Search Header Logo
Penanda Wacana

Penanda Wacana

Assessment

Presentation

World Languages

7th - 11th Grade

Medium

Created by

Anonymous Anonymous

Used 10+ times

FREE Resource

9 Slides • 31 Questions

1

Perhatikan dua teks berikut

Bahasa Melayu Tahun 10,2022

  1. Sejak belakangan ini, pencemaran alam merupakan isu yang sering menjadi buah mulut masyarakat. Hal ini telah menyebabkan pelbagai pihak berasa bimbang akan gejala tersebut.

  1. Pencemaran alam merupakan isu yang sering menjadi buah mulut masyarakat. Pelbagai pihak berasa bimbang akan gejala tersebut.

2

Perhatikan dua teks berikut

Bahasa Melayu Tahun 10,2022

  1. Sejak belakangan ini, pencemaran alam merupakan isu yang sering menjadi buah mulut masyarakat. Hal ini telah menyebabkan pelbagai pihak berasa bimbang akan gejala tersebut.

  1. Pencemaran alam merupakan isu yang sering menjadi buah mulut masyarakat. Pelbagai pihak berasa bimbang akan gejala tersebut.

3

media

PENANDA WACANA

BAHASA MELAYU TAHUN 10,2022

4

​Objektif Pembelajaran

  • Membezakan dan menyatakan penanda wacana dalam teks

Bahasa Melayu Tahun 10,2022

5

Langkah-langkah kejayaan

  • Menonton video penerangan penanda wacana

  • Memilih penanda wacana yang betul

  • Mengenal pasti dan menyatakan penanda wacana

Bahasa Melayu Tahun 10,2022

6

7

media

Pilih jawapan yang betul

Bahasa Melayu Tahun 10,2022

Aktiviti 1

8

Multiple Choice

Sudah beberapa kali Pak Husin mengalami kerugian kerana haiwan ternakannya mati. ______________,masalah itu tidak melemahkan semangatnya untuk berusaha.

1

Di samping itu

2

Oleh sebab itu

3

Oleh yang demikian

4

Walau bagaimanapun pun

9

Multiple Choice

Puan Salasiah menghidangkan lauk-pauk ini di atas meja.______________,dia pun mempersilakan tetamunya menjamu selera.

1

Oleh itu

2

Selepas itu

3

Namun begitu

4

Sudahlah begitu

10

Multiple Choice

Sambutan Hari Guru akan diadakan tidak lama lagi. ______________, para pelajar yang akan mengambil bahagian dalam acara persembahan sedang giat berlatih.

1

Sebaliknya

2

Di samping itu

3

Lebih-lebih lagi

4

Oleh sebab itu

11

Multiple Choice

Pihak polis sering mengadakan rondaan di kawasan itu. ________________, jenayah ragut masih kerap berlaku.

1

Sebelum itu

2

Kalau begitu

3

Namun begitu

4

Di samping itu

12

Multiple Choice

Mula-mula ,saya akan menyapu sampah di halaman rumah. _______________, saya akan membuang sampah sarap ke dalam tong sampah.

1

Sebelum itu

2

Selepas itu

3

Lantaran itu

4

Semenjak itu

13

Multiple Choice

Aktiviti vandalisme banyak membawa keburukan dalam masyarakat. ________________, tabiat tersebut perlulah dihindarkan.

1

Oleh yang demikian

2

Namun demikian

3

Di samping itu

4

Padahal

14

Multiple Choice

Encik Jamal tidak berpuas hati dengan perkhidmatan talian telefon di kawasan tempat tinggalnya._______________, beliau telah pergi ke syarikat berkenaan untuk membuat aduan.

1

Namun begitu

2

Tambahan pula

3

Justeru

4

Walau bagaimanapun

15

Multiple Choice

Kira-kira lima tahun yang lalu, Encik Sariman terlibat dalam suatu kemalangan jalan raya. ______________,dia takut untuk menunggang motosikal.

1

Sebelum itu

2

Namun begitu

3

Semenjak itu

4

Bagaimanapun

16

Multiple Choice

Nasib Encik Fong sangat malang apabila kertanya rosak lagi di tengah jalan. _____________, keretanya itu baru sahaja dibaiki semalam.

1

Padahal

2

Namun begitu

3

Semenjak

4

Oleh sebab itu

17

Multiple Choice

Rafina berasa amat sedih kerana ayahnya tidak dapat pulang pada hari itu. ___________, hari tersebut merupakan hari lahirnya yang ke sepuluh.

1

Justeru

2

Namun begitu

3

Tambahan pula

4

Walau bagaimanapun

18

Multiple Choice

Golongan remaja amat mudah dipengaruhi oleh gaya hidup yang tidak sihat. ______________, bagi mereka yang mengalami masalah keluarga.

1

Lebih-lebih lagi

2

Oleh sebab itu

3

Namun begitu

4

Padahal

19

Multiple Choice

Sudah satu jam Tini menunggu Siti di perpustakaan, tetapi rakannya itu tidak datang. ________, dia pulang ke rumah.

1

Kalau begitu

2

Akhirnya

3

Lepas itu

4

Di samping itu

20

Multiple Choice

Mereka menjerit meminta tolong daripada jiran-jiran. __________ tiada sesiapa pun yang mendengarnya.

1

Malangnya

2

Tambahan pula

3

Lebih-lebih lagi

4

Dalam pada itu

21

Multiple Choice

Puan Juriah mengusahakan tanaman ciku secara komersial. _______ dia juga melibatkan diri dalam penternakan lembu untuk menambah pendapatannya.

1

Di samping itu   

2

Namun demikian 

3

Tambahan pula  

4

Lebih-lebih lagi

22

Multiple Choice

Abang Irfan membuka sebuah restoran. ________, dia juga berniaga pakaian.

1

Dengan itu

2

Lagipun

3

Lantaran itu

4

Dalam pada itu

23

Multiple Choice

Kami dibawa berjumpa dengan pengurus kilang itu. __________, beliau menunjukkan prosesmembuat tayar kepada kami.

1

Selanjutnya

2

Selain itu

3

Lebih-lebih lagi

4

Namun begitu

24

Multiple Choice

Ashraf menyesal atas perbuatannya yang nakal selama ini. ___________, dia berazam hendak mengubah sikapnya.

1

Namun begitu

2

Selanjutnya

3

Kemudian

4

Oleh sebab itu

25

Multiple Choice

Dia tidak menghadiri latihan bola sepak pada petang itu __________ telah dimaklumkan oleh ketua pasukan.

1

sungguhpun

2

selain itu

3

oleh itu

4

namun demikian

26

Multiple Choice

Alia mendapati dompetnya hilang. __________ dompetnya tercicir atau tersalah letak.

1

Justeru

2

Mungkin

3

Akhirnya

4

Kemudian

27

Multiple Choice

Bengkel motivasi itu _______ dibuka untuk pelajar sekolah rendah, ________ untuk pelajar sekolah menengah.

1

baik…baik 

2

jangankan…pun 

3

sungguhpun…namun   

4

bukan sahaja…tetapi juga  

28

media

Kenal pasti dan tulis penanda wacana yang terdapat dalam ayat.​

Bahasa Melayu Tahun 10, 2022

AKTIVITI 2

29

Fill in the Blank

“ Biarkan adik kamu menunggang basikal itu di hadapan, kemudian kamu boleh mengikutinya dari belakang,” kata Puan Halimah.

30

Fill in the Blank

Kesimpulannya, air adalah sumber semula jadi yang sangat penting dan berkaitan dengan kehidupan manusia.

31

Fill in the Blank

Namun, sebagai pengguna kita hendaklah berjimat semasa menggunakan air supaya tidak berlaku pembaziran.

32

Fill in the Blank

Dalam era modenisasi ini, pastinya ramai tertanya-tanya tentang cara mengamalkan gaya hidup sihat.

33

Fill in the Blank

Dengan mengamalkan pengambilan makanan seimbang serta amalan bersenam dan beriadah secara konsisten ini, sekaligus dapat membakar kalori dalam badan dan juga mengurangkan masalah peningkatan berat badan.

34

Fill in the Blank

Selain itu, kita juga hendaklah mengelakkan aktiviti-aktiviti yang negatif yang memberi impak tidak baik terhadap tubuh badan kita.

35

Fill in the Blank

Hal ini demikian kerana aktiviti sedemikian boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan kita dalam jangka masa panjang.

36

Fill in the Blank

Secara jelasnya, tabiat seperti menghisap rokok ini boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit jantung dan paru-paru.

37

Fill in the Blank

Akhir sekali, peribahasa Melayu ada menyebut “mencegah itu lebih baik dari mengubati”.

38

Fill in the Blank

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengamalkan gaya hidup sihat sebelum terlambat.

39

media
  • Penanda wacana aman penting dalam penulisan terutama KARANGAN

  • Menunjukkan perkaitan setiap ayat dan pertautan setiap perenggan

Bahasa Melayu Tahun 10,2022

Kesimpulan

40

Poll

Kefahaman pelajar tentang topik hari ini.

Tidak faham😞

Kurang faham🤔

Faham😉

Sangat faham🤩

Perhatikan dua teks berikut

Bahasa Melayu Tahun 10,2022

  1. Sejak belakangan ini, pencemaran alam merupakan isu yang sering menjadi buah mulut masyarakat. Hal ini telah menyebabkan pelbagai pihak berasa bimbang akan gejala tersebut.

  1. Pencemaran alam merupakan isu yang sering menjadi buah mulut masyarakat. Pelbagai pihak berasa bimbang akan gejala tersebut.

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 40

SLIDE