NEW
Font size
WorksheetsPra Pertengahan Tahun
Total questions: 40
Worksheet time: 13mins
Senarai di atas merujuk kepada kota lama yang wujud di Jordan dan Turki.
Kewujudan bandar tersebut membuktikan
Pelabuhan yang besar
Pembentukan kota pertahanan
Persaingan antara negara kota
Perkembangan manusia Paleolitik
Masyarakat Sumeria menjalankan kegiatan pertanian di wilayah Sumer.
Bagaimanakah kegiatan pertanian tersebut dijalankan?
Membina barray
Menggunakan teknologi
Melalui kerja menebus tanah
Memajukan sistem tanaman giliran
Maklumat di atas merujuk kepada kemudahan saliran yang terdapat di bandar Pompei.
Apakah tujuan sistem saliran bawah tanah tersebut?
Tujuan perindustrian
Mengairi kawasan pertanian
Membangunkan bandar bawah tanah
Meningkatkan sistem pemerintahan
Jadual merujuk kepada sistem cukai yang diperkenalkan oleh pemerintah Maurya.
Mengapakah cukai tersebut diperkenalkan?
Menyara anggota tentera
Membina bandar terancang
Menubuhkan persatuan dagang
Melaksanakan sistem kewangan yang sistematik
Rajah menunjukkan sumber arkeologi yang dijumpai di Asia Tenggara pada abad ke-5 Masihi.
Apakah yang dapat dibuktikan dengan penemuan sumber arkeologi tersebut?
Perkembangan kegiatan perdagangan
Kewujudan petempatan awal manusia
Kepekaan terhadap bidang kesenian
Pengeluaran barang secara besar-besaran
Apakah faktor yang menyebabkan kerajaan Angkor mencapai kemajuan yang pesat dalam bidang pertanian?
Berdekatan dengan TasikTonle Sap
Mempunyai baja yang bermutu
Memiliki pelabuhan yang lengkap
Berjaya memanfaatkan kurniaan Tuhan
Mengapakah berlakunya peperangan Basus pada zaman Jahiliah?
Perebutan hak menjaga Kaabah
Semangat kesukuan yang menebal
Mendapatkan kawasan air
Mencabuli perjanjian
Jadual merujuk kepada wahyu yang diterima oleh Nabi Muhammad SAW.
Apakah suruhan yang terdapat dalam ayat tersebut?
Perintah berhijrah ke Madinah
Penyebaran Islam secara terbuka
Bersabar menghadapi tentangan
Pentingkan ilmu pengetahuan melalui pembacaan
Mengapakah orang Quraisy Makkah menyekat kedatangan orang Islam Madinah di Hudaibiyah?
Membalas dendam
Memerangi orang Islam
Maruah mereka tercabar
Mendapatkan keluarga mereka
Jadual berkaitan dengan pembukaan semula Kota Makkah
Apakah kesannya terhadap Kota Makkah?
I Terhapusnya amalan jahiliah
II Menjadi kota suci umat Islam
III Terbinanya masjid Al-Nabawi
IV Merupakan pusat kebudayaan
I dan II
I dan IV
III dan IV
II dan III
Perkara di atas merupakan proses pelantikan khalifah pada zaman Khulafa al-Rasyidin.
Mengapakah proses tersebut wajar diteruskan?
Mendisiplinkan pemerintah
Mengekalkan sistem warisan
Memenuhi wasiat Nabi Muhammad SAW
Memastikan pemilihan pemimpin yang tepat
Apakah persamaan sumbangan tokoh yang tersebut kepada kerajaan Bani Abbasiyah?
Pakar bahasa
Golongan khawarij
Khalifah kerajaan Bani Abbasiyah
Mengetuai gerakan Bani Abbasiyah
Golongan manakah yang memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kehidupan harian masyarakat Eropah hingga ke pertengahan Zaman Renaissance?
Mawali
Mudejar
Mozarab
Muktazillah
Senarai di atas merujuk kepada karya kesusasteraan yang terdapat di Asia Tenggara
Apakah yang dapat dibuktikan oleh penulis karya tersebut?
Kehidupan alim ulama
Catatan pengislaman raja
Kedatangan pengaruh Barat
Cara kedatangan agama Hindu-Buddha
Apakah bidang yang berkaitan dengan sistem yang di atas?
Kesihatan
Ketenteraan
Pendidikan
Pertanian
Senarai di atas merujuk kepada karya karya puisi yang terdapat di Acheh.
Apakah corak karya penulisan tersebut?
Cinta ketuhanan
Pemikiran Islam
Seloka hiburan
Puisi nasihat
Maklumat di atas berkaitan dengan gelaran yang digunakan oleh raja selepas kedatangan agama Islam.
Apakah maksud gelaran tersebut?
Ketua negara
Bayangan Allah di muka bumi
Raja itu tuhan kepada rakyatnya
Daulat seorang raja
Rajah merujuk kepada undang-undang yang terdapat di Tanah Melayu selepas kedatangan agama Islam.
Apakah X?
Perak
Kedah
Pahang
Johor
Pada abad ke-14 bermulanya Zaman Renaissance di Itali.
Apakah faktor yang menggalakkan penyebaran idea Renaissance?
Penemuan jalan ke Timur
Kemunculan golongan Patron
Kemenangan dalam Perang Salib
Penaklukan kota Constantinople
Tokoh-tokoh yang berikut muncul pada zaman Reformation di Eropah.
· Martin Luther
· John Calvin
· Huldreich Zwingli
Apakah persamaan tokoh-tokoh tersebut?
Menjual sijil tebus dosa
Mencipta mesin cetak
Menyediakan Counter- Reformation
Mengetuai gerakan pembaharuan agama
Akta Antipenggabungan diperkenalkan pada permulaan Revolusi Perindustrian di Britain.
Mengapakah akta tersebut diperkenalkan?
Mengehadkan gaji pekerja
Mengawal golongan pekerja
Melarang penggabungan pekerja
Mengurangkan pengambilan buruh
Senarai yang berikut merupakan wakil syarikt pelaburan Eropah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.
· Guthrie
· Sime Darby
· Harrison and Crosfield
Apakah bidang pelaburan yang diceburi oleh syarikat tersebut?
Tanaman getah
Bijih tImah
Kelapa sawit
Maritim
Penglibatan pengusaha dari China dalam sektor perlombongan bijih timah pada abad ke-19 dikawal dan dipantau sepenuhnya oleh pembesar Melayu
Bagaimanakah pembesar Melayu mengawal aktiviti perlombongan bijih timah?
Memajak lombong
Mengenakan cukai
Menentukan harga
Menyediakan modal
Pada tahun 1881 keseluruhan bandar Kuala Lumpur hampir musnah kerana kebakaran
Apakah kesan kebakaran tersebut?
Penubuhan Jabatan Bomba
Perintah larangan pembakaran terbuka
Peraturan undang-undang kebakaran
Pengenalan perkhidmatan insurans kebakaran
Pada tahun 1917 British memperkenalkan Enekmen Tanah Padi.
Mengapakah enekmen tersebut diperkenalkan?
Memastikan beras dijual kepada British
Mengawal harga bekalan beras
Mengenakan cukai terhadap tanaman padi
Menghalang orang Melayu menanam getah
Apakah tujuan penjajah Belanda memperkenalkan Volksraad di Indonesia?
Menguasai politik Indonesia
Mewujudkan perpaduan kaum
Mengadakan pilihan raya majlis tempatan
Memberikan peluang kepada rakyat tempatan untuk mentadbir negara.
Rajah berkaitan dengan dasar ekonomi yang diperkenalkan oleh kuasa imperialisme Barat di Asia Tenggara.
Apakah kesan ekonomi tersebut kepada rakyat tempatan?
Mengusahakan tanaman baharu
Meningkatkan pendapatan
Menjadi petani tradisional
Menikmati kehidupan yang selesa
· Noli Me Tangere
· Kerikil-kerkil Tajam
· Putera Gunung Tahan
Apakah mesej yang disampaikan melalui karya-karya tersebut?
Hak rakyat
Kebebasan
Kesengsaraan
Penentangan
Mengapakah Dato Bahaman dan pembesar-pembesar Melayu menentang pelantikan JP Rodgers sebagai residen pertama di Pahang?
Penubuhan pasukan polis luar
Penghapusan warisan Melayu
Pengenalan sistem perhambaan
Pembayaran ufti yang membebankan
Gabenor Negeri-Negeri Selat, Andrew Clerk menjalankan dasar campur tangan di negeri-negeri Melayu.
Apakah kesannya terhadap pembesa-pembesar Melayu?
Dipenjarakan
Diberikan pencen
Dibuang negeri
Dilantik sebagai pentadbir rendah
Mengapakah Gerakan islah berkembang pesat di Negeri-negeri Selat?
Keahlian yang ramai
Tiada sekatan undang-undang
Penduduknya berfikiran terbuka
Mempunyai pemimpin yang berkaliber
Kongres Melayu telah diadakan pada tahun 1939 dan 1940.
Apakah kesannya?
Menubuhkan UMNO
Menuntut kemerdekaan
Mengadakan Pakatan Murni
Menghapuskan perasaan kenegerian
Rajah berkaitan dengan konsep real politik yang digunakan dalam pembentukan negara bangsa Jerman.
Apakah X?
Melancarkan mogok
Merampas kuasa
Melakukan provokasi
Membunuh musuh politik
Golongan Nik dan Wan memainkan peranan yang penting dalam sistem pentadbiran Sultan Muhammad II.
Apakah sumbangan golongan tersebut?
Menjadi pemangku raja
Mengukuhkan kewibawaan sultan
Mengawal keselamatan keluarga raja
Merupakan penasihat utama sultan
Apakah persamaan antara Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor dengan Undang-undang Negeri Terengganu iaitu Ittiqan il muluk bi-ta’dil il-suluk?
Menghalang pengaruh Barat
Mengikut perlembagaan Islam
Meniru Undang-undang Melaka
Mengukuhkan keturunan sultan
Mengapakah golongan radikal Melayu menyokong pembentukan Malayan Union?
Peluang pekerjaan terbuka luas
Mengurangkan pengaruh komunis
Menyatukan pendudukan Tanah Melayu
Janji British untuk memberikan kemerdekaan
Mengapakah tokoh di atas ini menentang Jawatankuasa Eksekutif yang menggubal Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Tiada wakil orang dagang
Menganggap satu penjajahan baharu
Menolak rundingan dengan penjajah
Tuntutan terhadap hak kerakyatan
Pada 1 Julai 1941 Sarawak diisytiharkan sebagai Tanah Jajahan Mahkota British
Mengapakah pengisytiharan tersebut ditentang oleh penduduk Sarawak?
Ingin mendapatkan kemerdekaan
Berminat dengan gagasan Malaysia
Bercanggah dengan Perlembagaan 1941
Menyokong pemerintahan keluarga Brooke
Mengapakah British melaksanakan Sistem Ahli?
Mengukuhkan kedudukan penjajah
Menyokong penubuhan parti politik
Melatih penduduk tempatan memerintah negara
Meghapuskan Parti Komunis Malaya
1 Pada tahun 1951, Dato Onn Ja’afar mencadangkan supaya keahlian UMNO dibuka kepada orang bukan Melayu.
Apakah kesan cadangan tersebut?
Penubuhan Parti Perikatan
Pembentukan Pakatan Murni
Penentangan oleh orang Melayu
Pemansuhan Sistem Ahli
