wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Klausa dan Ayat

Total questions: 50

Worksheet time: 23mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan jenis klausa kecuali:

I. Klausa penerang

II. Klausa keterangan

III. Klausa bebas

IV. Klausa terikat

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

III dan IV

d)

I dan II

2.

Boleh berdiri dengan sendiri sebagai ayat yang lengkap sekiranya disertai oleh intonasi yang sempurna.


Berdasarkan pernyataan tersebut, berikut menjelaskan ciri:

a)

Klausa sebagai penerang

b)

Klausa sebagai objek

c)

Klausa utama

d)

Klausa terikat

3.

Berikut menjelaskan ciri bagi:


Tidak dapat berdiri sendiri kerana kekurangan subjek atau predikat atau kata hubung yang mengikat klausa berkenaan

a)

Kluasa keterangan

b)

Klausa bebas

c)

Klausa objek

d)

Klausa terikat

4.

Amin berjaya kerana dia rajin bersusaha.


Berdasarkan ayat di atas, yang manakah menerangkan klausa bebas?

a)

Amin

b)

Amin berjaya

c)

Amin berjaya kerana dia

d)

Amin berjaya kerana dia rajin bersusaha.

5.

Dia tidak lulus dalam temu duga kerana gagal dalam peperiksaan bertulis.


Merujuk ayat di atas, yang manakah merupakan klausa sebagai keterangan?

a)

kerana gagal dalam peperiksaan bertulis.

b)

Dia tidak lulus dalam temu duga

c)

tidak lulus dalam temu duga

d)

dia tidak lulus

6.

Klausa terikat memerlukan klausa lain untuk melengkapkannya.


Klausa terikat mempunyai beberapa fungsi. Klausa terikat mempunyai ..................... fungsi.

a)

Dua

b)

Empat

c)

Enam

d)

Tujuh

7.

Encik Paulus berasa gembira kerana banyak pihak yang datang untuk memberikan bantuan.


Berdasarpernyataan yang bergaris menunjukkan bahawa klausa bertugas sebagai:

a)

Keterangan

b)

Objek

c)

Penerang

d)

Subjek

8.

Kami mendengar berita bahawa harga minyak akan turun lagi.

a)

Subjek

b)

Objek

c)

Penerang

d)

Pengisi kata nama

9.

Ahmad akan menyertai perlawanan itu jika dibenarkan oleh ibunya.


Berikut menerangkan fungsi klausa sebagai keterangan jenis

a)

syarat

b)

musabab

c)

masa

d)

tempat

10.

Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan mengandungi subjek dan prediket, yang menjadi konstituen dalam ayat.

a)

Betul

b)

Salah

11.

Berikut merupakan klausa bebas kecuali:

a)

adik menari

b)

kerana lapar dia makan

c)

Yusuf sedang bermain bola

d)

Raymond berlari

12.

Berikut merupakan tugas klausa berfungsi sebagai keterangan kecuali

a)

kerana dia demam

b)

agar dia boleh menjawab spalan peperiksaan

c)

Aston lapar

d)

jika dia rajin bekerja

13.

Satu unit rangkaian perkataan. Mengandungi Subjek & Predikat Yang mengandungi konstituen kepada ayat


Pernyataan berikut menjelaskan konsep:

a)

Klausa

b)

Klausa bebas

c)

Klausa tak bebas

d)

Klausa subjek

14.

Antara berikut menerangkan ciri-ciri klausa:

a)

Belum memiliki intonasi atau tanda baca

b)

Mengandungi prediket

c)

Dilafaskan sekali sahaja

d)

Wujudnya keterangan

15.

Berikut merupakan klausa tak bebas:

a)

Awang membaca

b)

sebab dia tak bersetuju

c)

kerana kamu rajin belajar

d)

Zuraimi menulis

16.

· Terdiri daripada ragam ayat aktif

· Terdiri daripada ayat penyata sahaja

· Menjadi asas kepada pembentukan ayat lain


Penyataan di atas merupakan ciri

a)

ayat dasar

b)

ayat mudah

c)

ayat tunggal

d)

ayat terbitan

17.

Persamaan antara ayat dasar dengan ayat tunggal ialah kedua-duanya

I mengandungi satu klausa

II boleh mengalami pendepanan predikat

III terdiri daripada ayat penyata dan ayat aktif

IV mengandungi satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

18.

Antara yang berikut, yang manakah ayat yang menepati pola FN + FK?

I Abang Rahim tukang gunting yang terkenal sejak dahulu.

II Anak perempuan Pak Samad baru pulang dari luar negara.

III Ibu pejabat syarikat bapa saya di bandar raya Kuala Lumpur.

IV Bapa saudara Ramli sedang berehat di bawah pokok jambu.

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

19.

Yang manakah penyataan yang betul tentang ayat dasar?

I Terdiri daripada ayat tanya

II Terdiri daripada ayat pasif

III Terdiri daripada satu klausa

IV Terdiri daripada ayat penyata

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

20.

Pilih padanan yang betul antara contoh ayat dasar dengan contoh ayat terbitan

a)

Ayat dasar / Ayat terbitan

Tolong poskan bungkusan itu./ Ali mengeposkan bungkusan itu

b)

Ayat dasar / Ayat terbitan

Sila ke dewan sekarang juga / Sekarang juga kita ke dewan.

c)

Ayat dasar / Ayat terbitan

Suria bermain badminton dengan adiknya./ Suria bermain badminton dengan adiknya?

d)

Ayat dasar / Ayat terbitan

Dia ke Langkawi petang tadi?/ Petang tadi dia ke Langkawi

21.

Yang manakah ayat yang menepati pola ayat dasar frasa nama + frasa adjektif?

a)

A Mak Siti menjual kuih-muih.

b)

Kampung saya terletak jauh di pedalaman

c)

Yogeswaran pemandu lori kontena.

d)

Nenek saudara saya sudah uzur

22.

Ayat yang manakah bukan ayat terbitan?

a)

Buah rambutan datuk telah ranum.

b)

Saudara tunggulah kedatangannya di pejabat.

c)

Bungkusan hadiah itu diterima pagi semalam.?

d)

Hantar borang penyertaan kepada pihak urus setia.

23.

Apakah 2 bahagian binaan ayat tunggal?

a)

frasa nama

b)

subjek

c)

klausa

d)

prediket

24.

Antara yang berikut, yang manakah bukan unsur prediket frasa kerja?

a)

kata kerja asal

b)

kata bantu

c)

kata hubung

d)

unsur keterangan

25.

Susunan konstituen ayat tunggal terbahagi kepada empat.

a)

Betul

b)

Salah

26.

Ayat aktif tak transitif terbahagi kepada .... bentuk.

a)

dua

b)

tiga

c)

empat

27.

Kata pemeri hanya boleh hadir bersama kata nafi dalam binaan ....

a)

adalah + kata nafi + frasa kerja

b)

adalah + kata nafi + frasa adjektif

c)

adalah + kata nafi + frasa sendi nama

28.

Antara berikut merupakan tiga jenis ayat majmuk yang utama, kecuali...

a)

Ayat majmuk gabungan

b)

Ayat majmuk campuran

c)

Ayat majmuk pasif

d)

Ayat majmuk pancangan

29.

Antara yang berikut, yang manakah jenis-jenis ayat keterangan?

a)

Keterangan cara

b)

Keterangan harapan

c)

Keterangan tujuan

d)

Keterangan musabab

e)

Kesemua jawapan di atas

30.

Ayat majmuk campuran ialah ...

i. Ayat majmuk gabungan + Ayat relatif

ii. Ayat majmuk komplemen + Ayat gabungan

iii. Ayat majmuk gabungan + Ayat keterangan

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

i, ii dan iii

31.

Ayat majmuk campuran ialah ...

i. Ayat majmuk gabungan + Ayat relatif

ii. Ayat majmuk komplemen + Ayat gabungan

iii. Ayat majmuk gabungan + Ayat keterangan

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

i, ii dan iii

32.

Ujian Fokus: Apakah menu pilihan teman wanita dalam sketsa sebentar tadi?

a)

Nasi goreng USA

b)

Nasi ayam

c)

Nasi goreng cina

d)

Nasi goreng pattaya

33.
APAKAH DEFINISI BAGI AYAT MAJMUK?
a)
ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih
b)
ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan ayat terbitan
c)
ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan ayat tunggal sahaja
d)
ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat penyata
34.
AYAT MAJMUK TERBAHAGI KEPADA BERAPA JENIS?
a)
5
b)
4
c)
3
d)
2
35.
Mengabungkan atau mencantumkan ayat- dengan kata hubung seperti ,dan,atau, tetapi, dan sebagainya merupakan jenis ayat majmuk 
a)
Ayat majmuk gabungan
b)
Ayat majmuk pacangan
c)
Ayat majmuk relatif
d)
Ayat majmuk komplemen
36.
-Ayat relatif
-Ayat komplemen 
-Ayat keterangan
Merupakan ayat majmuk jenis
a)
Gabungan
b)
Campuran
c)
Pancangan
d)
Pindaan
37.
Ayat majmuk ditentukan oleh jumlah apa?
Cara penggabungan jumlah tersebut akan menentukan jenis-jenis ayat majmuk.
a)
Klausa
b)
Ayat
c)
Perkataan
d)
Frasa
38.
Ayat kecil ___________ di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubungan seperti yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya
a)
Dipancangankan
b)
Digabungkan
c)
Dicampurkan
d)
Dipisahkan
39.
Ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu 
a)
ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan.
b)
ayat terbitan, ayat keterangan, ayat relatif.
c)
ayat penyata, ayat terbitan, ayat suruhan.
d)
ayat relatif, ayat komplemen, ayat tunggal.
40.
Madu tersebut dijual  dengan harga yang tinggi.
Merupakan jenis ayat majmuk pancangan bagi 
a)
Ayat komplemen
b)
Ayat relatif
c)
Ayat suruhan
d)
Ayat keterangan
41.
Terdapat pelbagai jenis rotan seperti rotan manau atau nama saintifiknya, Calamus conioastris, rotan semang dan rotan paku atau Calamus exilis.

Merupakan contoh bagi ayat majmuk jenis
a)
Campuran
b)
Gabungan
c)
Perpisahan
d)
Pancangan
42.
i. Ia menjerit lalu menangis.
ii. Melukis dan menulis menjadi kegemarannya.
Ayat di atas merupakan contoh bagi ayat majmuk jenis
a)
Campuran
b)
Relatif
c)
Gabungan
d)
Campuran
43.
 Dia lambat tiba kerana keretanya rosak.
Ayat di atas merupakan ayat majmuk pancangan jenis? 
a)
Ayat relatif
b)
Ayat keterangan
c)
Ayat komplemen
44.
 Ayat ini terbina daripada ayat-ayat yang tidak sama tarafnya, iaitu satu ayat utama atau  ayat induk dan satu ayat kecil yang _______________ ke dalam ayat induk.
Kenyataan di atas menerangkan definisi ayat majmuk jenis?
a)
Gabungan
b)
Pancangan
c)
Campuran
45.
Ayat majmuk____________mengandungi lebih daripada satu jenis ayat. Ayat ini biasanya panjang dan proses penggabungannya lebih kompleks. 
a)
Pancangan
b)
Gabungan
c)
Campuran
46.
Ayat induk : Nurisma membaca majalah itu.
Ayat kecil : Majalah itu dibeli di kedai.

Ayat di atas merupakan pembentukan bagi ayat majmuk pancangan jenis?
a)
Keterangan
b)
Komplemen
c)
Relatif
47.
Ayat majmuk pancangan __________ ialah ayat yang menggunakan kata hubung "bahawa" dan "untuk".
Cara Pembentukan Ayat Majmuk _________
Ayat induk : Wais  berjanji.
Ayat kecil : Wais tidak akan ponteng sekolah lagi.

Wais berjanji bahawa dia tidak akan melakukan kesalahan itu lagi
a)
Relatif
b)
Keterangan
c)
Komplemen
48.

Yang manakah ayat yang terhasil daripada binaan dua klausa?

I. Padi itu saya jemur supaya kering.

II. Kebiasaannya orang berilmu dihormati ramai.

III. Pada tahun hadapan, kami akan berpindah ke Kuala Lumpur.

IV. Petani itu menebang pokok rambutan dengan menggunakan gergaji.

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

49.

Sebenarnya amat rumit untuk pihak polis menangani

I II

jenayah kolar putih pada zaman siber ini. Walau bagaimanapun, usaha ini dapat dicapai sekiranya semua

III IV

pihak memberikan kerjasama.

Yang manakah klausa bebas dan klausa tak bebas dalam petikan di atas?

a)

I dan II / III dan IV

b)

I dan III / II dan IV

c)

II dan III / I dan IV

d)

III dan IV / I dan II

50.

Ayat : klausa bebas + klausa tak bebas


Yang manakah ayat yang menepati susunan binaan klausa di atas?

a)

Dia berani tetapi abangnya penakut.

b)

Mereka rajin kerana mereka diberi upah.

c)

Oleh sebab mereka pintar, mereka telah diculik.

d)

Pokok durian sedang berputik manakala pokok rambutan sedang berbunga.