaan posisi mayat dibaringkan
25
6) Bahagian mulut dan hidung dibasuh dan dibersihkan seperti mana org yg berwuduk berkumur dan membersihkan hidung. Pastikan kain yg baru dan bersih digunakan
7) Mewudukkan anggota tubuh mayat dgn sebanyak tiga kali
8) Bahagian kepala dibasuh. Menurut mazhab Syafie, sunat membasuhnya dengan sabun/air daun bidara termasuklah bahagian janggut dan rambut serta menyelati keduanya dgn lemah-lembut. Gunakan sikat yg jarang supaya rambut atau janggut tidak gugur sewaktu dimandikan. Sekiranya mana-mana bahagian tersebut gugur, ia perlulah diletakkan sekali semasa dikafankan
9) Mandian dimulakan daripada bahagian tubuh kanan ke tubuh kiri. Iaitu bermula daripada leher hingga ke hujung kaki
26
10) Selepas itu, badan mayat diangkat sedikit dan diletakkan dlm keadaan mengiring ke arah kiri. Air disiram ke bahagian kanan belakang mayat dari aras bahu hingga kaki. Setelah itu, lalu dibasuh pula bahagian belakang sebelah kiri dgn mengiringkannya ke sebelah kanan.
11) Maka lengkaplah semua langkah ini sebagai satu mandian.
Sunat memandikan mayat dengan meletakkan kapur barus, wangian dan seumpamanya pd basuhan terakhir
12) Sekiranya terkeluar najis slps selesai mandian, memadailah sekadar membuang najis tersebut tanpa perlu diulangi proses basuhan, memandikan dan mewudhukkan semula jenazah.
13) Bagi memudahkan proses kafan, tulang sendi mayat dilembutkan. Kemudian mayat dikeringkan supaya kain kafan tidak basah dan boleh bertahan dgn lebih lama.
27
SYARAT MEMANDIKAN JENAZAH
Jenazah itu mestilah :
Seorang muslim
Bukan bayi yang meninggal keguguran. Menurut mazhab Syafie, iaitu yang gugur sebelum sempurnanya kehamilan iaitu usia kandungan 6 bulan
Mempunyai jasad
Bukan mati syahid
28
HUKUM AURAT DAN MENYENTUH JENAZAH
Wajib menutup aurat jenazah samada bagi orang yang memandikan mahupun yang melihatnya.
ANGGOTA AURAT : orang yang memandikannya wajib membalut tangannya dengan secebis kain pelapik untuk membersihkannya.
ANGGOTA X AURAT : boleh disentuh dan dibersihkan tanpa pelapik kain seperti biasa.
Halal bagi suami atau isteri yang kematian pasangannya untuk menyentuh dan memandikan kecuali telah jatuh talak.
29
2.CARA MENGKAFANKAN JENAZAH
Sabda Nabi saw berkenaan seorang yang sedang berihram lalu tersungkur dari untanya lalu meninggal
وَكَفَّنُوهُ فِي ثَو بَيهِ
“ Kafankanlah ia oleh kalian dengan bajunya ”
(HR Bukhari, Muslim, at Tirmizi, an Nasaie, Abu Dawud, Ibn Majah, Ahmad dan Ad Darimi)
30
1) Ukuran minimum kain kafan adalah yg dpt menutupi aurat seluruh tubuh mayat samada lelaki mahupun wanita
2) Disunatkan utk menggunakan 3 lapis kain iaitu satu lapis kain sarung dan dua lapis kain putih yg menutupi seluruh tubuhnya. Ini berdasarkan pada hadith penuturan Aisyah r.a yang bermaksud :
“ Rasulullah saw (ketika wafat) telah dikafankan dengan tiga lapis kain putih bersih yang terbuat dari kapas, di dalamnya tidak ada baju dan tidak pula ada serban ” (Hadith Riwayat an Nasaie, Ahmad dan Malik)
3) Makruh hukumnya berlebihan dalam hal mengkafankan mayat seperti menggunakan kain yang terlalu mahal.
4)Bagi mayat yang meninggal dalam keadaan ihram, diharamkan untuk mengkafankannya dengan kain yang haram dipakai semasa ihram iaitu pakaian yang berjahit
31
5) Sementara bagi jenazah wanita, disunatkan untuk mengkafaninya dengan lima lapis kain. “Aku adalah termasuk org yg ikut memandikan Ummu Kalthum puteri baginda Rasulullah saw. Yg pertama diberikan kepada kami oleh Rasulullah saw adalah kain basuhan, lalu kain untuk baju, kemudian kain untuk menutup kepala dan seterusnya kain untuk tudung. Setelah itu dia dikafankan dengan kain lain yang menutupi seluruh badannya.” Lalu beliau berkata lagi, “Saat itu Rasulullah saw duduk di tengah-tengah pintu dengan membawa kain kafannya dan memberikannya kepada kami sehelai sehelai.” (Hadith Riwayat Abu Dawud dan Ahmad)
6) Sisa kain kafan yang ada dikumpulkan pada bahagian kepala dan kedua kakinya kemudian diikat semua lapisan kain lebihan itu dengan tali, iaitu bagi jenazah yang meninggal bukan dalam keadaan ihram
32
3.SEMBAHYANG JENAZAH
Solat Jenazah adalah solat yang dilakukan oleh orang hidup kepada orang yang telah meninggal dunia agar diampunkan dosanya, mendapat rahmat dan keredaan Allah swt.
33
NIAT SOLAT JENAZAH
Lafaz niat solat jenazah mayat Perempuan.
أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى
“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah taala”.
Lafaz niat solat jenazah mayat Lelaki.
أُصَلِّي عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى
“Sahaja aku solat keatas ini mayat lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah taala”.
34
LAFAZ NIAT KANAK-KANAK
Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak Lelaki.
أُصَلِّى عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ الطِفْلِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى
“Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala”.
Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak Perempuan.
أُصَلِّى عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ الطِفْلَةِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى
“Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala”.
35
CARA SOLAT JENAZAH
Sebelum solat, sunat Bilal melafazkan :
الصَلاَةُ جَامِعَه الصَلاَةُ الْمَيِّت اَلْحَاضِرُ رَحِمَكُمُ الله
Jawab Makmum :
الصَلاَةُ لاَ اِلَهَ اِلاَّ الله
Sof solat jenazah seboleh-bolehnya dijadikan 3 sof dan makmum digalakkan melebihi 40 orang.
36
RUKUN SOLAT JENAZAH
Ada 7 rukun di dalam solat jenazah, iaitu:
Niat
Berdiri tegak. Perlu diingat, Solat Jenazah tidak ada rukuk mahupun sujud. Ianya dilakukan hanya dalam keadaan berdiri.
Takbir 4X .ianya termasuk takbir pertama (takbiratulihram)
Baca Al-fatihah selepas takbir pertama.
Ucap Selawat selepas takbir kedua (Allahumma salli ala muhammad waala ali muhammad.)
Doa kepada Jenazah selepas takbir ketiga
Salam selepas takbir keempat.
37
KEDUDUKAN JENAZAH
LELAKI : Kepala jenazah di sebelah kiri imam, dan imam berdiri di bahagian kepala jenazah
PEREMPUAN : Kepala jenazah di sebelah kanan imam, dan imam berdiri di bahagian pinggang jenazah
JENAZAH RAMAI : Kepala jenazah berada di sebelah kanan imam dan imam berdiri di bahagian pinggang jenazah
38
4.DITANAM
dalam ajaran Islam, mayat yang hendak diuruskan dan dikebumikan mestilah dikendalikan dengan penuh tanggungjawab dan penuh rasa hormat sepertimana hubungan antara orang hidup. Mayat mestilah diuruskan berhati-hati, tidak kasar dan tidak menyeksa jasad mayat itu sendiri.
Kubur atau makam yang disediakan untuk pengebumian mayat perlulah diselaraskan pada arah Kiblat iaitu jenazah perlu dibaringkan kearah Kaabah, di Makkah.
39
CARA MENANAM JENAZAH
Hendaklah diletakkan kepalanya dahulu di sisi kaki kubur
Sunat juga mengeluarkan jenazah dari tempat usungan/kerandanya dan memasukkannya ke dalam kubur dengan mendahulukan kepalanya
Adalah sunat juga pekerjaan memasukkan jenazah yg hendak ditanam itu dilakukan oleh org lelaki dgn bilangan yg ganjil seperti tiga org/lebih
Sunat semasa memasukkan jenazah ke dalam kubur membaca :
Ertinya: Dengan nama ALLAH dan atas agama Rasulullah.”
Setelah diletakkan jenazah ke atas tanah dlm lahadnya/dlm kerandanya, maka disunatkan membuka kain kafan agar pipinya diketemukan dgn tanah
40
Kemudian bukakan tali pengikat kafan iaitu dengan membuka ikatannya sahaja
Adalah makruh meletakkan jenazah dalam kubur dengan beralaskan bantal atau hamparan seperti tikar.
Sunat membaringkan jenazah itu di atas rusuk yg kanan, dan adalah wajib mengadapkannya ke kiblat
Untuk mengelakkan badan jenazah agar jangan bergerak dari tempat letakknya maka bolehlah disendalkan dengan ketul-ketul tanah
41
KEDUDUKAN JENAZAH DALAM LIANG LAHAD
42
CARA MENIMBUS TANAH
menimbuskan tanah dgn perlahan dan cermat di mana pada permulaannya hendaklah ditahankan tanah timbusan tersebut
Sunat ditinggikan permukaan kubur lebih kurang ¾ kaki (sekadar sejengkal) supaya mudah dikenali ketika hendak diziarahi.
Kemudian disunatkan meletakkan batu nisan/papan pada bahagian kepala mayat. hadis riwayat Ibnu Majah dan Anas:
“Bahawasanya Nabi SAW menandai kubur Usman bin Maz’un dengan batu.”
43
Makruh hukumnya menulis nama atau lain-lainnya pd batu nisan, tetapi jika ditulis kerana untuk mudah dikenali ketika menziarahi maka harus hukumnya krn Rasulullah SAW pernah melarang membina sesuatu dan menulis di atas kubur. Dari Jarir, katanya: “ Rasulullah SAW telah melarang menembok kubur, membuat tulisan padanya, membuat bangunan di atasnya.” ( Riwayat Ahmad, Muslim, Nasai dan Abu Daud.)
Setelah itu sunat dijiruskan kubur dgn air yg dingin dan suci bermula dari bahagian kepala mayat hingga ke kakinya. Dari Jabir bin Abdillah, katanya:” Disiramkan ke kubur Nabi SAW air dan orang yang menyiramkan air di atas kubur itu ialah Bilal bin Rabah. Dimulai dari kepala sebelah kanan hingga kepada kedua kakinya( Riwayat Baihaqi)
FEQAH 1 (9)
1.HUKUM MEMAKAI PAKAIAN 2. JENAZAH DAN HUKUMNYA
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 43
SLIDE
Similar Resources on Wayground
39 questions
pathologie les 2: nierstenen
Lesson
•
KG - 5th Grade
36 questions
JOM PDPR
Lesson
•
2nd Grade
40 questions
Food Safety Culture
Lesson
•
KG
38 questions
BM Tatabahasa P2
Lesson
•
1st - 3rd Grade
39 questions
Ikatan Kimia
Lesson
•
1st - 3rd Grade
40 questions
ULANGAN HARIAN PECAHAN DAN DESIMAL
Lesson
•
1st - 5th Grade
34 questions
El administrador
Lesson
•
KG
41 questions
BAHASA MELAYU TAHUN 2 & 3 (KELAS BERCANTUM)
Lesson
•
1st - 5th Grade
Popular Resources on Wayground
15 questions
Fractions on a Number Line
Quiz
•
3rd Grade
10 questions
Probability Practice
Quiz
•
4th Grade
15 questions
Probability on Number LIne
Quiz
•
4th Grade
20 questions
Equivalent Fractions
Quiz
•
3rd Grade
25 questions
Multiplication Facts
Quiz
•
5th Grade
22 questions
fractions
Quiz
•
3rd Grade
6 questions
Appropriate Chromebook Usage
Lesson
•
7th Grade
10 questions
Greek Bases tele and phon
Quiz
•
6th - 8th Grade
Discover more resources for Religious Studies
15 questions
Fractions on a Number Line
Quiz
•
3rd Grade
10 questions
Probability Practice
Quiz
•
4th Grade
15 questions
Probability on Number LIne
Quiz
•
4th Grade
20 questions
Equivalent Fractions
Quiz
•
3rd Grade
22 questions
fractions
Quiz
•
3rd Grade
15 questions
Equivalent Fractions
Quiz
•
4th Grade
18 questions
Comparing Fractions with same numerator or denominator
Quiz
•
3rd Grade
12 questions
Presidents' Day
Quiz
•
KG - 5th Grade