Search Header Logo
Imbuhan Awalan teR

Imbuhan Awalan teR

Assessment

Presentation

World Languages

6th - 11th Grade

Easy

Created by

Ms Yaniee

Used 4+ times

FREE Resource

6 Slides • 11 Questions

1

Imbuhan awalan teR

media

Prefix teR

2

​Bentuk Imbuhan teR

​Awalan 'teR' berubah menjadi 'te-' apabila bertemu dengan huruf 'R'

Contoh:

  • teR + rasa = terasa

  • teR + rendam=​ terendam

​Awalan 'teR' berubah menjadi 'tel-' apabila bertemu dengan perkataan 'anjur'

Contoh:

  • teR + anjur = telanjur

​Awalan 'teR' tetap menjadi 'ter-' apabila bertemu dengan huruf lain selain 'R'

Contoh:

  • teR + nganga = ternganga

  • teR + senyum =​ tersenyum

3

Tiga jenis imbuhan awalan teR:​

  • teR adjektif

  • teR​ kata kerja aktif​

  • teR kata kerja Pasif

Imbuhan ter-

4

teR​ adjektif

  • Imbuhan awalan teR digunakan untuk menggantikan perkataan 'paling' apabila digunakan dengan Kata adjektif.

    • tercantik

    • terpandai​

      Contoh ayat:

    • Reka bentuk bangunan itu tercantik di negara kita.

Imbuhan ter-

5

teR​ kata kerja aktif

  • Imbuhan awalan teR digabungkan dengan kata kerja membawa maksud perbuatan yang tidak sengaja atau secara tiba-tiba.

    • terjatuh

    • terbangun​

    • Contoh ayat:

    • Amira terbangun daripada tidur apabila terdengar ada orang mengetuk pintu.

    • Abang terjatuh dari pokok sewaktu cuba memetik buah rambutan.

Imbuhan ter-

6

teR​ kata kerja pasif

  • Imbuhan awalan teR digabungkan dengan kata kerja membawa maksud perbuatan yang sedia kala contohnya:

    • terbuka

    • terambil

    • terangkat

    • Contoh ayat:

    • Pintu pagar itu sentiasa terbuka.(left open and remains open)

    • Makanan tengah hari saya terambil oleh abang.

    • Beg yang berat itu tidak terangkat oleh kakak.

Imbuhan ter-

7

Multiple Choice

imbuhan 'ter' untuk perkataan 'rendam'

1

terrendam

2

telendam

3

terendam

4

tendam

8

Multiple Choice

imbuhan 'ter' untuk perkataan 'beli'

1

tebeli

2

telbeli

3

tebli

4

terbeli

9

Multiple Choice

imbuhan 'ter' untuk perkataan 'rasa'

1

terasa

2

telasa

3

terrasa

4

rasa

10

Multiple Choice

imbuhan 'ter' untuk perkataan 'jernih'

1

tejernih

2

terjernih

3

telejernih

4

terrjernih

11

Multiple Choice

Kaki budak itu berdarah kerana _________ paku yang tajam itu.

1

terpijak

2

terjatuh

3

terpegang

4

tersentuh

12

Multiple Choice

Ibu _______ untuk pergi ke perjumpaan ibu bapa dan guru pada waktu pagi tadi.

1

tercicir

2

terjatuh

3

tertidur

4

terlupa

13

Multiple Choice

Akibat _______ papan, jari kakinya telah patah.

1

terputus

2

tertendang

3

tersentuh

4

terbawa

14

Multiple Choice

Question image

Akibat berjaga sehingga lewat malam, Lisa _________ di dalam kelasnya.

1

terbangun

2

tertidur

3

terjaga

4

terpijak

15

Multiple Choice

Question image

Bau busuk ini adalah kerana Darren _________ najis di luar pagar sekolah.

1

terduduk

2

terlena

3

terpijak

4

terjatuh

16

Multiple Choice

Buku-buku di atas meja itu terjatuh kerana _______ oleh Danial.

1

terlanggar

2

tertulis

3

terpijak

4

tertelan

17

Multiple Choice

Question image

Pemandangan di kawasan sawah itu _________ pada waktu terbenam matahari.

1

tercomel

2

terpandai

3

terindah

4

terpandai

Imbuhan awalan teR

media

Prefix teR

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 17

SLIDE