wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN SIVIK TINGKATAN 3 - PILIHAN KERJAYA

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Setiap orang perlu memiliki cita-cita. Hal ini demikian kerana seseorang

a)

boleh mendapat pengiktirafan daripada orang lain

b)

boleh bersaing dengan orang lain

c)

boleh mencapai kejayaan dalam hidup

d)

boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi

2.

Antara berikut, yang manakah bukan kelayakan yang diperlukan sebelum memilih kerjaya?

a)

Ikhtisas

b)

Akademik

c)

Perwatakan

d)

Kemahiran

3.

Bagaimanakah kelayakan akademik diperoleh?

a)

Melalui ajaran ibu bapa di rumah

b)

Melalui aktiviti yang dijalankan pada masa lapang

c)

Melalui pembacaan dan pengetahuan secara umum

d)

Melalui pendidikan secara formal di institusi pendidikan

4.

Sebelum memilih pekerjaan yang sesuai, seseorang individu perlu...

a)

menilai personaliti dan potensi yang dimiliki

b)

mengetahui saingannya dalam pekerjaan tersebut

c)

melihat kedudukan atau status dirinya terlebih dahulu

d)

memastikan dirinya mempunyai perwatakan yang menarik

5.

Pelajar boleh mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan tentang kerjaya daripada..

a)

pengetua

b)

guru kelas

c)

guru disiplin

d)

kaunselor sekolah

6.

Kelayakan ikhtisas bermaksud..

a)

kecekapan dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan

b)

kebolehan khusus dalam sesuatu bidang

c)

bakat semula jadi yang perlu diasah setiap hari

d)

kekuatan yang dimiliki melalui kerja keras seseorang individu

7.

Seseorang yang minat mengajar dan membantu memiliki personaliti..

a)

sosial

b)

artistik

c)

realistik

d)

konvensional

8.

Berminat dengan kerja-kerja pengiraan, kekemasan dan bersifat rutin.


Apakah pekerjaan yang berkaitan dengan personaliti di atas?

a)

Arkitek

b)

Usahawan

c)

Wartawan

d)

Pegawai polis

9.

Maklumat tentang peluang pekerjaan di luar negara boleh diperoleh melalui..

a)

majalah

b)

Internet

c)

televisyen

d)

surat khabar

10.

Antara berikut, yang manakah bukan merupakan ciri-ciri peribadi yang diperlukan untuk menceburi bidang Sains?

a)

Minat yang mendalam

b)

Rajin melakukan rujukan

c)

Mahir dalam menganalisis

d)

Mahir mengumpul data dan maklumat

11.

Selain memiliki bakat semula jadi dan potensi diri, seseorang yang inginkan kejayaan perlu..

a)

mengambil daya usaha untuk mengembangkan potensi dirinya.

b)

menilai kelemahan dan keburukan yang dimiliki

c)

merendah-rendahkan kemampuan diri sendiri.

d)

mengakui kelebihan orang lain untuk mencabar diri

12.

Mengapakah kita perlu membuat keputusan yang bijak ketika memilih kerjaya?

a)

Agar kita memperoleh gaji yang lumayan

b)

Agar kita mendapat kepuasan semasa bekerja

c)

Agar kita dapat membalas jasa ibu bapa

d)

Agar kita mudah mendapat peluang kenaikan pangkat

13.

Semua berikut merupakan perkara penting yang diperlukan untuk berjaya dalam bidang yang diceburi, kecuali..

a)

potensi diri

b)

kedudukan diri

c)

keupayaan dalaman

d)

kelulusan yang sesuai

14.

Mengapakah kita perlu membuat perancangan kerjaya lebih awal?

a)

Tidak membebankan ahli keluarga

b)

Dapat memilih jurusan yang sesuai

c)

Tiada saingan daripada orang lain

d)

Berpeluang untuk mendapat pekerjaan yang diingini

15.

Apakah perkara penting untuk mencapai cita-cita?

a)

Memiliki kelayakan yang diperlukan

b)

Paksaan daripada anggota keluarga

c)

Aktif dalam kerja-kerja kebajkan

d)

Mendapat bantuan daripada pihak atasan

16.

Apakah program yang dianjurkan untuk memudahkan orang ramai mendapat maklumat tentang kerjaya?

a)

Hari Pekerja

b)

Ekspo Penddikan

c)

Karnival Kerjaya

d)

Minggu Setiausaha

17.

Bakat merujuk kepada..

a)

kebolehan yang diperoleh secara semula jadi.

b)

kebolehan yang diperoleh melalui pendidikan formal di sekolah

c)

kebolehan yang diperoleh melalui latihan kemahiran

d)

kebolehan yang diperoleh melalui pengalaman bekerja

18.

Pemilihan kerjaya bergantung kepada perkara berikut kecuali,

a)

gaji

b)

bakat

c)

kemahiran

d)

kelayakan akademik

19.

Yang berikut merupakan langkah-langkah untuk memilih kerjaya, kecuali

a)

mendapatkan maklumat tentang kerjaya yang menjadi pilihan

b)

membuat kajian persekitaran tempat kerja

c)

mengenal pasti kerjaya yang sesuai dengan diri

d)

menggariskan langkah-langkah pembelajaran yang strategik

20.

Apakah perkara yang tidak perlu difikirkan dalam pemilihan sesuatu kerjaya?

a)

Minat

b)

Potensi diri

c)

Bakat dan kebolehan

d)

Kehendak keluarga