Font size
WorksheetsKOORDINASI DAN GERAK BALAS
Total questions: 53
Worksheet time: 40mins
Homeostasis merupakan proses kawal atur faktor kimia & faktor fizikal dalam badan pada julat yang...
luar biasa
sederhana
biasa
sebenar
Antara yang berikut, yang manakah bukan satu contoh persekitaran dalam badan
Tekanan darah
Suhu badan
Kandungan air dalam badan
Kebisingan di dalam pasar
Antara pernyataan berikut, yang manakah betul mengenai homeostasis dalam haiwan?
Beruang sangat aktif pada musim sejuk
Kambing berkubang di dalam air semasa cuaca panas.
Anjing menjelirkan lidahnya untuk menurunkan suhu badanya.
Kadar metabolisme cicak meningkat bila cuaca sejuk
Gambar menunjukkan keadaan satu tumbuhan pada waktu siang yang panas terik. Apakah proses yang menyebabkan pokok bunga itu berkeadaan sedemikian?
Translokasi
Transpirasi
Fotosintesis
Respirasi
Apabila suhu badan manusia menurun, badan kita ....
menggigil
merah
sejuk
berpeluh
Tandakan bagi fungsi kulit yang berkaitan dengan homeostasis badan.
Melindungi badan kita daripada kerosakan
Mengekalkan suhu badan kita
Menghalang bakteria masuk dalam badan
Menghalang kehilangan air yang banyak dalam badan
Membolehkan kita merasa kesakitan
Rangsangan ialah sebarang _________ dalam alam sekitar
aktiviti
perkara
perubahan
benda
Kawal atur kandungan air dalam badan boleh dijalankan oleh _________ dan ___________.
peparu
kulit
bulu roma
ginjal
Gajah menyejukkan badan dengan menenggelamkan badan mereka dalam ...
air
habuk
belukar
pasir
Antara pernyataan berikut, yang manakah paling sesuai untuk menerangkan keperluan homoestasis terhadap organisma?
Mengelakkan kematian mengejut
Mengekalkan suhu badan yang tetap
Memastikan semua enzim yang terlibat dalam tindak balas kimia berfungsi dengan baik
Menyediakan persekitaran dalaman yang optimum untuk aktiviti metabolisme berfungsi dengan baik
Rajah 1 menunjukkan cara menghasilkan buah daripada tumbuhan berbunga dengan menyemburkan bunga dengan hormon auksin.
Apakah terjadi akibat penggunaan hormon auksin terhadap buah yang dihasilkan?
Buah itu lebih sukulen.
Buah itu tidak akan mempunyai biji benih.
Buah itu lebih manis.
Buah itu mengandungi lebih banyak vitamin C.
Rajah 2 menunjukkan komponen-komponen utama dan urutan proses pengesanan dan gerak balas terhadap perubahan persekitaran luar.
Apakah yang diwakili oleh Q, R, dan S?
Q -Laluan eferen R-Laluan aferen S-Reseptor
Q -Laluan aferen R-Laluan eferen S-Reseptor
Q -Laluan eferen R-Laluan aferen S-Efektor
Q -Laluan aferen R-Laluan eferen S-Efektor
Rajah 3 menunjukkan satu sinaps pada penghujung saraf.
Apakah yang P dan Q mewakili?
P-Vesikel sinaps Q-Asetilkolina
P-Mitokondrion Q-Adrenalina
P-Mitokondrion Q-Asetilkolina
P-Vesikel sinaps Q-Adrenalina
Apakah fungsi salut mielin bagi neuron deria?
Untuk mempercepatkan pemindahan impuls.
Untuk membebaskan neurotransmiter ke dalam celah sinaps.
Untuk membawa impuls keluar dari sel badan.
Untuk mengiringi impuls ke sel badan.
Rajah 4 menunjukkan bahagian-bahagian otak manusia.
Antara yang berikut, manakah pasangan betul dengan bahagian otak dan fungsinya?
P - Mengawal pemikiran
Q - Mengawal peristalsis
R - Mengawal keseimbangan badan
S - Mengawal kadar denyutan jantung
Rajah 5 menunjukkan laluan impuls saraf dalam satu arka refleks.
Pernyataan yang manakah tentang laluan adalah betul?
N mengakibatkan gerak balas jari.
N menerima impuls saraf terus dari K dan dibawa ke J.
M mengakibatkan gerak balas jari.
J menghantarkan impuls saraf dari reseptor ke K.
Rajah 7 menunjukkan struktur satu neuron eferen.
Apakah X?
Dendrit
Akson
Sel badan
Sel badan
Rajah 6 menunjukkan organisasi tentang sistem saraf manusia.
Apakah fungsi Z?
Menyampaikan utusan ke otak dan juga dari otak.
Merupakan satu pusat kawalan.
Membawa impuls dari reseptor ke pusat integrasi.
Membawa impuls dari pusat integrasi ke efektor.
Rajah 8 menunjukkan keratan rentas saraf tunjang.
Antara struktur A, B, C atau D, manakah dibentuk daripada jirim kelabu?Antara struktur A, B, C atau D, manakah dibentuk daripada jirim kelabu?
A
B
C
D
Rajah 9 menunjukkan struktur satu sinaps
Apakah peranan X dalam sistem saraf?
Untuk menghantarkan impuls dari sel badan neuron.
Untuk memudahkan penghantaran impuls saraf mengikut satu arah.
Untuk mempercepatkan penghantaran impuls saraf
Untuk menerima impuls dari neuron lain.
Rangsangan ialah
Perubahan atau isyarat daripada persekitaran
Perubahan yang berlaku di persekitaran dalam
Tindakan yang dilakukan
Tindakan Hassan berlari untuk dapatkan bola yang di baling oleh huzaifah..merupakan suatu:
Gerak balas
Reseptor
Rangsangan
Pergerakan taksis
Haiwan bergerak balas terhadap rangsangan luar adalah bagi menyesuaikan diri kepada
Perubahan persekitaran
Melindungi diri daripada kecederaan
Melindungi diri daripada bahaya
Untuk dapat cahaya matahari
Tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan luar melalui 2 cara iaitu:
Gerak balas tropisme
Gerak balas nasti
Pergerakan taksis
Yang manakah benar:
Gerak balas tropisme: gerak balas pd hujung pucuk dan akar ke arah atau menjauhi rangsangan
Gerak balas nasti: gerak balas sebahagian tumbuhan terhadap sesuatu rangsangan
Pergerakan taksis: gerak balas seluruh bahagian organisma ke arah atau menjauhi rangsangan
Rangsangan dalam merujuk kepada perubahan pada persekitaran luar
Reseptor ialah
Dikesan oleh organ deria
Menerima maklumat dari persekitaran
Terdiri daripada otot
Mentaksir maklumat daripada impuls
Yang manakah benar tentang laluan maklumat akibat rangsangan luar
Rangsangan, reseptor,aferen otak, eferen,efektor, gerak balas
Rangsangan, reseptor, eferen, otak, aferen, efektor, gerak balas
Reseptor, rangsangan, aferen, otak, eferen, efektor, gerak balas
Reseptor, rangsangan, eferen, otak, aferen, efektor, gerak balas
Yang manakah benar berkaitan Koordinasi
Proses yang melibatkan reseptor untuk mengesan rangsangan dan seterusnya untuk menghasilkan gerak balas
Melibatkan sistem saraf dan sistem endokrin
Melibatkan penyelarasan organ dan sistem dalam badan untuk menghasilkan gerak balas terhadap rangsangan
Semua tu betul taw..emoji kenyit mata
Berikut adalah senarai perubahan persekitaran rangsangan) dalam yang dihadapi oleh organisma kecuali
rasa
suhu badan
pH darah
tekanan osmosis
Mengapakah organisma perlu peka terhadap perubahan luar dan dalam badan ?
Sel-sel badan dapat menjalankan fungsinya.
Memastikan persekitaran luar yang seimbang dan sesuai.
Memastikan persekitaran dalam yang seimbang dan optimum.
Dapat mengesan dan mengawal atur.
Berdasarkan gambar ini, apakah rangsangan dan gerak balas yang telah berlaku ?
cahaya matahari, pokok
Cahaya matahari, fotosintesis
Fotosintesis, pucuk ke atas
cahaya matahari, pucuk ke atas
Berdasarkan gambar berikut apakah reseptor yang terlibat dalam laluan maklumat akibat rangsangan tersebut ?
Akar
Daun
Tangan
Kawasan sentuhan
Berikut adalah laluan gerak balas terhadap rangsangan dalam apabila seseorang melakukan aktiviti cergas. Laluan manakah yang benar ?
Suhu badan tinggi --> efektor --> aferen --> eferen -->reseptor --> gerakbalas
Suhu badan tinggi --> reseptor --> aferen --> eferen --> efektor --> gerakbalas
reseptor --> aferen --> eferen --> efektor --> gerak balas -->suhu badan tinggi
reseptor -->efektor --> aferen --> eferen --> gerak balas --> suhu badan tinggi
Sistem endokrin juga terlibat dalam koordinasi dalam badan manusia. Dimana sistem ini melibatkan pelbagai hormon yang dirembeskan oleh kelenjar. Apakah yang dimaksudkan dengan hormon ?
Bahan yang dirembes ke dalam darah untuk gerakbalas.
Bahan larut yang mengawal atur proses fisiologi badan.
Bahan kimia yang mengawal atur gerakbalas badan.
Bahan kimia yang mengawal atur proses fisiologi badan.
Sistem endokrin mengawal proses-proses berikut di dalam badan kecuali
pendengaran
pembiakan
pertumbuhan
perkumuhan
Merujuk kepada rajah ini bahagian manakah yang termasuk dalam sistem saraf pusat ?
A dan B
C dan D
A dan D
B dan C
Rajah menunjukkan struktur otak manusia yang mengandungi pelbagai bahagian dengan fungsinya yang berbeza. Apakah fungsi bagi medula oblongata ?
Mengawal atur tindakbalas terkawal.
Mengawal atur tindakbalas luar kawal.
Mengkoordinasikan pengecutan otot
Mengintegrasikan maklumat dan rangsangan.
Apakah fungsi saraf tunjang dalam manusia yang terdiri daripada salur pusat yang mengandungi cecair serebrospinal, jirim kelabu di bahagian tengah dan jirim putih di sekelilingnya ?
Menghantar maklumat ke otak
Menyambungkan saraf-saraf spina
Mengawal tindakbalas luar kawal
Menghubungkan sistem saraf periferi ke otak
Rajah menunjukkan saraf spina bercabang dua membentuk akar dorsal dan akar ventral sebelum bersambung dengan saraf tunjang. Pernyataan manakah yang benar ?
Akar dorsal mengandungi neuron aferen, akar ventral mengandungi neuron eferen.
Akar dorsal mengandungi neuron eferen, akar ventral mengandungi neuron aferen.
Akar dorsal mengandungi neuron aferen, akar ventral mengandungi interneuron.
Akar dorsal mengandungi interneuron , akar ventral mengandungi neuron eferen.
Gambar menunjukkan satu jenis neuron yang terlibat dalam sistem saraf. Ia terdiri daripada bahagian badan sel, dendron yang membentuk dendrit, akson, terminal akson, salut mielin dan nodus Ranvier. Apakah fungsi dendrit ?
Membawa impuls keluar dari badan sel.
Menerima impuls dari neuron lain.
Mengawal semua aktiviti neuron.
Mempercepatkan kelajuan impuls.
Antara gambar neuron-neuron berikut yang manakah dikenali sebagai neuron aferen ?
Multipolar neuron
Bipolar neuron dan Unipolar neuron
Multipolar neuron dan Bipolar
Pseudo-unipolar neuron dan unipolar neuron
Namakan neuron ini dan fungsinya.
Aferen, menerima ransangan dan menghantar impuls ke interneuron
Interneuron, mererima impuls saraf dan menghantarnya ke eferen
Eferen, memerima impuls saraf dan menghantarnya ke efektor
Aferen, menerima rangsangan dari reseptor dan menghantar impuls.
Gambar menunjukkan satu bahagian didalam sistem saraf manusia. Apakah peranannya dalam sistem ini ?
Menghantar impuls saraf ke aferen neuron.
Menyimpan tenaga untuk impuls saraf bergerak.
Memastikan impuls saraf hanya bergerak dalam satu arah sahaja.
Merangsang impuls saraf untuk bergerak ke interneuron.
Antara pernyataan berikut yang manakah menunjukkan laluan impuls saraf yang betul ?
S - postsinaps terangsang dan mencetuskan
impuls.
T - vesikal sinaps dirangsang.
U - impuls sampai ke terminal akson.
V - reseptor postsinaps menerima neurotransmiter.
W - neurotransmiter dibebaskan ke sinaps
U --> T --> W --> V --> S
S --> U --> T --> W --> V
V --> S --> U --> T --> W
U --> T --> S --> W --> V
Merujuk kepada gambar sinaps ini, namakan struktur yang berlabel 2 dan 5.
neurotransmiter, reseptor presinaps
mitokondria, postsinaps
vesikal sinaps, postsinaps
vesikal sinaps, reseptor postsinaps
Tindakan refleks adalah tindakan luar kawal yang melibatkan otot rangka dan saraf tunjang sahaja. Manakah diantara tindakan berikut bukan dikatakan tindakan refleks ?
Sentakan lutut
Kaki terpijak paku
Penghadaman makanan di usus
Tangan ditarik apabila terkena duri
Lengkapkan arka refleks berikut dalam satu situasi yang berlaku kepada seseorang tanpa diduga.
Rangsangan air panas ---->1._________________________---> neuron aferen --->interneuron --->_2.___________________ ---> otot bisep mengecut
(a)
Penyakit-penyakit berikut merupakan penyakit yang berkaitan dengan sistem saraf seperti Parkinson, Epilepsi, Meningitis, Alzheimer dan Amnesia. Apakah simpton bagi pesakit yang mengidap Alzheimer ?
Hilang ingatan
Mengalami kejang
Sakit kepala berlebihan
Sukar mengingati sesuatu
Pernyataan berikut adalah menerangkan bagaimana sistem endokrin menjadi pelengkap kepada sistem saraf. Pilihan manakah yang benar ?
Sistem endokrin mengawal atur pelbagai proses fisiologi
sistem saraf menghasilkan kesan yang lama
Sistem endokrin menghasilkan kesan yang lebih lama
Sistem saraf menghasilkan gerakbalas yang amat pantas.
Jangan penat dan mengeluh dlm menuntut ilmu.. Mllmh doakan
Supaya Allah kurniakan kekuatan dan kemudahan dlm menuntut ilmu
Supaya diberi keberkatan waktu dalam mengulangkaji dan menyiapkan homework
Supaya sentiasa bersemangat
Dan yang penting dpt result yg terbaik..lagi2 untuk biology
Owh yea, sy sayang anda semua..hihi
