NEW
Font size
WorksheetsTOPIKAL SOALAN SPM BAB 6 F5
Total questions: 42
Worksheet time: 21mins
SPMU 2014
33 Pada 27 Mei 1961, Tuanku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu telah mencadangkan pembentukan Malaysia di Singapura.
T5 B6 ms 138 [ P2 B7 & P2 B8 ]
Mengapakah beliau bertindak demikian?
I Memperkasa sistem beraja
II Memperkukuh politik negara
III Memantapkan kerjasama ekonomi
IV Mengimbangi pengaruh kuasa pembesar
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
SPM 2004
30 Mengapakah tokoh di atas mengemukakan idea penggabungan tersebut ?
T5 B6 ms 138 [ P2 B8 & P2 B10 ]
I Mengembangkan ekonomi
II Menamatkan penjajahan British
III Menyediakan kemudahan sosial
IV Mengukuhkan institusi kesultanan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
SPM 2018
33 Singapura menunjukkan minat untuk bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu sejak tahun 1950-an lagi.
Mengapakah Singapura berminat dengan penggabungan tersebut?
T5 B6 ms 139 [ P3 B1-B4 ]
A Memberi kerakyatan kepada orang dagang
B Mengurangkan perasaan perkauman
C Mempercepatkan proses kemerdekaan
D Mempertahankan sistem monarki
SPMU 2016
33 Brunei telah menarik diri daripada menyertai Persekutuan Malaysia. Apakah kesan sekiranya Brunei menyertai Malaysia?
T5 B6 ms 140 [ P2 B1-B2 & B8 ]
A Kerajaan Kalimantan Utara menjadi semakin kuat
B Hubungan dengan Filipina dapat diperkukuh
C Pengaruh golongan sosialis meningkat
D Sumber ekonomi bertambah banyak
SPMU 2016
33 Rajah 3 menunjukkan idea awal wilayah yang akan membentuk Persekutuan Malaysia.
Mengapakah British menyokong wilayah dan negeri tersebut digabungkan dalam Persekutuan Malaysia? T5 B6 ms 139 [ P2 B6 & P2 B15-B16 ]
I Dapat menghalang kemasukan imigran
II Mampu membendung pengaruh komunis
III Berupaya memperkukuh sistem pertahanan
IV Boleh mengekalkan sistem pemerintahan beraja
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
SPMU 2015
33 Petikan berikut menerangkan tentang ancaman komunis di Asia Tenggara.
T5 B6 ms 139 [ P2 B1-B2 ]
Apakah tindakan pemimpin kita untuk mengelakkan ancaman tersebut?
A Menubuhkan Majlis Gerakan Negara
B Membentuk Persekutuan Malaysia
C Menyekat kemasukan imigran
D Meminda perlembagaan
SPM 2014
33 Maklumat berikut berkaitan dengan perkembangan pengaruh golongan radikal di Singapura. T5 B6 ms 139 [ P1 B1-B3 ]
Bagaimanakah pemimpin Singapura mengatasi pengaruh golongan tersebut?
A Menyarankan penubuhan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara
B Mencadangkan penggabungan Singapura dengan Tanah Melayu
C Membentuk pakatan tentera dengan negara jiran
D Menguatkuasakan undang-undang darurat
SPM 2012
32 Mengapakah Parti Tindakan Rakyat bimbang kemenangan Barisan Sosialis dalam pilihanraya Hong Lim di Singapura pada tahun 1961?
T5 B6 ms 139 [ P1 B7–B8 & P1 B4–B5]
I Menggugat proses kemerdekaan
II Memecahbelahkan perpaduan kaum
III Membantutkan perkembangan ekonomi IV Melemahkan kepimpinan Lee Kuan Yew
A Idan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
SPM 2011
32 Rajah berikut berkaitan dengan pembentukan Malaysia. T5 B6 ms 139 [ P2 B16 ]
Mengapakah negeri tersebut menyokong gagasan Malaysia?
A Menamatkan ancaman komunis
B Memperkukuhkan amalan demokrasi
C Mengelakkan campur tangan asing
D Memenuhi desakan penduduk tempatan
SPM 2010
32 Pada bulan April 1961, Parti Barisan Sosialis telah memenangi pilihan raya Hong Lim, Singapura. T5 B6 ms 139 [ P1 B7-B8 ]
Mengapakah kemenangan parti tersebut membimbangkan Lee Kuan Yew?
A Kuasa British kukuh
B Proses kemerdekaan tergugat
C Kemajuan ekonomi tergendala
D Perpaduan kaun terjejas
SPM 2010
32 Idea Pembentukan Malaysia telah dikemukakan sejak awal abad ke-19. Mengapakah idea tersebut dipersetujui British T5 B6 ms 140 [ P1 B3 ]
A Mengurangkan kuasa Raja-Raja
B Penyatuan pentadbiran tanah jajahan
C Menghapuskan pengaruh komunis
D Mengehadkan kemasukan imigran
SPM 2007
32 Kemenangan Barisan Sosialis dalam pilihan raya Hong Lim pada bulan April 1961 membimbangkan kerajaan Singapura pimpinan Lee Kuan Yew.
T5 B6 ms 139 [ P1 B7-B8 ]Mengapakah kerajaan Singapura bimbang dengan kemenangan itu?
A Melambatkan penyertaan dalam Malaysia
B Memecahbelahkan perpaduan rakyat
C Menggugat rancangan kemerdekaan
D Mengukuhkan kedudukan British
SPMU 2019
32 Majlis Undangan Negeri Singapura telah meluluskan usul penggabungan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu pada bulan Disember 1961.
T5 B6 ms 141
Apakah kesan penggabungan tersebut terhadap Singapura?
A Pengaruh parti berhaluan kiri merosot
B Bantahan daripada Republik Indonesia
C Parti pemerintah mengalami kekalahan
D Barisan Sosialis melancarkan pemberontakan
SPMU 2019
32 Pada bulan September 1965, Jeneral Soeharto telah menggulingkan Presiden Soekarno di Indonesia. T5 B4 ms 147
Apakah kesan tindakan tersebut terhadap Malaysia?
A Hubungan luar terhad
B Dasar konfrontasi tamat
C Kedaulatan negara tergugat
D Golongan radikal memberontak
SPMU 2018
32 Maklumat berikut merujuk peristiwa yang berlaku di Indonesia.
Apakah kesan peristiwa tersebut? T5 B6 ms 147 [ P3 B1-B8 ]
A Dasar Konfrontasi tamat
B Pengaruh komunis kukuh
C Pertumbuhan ekonomi terjejas
D Pemerintahan republik dibentuk
SPMU 2018
32 Lee Kuan Yew menggunakan alasan berikut untuk membawa masuk Singapura dalam Persekutuan Malaysia.
· Mempercepat proses kemerdekaan
· Melemahkan ancaman komunis
Mengapakah Singapura dipisahkan daripada Persekutuan Malaysia pada tahun 1965? T5 B6 ms 141
A Menghormati hak kaum imigran
B Tidak mengiiktiraf parti berhaluan kiri
C Enggan mematuhi dasar kerajaan
D Memohon naungan pihak British
SPM 2017
33 Mengapakah penduduk Sarawak dan Sabah menolak cadangan pembentukan Malaysia pada peringkat awal ? T5 B6 ms 142 [ P2 B5-B6 ]
A Menghormati keputusan pemerintah tempatan
B Mempertahan kepentingan pembesar setempat
C Mengelakkan ancaman tentera Filipina
D Mengekalkan pentadbiran British
SPM 2017
33 Apakah kesan peristiwa berikut ? T5 B6 ms 147 [ P3 B7-B8 ]
A Perang Dingin merebak
B Pakatan tentera dibentuk
C Dasar konfrontasi berakhir
D Sistem beraja dipulihkan
SPMU 2017
29 Pada tahun 1946, Sabah diserahkan kepada British oleh Syarikat Borneo Utara British. T5 B6 ms 148 [ P2 B1-B2 ]
Apakah kesan penyerahan tersebut terhadap Sabah?
A Pentadbiran tradisional kekal
B Sistem feudal berakhir
C Menjadi tanah jajahan
D Berkerajaan sendiri
SPMU 2017
33 Mengapakah Indonesia melancarkan kempen Ganyang Malaysia pada tahun 1963?
T5 B6 ms 146 [ P2 B7-B8 ]
A Menguji kekuatan senjata
B Mempertahan wilayah asal
C Desakan pemimpin komunis
D Hasutan penjajah Belanda
SPMU 2017
33 Mengapakah pada peringkat awal penduduk Sabah dan Sarawak menolak cadangan pembentukan Persekutuan Malaysia? T5 B6 ms 142 [ P2 B7 ]
A Kurang yakin untuk memerintah sendiri
B Terpengaruh dengan fahaman komunis
C Menyokong Persekutuan Borneo
D Tentangan daripada Indonesia
SPM 2016
32 Maklumat berikut berkaitan dengan tokoh yang melancarkan pemberontakan di Brunei. T5 B6 ms 145 [ P2 B5-B6 ]
Mengapakah tokoh tersebut bertindak demikian ?
A Menghalang penjajahan Barat
B Mempertahan hak pemerintah
C Menentang gagasan Malaysia
D Menuntut kemerdekaan
SPM 2016
32 Pembentukan Malaysia telah ditentang oleh Indonesia kerana menganggap Malaysia sebagai satu bentuk penjajahan baharu. T5 B6 ms 146 [ P2 B7 ]
Siapakah dalang di sebalik anggapan tersebut?
A Parti Komunis
B Orientalis Barat
C Golongan agama
D Penjajah Belanda
SPM 2016
32
· Sarawak Chinese Association
· Parti Pesaka Anak Sarawak
Parti politik berikut menentang penyertaan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia pada peringkat awal. T5 B6 ms 143 [ P1 B14-B15 ]
Mengapakah parti tersebut bertindak demikian?
A Inginkan pungutan suara dijalankan
B Mahukan kemerdekaan terlebih dahulu
C Menentang penguasaan ekonomi oleh orang asing
D Bimbang hak istimewa penduduk tempatan terjejas
SPM 2015
34 Mengapakah parti politik berikut menentang penyertaan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia pada peringkat awal? T5 B6 ms 143 [ P1 B14-B15 ]
· Sarawak Chinese Association
· Parti Pesaka Anak Sarawak
A Bimbang ancaman komunis
B Tekanan daripada Indonesia
C Ingin merdeka terlebih dahulu
D Menyokong Persekutuan Borneo
SPMU 2015
34 Apakah peristiwa yang dapat dikaitkan dengan peribahasa berikut?
T5 B6 ms 147 [ P3 B6 ]
· Air dicincang takkan putus.
· Carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum juga.
A Pemulihan hubungan Malaysia-Indonesia
B Pengukuhan hubungan Malaysia-Filipina
C Pembentukan Parti Perikatan Sarawak
D Penyertaan Brunei dalam Malaysia
SPM 2014
33 Mengapakah Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) bimbang penyertaan Sarawak dalam Malaysia? T5 B6 ms 144 [ JADUAL ]
A Kerajaan British menentang
B Ancaman komunis meningkat
C Tanah Melayu terlalu berkuasa
D Serangan tentera Kalimantan Utara
SPM 2013
32 Jadual 3 menerangkan tentang hubungan tegang antara Malaysia dengan Indonesia.
T5 B6 ms 146 [ P3 B4 & B5 ]
Apakah tindakan Indonesia semasa peristiwa tersebut? I Menceroboh ruang udara
II Menghantar bantahan rasmi
III Melancarkan pemberontakan
IV Menyerang kapal-kapal nelayan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
SPM 2013
32 Jadual 4 berkaitan dengan perkembangan politik di Singapura.
T5 B6 ms 141 [ P3 B4-B5 ]
Mengapakah Lee Kuan Yew membuat cadangan tersebut?
A Mengawal kemasukan imigran
B Melemahkan parti berhaluan kiri
C Memperkukuh semangat setia kawan
D Mengamalkan konsep pengagihan kuasa
SPM 2012
33 Apakah tujuan penubuhan Parti Perikatan di Sarawak pada tahun 1962?
T5 B6 ms 143 [ P1 B19 & B20 ]
A Membasmi ancaman komunis
B Menyokong gagasan Malaysia
C Menentang Persekutuan Borneo
D Memajukan kehidupan peribumi
SPM 2011
31 Jadual berikut berkaitan dengan keadaan hubungan antara Malaysia dengan Indonesia pada peringkat awal penubuhan Malaysia.
Bagaimanakah kempen tersebut dilaksanakan? T5 B6 ms 146 [ P3 B5 ]
A Mempereratkan hubungan dengan Filipina
B Melakukan serangan dari udara
C Melawat ke negara Afro-Asia
D Menyokong parti pembangkang
SPM 2009
36 Parti Rakyat Brunei pimpinan A.M. Azahari telah melancarkan Pemberontakan Brunei untuk menentang Gagasan Malaysia.
T5 B6 ms 145 [ P2 B6-B7 ]Mengapakah pemberontakan tersebut dilancarkan?
A Menjaga hak peribumi
B Tekanan penjajah British
C Mengawal sumber ekonomi
D Berhasrat menubuhkan Persekutuan Borneo
SPM 2008
32 Jadual 3 menerangkan peristiwa penentangan Indonesia terhadap Gagasan Malaysia.
T5 B6 ms 146 [ P2 B7-B8 ]
Mengapakah Indonesia bertindak demikian?
A Terpengaruh dengan dakyah komunis
B Tidak dijemput untuk berunding
C Terpedaya dengan penjajah Belanda
D Tindakan perluasan wilayah terhalang
SPM
2008
32 Maklumat berikut merujuk kepada penubuhan Parti Perikatan Sarawak.
Apakah kesan penubuhan parti tersebut? T5 B6 ms 143 [ P1 B19-20]
A Meneruskan sistem politik tradisional
B Menamatkan pemerintahan Brooke
C Merealisasikan pembentukan Malaysia
D Menjayakan pengasasan Persekutuan Borneo
SPM 2007
33 Apakah persamaan perjuangan parti politik di atas?
T5 B6 ms 143
A Menyekat pangaruh komunis i
B Mengembalikan kuasa rakyat
C Menuntut kemerdekaan neger
D Menyokong gagasan Malaysia
SPM 2018
33 Mengapakah tarikh pembentukan Malaysia ditunda dari 31 Ogos 1963 ke 16 September 1963?
T5 B6 ms 152 [ P2 B1-B13 ]
A Sekatan ekonomi negara lain
B Tentangan negara jiran
C Serangan Tentera Nasional Kalimantan Utara
D Halangan Pertubuhan Bangsa -Bangsa Bersatu
SPM 2015
33 Rajah 4 adalah garis masa menunjukkan proses pembentukan Persekutuan Malaysia.
Apakah X?
T5 B6 ms 150 [ P5 B1 ]
A Majlis Perundangan Persekutuan
B Jawatankuasa Antara Kerajaan
C Jawatankuasa Eksekutif
D Suruhanjaya Reid
SPMU 2014
33 Rajah 3 adalah garis masa yang menunjukkan proses pembentukan Persekutuan Malaysia. T5 B6 ms 149 [ P2 B13-B14 ]
Apakah X?
A Penyerahan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold
B Pembentukan Majlis Perundangan Persekutuan
C Penambahbaikan Majlis Mesyuarat Negeri
D Penubuhan Jawatankuasa Eksekutif
SPM 2012
34 Apakah peranan Suruhanjaya Cobbold dalam menjayakan pembentukan Malaysia?
T5 B6 ms 150 [ P3 B1-B2 ]
A Memujuk Singapura menyertai persekutuan
B Menggalakkan penubuhan Parti Perikatan
C Melaksanakan sistem Birokrasi Barat
D Meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak
SPM
200932 Jawatankuasa berikut ditubuhkan pada bulan Julai 1961.
Apakah peranan jawatankuasa tersebut? T5 B6 ms 149 [ P2 B4-B5 ]
A Merangka perlembagaan negara
B Menetapkan tarikh pilihan raya umum
C Menjelaskan tentang Gagasan Malaysia
D Merintis kerjasama pelbagai parti politik
SPM 2009
32 Apakah hak keistimewaan yang diperoleh Sarawak dan Sabah apabila menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963?
T5 B6 ms 155 [ P1 B11-B12 ]
A Menentukan agama rasmi negara
B Mengawal hal ehwal imigresen
C Menentukan dasar luar negeri
D Mengawal sumber kewangan negeri
SPM
2009
35 Apakah perkara yang terkandung dalam Akta Malaysia yang diisytiharkan pada 26 Ogos 1963? T5 B6 ms 155 [ P1 B11-B12 & P1 B5 ]
I Hak Sabah mengawal perkhidmatan awam
II Hal ehwal luar negeri tanggungjawab negeri
III Pertahanan di bawah kawalan kerajaan negeri IV Agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
