Search Header Logo

KOMSAS T.4 - SAJAK: SANG GEMBALA KUDA

Authored by SHA SAHRUM Moe

Education, Other, World Languages

10th - 11th Grade

Used 17+ times

KOMSAS T.4 - SAJAK: SANG GEMBALA KUDA
AI

AI Actions

Add similar questions

Adjust reading levels

Convert to real-world scenario

Translate activity

More...

    Content View

    Student View

5 questions

Show all answers

1.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

45 sec • 1 pt

Berdasarkan sajak Sang Gembala Kuda, MAKSUD RANGKAP 3 adalah seperti berikut.

Sang gembala kuda ialah seorang lelaki yang gagah. Berbekalkan keberanian yang dimilikinya, dia dengan angkuh merembat kuda dengan menggunakan cemeti untuk menakutkan kuda-kuda itu sambil menghalau kuda-kuda yang sedang berada di padang segera balik ke kandang.

Sang gembala kuda ialah lelaki yang hanya ingin mengetahui kepantasan larian kudanya tanpa mengambil kira kesengsaraan kuda itu. Sang gembala kuda hanya mementingkan diri apabila kuda-kuda itu terus ditunggangi berulang-ulang kali tanpa rasa belas kasihan.

Dengan kuasa yang ada padanya dan apabila sesekali bersuara nyaring, sang gembala kuda begitu berani dan yakin menunggang kuda-kuda itu menempuh segala rintangan dan kepayahan. Dia bijak menggunakan tipu helahnya dengan berpura-pura sebagai penyelamat maruah kononnya berjuang atas dasar kebenaran dan menetang segala penipuan.

2.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

45 sec • 1 pt

Tema Sajak ini bertemakan ...............

kepentingan memelihara anggota diri dan budi pekerti.

kekuasaan penjaga kuda dan penganiayaan tenaga haiwan yang dilakukannya terhadap kuda-kuda tunggangannya.

nasib bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan oleh anak bangsa.

3.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

45 sec • 1 pt

Di dalam sajak Sang Gembala Kuda, terdapat beberapa persoalan. Berikut merupakan persoalan sajak tersebut kecuali............

Ketegasan untuk memimpin.

Penganiayaan terhadap haiwan.

Kepatuhan menurut perintah kuda.

Keberanian menempuh cabaran dan rintangan.

4.

MULTIPLE SELECT QUESTION

30 sec • 1 pt

Terdapat banyak nilai yang kita dapat perolehi daripada sajak Sang Gembala Kuda ini iaitu...................

(Pilih empat nilai)

Tanggungjawab

Keberanian

Kegigihan

Kepatuhan

Rasional

5.

MULTIPLE SELECT QUESTION

45 sec • 1 pt

Berdasarkan sajak tersebut, pilih empat pengajaran yang kita boleh jadikannya sebagai panduan dalam menjalani kehidupan kita.

Kita perlulah gigih berusaha untuk melaksanakan sesuatu tugas agar kejayaan dapat kita kecapi akhirnya.

Kita hendaklah bertanggungjawab semasa melaksanakan tugas yang telah diberikan oleh ketua.

Kita sewajarnya patuh akan arahan dan suruhan ketua demi keharmonian sesebuah organisasi.

Kita mestilah berani untuk menghadapi berbagai-bagai rintangan tanpa mudah berputus asa.

Kita mestilah mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan yang tidak baik.

Access all questions and much more by creating a free account

Create resources

Host any resource

Get auto-graded reports

Google

Continue with Google

Email

Continue with Email

Classlink

Continue with Classlink

Clever

Continue with Clever

or continue with

Microsoft

Microsoft

Apple

Apple

Others

Others

Already have an account?