Font size
WorksheetsKUIZ SIMPULAN BAHASA PERSATUAN BAHASA MELAYU SMKPR
Total questions: 50
Worksheet time: 50mins
Maksud simpulan bahasa:
mudah menangkap sesuatu atau mengerti, pintar, cerdik
pendek akal
akal kancil
akal panjang
tajam akal
Simpulan bahasa ___________________ bermaksud bersiar-siar untuk mendapat angin bersih bagi berehat-rehat dan melapangkan fikiran.
makan hati
makan angin
makan suap
makan gaji
Simpulan bahasa berpeluk tubuh bermaksud tidak bekerja atau tidak berbuat apa-apa.
Betul
Salah
Simpulan bahasa: buah mulut
Maksud: _________________________________
pendapat
kekasih
perkara yang menjadi percakapan (perbualan) orang ramai
melakukan sesuatu perkara yang mendatangkan keuntungan
Simpulan bahasa dalam tangan membawa maksud pemarah, lekas marah.
betul
salah
Simpulan bahasa _______________ bermaksud gelisah.
cacing kepanasan
cakap angin
dakap bantal
darah muda
Aleeya ______________ apabila Cikgu Dariah memujinya seorang pengawas yang bertanggungjawab.
senyum sumbing
senyum kambing
senyum simpul
senyum tawar
Simpulan bahasa _______________ bermaksud pening dan muntah dalam pelayaran.
mabuk darah
mabuk laut
mabuk kepayang
mabuk selasih
Simpulan bahasa yang membawa maksud seseorang yang tidak mempunyai perasaan malu ialah
muka tembok
muka tebal
muka buku
muka talam
Aiman menanam sayur di tanah yang luasnya hanya ______________ di hujung kampung untuk menyara keluarganya.
sekangkang kera
sebatang kara
retak seribu
sehelai sepinggag
Simpulan bahasa yang membawa maksud kedekut ialah ________________
anak emas
tangkai jering
buah fikiran
tulangkering
Simpulan bahasa: membanting tulang
Maksud:
tolong-menolong
cerdik
bekerja keras
memukul tulang
Maksud simpulan bahasa bagi langgar bahasa ialah bercakap atau tingkah laku yang kasar, tidak sopan mahupun melanggar adat.
betul
salah
Simpulan bahasa: anak buah
Maksud: anak yang dikasihi
salah
betul
Swee Lian mengambil sikap ___________ dengan tidak memihak kepada sesiapa pun dalam perselisihan itu.
hentam kromo
berpeluk tubuh
atas pagar
pilih kasih
Simpulan bahasa berikut bermaksud tidak tahu untuk berbuat apa-apa.
peluk tubuh
mati kutu
lupa diri
hilang akal
Maksud simpulan bahasa bidan terjun ialah _______________________________________ .
melakukan sesuatu tanpa berfikir.
berusaha untuk melakukan sesuatu.
melakukan sesuatu pekerjaan secara tiba-tiba.
tergamak melakukan sesuatu kerja.
Simpulan bahasa lepas tangan, maksudnya mengambil mana-mana yang sempat (ada) sahaja.
betul
salah
Pegawai tentera yang _____________________ itu telah dihukum penjara seumur hidup.
berpaling tadah
bertegang leher
berat sebelah
pisau cukur
Maksudnya cepat marah, pemarah.
tin kosong
panas hati
telinga nipis
panas baran
Habis harapan (tiada harapan lagi) ialah maksud bagi simpulan bahasa _______________________
serkap jarang
sampai hati
putus asa
putih mata
Tumbuk rusuk bermaksud
menumbuk rusuk
terima hadiah
perbuatan rasuah
tidak memberi apa-apa faedah
Maksud peribahasa paku belanda ialah _____________________ .
terlalu kuat berfikir atau belajar.
membuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksa
berbagai-bagai pengalaman hidup yang pahit manis atau suka duka.
paku yang berasal dari Belanda.
Mak Limah tinggal __________ di pondok kecilnya itu.
isi perut
patah kandar
sebatang kara
sekangkang kera
Simpulan bahasa: _____________________________
Maksud: pendapat.
perah otak
ada akal
asah bakat
buah fikiran
Simpulan bahasa ini bermaksud seseorang yang menjadi harapan.
durian runtuh
orang kuat
ayam tambatan
abu jahal
Simpulan bahasa berikut mempunyai maksud yang sama kecuali
tua keladi
tua lengkuas
tua bangka
tua kutuk
Khabar angin membawa maksud desas-desus yang belum sah, gelagat bahawa sesuatu akan terjadi.
salah
betul
Ayah membayar ____________ sebanyak RM20,000 untuk membeli sebuah kereta Proton X70.
buah tangan
wang hantaran
duit muka
buruk siku
Simpulan bahasa:
Maksud: tidak berkasut atau berselipar.
kaki ayam
kaki minum
kaki bangku
kaki joli
Simpulan bahasa ____________________ bermaksud lega dan gembira.
ada akal
cuci mata
cahaya mata
lapang dada
mulai berjalan, mulai bertindak
mula jalan
jalan mudah
langkah kanan
ambil langkah
Lintah darat bermaksud rajin bekerja, tangkas.
betul
salah
Simpulan bahasa makan riba ialah kaki botol.
salah
betul
Amin dan keluarganya angkat kaki apabila pekedai itu tidak menghiraukan kedatangan mereka.
betul
salah
Puan Mardhiah hidup senang hasil ____________ nya berbakti kepada tanah.
kacang hantu
makan suap
jalan buntu
titik peluh
Simpulan bahasa:
Maksud: rasa muhibah
baik sangka
baik budi
baik hati
balas budi
Simpulan bahasa langkah bendul bermaksud
bernasib baik, bertuah
malang
cabut lari
berkahwin dahulu daripada kakak
Puan Julia sentiasa makan ulam dengan sikap suaminya yang tidak bertanggungjawab itu.
betul
salah
Suzana tidak berani mendekati mangsa kemalangan itu kerana dia mudah ___________________ .
hutang darah
mabuk darah
naik darah
darah manis
En. Azlan yang kering hati itu masih kuat mengusahakan projek inovasinya.
benar
salah
Hanan __________________ apabila melihat pelbagai jenis tudung yang dijual di kedai itu
sejuk mata
ada hati
rambang mata
sakit mata
Maksudnya orang yang selalu mengeluarkan kata-kata pedas.
keras mulut
mulut bisa
mulut manis
mulut tajam
Iskandar ____________________ walau dimarahi ibunya.
telinga nipis
telinga tempayan
telinga kuali
telinga lintah
Suresh ialah _______________ bagi keluarganya kerana dia merupakan anak tunggal.
anak gahara
anak emas
anak dagang
anak tekak
Sejak Encik Hamdan jatuh sakit, keluarganya terpaksa _______________ .
alas perut
ikat perut
peras otak
perang dingin
Sejak Azam berpisah dengan __________, dia asyik termenung sahaja.
mata hati
mata air
mata duitan
mata telinga
Habis segala usaha, tidak tahu lagi ikhtiar yang perlu dilakukan atau difikirkan ialah simpulan bahasa untuk ______________________________ .
habis akal
habis harta
habis modal
habis abu
Simpulan bahasa bagi maksud orang yang bernasib baik.
bintang hati
bintang filem
bintang gelap
bintang terang
Shamsul _________________ kerana kata-katanya tidak boleh dipercayai.
lidah buaya
lidah tajam
lidah bercabang
lidah bengkok
