WorksheetsKUIZ 6
Total questions: 29
Worksheet time: 15mins
Insan bermoral ialah individu yang ______, berperasaan dan mengamalkan perlakuan baik dalam semua tindakannya.
Bersimpati
Berfikiran
Berwawasan
Berdikari
Ciri insan bermoral dari aspek pemikiran seseorang itu hendaklah tahu membezakan perkara yang betul atau salah.
Betul
Salah
Berikut merupakan ciri insan bermoral dari aspek perlakuan KECUALI
Bersikap adil
Berperikemanusiaan
Berfikiran rasional
Bertindak mengikut undang-undang
_________ peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
Menghormati
Bersimpati
Mematuhi
Mempertahankan
Hidup bermuafakat dan harmoni dalam komuniti.
Pernyataan diatas merupakan salah satu kepentingan menjadi insan bermoral dalam aspek Negara.
Betul
Salah
Pilih pernyataan yang tepat mengenai kepentingan menjadi insan bermoral kepada keluarga.
Hidup lebih tenang dan sejahtera.
Mendapat balasan yang baik daripada Tuhan.
Menghormati dan bertolak ansur dalam masyarakat
Institusi keluarga yang kukuh
Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah _____, di baling dengan batu dibalas dengan ______.
lebat...buah
banyak...kayu
banyak...buah
lebat...batu
Siapakah nama tokoh yang terdapat dalam gambar?
Mother teresa
Tan Sri Dr.Jemilah Binti Mahmood
Dato Siti Nurhalizah
Tan Sri Zety
Persatuan ini telah diasaskan oleh Tan Still Dr.Jemilah pada Jun 1999.
Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia)
Persatuan Bulan Sabit Malaysia (PBSM)
Persatuan Kemanusiaan Malaysia
Jabatan kebajikan masyarakat
Berikut merupakan kelebihan menggunakan internet secara berhemah KECUALI
Meningkatkan penguasaan bahasa
Berkongsi idea dan pendapat
Boleh menjadi terkenal di media sosial
Mengeratkan Hubungan dengan rakan
"Jadilah kamu orang yang baik,apabila ada disukai,apabila tiada dirindui, apabila mati ditangisi, janganlah kamu menjadi orang yang jahat, apabila ada dibenci, apabila tiada disukai, apabila mati disyukuri."
Pernyataan tersebut telah dinyatakan oleh ______.
Pendeta Za'ba
Mahatma Gandhi
Mother Teresa
Saidina Ali bin Abi Talib
Sanggup mempertahankan dan menjaga imej negara merupakan salah satu contoh tingkah laku insan bermoral.
Betul
Salah
Perasaan prihatin, empati, simpati,gembira dan sebagainya merupakan ciri insan bermoral
Betul
Salah
Siapakah tokoh yang terdapat dalam gambar tersebut.
Mahatma Gandhi
Pendeta Za'ba
Tun Abdul Razak
Tun Hussein Onn
Pilih nilai yang telah dipelajari dalam unit ini dengan tepat.
i) Baik hati
ii) Kejujuran
iii) Harga diri
iv) Kepercayaan kepada Tuhan
i dan ii
ii dan iii
ii, iii dan iv
i, ii, iii dan iv
Sumber moral ialah bahan rujukan yang menjadi panduan dalam pembentukan keperibadian diri seseorang individu. Berikut merupakan sumber moral KECUALI
Agama
Norma masyarakat
Prinsip hidup
Rukun Negara
Antara padanan Agama dan Kitab yang berikut, manakah padanan yang tepat
Islam - Tripikata
Hindu - Bhagavad Gita
Buddha - Bible
Kristian - Al-Quran
"Saya baik kepada mereka yang baik kepada Saya; Saya baik kepada mereka walaupun mereka benci kepada Saya. Apa yang Saya beri, Saya akan terima. Sehingga semua menjadi baik."
Pernyataan diatas merujuk kepada ajaran...
Agama Buddha
Agama Hindu
Kepercayaan Taoisme
Agama Sikh
Sumber rujukan dan panduan moral bagi seluruh rakyat Malaysia. Setiap warganegara Malaysia perlu mematuhi dan mengamalkannya.
Pernyataan tersebut merupakan sumber moral berasaskan ________.
Agama
Rukun Negara
Kepercayaan
Norma masyarakat
'Tidak boleh memotong kayu yang bertindan kerana dikhuatiri bibir anak menjadi sumbing.'
Pernyataan diatas merupakan pantang larang kepada suami wanita mengandung bagi kaum Melanau.
Betul
Salah
'Dilarang makan haiwan buruan yang dibunuh di dalam hutan kerana anak di dalam kandungan akan melecur seluruh badan.'
Pernyataan diatas merujuk kepada pantang larang wanita mengandung bagi kaum Iban.
Betul
Salah
Pilih pernyataan yang tepat bagi kepentingan sumber moral.
i) memberi panduan kepada pengamalnya.
ii) melahirkan rakyat yang berkeperibadian tinggi.
iii) memupuk perpaduan dan keharmonian Negara.
iv) menyedarkan tanggungjawab individu kepada keluarga, masyarakat dan negara.
i dan iv
i, ii dan iii
ii, iii dan iv
i, ii, iii dan iv
Kaum India melakukan alaman sujud kaki.
Betul
Salah
Kaum Melayu tidak melarang seseorang mengetip kuku pada waktu malam.
Betul
Salah
Kaum Cina melakukan upacara 'Cheng Beng', iaitu upacara pembersihan dan sembahyang di kubur nenek moyang.
Betul
Salah
Kaum Semai akan menangguhkan semua aktiviti harian ketika berlakunya kematian.
Betul
Salah
Gambar menunjukkan upacara perkahwinan dalam kalangan penganut beragama _______.
Buddha
Kristian
Hindu
Taoisme
Gambar menunjukkan amalan adat resam semasa perayaan kaum _________.
Buddha
Melayu
Hindu
Cina
Upacara 'Parisam', iaitu hantaran hadiah perkahwinan ke rumah pengantin perempuan dilakukan oleh penganut ______.
Buddha
Islam
Taoisme
Hindu
