wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH KSSM T4B1 WARISAN NEGARA BANGSA

Total questions: 47

Worksheet time: 2hrs 34mins

Name
Class
Date
1.

Ciri-ciri negara bangsa Kerajaan Alam Melayu adalah seperti berikut:

I Raja

II Undang-undang

III Wilayah jajahan

IV Kedaulatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

Apakah fungsi inskripsi Telaga Batu kepada kerajaan Srivijaya?

a)

Lambang kekuasaan pemerintah

b)

Upacara mengangkat sumpah

c)

Bukti persetiaan rakyat kepada pemerintah

d)

Peranan pemerintah dalam pentadbiran

3.

Apakah kepentingan hubungan di atas kepada kerajaan Melaka?

a)

Lambang kewibawaan pemerintah

b)

Melaka berjaya meluaskan empayar

c)

Kegiatan perdagangan semakin meluas

d)

Kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka diiktiraf

4.

Apakah kepentingan sistem Pembesar Empat Lipatan dalam pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Memastikan adat istiadat dipatuhi

b)

Memastikan sistem warisan terpelihara

c)

Mempertahan sistem perundangan tempatan

d)

Menjamin keutuhan sistem pemerintahan beraja

5.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pelbagai lambang kebesaran seperti nobat dan adat istiadat.

Apakah kepentingan lambang kebesaran tersebut ?


a)

Membuktikan keturunan Raja

b)

Menunjukkan kedaulatan Raja

c)

Menggambarkan kemewahan Raja

d)

Menandakan kawasan pemerintahan

6.

Apakah kandungan yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka?

I Peranan nahkoda

II Peranan Sultan dan pembesar

III Undang-undang keluarga

IV Sistem percukaian

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Kecelakaan yang menimpa seseorang yang melanggar perintah Raja

Istilah yang manakah merujuk kepada penyataan di atas?

a)

Waadat

b)

Siantan

c)

Tulah

d)

Regalia

8.

“ seseorang yang berlakuan jahat dan membunuh orang di atas kapal, maka akan dikenakan hukuman mati “ Fasal 5, Undang-undang laut Melaka .

Pembesar manakah yang bertanggungjawab untuk menguruskan masalah di atas?

a)

Laksamana

b)

Temenggung

c)

Bendahara

d)

Penghulu Bendahari

9.

“rakyat itu umpama akar, yang raja itu umpama pohon: jikalau tiada akar nescaya pohon tiada akan dapat berdiri demikian lagi raja itu dengan segala rakyatnya”


Apakah maksud petikan di atas?

a)

Arahan pemerintah kepada rakyatnya

b)

Hubung kait seseorang pemerintah dan rakyat

c)

Hubungan yang baik antara pemerintah dengan rakyat

d)

Keunggulan pemerintahan raja yang menyatukan rakyat

10.

Prinsip yang berikut ialah prinsip kedua Rukun Negara.

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA


Sebagai warganegara yang patriotik, bagaimanakah anda menghayati prinsip Rukun Negara di atas


I menunjukkan kesetiaan tidak berbelah bahagi terhadap raja dan negara

II bertindak mengikut kesesuaian semasa demi menjaga diri dan keluarga

III Berkerjasama dengan sesiapa sahaja demi kepentingan diri

IV sanggup berkorban untuk raja dan negara

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

11.

Kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka diakui dan diiktiraf oleh Dinasti China.

Namakan dinasti yang mengiktiraf Kesultanan Melayu Melaka

a)

Dinasti Han

b)

Dinasti Ming

c)

Dinasti Tang

d)

Dinasti Shang

12.

Bagaimanakah Kesultanan Melayu Melaka memperoleh wilayah pengaruh?

I. Perjanjian

II. Perdagangan

III. Penaklukan

IV. Perkahwinan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

13.

Mengapakah rakyat mentaati pemerintahan seorang raja dalam kerajaan Alam Melayu?

a)

menjaga keselamatan rakyat

b)

dianngap suci oleh rakyat

c)

kewibawaaan seorang raja

d)

menguatkuasakan undang-undang

14.

Apakah kerajaan yang mengamalkan undang-undang Kutara Manawa dalam proses pembentukan negara bangsa bagi kerajaannya

a)

Majapahit

b)

Melaka

c)

Funan

d)

Srivijaya

15.

Kerajaan X

mewarisi ciri-ciri negara bangsa Srivijaya

Namakan kerajaan X tersebut?

a)

Majapahit

b)

Champa

c)

Funan

d)

Kesultanan Melayu Melaka

16.

Kerajaan Funan merupakan kerajaan Alam Melayu yang terkenal dan mempunyai wilayah pengaruh yang luas. Antara berikut yang manakah wilayah pengaruh kerajaan Funan

I. Selatan Myanmar

II. Segenting Kra

III. Wilayah Siam

IV. Johor Riau

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

17.

Apakah faktor yang menyumbang kepada pembentukan Kesultanan Melayu Melaka sebagai kuasa empayar yang terkenal?

a)

Mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan

b)

Mempunyai lambang kebesaran diraja

c)

Bebas campurtangan kuasaasing

d)

Rakyat mentaati Sultan

18.

Apakah maksud kedaulatan?

a)

lambang kekuasaan sultan

b)

menggunakan alat kebesaran

c)

bersahabat dengan wilayah Pattani

d)

menakluk kawasan melalui peperangan

19.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai dua undang-undang yang berasaskan undang-udang Islan dan hukum adat. Pernyataan ini berkaitan dengan:

I Hukum Kanun Melaka

II Undang-undang Laut Melaka

III Undang-undang Adat Melaka

IV Undang-undang Pelabuhan Melaka

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

20.

Rajah berkaitan dengan sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. Apakah peranan Laksamana dalam sistem pentadbiran tersebut?

a)

Ketua Pentadbir

b)

Menjaga keamanan di laut

c)

Menjaga keamanan di darat

d)

Menguruskan perbendaharaan

21.

Apakah peranan Penghulu Bendahari dalam sistem pentadbiran tersebut?

a)

Ketua Pentadbir

b)

Menjaga Keamanan di laut

c)

Menjaga Keamanan di darat

d)

Menguruskan perbendaharaan

22.

Proses pembentukan negara bangsa Kerajaan Alam Melayu mengambil masa yang lama dan melalui beberapa tahap.

Berdasarkan penyataan di atas, apakah ciri – ciri negara bangsa Kerajaan Alam Melayu sebelum kedatangan barat

a)

Kedaulatan

b)

Lambang negara

c)

Wilayah Pengaruh

d)

Permuafakatan

23.

Undang – undang merupakan aspek penting dan dijadikan panduan dalam pentadbiran sebelum kedatangan barat Apakah kepentingan undang – undang dalam Kerajaan Alam Melayu

a)

A Menjamin keamanan negara

b)

B Mengelakkan malapetaka

c)

C Mengukuhkan persahabatan

d)

D Memajukan negara

24.

Gambar di atas inskripsi telaga batu yang terdapat dalam kerajaan srivijaya. Apakah kepentingan inskripsi tersebut

a)

Lambang negara

b)

Lambang keamanan

c)

Menunjukkan perpaduan

d)

menunjukkan kesetiaan

25.

Kedaulatan

Pernyataan berikut merujuk kepada ciri – ciri negara bangsa kesultanan melayu melaka Antara berikut yang manakah berkaitan konsep diatas

a)

Mengukuhkan diplomatik

b)

Melambangkan identiti negara

c)

Menghindari campurtangan asing

d)

Menggalakkan pembinaan empayar

26.

Hukum kanun melaka

Undang – undang laut melaka

Berikut adalah undang – undang bertulis pada zaman kesultanan melayu melaka. Apakah kepentingan undang – undang tersebut.

I Mengukuhkan kerajaan

II Mengukuhkan kesetiaan

III Mengukuhkan bangsa

IV Melindungi rakyat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

27.

Pahang, Kuala Linggi, Kelantan, Rokan, Inderagiri dan Kampar adalah wilayah melaka pada zaman kegemilangan kesultanan melayu melaka. Bagaimanakah wilayah berikut di perolehi


A B C D

a)

Melalui peperangan

b)

Melalui perjanjian

c)

Melalui perkahwinan

d)

Melalui pajakan

28.

Lingga, Pattani, Kedah adalah wilayah yang menerima ketuanan Kesultanan Melayu Melaka. Bagaimanakah wilayah berikut di perolehi

a)

Hadiah

b)

Diplomasi

c)

Perkahwinan

d)

Penaklukan

29.

Sultan memberi kuasa memerintah atau mentadbir sesuatu wilayah, sungai atau pulau kepada pembesar berempat. Kawasan ini dikenali

a)

Kawasan pemakaman

b)

Kawasan jual beli

c)

Kawasan pelabuhan

d)

Kawasan pegangan

30.

X

Bendahara yang paling lama berkhidmat dalam Kesultanan Melayu Melayu.


Siapakah X?

a)

Tun Perak

b)

Tun Jana Putra

c)

Tun Muzaffar

d)

Tun Mutahir

31.

Sistem pentadbiran kesultanan melayu melaka mempunyai dua peringkat iaitu pentadbiran pusat dan peringkat jajahan. Siapakah yang pembesar pentadbiran di peringkat pusat.

a)

Syahbandar

b)

Bendahara

c)

penghulu

d)

Bentara

32.

Kesultanan melayu melaka mempunyai kemudahan sistem kewangan yang sistematik untuk urusan perdagangan Apakah tanggungjawab syahbandar dalam pentadbiran kesultanan melayu melaka

a)

Mengutip cukai

b)

Ketua turus tentera

c)

Panglima tentera laut

d)

Menguruskan perbendaharaan

33.

Kesultanan Melayu melaka mengandungi dua undang – undang iaitu hokum kanun melaka dan undang – undang laut melaka. Kedua – dua undang di atas berasaskan…

I Undang-Undang syariah

II Undang-Undang sivil

III Hukum karma

IV Hukum adat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

34.

Undang – undang laut melaka diusahakan oleh beberapa orang nakhoda seperti Nakhoda Jenal, Nakhoda Diri Dan Nakhoda Ishak. Siapakah yang memperkenankan undang – undang ini.

a)

Sultan Muzaffar Syah

b)

Sultan Mansur Syah

c)

Sultan Alauddin Syah

d)

Sultan Mahmud Syah

35.

Fasal 6.3, nakhoda menentukan jumlah cukai terhadap penumpang

Berapakah kadar cukai tersebut.

a)

Dua persepuluh

b)

Tiga persepuluh

c)

Satu persepuluh

d)

Empat persepuluh

36.

Pada peringkat jajahan, pembesar bertanggungjawah menguruskan pentadbiran daerah dan kampung . Apakah peranan pembesar tersebut?

a)

Menjaga keselamatan rakyat

b)

Memperkenalkan undang - undang

c)

Memelihara keamanan kawasan

d)

Menjaga keselamatan rakyat

37.

Menghadiri majlis umum seperti gotong royong, pengayuh atau pendayung kapal.


Amalan berikut berkaitan dengan kesetiaan rakyat terhadap pemerintah dalam kesultanan melayu melaka Apakh nilai yang dapat ditonjolkan oleh rakyat dalam pemerintahan tersebut.

a)

Pengorbanan

b)

Kesetiaan

c)

Keberanian

d)

Toleransi

38.

Golongan pemerintah terdiri daripada sultan, pembesar, kerabat diraja dan ulama. Apakah peranan pembesar dalam pemerintahan kesultanan melayu melaka

a)

Menjaga keselamatan rakyat

b)

Memperkenalkan undang - undang

c)

Memelihara keamanan negara

d)

Menjaga keselamatan raja

39.

Hubungan baik antara pemerintah dengan rakyat memainkan peranan penting dalam menjamin kesajahteraan rakyat. Sebagai rakyat, mengapa hubungan ini perlu di jaga?

a)

Mengelakkan malapetaka

b)

Mendapat pahala

c)

Mengelak dijajah

d)

Mengekalkan keamanan negara

40.

Waadat

Perjanjian antara golongan pemerintah dan golongan diperintah

Siapakah yang mewakili golongan diperintah?

a)

Sang Sapurba

b)

Demang Lebar Daun

c)

Bendahara Tun Perak

d)

Sultan Mansur Shah

41.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pelbagai lambang kebesaran seperti nobat dan adat istiadat.

Apakah kepentingan lambang kebesaran tersebut?

a)

Membuktikan keturunan raja

b)

Menunjukkan kedaulatan raja

c)

Menggambarkan kemewahan raja

d)

Menandakan kawasan pemerintahan

42.

Fasal 30 menunjukkan Hukum Kanun Melaka berlandaskan syariah. Apakah syarat bagi seseorang yang menjalankan perniagaan di pelabuhan Melaka?

a)

Melafazkan niat jual beli

b)

Tidak melakukan penyelewengan

c)

Menjadi saksi dalam urusan jual beli

d)

Urusniaga hendaklah diuruskan dengan baik

43.

Apakah kemahiran yang perlu ada pada seorang malim dalam sesebuah pelayaran agar pelayaran selamat dan lancar?

a)

menaikkan layar kapal

b)

kemahiran berkomunikasi

c)

Mengetahui keadaan ombak

d)

Mengetahui kedudukan matahari

44.

Apakah tindakan nakhoda sekiranya hendak singgah di tempat yang tidak ada dalam senarai persinggahan.

a)

Membayar ganti rugi

b)

Mengadakan mesyuarat

c)

Mengubah haluan kapal

d)

Mengadakan kerahan tenaga

45.

Apakah aspek penting dibincangkan dalam Hukum Kanun Melaka yang dikaitkan dengan hukum perkahwinan?

I. Hendaklah berlainan suku

II. Memerlukan empat orang saksi

III. Wanita tidak boleh menjadi saksi

IV. Mendapat kebenaran pemerintah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

46.

Fasal 4 : Hukuman Bunuh

Apakah kesalahan yang terkandung di dalam fasal tersebut?

a)

Memalsukan titah sultan

b)

Membunuh dengan niat

c)

Menderhaka kepada sultan

d)

Mempersendakan tugas pembesar

47.

Bagaimanakah Kesultanan Melayu Melaka memperoleh sumber pendatapan?

a)

Melalui cukai pelabuhan

b)

Ufti dari negeri naungan

c)

Melalui surat jual beli

d)

Mengadakan sistem serah