wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SPM K1 T4B7

Total questions: 38

Worksheet time: 3hrs 10mins

Name
Class
Date
1.

SPMU 2018

Apakah strategi dakwah yang digunakan oleh para mubaligh Islam di Asia Tenggara untuk memudahkan penyebaran Islam? T4 B7 ms 185 [ P2-P3 ]

a)

Memfokuskan golongan muda

b)

Mendirikan institusi pendidikan

c)

Mendekati golongan pemerintah

d)

Menawarkan bantuan dan hadiah

2.

SPMU 2018

Tokoh berikut berpendapat Islam sampai ke Asia Tenggara melalui China.

 S.Q Fatimi

Apakah bukti yang menyokong pendapat tokoh tersebut?

T4 B7 ms 178 [ P1 B2-B3 ]

a)

Persamaan unsur budaya

b)

Persamaan seni bina masjid

c)

Persamaan sistem perundangan

d)

Persamaan struktur pentadbiran

3.

SPM 2017

Maklumat menerangkan cara ulama menyebarkan Islam di Asia Tenggara.

Pattani --Raja Phaya Tu Nakpa diislamkan oleh Syeikh Said

Pasai --Raja Malik al-Salih diislamkan oleh Syeikh Ismail

Mengapakah ulama mengislamkan pemerintah ? T4 B7 ms 176 [ P2 B5-B6 ]

a)

Mengharapkan anugerah

b)

Menguasai kerajaan

c)

Menarik perhatian rakyat

d)

Menyekat pengaruh agama lain

4.

SPM 2017

Pedagang Islam telah dilantik sebagai syahbandar oleh pemerintah kerajaan Islam di Asia Tenggara. T4 B7 ms 180 [ P2 B1 ]

Mengapakah pedagang Islam diberi keutamaan dalam pelantikan jawatan syahbandar tersebut ?

a)

Cekap dalam pentadbiran

b)

Mengamalkan sifat jujur

c)

Mahir dalam perniagaan

d)

Setia kepada bangsawan

5.

SPMU 2017

Golongan ulama sangat berpengaruh dalam sistem pentadbiran di Acheh.

Apakah peranan golongan tersebut? T4 B7 ms 184 [ P2 B12 ]

a)

Melantik pembesar negeri

b)

Mengetuai upacara rasmi

c)

Menetapkan protokol

d)

Menasihati sultan

6.

SPM 2016

Mengapakah nasab keturunan sultan yang memerintah di Asia Tenggara sering dikaitkan dengan Iskandar Zulkarnain? T4 B7 ms 197 [ P2 B8 ]

a)

Mengelakkan perpecahan rakyat

b)

Memperkukuh hubungan perdagangan

c)

Meningkatkan kewibawaan pemerintah

d)

Mengekalkan amalan adat tradisional

7.

SPM 2016

Maklumat berikut berkaitan dengan pemerintah kerajaan di Asia Tenggara

SultanMalik Al-Zahir---Kerajaan Samudera-Pasai

Sultan Ali Mughayat Syah --- Kerajaan Acheh

Apakah sumbangan kedua-dua pemerintah tersebut dalam bidang pentadbiran? T4 B7 ms 186 [ P3 B9-B10 ]

a)

Menerapkan unsur Islam

b)

Melantik ulama mentadbir wilayah

c)

Mewujudkan angkatan tentera bergaji

d)

Mengehadkan kuasa golongan bangsawan

8.

SPM 2016

Bagaimanakah tokoh berikut membantu menyebarkan Islam di Asia Tenggara T4 B7 ms 181 [ P2 B1-B6 ]

Tun Perak

a)

Menggalakkan pembinaan madrasah

b)

Mengislamkan golongan bangsawan

c)

Melaksanakan peluasan kuasa

d)

Menggalakkan penulisan kitab

9.

SPMU 2016

Maklumat berikut berkaitan dengan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara.

 Islam dari Semenanjung Tanah Arab

 Islam dari China

 Islam dari India

Mengapakah pakar sejarah fokus kepada wilayah tersebut apabila membincangkan tentang teori kedatangan Islam?

T4 B7 ms 176 [ P4 B6-B10 ] & ms 177 [ P1 B10-B13 ]

a)

Kedudukan wilayah tersebut di tengah-tengah kawasan Asia Tenggara

b)

Unsur budaya wilayah tersebut mempengaruhi budaya Asia Tenggara

c)

Hubungan wilayah tersebut dengan Asia Tenggara telah lama terjalin

d)

Wilayah tersebut pernah menjadi sebahagian wilayah Asia Tenggara

10.

SPMU 2016

Mengapakah Sultan Mansur Shah ( Melaka) menghantar kitab al-Dur al Manzum ke Sumatera – Pasai? T4 B7 ms 183 [ P1 B4 ]

a)

Untuk dibahaskan

b)

Untuk diterjemahkan

c)

Sebagai lambang kedaulatan

d)

Sebagai hadiah perkahwinan

11.

SPMU 2016

Karya sastera manakah yang dibacakan kepada tentera Melaka ketika serangan Portugis? T4 B7 ms 183 [ P2 B4 ]

a)

Hikayat Amir Hamzah

b)

Hikayat Nabi Bercukur

c)

Hikayat Nur Muhammad

d)

Hikayat Merong Mahawangsa

12.

SPM 2015

Rajah 2 menunjukkan perubahan yang berlaku dalam sistem pemerintahan di Asia Tenggara selepas kedatangan Islam. T4 B7 ms 185 [ P4 B4 ]

Apakah X?

a)

Kesultanan

b)

Demokrasi

c)

Aristokrasi

d)

Republik

13.

SPM 2015

Apakah yang berkaitan dengan tokoh dalam senarai berikut? T4 B7 ms 175, 177 & 178

 John Crawford

 Snouck Hurgronje

 Emanuel Gadinho Eredia

a)

Melaksanakan pentadbiran Barat

b)

Memperkenalkan ilmu matematik

c)

Menterjemahkan karya falsafah Arab

d)

Membincangkan teori kedatangan Islam

14.

SPMU 2015

Senarai berikut adalah hasil karya sastera tempatan di Asia Tenggara. T4 B7 ms 176 [ SUDUT MAKLUMAT ]

Apakah persamaan maklumat yang terkandung dalam karya tersebut?

a)

Peraturan di istana

b)

Sistem pelantikan raja

c)

Pengurusan perdagangan

d)

Cara penyebaran Islam

15.

SPM 2014

Bagaimanakah pertapakan Islam di Brunei menyebabkan pengislaman wilayah di sekitarnya seperti Kepulauan Sulu dan Mindanao? T4 B7 ms 182 [ P2 B2 ]

a)

Pendidikan dipergiat

b)

Perdagangan diperluas

c)

Kekuatan empayar dipertingkat

d)

Hubungan dengan China diperkukuh

16.

SPMU 2014

Sultan Iskandar Musa Mahkota Alam telah menubuhkan institusi baitulmal di Acheh. Apakah fungsi institusi tersebut? T4 B7 ms 191 [ P2 B5 ]

a)

Menjaga perbendaharaan negara

b)

Menguruskan adat istiadat istana

c)

Menyeragamkan sistem pentadbiran

d)

Mengawal pelaksanaan undang-undang

17.

SPMU 2014

Ulama Islam mengislamkan golongan raja dan bangsawan terlebih dahulu supaya Islam tersebar luas di Asia Tenggara. Mengapakah ulama Islam bertindak demikian? T4 B7 ms 180 [ P4 B3 ]

a)

Mematuhi konsep kedaulatan pemerintah

b)

Mengetahui kesetiaan rakyat kepada pemerintah

c)

Menghormati kuasa mutlak pemerintah

d)

Melindungi kepentingan pemerintah

18.

SPM 2013

Kerajaan Islam berikut mempunyai pengaruh terhadap kerajaan Islam di Asia Tenggara. T4 B7 ms 185 [ P4 B4 ]

 Abbasiyah

 Turki Uthmaniyah

Apakah pengaruh tersebut?

a)

Sistem Pembesar Empat Lipatan

b)

Peluasan kawasan empayar

c)

Pembentukan Majlis Syura

d)

Amalan institusi kesultanan

19.

SPM 2013

Pedagang Islam berjaya menarik minat penduduk tempatan di Asia Tenggara untuk mendalami ajaran Islam.

Bagaimanakah mereka dapat berbuat demikian? T4 B7 ms 176 [ P2 B6 ]

a)

Menulis kitab agama

b)

Mendirikan madrasah

c)

Mengamalkan sikap jujur

d)

Memuliakan kedudukan raja

20.

SPM 2013

Kedatangan Islam ke Asia Tenggara telah mengubah sistem pemerintahan dan pentadbiran. T4 B7 ms 185 [ P4 B4 ] & ms 186 [ P5 B3 ] Apakah bukti pernyataan di atas?

a)

Wazir dilantik mentadbir wilayah

b)

Institusi kesultanan diperkenalkan

c)

Undang-undang syariah dilaksanakan

d)

Jawatan tradisional dimansuhkan

21.

SPM 2013

Maklumat menunjukkan perubahan konsep dalam sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 Masihi. T4 B7 ms 186 [ P3 B10 ]

Dewa Raja diganti dengan Zilullah fil-alam

Mengapakah perubahan tersebut berlaku?

a)

Peluasan wilayah

b)

Perubahan pemimpin

c)

Pengiktirafan kerajaan

d)

Pengislaman pemerintah

22.

SPM 2012

Jadual 5 berkaitan dengan pengislaman pemerintahan di Asia Tenggara

Mengapakah para ulama mengislamkan golongan raja? T4 B7 ms 180 [ P4 B5-B6 ] ms 182 [ P1 B3 ]

a)

Menyekat pengaruh agama lain

b)

Menguasai bidang pentadbiran

c)

Mendapatkan anugerah raja

d)

Mempengaruhi rakyat jelata

23.

SPM 2012

Pedagang Islam memainkan peranan penting menyebarkan islam pada peringkat awal kedatangan Islam ke Asia Tenggara. T4 B7 ms 176 [ P1 B3-B4 ] Bagaimanakah mereka dapat melaksanakan peranan tersebut?

a)

Menghasilkan karya

b)

Menerajui pentadbiran

c)

Membuka perkampungan

d)

Mendirikan pusat pendidikan

24.

SPM 2012

Karya berikut mempunyai pengaruh terhadap rakyat kesultanan Melayu Melaka.

 Hikayat Amir Hamzah

 Hikayat Muhammad Ali Hanafiah

Apakah pengaruh karya tersebut? T4 B7 ms 183 [ P2 B6 ]

a)

Memperluaskan ilmu pengetahuan

b)

Mewujudkan golongan intelek

c)

Memantapkan sisem perundangan

d)

Meningkatkan semangat perjuangan

25.

SPM 2012

Selepas kedatangan Islam, sistem politik di Asia Tenggara mengalami perubahan. Apakah perubahan tersebut? T4 B7 ms 185 [ P4 B4 ] & ms 186 [ P5 B3 ]

a)

Institusi kesultanan diperkenalkan

b)

Islam dijadikan asas perundangan

c)

Pembesar dilantik secara musyawarah

d)

Sistem beraja berkuasa mutlak tamat

26.

SPM 2011

Wilayah berikut termasuk dalam jajahan takluk Kesultanan Melayu Melaka.

 Aru  Siak  Rokan

Apakah usaha Sultan Melaka untuk memperkukuhkan kedudukan Islam di wilayah tersebut? T4 B7 ms 181 [ P2 B7-B8 ]

a)

Membina insitusi pendidikan

b)

Melatih pendakwah tempatan

c)

Mendirikan pusat penterjemahan

d)

Menghantar ulama mengajar agama

27.

SPM 2011

Ajaran Islam disebarkan dalam kalangan masyarakat Asia Tenggara secara aman dan tertib. T4 B7 ms 179 [ P1 B5 ]

Keadaan tersebut berlaku kerana masyarakat Asia Tenggara

a)

Sedia menerima perubahan

b)

Tabah menghadapi cabaran

c)

Bersepakat dalam perjuangan

d)

Bekerjasama untuk kesejahteraan

28.

SPM 2010

Menurut catatan China, Perkampungan Ta Shih telah wujud di Sumatera Utara pada tahun 650 Masihi. T4 B7 ms 176 [ P2 B10-B15 ]

Kewujudan perkampungan tersebut membuktikan

a)

Kewujudan pusat pendidikan Islam

b)

Peranan pedagang menyebarkan Islam

c)

Kemunculan sebuah kerajaan Islam

d)

Perkembangan kesusasteraan Islam

29.

SPM 2010

Apakah persamaan pendapat tokoh berikut tentang cara kedatangan Islam ke Asia Tenggara? T4 B7 ms 175 [ P1 B5 ] ms 177 [ P1 B14 ] ms 178 [ P2 B3-B4 ]

 John Crawford

 Emmanuel Gadindho Eredia

 Snouck Hurgronje

a)

Melalui kegiatan perdagangan

b)

Menerusi aktiviti penaklukan

c)

Mengislamkan pemerintah

d)

Menjalankan perkahwinan siasah

30.

SPM 2009

Tokoh berikut memainkan peranan penting membantu Melaka menyebarkan Islam di Asia Tenggara.

  • Bendahara Tun Perak -- Melaka

Bagaimanakah beliau melaksanakannya? T4 B7 ms 181 [ P2 B4 ]

a)

Menyertai para ulama

b)

Menjalankan perluasan kuasa

c)

Menghasilkan kitab ilmu tasawuf

d)

Mengislamkan golongan pemerintah

31.

SPM 2009

Senarai berikut adalah teori kedatangan Islam di Asia Tenggara

 Islam dari Arab  Islam dari India  Islam dari China

Apakah persamaan cara penyebaran Islam berdasarkan ketiga-tiga teori tersebut? T4 B7 ms 175 [ P1 B5 ] ms 177 [ P1 B14 ] ms 178 [ P2 B3-B4 ]

a)

Menerusi kegiatan peluasan kuasa

b)

Melalui pertukaran kebudayaan

c)

Melalui kegiatan perdagangan

d)

Menerusi kegiatan kesusasteraan

32.

SPM 2008

Apakah kriteria penganugerahan jawatan syahbandar kepada seorang pedagang Islam di sesebuah pelabuhan di Asia Tenggara? T4 B7 ms 180 [ SUDUT MAKLUMAT ]

a)

Mentaati pemerintah

b)

Mahir berniaga

c)

Bersifat jujur

d)

Cekap mentadbir

33.

SPM 2008

Perkara yang manakah menunjukkan kedatangan Islam ke Asia Tenggara mempengaruhi cara hidup bermasyarakat tempatan? T4 B7 ms 190 [ P1 B2 ]

a)

Amalan bersemah

b)

Adat persandingan

c)

Persaudaraan ummah

d)

Cara bercucuk tanam

34.

SPM 2007

Mengapakah Sultan Mansur Shah menghantar kitab al-Dur al-Manzum ke Samudera-Pasai? T4 B7 ms 183 [ P1 B4 ]

a)

Untuk dibahaskan

b)

Sebagai mas kahwin

c)

Untuk diterjemahkan

d)

Sebagai tanda persahabatan

35.

SPM 2007

X dalam rajah di atas ialah jawatan dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. Apakah jawatan tersebut? T4 B7 ms 180 [ SUDUT MAKLUMAT ]

a)

Temenggung

b)

Syahbandar

c)

Laksamana

d)

Bendahara

36.

SPM 2006

 Pasai

 Pattani

Bagaimanakah cara pembentukan kerajaan Islam di atas ? T4 B7 ms 176 [ P4 B3 ]

a)

Pengislaman rakyat

b)

Pengislaman pemerintah

c)

Penguasaan perdagangan

d)

Penghapusan pengaruh Hindu

37.

SPM 2006

Mengapakah undang-undang Islam sukar dilaksanakan sepenuhnya oleh pemerintah Islam di Asia Tenggara ? T4 B7 ms 186 [ P5 B4-B5 ]

a)

Pembesar kurang memberi galakan

b)

Mendapat tentangan daripada penduduk

c)

Masih terikat dengan undang-undang adat

d)

Perang saudara di kalangan pemimpin tempatan

38.

SPM 2005

 John Crowford

 Snouck Hurgronje

 Emanuel Gadinho Eredia

Apakah persamaan tokoh di atas? T4 B7 ms 175 [ P1 B1 ] ms 177 [ P1 B1 ] ms 178 [ P2 B1 ]

a)

Memulakan pentadbiran Barat

b)

Menterjemahkan ilmu algebra

c)

Menterjemahkan karya falsafah

d)

Mengemukakan teori kedatangan Islam