Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu - Tatabahasa ( Peribahasa )

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia _______________.

a)

buta hati

b)

buta huruf

2.

Tan Lean Keong tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap ___________________ .

a)

anak buah

b)

anak emas

c)

anak bongsu

3.

Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual kerana adik ___________________.

a)

mulut tempayan

b)

mulut murai

4.

Karim mengambil sekeping roti berkrim sebagai _______________ sebelum pergi ke sekolah.

a)

alas perut

b)

ikat perut

c)

perut kosong

5.

Azizi dan anak-anaknya ______________ kerana sebaik sahaja mereka sampai jamuan mula dihidang.

a)

langkah kanan

b)

langkah seribu

c)

langkah kiri

6.

Yoke Lan ________________ sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya telah dicerobohi pencuri.

a)

lepas tangan

b)

tidur mati

c)

tidur-tidur ayam

7.

Siti Norhana dan Nurul Amirah ____________________________ kerana sering bergaduh walaupun perkara itu kecil.

a)

bagai katak di bawah tempurung

b)

bagai anjing dengan kucing

8.

Pada cuti hujung minggu, Encik Zaiman membawa keluarganya _____________ ke taman bunga.

a)

ambil angin

b)

ambil hati

9.

Emak menjadi _________________ ketika memilih kain yang beraneka corak dan warna di kedai itu.

a)

naik angin

b)

rambang mata

c)

mata duitan

10.

Penduduk di Taman Seri Seroja sering melakukan kerja-kerja gotong-royong bagai __________________________________.

a)

aur dengan tebing

b)

isi dengan kuku

11.

Mohamad Zuhairi merupakan ___________________ pasukan bola sepak sekolahnya.

a)

lipas kudung

b)

ayam tambatan

c)

orang tengah

12.

Penduduk Kampung Purnama _________________ sejak pukul lapan pagi untuk membaiki jambatan yang rosak.

a)

ringan tangan

b)

ringan tulang

c)

mandi peluh

13.

Kehidupan Intan Najwa sungguh bahagia walaupun dia anak angkat kerana ibu bapanya menjaganya ______________________________.

a)

bagai menatang minyak yang penuh

b)

bagai aur dengan tebin

c)

bagai isi dengan kuku

14.

Semua mangsa banjir di Batu Pahat __________________ untuk menyelamatkan harta-benda mereka daripada dihanyutkan air.

a)

mencari jalan

b)

membuka jalan

15.

Semua guru tidak sepatutnya ____________ terhadap anak muridnya semasa berada di dalam bilik darjah.

a)

pasang telinga

b)

pilih kasih