Search Header Logo
konsep mol

konsep mol

Assessment

Presentation

Science

7th Grade

Practice Problem

Hard

Created by

Cikgu sal

Used 1+ times

FREE Resource

67 Slides • 0 Questions

1

media

3.2 KONSEP MOL

2

media

KONSEP MOL

DALAM BIDANG KIMIA, UNIT MOL DIGUNAKAN
DALAM PENYUKATAN KUANTITI BAHAN

3

media

4

media

5

media

BILANGAN MOL DAN BILANGAN
ZARAH

Penggunaan unit mol adalah sama seperti
penggunaan unit dozen

.Misalnya, 2 dozen pensel mewakili 2 ×
12 atau 24 batang pensel.

Dengan cara yang sama, pemalar
Avogadro, NA digunakan sebagai faktor
penukaran antara bilangan mol dengan
bilangan zarah.

6

media

7

media

PEMALAR
AVOGADRO

Pemalar Avogadro dinamakan
sempena nama seorang ahli sains
terkenal berbangsa Itali, iaitu Amedeo
Avogadro (1776 -1856).

8

media

9

media

10

media

11

media

BILANGAN MOL DAN JISIM BAHAN

Bilangan mol bagi sesuatu bahan adalah
mustahil untuk ditentukan dengan
menghitung bilangan zarah sesuatu
bahan.

Oleh itu, bagi mendapatkan bilangan
mol, jisim sesuatu bahan tersebut
perlulah disukat dan jisim molar perlulah
diketahui.

12

media

13

media

14

media

Jisim bagi sebarang pecahan mol sesuatu
bahan boleh ditimbang, misalnya 12 g
karbon untuk 1 mol karbon, 6 g serbuk
karbon untuk 0.5 mol karbon dan
seterusnya.

Jisim molar digunakan sebagai faktor
penukaran antara bilangan mol dengan
jisim bahan.

15

media

16

media

17

media

18

media

19

media

BILANGAN MOL
DAN ISI PADU
GAS

Menyukat isi padu sesuatu gas adalah
lebih mudah berbanding dengan
menyukat jisimnya kerana gas amat
ringan

Melalui kajian, ahli kimia mendapati isi
padu bagi 1 mol sebarang gas
mempunyai nilai yang sama pada
keadaan suhu dan tekanan yang sama.

Jadi, konsep isi padu molar dikemukakan.

20

media

21

media

22

media

23

media

24

media

25

media

26

media

27

media

28

media

29

media

30

media

31

media

3.3 FORMULA
KIMIA

32

media

FORMULA KIMIA

Formula kimia ialah perwakilan
sesuatu bahan kimia dengan
menggunakan huruf bagi
mewakili atom dan nombor
subskrip untuk menunjukkan
bilangan setiap jenis atom yang
terdapat di dalam entiti asas
bahan itu.

33

media

34

media

35

media

FORMULA
EMPIRIK

Formula empirik ialah formula
kimia yang menunjukkan nisbah
paling ringkas bagi bilangan
atom setiap jenis unsur dalam
sesuatu sebatian.

Formula molekul pula ialah
formula kimia yang
menunjukkan bilangan sebenar
atom setiap jenis unsur yang
terdapat di dalam satu molekul
sesuatu sebatian.

36

media

37

media

38

media

PENENTUAN FORMULA EMPIRIK

Formula empirik diperoleh melalui
analisis peratus komposisi sesuatu
bahan.

Hal ini dilakukan dengan
menentukan nisbah paling ringkas
bilangan mol atom setiap unsur
yang berpadu melalui eksperimen.

39

media

40

media

Bagi logam reaktif seperti magnesium, logam hanya
perlu dipanaskan sedikit sebelum dapat bertindak
balas dengan oksigen di udara.

41

media

Namun begitu, kaedah ini tidak sesuai digunakan untuk penentuan formula
empirik bagi kuprum(II) oksida kerana kuprum kurang reaktif terhadap
oksigen.

Oleh itu, kuprum(II) oksida perlu dipanaskan dalam aliran gas hidrogen
supaya hidrogen dapat menyingkirkan oksigen daripada oksida tersebut

42

media

PENENTUAN FORMULA MOLEKUL

43

media

44

media

45

media

46

media

FORMULA KIMIA SEBATIAN ION

Sebatian ion terdiri daripada kation,
iaitu ion bercas positif dan anion,
iaitu ion bercas negatif.

Bagi menulis formula kimia sebatian
ion, formula kation dan anion perlu
diketahui

47

media

48

media

49

media

50

media

PENAMAAN SEBATIAN KIMIA

51

media

PENAMAAN SEBATIAN KIMIA

Sebatian kimia dinamakan secara sistematik berdasarkan
saranan yang dibuat oleh Kesatuan Antarabangsa Kimia
Tulen dan Gunaan.

Sesetengah logam membentuk lebih daripada satu jenis ion.
Bagi membezakan ion-ion itu, huruf Roman digunakan
dalam penamaan.

Misalnya, ferum membentuk dua jenis kation, iaitu Fe2+
dan Fe3+. Ion Fe2+ dinamakan sebagai ion ferum(II)
manakala ion Fe3+ dinamakan sebagai ion ferum(III).

52

media

53

media

Bagi penamaan sebatian molekul yang ringkas,
unsur yang lebih elektropositif dinamakan terlebih
dahulu, diikuti dengan nama unsur yang lebih
elektronegatif.

Nama unsur pertama dikekalkan manakala nama
unsur kedua mempunyai akhiran “ida”.

Awalan Yunani digunakan untuk mewakili bilangan
atom setiap unsur dalam sebatian molekul ringkas.

54

media

55

media

3.4 PERSAMAAN
KIMIA

56

media

PERSAMAAN
KIMIA

Ahli kimia mempunyai cara yang
ringkas dan tepat untuk
menghuraikan tindak balas kimia,
iaitu melalui persamaan kimia.

57

media

CARA MENULIS PERSAMAAN KIMIA

Persamaan kimia boleh ditulis dalam bentuk perkataan
atau menggunakan formula kimia.

Bahan pemula atau bahan tindak balas ditulis di sebelah
kiri persamaan, manakala bahan baharu yang terhasil atau
hasil tindak balas ditulis di sebelah kanan persamaan.

Anak panah ‘˜’ mewakili ‘menghasilkan’.

Keadaan fizik setiap bahan, iaitu sama ada pepejal(p),
cecair(ce), gas(g) atau larutan akueus(ak) juga ditunjukkan
dalam persamaan kimia.

58

media

59

media

PERSAMAAN
KIMIA

Persamaan kimia haruslah
seimbang.

Berdasarkan hukum keabadian
jisim, jirim tidak boleh dicipta
atau dimusnahkan.

Oleh itu, bilangan atom bagi
setiap jenis unsur pada kedua-dua
belah persamaan mestilah sama.

60

media

MENGGUNAKAN PERSAMAAN
KIMIA

Persamaan kimia boleh ditafsirkan
secara kualitatif dan kuantitatif.

Melalui aspek kualitatif, persamaan
kimia membolehkan kita mengenal
pasti bahan tindak balas dan hasil
tindak balas serta keadaan fizik bahan.

61

media

Melalui aspek kuantitatif pula, kita boleh mengkaji stoikiometri persamaan
kimia.

Stoikiometri ialah kajian kuantitatif komposisi bahan yang terlibat dalam
tindak balas kimia.

Pekali dalam persamaan kimia menunjukkan nisbah bahan yang terlibat,
sama ada sebagai nisbah entiti asas bahan mahupun nisbah bilangan mol.

62

media

63

media

64

media

Berdasarkan nisbah bilangan mol bahan daripada
persamaan kimia yang seimbang, kita boleh
menyelesaikan pelbagai masalah numerikal dengan
menghitung secara perkadaran bilangan mol bahan yang
dikehendaki.

Bilangan mol yang telah ditentukan boleh ditukar
kepada jisim, bilangan zarah atau isi padu gas melalui
jisim molar, pemalar Avogadro atau isi padu molar dengan
menggunakan hubung kait yang telah dipelajari sebelum
ini.

65

media

66

media

67

media

TAMAT

media

3.2 KONSEP MOL

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 67

SLIDE