Font size
WorksheetsPPT KIMIA TING 4
Total questions: 53
Worksheet time: 2hrs 3mins
Antara bahan yang berikut yang manakah terdiri daripada atom
Glukosa
Helium
Akueus ammonia
Kuprum(II) sulfat
Satu balang gas mengandungi 6.02 x 1023 zarah gas. Berapakah bilangan mol gas itu dalam balang tersebut?
0.5 mol
1.0 mol
3.0 mol
6.0 mol
Unsur-unsur di dalam Jadual Berkala moden disusun mengikut pertambahan
Nombor nukleon
Nombor proton
Jisim atom
Bilangan neutron
Antara berikut, yang manakah satu sebatian kovalen?
Ammonia
Zink oksida
Plumbum bromida
Magnesium klorida
Antara berikut yang manakah berlaku apabila cecair naftalena disejukkan pada suhu bilik?
Zarah-zarah bergerak lebih laju
Kandungan tenaga zarah bertambah
Susunan zarah-zarah menjadi tidak teratur
Daya tarikan antara zarah-zarah bertambah
Antara berikut, yang manakah pasangan sebatian dan formulanya betul?
Natrium sulfat
Na(SO4)2
Kuprum(II) oksida
Cu2O2
Ferum(III) klorida
FeCI3
Zink nitrat
Zn(NO2)3
Antara berikut yang manakah pasangan yang betul bagi Kumpulan dan nama di dalam Jadual Berkala?
Kumpulan 1 - Gas monoatom
Kumpulan 2 - Logam alkali
Kumpulan 17 - Halogen
Kumpulan 18 - Unsur peralihan
Antara berikut, yang manakah jenis ikatan yang terdapat di dalam aluminium oksida?
Ikatan ionik
Ikatan datif
Ikatan kovalent tunggal
Ikatan hidrogen
Pernyataan berikut adalah salah satu teori model atom.
Antara saintis berikut, yang siapakah yang mencadangkan teori itu?
Neils Bohr
John Dalton
J.J Thompson
E. Rutherford
Rajah 15 menunjukkan perwakilan atom bagi unsur Q.
Antara berikut, yang manakah adalah susunan elektron bagi atom Q?
Antara sebatian berikut yang manakah boleh bertindak balas dengan asid dan alkali?
Aluminium oksida
Natrium oksida
Magnesium oksida
Sulfur dioksida
Antara sebatian berikut, yang manakah terbentuk dengan cara perpindahan elektron?
Li=3, C=6, N=7, O=8
N2
O2
Li2O
CO2
Apakah maksud formula empirik?
Formula kimia yang menunjukkan jumlah sebenar atom setiap unsur dalam suatu sebatian
Formula kimia yang menunjukkan nisbah teringkas atom setiap unsur dalam suatu sebatian
Formula kimia yang menunjukkan ikatan setiap atom unsur dalam suatu sebatian
Formula kimia yang menunjukkan cas setiap unsur dalam suatu sebatian
Jadual 1 menunjukkan nombor proton bagi unsur X dan Y. Antara berikut yang manakah benar?
X lebih reaktif daripada Y
Saiz atom X lebih besar daripada Y
Kedua-dua X dan Y mempunyai sifat fizik yang sama
Y bertindak balas dengan air lebih cergas berbanding dengan X dengan air
Antara sifat-sifat berikut, yang manakah benar tentang sebatian ionik?
Larut di dalam air
Larut di dalam pelarut organik
Takat lebur yang rendah
Mengkonduksikan elektrik dalam keadaan pepejal
Antara yang berikut, yang manakah kegunaan isotop kobalt-60?
Rawatan kanser
Pensterilan serangga
Sinar-X untuk pemeriksaan badan
Pentarikhan usia fosil dan artifak
Unsur P terletak dalam Kumpulan 16 dan Kala 2.Apakah nombor proton bagi P?
2
8
16
18
Jadual 2 menunjukkan nobor proton bagi unsur neon,natrium dan klorin. Antara berikut, yang manakah benar tentang pembentukan satu sebatian?
Neon dan Klorin berkongsi elektron untuk membentuk satu sebatian
Neon dan Natrium bertindak balas membentuk satu sebatian ionik
Natrium melepaskan elektron dan klorin menerima elektron
Neon melepaskan elektron dan Klorin menerima elektron
Antara proses perubahan keadaan bahan berikut, yang manakah membebaskan tenaga haba?
Peleburan
Pendidihan
Peruapan
Kondensasi
Hitung nilai pH bagi asid nitrik, HNO3 dengan kepekatan ion hidrogen, H+ 0.5 mol dm-3
0.5
-0.301
0.301
-0.5
Helium tidak bertindak bertindak bals dengan unsur lain.Antara pernyataan berikut, yang manakah benar mengenai helium?
Helium mempunyai lapan elektron valens
Helium wujud sebagai monoatom
Helium mempunyai susunan elektron duplet
Helium sentiasa bergabung dengan diri sendiri
Rajah 12 menunjukkan simbol bagi atom X dan Y.
Antara formula dan jenis ikatan kimia berikut, yang manakah benar bagi sebatian yang terbentuk antara X dan Y?
Formula : XY2
Ikatan : Ionik
Formula : X2Y
Ikatan : Ionik
Formula : XY2
Ikatan : Kovalen
Formula : X2Y
Ikatan : Kovalen
Rajah 11 menunjukkan susunan elektron bagi ion M2- .
Apakah kedudukan unsur M di dalam Jadual Berkala?
Kumpulan : 18
Kala : 2
Kumpulan : 16
Kala : 2
Kumpulan : 2
Kala : 8
Kumpulan : 16
Kala : 3
Jisim formula relatif bagi X karbonat terhidrat, X2CO3.10H2O adalah 286. Berapakah jisim atom relatif bagi unsur X?
[Jisim atom relatif ; H=1, C=12, O=16]
23
46
120
240
Rajah 8 menunjukkan kedudukan unsur-unsur V, W, X, Y dan Z dalam Jadual Berkala. Antara unsur-unsur berikut yang manakah mempunyai sifat kimia yang sama?
W dan X
W dan Y
V dan W
X dan Z
Hitungkan nilai pH bagi larutan barium hidroksida, Ba(OH)2 yang mengandungi kepekatan ion hidroksida, OH- 0.001 mol dm-3
-3
3
17
11
Atom yang mesti hadir dalam ikatan hidrogen adalah?
Hidrogen
Natrium
Kalsium
Sulfur
Yang manakah contoh sebatian yang mempunyai ikatan hidrogen?
Klorin
Neon
Natrium klorida
Air
Ikatan kovalen datif terdapat di dalam...
Ammonia
Ion ammonium
Urea
Iodin
Antara berikut manakah bahan yang membentuk jenis ikatan yang salah?
A
B
C
D
Antara berikut, yang manakah bukan sifat kimia bagi asid?
Bertindak balas dengan karbonat untuk menghasilkan garam, air dan karbon dioksida
Bertindak balas dengan logam reaktif untuk meghasilkan garam dan hidrogen
Bertindak balas dengan logam oksida untuk menghasilkan garam dan air
Bertindak balas dengan alkali untuk menghasilkan garam dan hidrogen
Tentukan kemolaran larutan Kalium Hidroksida, KOH dengan nilai pH 10.0
10 mol dm-3
0.0001 mol dm-3
4 mol dm-3
-0.0001 mol dm-3
Ciri hidrogen klorida yang manakah membolehkannya menunjukkan sifat keasidan dalam air?
Larut dalam air
Mengandungi hidrogen dalam molekulnya
Mengandungi klorin dalam molekulnya
Mengion dalam air untuk membentuk ion-ion hidrogen
Pernyataan manakah menerangkan mengapa air diperlukan untuk menunjukkan sifat keasidan bagi suatu asid?
Peneutralan asid berlaku di dalam air
Pengionan asid berlaku dalam air
Air melarutkan asid
Air mengoksidakan asid
Bahan manakah adalah satu asid diprotik?
Asid sulfurik
Asid etanoik
Asid fosforik
Asid hidroklorik
Bahan manakah adalah suatu alkali?
Zink oksida
Magnesium oksida
Kalium hidroksida
Aluminium hidroksida
Jadual di atas menunjukkan kekonduksian elektrik dua larutan. Pasangan pelarut manakah yang benar ?
Pelarut X = Propanon
Pelarut Y = Air
Pelarut X = Air
Pelarut Y = Metilbenzena
Pelarut X = Etanol
Pelarut Y = Air
Pelarut X = Etanol
Pelarut Y = Air
Hidrogen klorida yang dilarutkan dalam air menunjukkan sifat keasidan manakala hidrogen klorida yang dilarutkan dalam triklorometana tidak menunjukkan perubahan. Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan pemerhatian ini?
Air melarutkan hidrogen klorida
Air mengoksidakan hidrogen klorida
Air bertindak balas dengan hidrogen klorida untuk menghasilkan ion hidrogen
Air mengionkan hidrogen klorida untuk menghasilkan ion hidrogen
Tentukan kemolaran asid nitrik, HNO3 dengan nilai pH 3.0
-0.30 mol dm-3
-3.0 mol dm-3
0.001 mol dm-3
-0.001 mol dm-3
Maklumat di atas adalah benar tentang Unsur M
JO
JO2
J2O
J2O2
Soalan Subjektif : 1
Jadual 5 menunjukkan maklumat mengenai asid X dan asid Y.
a) Nyatakan maksud asid?
1 markah
Jadual 5 menunjukkan maklumat mengenai asid X dan asid Y.
b) Nyatakan nama bagi asid itu :
Asid X :
Asid Y :
2 markah
Jadual 5 menunjukkan matlumat mengenai asid X dan asid Y.
c)Apakah yang di maksudkan dengan asid monoprotik dan diprotik?
2 markah
Jadual 5 menunjukkan maklumat mengenai asid X dan asid Y.
e) Apabila 0.5 mol zink karbonat ditambah ke dalam asid Y yang berlebihan, pembuakan berlaku;
i)Dengan menggunakan asid Y yang dinyatakan 1(b), tulis persamaan kimia bagi tindak balas itu.
2 markah
Jadual 5 menunjukkan maklumat mengenai asid X dan asid Y.
e) Apabila 0.5 mol zink karbonat ditambah ke dalam asid Y yang berlebihan, pembuakan berlaku;
ii)Hitung isipadu gas yang terhasil pada keadaan bilik.
Isipadu molar gas pada keadaan bilik = 24 dm3mol-1
2 markah
Jadual 5 menunjukkan maklumat mengenai asid X dan asid Y.
e) Apabila 0.5 mol zink karbonat ditambah ke dalam asid Y yang berlebihan, pembuakan berlaku;
(iii) Huraikan satu ujian kimia bagi mengenal pasti gas yang terhasil
2 markah
f) Asid TIDAK menunjukkan sifat keasidannya tanpa kehadiran air atau asid dilarutkan di dalam pelarut organik. Terangkan hal ini
2 markah
Soalan Subjektif : 2
Berdasarkan Rajah 24:
a i) Nyatakan susunan elektron, kumpulan dan kala bagi unsur R dalam Jadual Berkala Unsur.
3 markah
Berdasarkan Rajah 24:
a ii) Terangkan bagaimana anda menentukan kumpulan dan kala bagi atom R
2 markah
Berdasarkan Rajah 24:
b) Atom P dan Q boleh membentuk ikatan kimia dengan atom R.Nyatakan jenis ikatan kimia dan terangkan bagaimana ikatan terbentuk antara :
i) Atom P dan atom R
5 markah
Berdasarkan Rajah 24:
b) Atom P dan Q boleh membentuk ikatan kimia dengan atom R.
ii) Nyatakan sifat fizikal bagi ikatan yang terbentuk di antara Atom P dan Atom R
1 markah
Rajah berikut menunjukkan susunan atom dalam molekul hidrogen fluorida, HF
a) Terangkan pembentukan ikatan hidrogen dalam molekul
4 markah
Kehadiran ikatan hidrogen di antara molekul memberi kesan ke atas terhadap sifat-sifat fizik bahan tertentu.Nyatakan 2 kesan tersebut :
2 markah
