wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

2. Seminar Pemerkasaan Hukum Permasalahan Ibadah Haji dan Umrah

Total questions: 13

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Apakah dia Hari Tarwiyah?

a)

Hari ketujuh Zulhijjah.Pada hari inilah Jemaah Haji biasanya bertolak ke Arafah untuk berwukuf

b)

Hari ketujuh Zulhijjah.Pada hari inilah Jemaah Haji biasanya bertolak ke Mina untuk melontar

c)

Hari kelapan Zulhijjah.Pada hari inilah Jemaah Haji biasanya bertolak ke Mina untuk melontar

d)

Hari kelapan Zulhijjah.Pada hari inilah Jemaah Haji biasanya bertolak ke Arafah untuk berwukuf

2.

Pilih syarat-syarat Wukuf di Arafah

(jawapan yang betul lebih dari satu)

a)

Telah berihram dengan niat Haji

b)

Telah mengerjakan Umrah Haji

c)

Seorang yang tidak gila, koma atau mabuk

d)

Berada di bumi Arafah walaupun seketika dalam waktu Wukuf

3.

Adakah boleh Jemaah Haji memasuki Makkah dimusim Haji dengan mengerjakan Umrah tetapi sebelum sampai waktu Wuquf ia balik ke Malaysia?

a)

Tidak boleh balik ke Malaysia dengan tidak mengerjakan Haji

b)

Tidak boleh balik ke Malaysia perlu ke Madinah terlebih dahulu

c)

Boleh balik ke Malaysia dengan tidak mengerjakan Haji tetapi hendaklah melakukan Tawaf Wada' terlebih dahulu

d)

Boleh balik ke Malaysia dengan tidak mengerjakan Haji tetapi hendaklah ke Madinah terlebih dahulu

4.

Seorang Jemaah Haji menjadi gila selepas berniat Haji dan telah dimasukkan ke Hospital Arab dan tidak dibawa ke Arafah. Sekembalinya ke Tanah Air beliau telah sembuh. Adakah wajib Qada' Haji dan bagaimanakah kedudukan Hajinya?

a)

Hendaklah melakukan Tahallul Ihsar dan wajib Qada' Haji

b)

Hendaklah melakukan Tahallul Ihsar dan jika berkemampuan hendaklah Qada' Haji

5.

Antara berikut adalah amalan-amalan yang harus dilakukan pada hari Nahar (10 Zulhijjah) kecuali

a)

Bercukur/bergunting rambut sebagai rukun Haji dan syarat-syaratnya

b)

Saie dengan syarat-syaratnya

c)

Tawaf Tahiyatul Bait

d)

Melontar Jamrah Kubra

6.

Jika luput dari melontar pada hari 11 Zulhijjah, adakah boleh seseorang menggantikan lontaran itu pada hari 12 Zulhijjah?

a)

Tidak boleh dan dikenakan Dam

b)

Tidak boleh dan tidak dikenakan Dam

c)

Boleh dan hendaklah ia melontar bagi hari 11 Zulhijjah dan kemudian 12 Zulhijjah dan mengikut urutan Jamrah

d)

Boleh dan hendaklah ia melontar bagi hari 12 Zulhijjah dan kemudian 11 Zulhijjah dan mengikut urutan Jamrah

7.

Bolehkah isteri yang datang haid itu mewakilkan kepada suaminya untuk Melontar Jamrah?

a)

Tidak boleh. Isteri mesti melontar sendiri Jamrah kerana kedatangan haid tidak menghalang dari melontar

b)

Boleh. Isteri boleh mewakilkan kepada suaminya

8.

Orang yang membuat Nafar Awwal telah keluar daripada kawasan Mina dan tertinggal barang-barang di Mina bolehkah dia balik ke Mina untuk mengambil barang-barang itu walaupun matahari sudah terbenam?

a)

Boleh, kerana dia balik itu bukan berazam untuk bermalam di Mina

b)

Tidak boleh, kerana telah balik ke Makkah.

9.

Seorang Jemaah Haji meninggalkan Makkah menuju ke Madinah tidak bertawaf Wada' kerana sakit. Selepas lapan hari di Madinah, dia turun ke Jeddah dan telah sembuh dari sakit. Adakah dikehendaki dia datang semula untuk Tawaf Wada'?

a)

Dia tidak dikehendaki Tawaf Wada' lagi

b)

Dia dikehendaki Tawaf Wada' lagi

10.

Terdapat penduduk Malaysia yang tinggal di Jeddah dan telah datang ke Makkah untuk Umrah atau Haji. Adakah mereka diwajibkan Tawaf Wada' sekiranya meninggalkan Makkah?

a)

Tidak wajib Tawaf Wada' kerana jarak kurang dari dua marhalah

b)

Wajib Tawaf Wada' kerana jarak kurang dari dua marhalah

11.

Seseorang berniat Ihram Haji, sebelum wukuf dia meninggal dunia, adakah dikenakan Dam?

a)

Dikenakan Dam

b)

Tidak dikenakan Dam

12.

Bolehkah Dam itu dibayar di Malaysia?

a)

Tidak boleh membayar di Malaysia dan perlu melaksanakannya di Makkah dan dagingnya juga dibahagikan kepada fakir miskin dan ahli-ahli Makkah sahaja

b)

Tidak boleh membayar di Malaysia dan tidak perlu mengagihkan dagingnya kepada fakir miskin dan ahli-ahli Makkah

c)

Boleh membayar di Malaysia tetapi melaksanakannya hendaklah di Makkah dan dagingnya juga dibahagikan kepada fakir miskin dan ahli-ahli Makkah sahaja

d)

Boleh membayar di Malaysia dan dagingnya juga dibahagikan kepada fakir miskin dan ahli-ahli Malaysia sahaja

13.

Pilih perkara yang merosakkan Haji?

(jawapan yang betul lebih dari satu)

a)

Jimak

b)

Gila

c)

Murtad

d)

Pengsan

e)

Luput Wuquf di Arafah