wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu (tatabahasa)

Total questions: 40

Worksheet time: 2hrs 0mins

Name
Class
Date
1.

__________ juadah telah terhidang di atas meja apabila kami sampai.

a)

para

b)

seluruh

c)

segala

d)

pelbagai

2.

Pelancong asing itu boleh _________ dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

a)

bersuara

b)

berkata

c)

bertutur

d)

bertitah

3.

____________dinaikkan pangkat, Encik Hamidi tidak lagi menghadapi masalah kewangan.

a)

agar

b)

sejak

c)

walaupun

d)

tetapi

4.

Abu Bakar meraut mata penselnya _________ sebilah pisau sehingga tajam.

a)

pada

b)

tentang

c)

dengan

d)

untuk

5.

Rumput di halaman rumah Joshua sentiasa _______ supaya kelihatan cantik.

a)

dipangkas

b)

memangkas

c)

pemangkas

d)

berpangkas

6.

Kereta baharu itu _________ untuk abang sebagai hadiah kecemerlangannya dalam peperiksaan SPM yang diumumkan kelmarin.

a)

ialah

b)

tidak

c)

adalah

d)

bukan

7.

Puan Kwan sedang ___________bawang dengan menggunakan sebilah pisau yang tajam.

a)

menghiris

b)

menyiang

c)

membelah

d)

menebang

8.

Keadaan jalan raya yang _______ sering menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.

a)

kesat

b)

licin

c)

luas

d)

kasar

9.

Berita penculikan itu menjadi __________ orang ramai.

a)

buah mulut

b)

pencuci mulut

c)

buah tangan

d)

anak buah

10.

Beberapa _________ gigi adik telah rosak dan perlu dicabut

a)

batang

b)

buah

c)

butir

d)

papan

11.

Sesiapa yang mendapat markah ________ tinggi dalam peperiksaan akan menerima hadiah daripada cikgu

a)

paling

b)

agak

c)

sekali

d)

nian

12.

Makanan di atas meja itu ditutup dengan __________.

a)

tudung saji

b)

magkuk lonjak

c)

bekas makanan

d)

bekas tangan

13.

Suet Ni mengajak rakan-rakannya datang ke majlis hari jadinya.

Perkataan seerti bagi mengajak ialah

a)

melarang

b)

menegur

c)

mempelawa

d)

meyuruh

14.

Nasihat yang diberi oleh emak kepada adik _________ kerana adik tidak ingin menuruti kata-kata emak.

a)

bagai kaca jatuh ke batu

b)

bagai kacang lupa akan kulit

c)

bagai tikus membaiki labu

d)

bagai mencurah air ke daun keladi

15.

__________ kamu berputus asa, kalah atau menang adalah adat bertanding.

a)

sila

b)

jangan

c)

tolong

d)

jemput

16.

Mak Piah menjemur kain baju yang telah dicucinya tadi.

Perkataan berlawan bagi menjemur ialah

a)

membilas

b)

membasuh

c)

mengering

d)

merendam

17.

Pilih ayat yang betul.

a)

Semua murid-murid diminta menghadiri seminar yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

b)

Penduduk di Taman Megah hidup aman dan damai.

c)

Pendapat bulanan peniaga itu sungguh lumayan.

d)

Kempen membaca mendapat sambutan yang lesu dari orang ramai.

18.

Guru besar__________tali lehernya dengan kemas sebelum pergi ke sekolah.

a)

mengikat

b)

meggantung

c)

menyarung

d)

memasang

19.

Ayah selalu menasihati kami agar bertutur dengan sopan supaya tidak________perasaan orang lain

a)

memendam

b)

menyentuh

c)

menekan

d)

menyinggung

20.

Lutut adik berdarah setelah________sewaktu bermain di padang.

a)

terhantuk

b)

terkena

c)

tergesel

d)

terjatuh

21.

Persembahan kumpulan lawak jenaka kanak-kanak sekolah itu benar-benar_______ hati saya

a)

memikat

b)

mencuit

c)

menggoda

d)

menarik

22.

Farah menolak pelawaan kami ke majlis itu ________kami mengajaknya berkali-kali.

a)

lalu

b)

ketika

c)

malahan

d)

meskipun

23.

Encik Lukman bekerja dengan rajin dan bersungguh-sungguh________kesenangan hidup keluarganya.

a)

demi

b)

bagi

c)

terhadap

d)

daripada

24.

Lori yang penuh dengan muatan itu terbabas

____________terlanggar sebuah kereta dari arah yang bertentangan.

a)

maka

b)

lalu

c)

serta

25.

Wani mencampurkan buah-buahan kering ke

dalam adunan kek itu__________membakarnya.

a)

sebelum

b)

serta

c)

dan

d)

lalu

26.

Daniel terkebil-kebil___________dimarahi ayahnya __________dituduh memecahkan cermin tingkap rumahnya.

a)

apabila...kerana

b)

walaupun...kerana

c)

sehingga...kecuali

d)

bagaimana...malahan

27.

Kapal terbang itu akan berlepas ke New York pada ____________masa saja.

a)

apa-apa

b)

mana-mana

c)

siapa-siapa

d)

bila-bila

28.

Muzaffar__________apabila seekor ular

melintas di depannya.

a)

terkesima

b)

tersentuh

c)

terkejut

d)

terkedu

29.

Abang menonton televisyen ____________minum air.

a)

dan

b)

lalu

c)

sambil

d)

walaupun

30.

Kakak serba-salah untuk membuat keputusan ________ belajar di universiti tempatan _________ universiti luar Negara.

a)

untuk...atau

b)

walaupun...jika

c)

sama ada...atau

d)

sama ada...dan

31.

Ada______bahawa Faizul akan dilantik sebagai ketua pengawas yang baru di sekolah ini.

a)

mata-mata

b)

undang-undang

c)

ura-ura

d)

kura-kura

32.

Suasana__________didalam bilik darjah tiba-tiba senyap apabila guru besar lalu.

a)

hura-hara

b)

hiruk-pikuk

c)

kacau-bilau

d)

kucar-kacir

33.

Sebelum kamu mengait buah betik itu___________ mintalah izin daripada nenek kamu terlebih dahulu.

a)

seelok-eloknya

b)

sekurang-kurangnya

c)

setidak-tidaknya

d)

seboleh-bolehnya

34.

Cikgu Mariam___________sambil memegang sebatang rotan.

a)

lalu-lalang

b)

gundah-gulana

c)

mundar-mandir

35.

Puan Wong sedang menggubah ___________ bunga untuk dijadikan hiasan di atas meja

a)

sekuntum

b)

sepohon

c)

sejambak

d)

sebekas

36.

Puan Munirah menggunakan beberapa ___________ nanas untuk membuat inti kuih tat.

a)

keping

b)

buah

c)

biji

d)

ulas

37.

_____________ , nama saya Syahmi. Selamat berkenalan.

a)

oh

b)

cis

c)

hai

d)

amboi

38.

Walaupun hujan turun __________ perlawanan bola sepak tetap diteruskan.

a)

putus-putus

b)

sekali-sekala

c)

renyai-renyai

d)

lebat-lebat

39.

Pilih ayat yang betul.

a)

. Mak baru pulang daripada pasar.

b)

Baju ini amat teramat cantik.

c)

Kakak rehat ke Langkawi

d)

Adik tidur di atas sofa.

40.

Pilih ayat majmuk yang betul.

a)

Abang membasuh kasut sambil menyanyi.

b)

Basikal itu terbabas ke dalam parit.

c)

Basikal terletak ditepi parit.

d)

Abang telah membasuh kasut.