NEW
Font size
S
M
L
XL
WorksheetsLATIHAN KATA GANDA
Total questions: 35
Worksheet time: 26mins
Name
Class
Date
1.
Air mata Suraya ______________ apabila mendengar berita tentang kematian neneknya.
a)
memancut-mancut
b)
mencurah-curah
c)
menitis-nitis
d)
membuak-buak
2.
Punca kemalangan sering berlaku di kawasan itu adalah disebabkan jalan raya yang ________________
a)
bersilang-silang
b)
bertali-arus
c)
bersimpang-siur
d)
berliku-liku
3.
Keadaan di depan pintu gol pasukan Kedah _______ akibat daripada asakan bertubi-tubi pasukan lawan.
a)
haru-biru
b)
kacau-bilau
c)
kucar-kacir
d)
hiruk-pikuk
4.
Intan ________ apabila Kak Zura mengusiknya di hadapan para tetamu
a)
terketar-ketar
b)
tersengih-sengih
c)
terkedu-kedu
d)
tersenyum-senyum
5.
Tulislah ______________ supaya karangan kamu mudah dibaca.
a)
terang-terang
b)
cerah-cerah
c)
mudah-mudah
d)
masak-masak
6.
Adik saya berada dalam ketakutan semasa hujan turun dengan lebat yang disertai kilat ____________________ .
a)
sambar-menyambar
b)
berdentam-dentum
c)
sabung-menyabung
d)
lintang-pukang
7.
Walaupun keluarganya miskin, _______________ dia tidak menjadi peminta sedekah bagi menyara keluarganya.
a)
seelok-elok
b)
sekali-kali
c)
seolah-olah
d)
seboleh-boleh
8.
Seni silat dan pantun adalah warisan ________________ nenek moyang orang Melayu sejak lama dahulu.
a)
masing-masing
b)
suku-sakat
c)
turun-temurun
d)
saki-baki
9.
Pencuri itu __________ untuk melepaskan diri setelah ditangkap oleh pihak polis.
a)
melaung-laung
b)
meraung-raung
c)
meronta-ronta
d)
menarik-narik
10.
Apabila musim kemarau datang, sawah padi menjadi ___________________
a)
bantu-membantu
b)
lintang-pukang
c)
kering-kontang
d)
gelap-gelita
11.
Biliknya menjadi ____________ apabila bekalan elektrik terputus malam tadi.
a)
lintang-pukang
b)
hiruk-pikuk
c)
terang-benderang
d)
gelap gelita
12.
Adik saya suka mengejar ____________ di taman bunga
a)
ayam-ayam
b)
kupu-kupu
c)
lembu-lembu
d)
bunga-bunga
13.
Almarinya rosak dimakan oleh _____________ .
a)
anak-anak
b)
anai-anai
c)
burung-burung
d)
itik-itik
14.
Jiran tetanggu seharusnya saling ___________ .
a)
kasar-mengasari
b)
bantu-membantu
c)
basah-kuyup
d)
huru-hara
15.
Pak Ali meletak _____ di tengah sawahnya untuk menakutkan burung-burung.
a)
anak-anak
b)
ibu-ibu
c)
orang-orang
d)
anai-anai
16.
Malang tidak berbau, dia lupa membawa payung dan hujan turun lebat. Apa dayanya, dia tidak dapat mencari tempat untuk meneduh, bajunya pun __________.
a)
haru-biru
b)
hiruk-pikuk
c)
basah-kuyup
d)
kering-kontang
17.
Anda boleh cuba membela beberapa ekor ikan pelaga atau gapi untuk mengelakkan pembiakan ____________ di takung air
a)
rerama
b)
jejentik
c)
kekuda
d)
pepijat
18.
____________ adalah sejenis serangga yang berada di celah-celah tilam dan bantal.
a)
lelabah
b)
jejentik
c)
rerama
d)
pepijat
19.
Datuk sedang menebas __________ di belakang rumah saya
a)
bukit-bukau
b)
gunung-ganang
c)
semak-samun
d)
kayu-kayan
20.
Selepas mencuci pinggan, emak meletak pinggan di atas ____________ .
a)
sesiku
b)
tetupai
c)
kekuda
d)
pepara
21.
Jurutera itu menggunakan __________ untuk melukis sudut 90 darjah.
a)
kekisi
b)
sesiku
c)
tetupai
d)
kekuda
22.
Pejalan kaki dinasihatkan menggunakan _________________ di jalan raya yang sibuk itu.
a)
jejambat
b)
jejantas
c)
tetiang
d)
pepohon
23.
____________ Puan Siti boleh menaip dengan cepat sekali.
a)
kaki-kaki
b)
jari-jemari
c)
sesiku
d)
kekuda
24.
__________ adalah alat berkaki tiga untuk menopang papan hitam. Ia juga merujuk kepada kayu untuk menahan bumbung rumah .
a)
kekisi
b)
kekuda
c)
tetupai
d)
sesiku
25.
Ibu menggunakan ______ yang digilis halus untuk membuat sup tulang yang enak itu
a)
kayu-kayan
b)
beras-petas
c)
sayur-mayur
d)
rempah-ratus
26.
Pakaian pengemis itu ______ dan badannya berbau busuk kerana sudah lama dia tidak mandi dan menukar pakaian.
a)
hingar-bingar
b)
comot-momot
c)
kusut-masai
d)
compang-camping
27.
Hati Mak Jemah ______ dengan tindakan anakknya yang tidak mahu sambung belajar walaupun mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM.
a)
kucar-kacir
b)
pucat-kesi
c)
kacau-bilau
d)
gundah-gulana
28.
Sam dan rakannya pergi ke taman untuk menangkap ______
a)
jejentik
b)
rerama
c)
bebunga
d)
dedaun
29.
Mila membaca buku dengan bertemankan cahaya lampu yang ________________ .
a)
berkelip-kelip
b)
terang-benderang
c)
berbalam-balam
d)
bersinar-sinar
30.
Jalan menuju ke Cameron Highlands ______ menyebabkan adik pening dan muntah-muntah .
a)
haru-biru
b)
hiruk-pikuk
c)
lintang-pukang
d)
bengkang-bengkok
31.
Lantai rumah datuk sudah reput akibat dimakan ______.
a)
burung-burung
b)
tikus-tikus
c)
anai-anai
d)
anak-anak
32.
____________ jelas kedengaran dari tempat berlangsungnya konsert itu
a)
desas-desus
b)
riuh-rendah
c)
sorak-sorai
d)
bengkang-bengkok
33.
Puan Amani _____________ dari rumahnya ke tempat kerja sejauh 25 kilometer pada setiap hari.
a)
lenggang-lenggok
b)
ulang-alik
c)
hiruk-pikuk
d)
lintang-pukang
34.
Bunyi ____________ tin minuman kosong yang terjatuh ke lantai telah membuat ibu terkejut
a)
dentam-dentum
b)
riuh-rendah
c)
kelentang-kelentung
d)
degap-degup
35.
Surat khabar lama itu __________ kerana dicakar kucing peliharaan abang
a)
compang-camping
b)
kusut-masai
c)
koyak-rabak
d)
liang-liuk
Reset
