wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 3: TEKNIK MENGUKUR PARAMETER KESIHATAN BADAN

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Jenis termometer yang digunakan untuk menyukat suhu badan melalui dubur ialah _____

a)

Termometer Klinik

b)

Termometer Makmal

c)

Termometer Rektal

d)

Termometer Inframerah

2.

Cara penggunaan termometer ini ialah dengan meletakkannya di bawah ketiak atau di dalam mulut selama kira-kira 2 hingga 3 minit. Namakan jenis termometer ini?

a)

Termometer Klinik

b)

Termometer Makmal

c)

Termometer Rektal

d)

Termometer Inframerah

3.

Terdapat beberapa tempat pada badan untuk merasai denyutan nadi.Tempat-tempat ini dipanggil _________.

a)

Titik Sendi

b)

Titik Noktah

c)

Titik Nadi

d)

Titik Senyap

4.

Kadar denyutan nadi ialah pengukuran bilangan degupan jantung....

a)

per saat

b)

per minit

c)

per jam

d)

per puluhan saat

5.

Nama alat terbaik berdasarkan piawaian yang tepat dalam mengukur bacaan tekanan darah ialah

a)

Stragmimameter

b)

Trafigometer

c)

Sfigmomanometer

d)

Epilogometer

6.

Jumlah tekanan yang dikenakan pada dinding salur darah semasa otot jantung mengecut dipanggil...

a)

diastolik

b)

sistolik

c)

trafolik

d)

takubalik

7.

Kadar denyut nadi normal bagi kanak-kanak yang berusia antara 1 sehingga 10 tahun ialah...

a)

70 - 120 kali seminit

b)

100 - 160 kali seminit

c)

60 - 100 kali seminit

d)

40 - 60 kali seminit

8.

Bacaan tekanan darah yang tinggi dan berlarutan menunjukkan bahawa seseorang itu mempunyai....

a)

Vivotensi

b)

hipertendi

c)

hipertensi

d)

Dipertensi

9.

Jisim badan unggu bagi Indeks Jisim Badan ialah ...

a)

kurang daripada 18.5

b)

lebih daripada 30.0

c)

Di antara 25.0 hingga 29.9

d)

Di antara 18.5 hingga 24.9

10.

Jisim bdan yang berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius seperti berikut, KECUALI

a)

tekanan darah tinggi

b)

gastritis

c)

diabetes melitus

d)

komplikasi sendi

11.

Berikut ialah cara yang betul menurunkan jisim badan,KECUALI

a)

berjalan laju

b)

duduk di rumah

c)

berbasikal

d)

berenang

12.

Termometer yang digunakan untuk sukat suhu cecair

a)

Termometer rektal

b)

Termometer makmal

c)

Termometer klinik

13.

Apakah risiko sekiranya kita mengalami obesiti?

a)

diabetes melitus (kencing manis)

b)

kemurungan

c)

daya ketahanan badan yang rendah

d)

anemia

14.

Bagaimanakah cara yang boleh dilakukan bagi menurunkan jisim badan berlebihan?

a)

makan makanan berkhasiat lebih daripada biasa

b)

makan mengikut waktu yang tetap

c)

kerap bersenam

d)

ambil snek yang padat dengan nutrien

15.

Sekiranya Amin mempunyai ketinggian 160cm dan berat badan 64kg, berapakah BMI Amin?

a)

18.5

b)

21.6

c)

25

d)

31.2

16.

Jika June mempunyai BMI 25.0, dalam kategori manakah June dikelaskan?

a)

Jisim badan unggul

b)

Obes

c)

Kurang jisim badan

d)

Berlebihan jisim badan

17.

Kadar denyutan nadi seorang atlet adalah lebih rendah berbanding bukan atlet. Kenapa?

a)

isipadu darah yang dipam oleh jantung atlet lebih banyak setiap kali otot jantung mengecut

b)

isipadu darah yang dipam oleh jantung atlet lebih sedikit setiap kali otot jantung mengecut

c)

kerana atlet lebih aktif daripada orang biasa

d)

kerana otot jantung seorang atlet tidak sihat

18.

Pada bahagian badan manakah denyutan nadi biasanya diukur?

a)

Pergelangan tangan

b)

Tapak tangan

c)

Kepala

d)

Pipi

19.

Antara faktor berikut, yang manakah BUKAN faktor yang menyebabkan suhu badan melebihi normal?

a)

jangkitan virus

b)

senaman

c)

makan berlebihan

d)

terdedah kepada panas melampau

20.

Apakah fungsi termometer ini?

a)

Digunakan mengambil bacaan suhu bayi berumur 2 bulan

b)

Digunakan untuk mengambil bacaan suhu badan tanpa bersentuhan

c)

Digunakan untuk mengambil bacaan suhu cecair yang mendidih

d)

Digunakan untuk mengambil bacaan suhu badan di bawah ketiak

21.

Apakah fungsi termometer ini?

a)

Digunakan mengambil bacaan suhu bayi berumur 2 bulan

b)

Digunakan untuk mengambil bacaan suhu badan tanpa bersentuhan

c)

Digunakan untuk mengambil bacaan suhu cecair yang mendidih

d)

Digunakan untuk mengambil bacaan suhu badan di bawah ketiak

22.

Berapakah suhu badan normal bagi manusia?

a)

36.9 oC

b)

37.9 oC

c)

37.0 oC

d)

38.0 oC

23.

Bacaan tekanan darah Encik Lim ialah 150/90 mmHg. Berapakah tekanan diastoliknya?

a)

60 mmHg

b)

90 mmHg

c)

150 mmHg

d)

240 mmHg

24.

Mengapakah hipotermia boleh berlaku pada seseorang?

a)

Demam tinggi

b)

Terdedah kepada cuaca sejuk

c)

Senaman berlebihan

d)

Berjemur di bawah Matahari yang panas

25.

Antara berikut, yang merupakan titik denyutan nadi pada badan manusia. Jawapan boleh lebih dari satu

a)

Leher

b)

Pinggang

c)

Paha

d)

Siku

26.

Apakah maksud suhu?

a)

Haba dalam badan seseorang

b)

Darjah kepanasan dan kesejukan sesuatu bahan

c)

Bahan yang disukat dengan termometer

d)

Haba kepanasan badan

27.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan faktor yang menyebabkan suhu badan melebihi normal?

a)

Jangkitan

b)

Tidur yang lama

c)

Makan berlebihan

d)

Minum berlebihan

28.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan cara mengawal berat badan?

a)

Makan sehingga betul-betul kenyang

b)

Makan semua makanan yang telah dihidangkan

c)

Makan apabila sangat lapar dengan kuantiti yang banyak

d)

Mengambil pemakanan yang sihat dengan mengamalkan konsep suku suku separuh

29.

Antara individu berikut, yang manakah mempunyai kadar denyutan nadi yang paling tinggi?

a)

Ahmad yang sedang berjalan

b)

Sakinah yang sedang tidur

c)

Akilah yang sedang berlari

d)

Ramesh yang sedang membaca

30.

Bacaan tekanan darah yang tinggi dan berlarutan menunjukkan bahawa anda mungkin mengalami penyakit tekanan darah tinggi (hipertensi). Apakah masalah kesihatan lain yang disebabkan oleh masalah tekanan darah tinggi?

a)

Strok dan serangan jantung

b)

Kanser peparu dan diabetes melitus

c)

Sakit jantung dan diabetes melitus

d)

Diabetes melitus dan strok