wayground logo

Lembar Kerja Gratis yang Dapat Dicetak

BARU

Ukuran huruf

S
M
L
XL
Lembar kerja

SET 3 KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN SPM

Total soal: 40

Worksheet time: 40mins

Nama
Kelas
Tanggal
1.

Tujuan perniagaan adalah untuk

a)

meningkatkan taraf hidup

b)

menawarkan barang dan perkhidmatan

c)

memenuhi keperluan dan kehendak pengguna

d)

memastikan perniagaan dapat beroperasi lebih lama

2.

Perniagaan manakah yang merupakan milikan tunggal?

a)

Kedai Runcit Ali

b)

Restoran Syed dan Sheikh

c)

Koperasi Kg Rebana Berhad

d)

Syarikat JAZZ Sendirian Berhad

3.

Maklumat berikut menunjukkan bentuk pemilikan perniagaan. Antara berikut, yang manakah benar tentang bentuk pemilikan perniagaan tersebut?

I. Kadar bayaran cukai syarikat adalah rendah

II. Semua pemegang saham menanggung liabiliti yang tidak terhad

III. Bilangan ahli yang dibenarkan adalah antara dua orang hingga 50 orang.

IV. Milik saham hanya boleh dipindah selepas mendapat kebenaran ahli lembaga pengarah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

4.

Manakah yang boleh digolongkan sebagai perniagaan bersaiz kecil?

a)

Kilang pakaian

b)

Kedai kek dan biskut

c)

Loji penapisan minyak

d)

Pengeluaran ubat-ubatan

5.

Aktiviti perniagaan antarabangsa dijalankan ...

a)

antara penduduk luar negara.

b)

antara satu negara dengan negara lain

c)

antara penduduk dalam negara

d)

dalam sempadan sesebuah negara

6.

Pernyataan manakah berkaitan dengan peranan Bank Negara Malaysia?


I. Memberikan pinjaman jangka panjang kepada perniagaan

II. Menyediakan pelbagai perkhidmatan penerimaan wang

III. Mengawal selia sistem pembayaran negara

IV. Memantau dan mengawal keadaan ekonomi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Agensi kerajaan manakah yang terlibat dalam pemberian bantuan kewangan kepada para peniaga ?

a)

MARA

b)

MARDI

c)

FELDA

d)

SIRIM

8.

Rajah menunjukkan keadaan trend persekitaran sebuah perniagaan. Apakah faktor luaran yang menyebabkan keadaan demikian berlaku?

a)

Pekerja kurang bermotivasi

b)

Keadaan ekonomi semakin lembab

c)

Strategi pemasaran yang kurang berkesan

d)

Kos pengeluaran semakin meningkat

9.

Rajah menunjukkan trend persekitaran pertumbuhan ekonomi.

Apakah kesan jangka masa panjang keadaan X kepada ekonomi negara?

a)

Permintaan terhadap barangan meningkat

b)

Wujud lambakan produk dalam negara

c)

Kuasa beli pengguna meningkat

d)

Pengangguran berkurangan

10.

Bagaimanakah pihak Bank Negara Malaysia mengatasi masalah inflasi?

a)

Mengurangkan kadar faedah simpanan tetap

b)

Meningkatkan kadar faedah pinjaman kewangan

c)

Menambat nilai mata wang negara

d)

Menggalakkan pengeluaran produk secara besar-besaran

11.

Rajah berikut menunjukkan elemen dalam campuran pemasaran.

Apakah P?

a)

Kos

b)

Jualan

c)

Promosi

d)

Belian

12.

Situasi berikut berkaitan pengambilan sumber manusia.

Apakah kekurangan pengambilan sumber manusia tersebut?

a)

Kos merekrut yang tinggi

b)

Tidak membawa idea baharu

c)

Tidak perlu program induksi

d)

Pengetahuan stereotaip

13.

Apakah maksud visi perniagaan?

a)

Pencapaian sesebuah organisasi

b)

Tujuan penubuhan organisasi

c)

Motivasi bertulis pekerja

d)

Matlamat jangka masa panjang yang ingin dicapai organisasi

14.

Rajah menunjukkan publisiti di sebuah akhbar.

Apakah objektif syarikat yang mendorong kepada pengiktirafan tersebut?

a)

Menyediakan perkhidmatan penerbangan ke negara-negara Eropah dua kali seminggu

b)

Memastikan pengurusan pentadbiran syarikat diiktiraf 5 bintang

c)

Memberikan harga tiket 10% lebih murah berbanding syarikat lain

d)

Menukar pesawat setiap 10 tahun sekali

15.

Maklumat berikut berkaitan dengan tujuan penetapan Q.

Apakah Q?

a)

Visi

b)

Misi

c)

Objektif

d)

Sasaran

16.

Antara yang berikut, faktor dalaman manakah yang mempengaruhi perubahan objektif perniagaan?


I Pekerja syarikat memerlukan latihan untuk meningkatkan kemahiran

II Syarikat berjaya memperkenalkan teknologi baharu dalam operasi pengeluaran

III Keadaan ekonomi yang meleset telah memberi kesan kepada jualan syarikat

IV Kos operasi syarikat meningkat kerana undang-undang baharu diluluskan

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

17.

Apakah maksud bahagian fungsian?

a)

Bahagian yang mempunyai fungsi umum untuk seluruh organisasi

b)

Bahagian yang mempunyai tanggungjawab khusus untuk seluruh organisasi

c)

Bahagian yang mempunyai fungsi umum untuk bahagian tersebut

d)

Sebahagian dalam organisasi perniagaan yang mempunyai tanggungjawab khusus untuk bahagian tersebut

18.

Pernyataan yang manakah berkaitan tujuan bahagian fungsian sumber manusia?

a)

Menjawab pertanyaan pelanggan

b)

Memastikan bahan mentah untuk pengeluaran mencukupi

c)

Memastikan organisasi mempunyai pekerja yang berkemahiran

d)

Menyediakan pakar untuk memberikan maklumat mengikut kehendak pelanggan

19.

Maklumat menunjukkan peranti teknologi maklumat dan komunikasi.

Apakah peranan peranti tersebut dalam fungsian sumber manusia?

a)

Menjimatkan masa

b)

Tidak perlu melatih pekerja

c)

Mengurangkan penggunaan buruh

d)

Memudahkan penilaian data perniagaan

20.

Pernyataan manakah menunjukkan tentang interaksi antara perniagaan kecil dengan perniagaan besar dalam bahagian fungsian jualan?

a)

Perniagaan besar membantu perniagaan kecil menjual produk

b)

Perniagaan besar menghasilkan barang yang diingini oleh perniagaan kecil

c)

Perniagaan kecil akan menghubungi perniagaan besar bagi meluaskan pasaran

d)

Perniagaan kecil akan menghubungi perniagaan besar untuk mempelajari cara-cara menguruskan kewangan.

21.

Pernyataan yang manakah menunjukkan maksud sebenar pengurusan sumber manusia?

a)

Satu usaha mengenal pasti dan mengambil pekerja baharu dalam organisasi

b)

Merujuk kepada pendekatan dan cara mengurus pekerja organisasi secara cekap

c)

Aktiviti melatih pekerja baru untuk mencapai matlamat jangka pendek organisasi

d)

Satu usaha pembangunan tenaga kerja strategik untuk mencapai matlamat organisasi

22.

Mengapakah pemberian insentif yang munasabah kepada pekerja penting bagi sesebuah organisasi?

I Menjamin kesetiaan pekerja

II Dapat meningkatkan imej syarikat

III Dapat meningkatkan motivasi pekerja

IV Dapat meningkatkan kreativiti pekerja

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

23.

Mengapakah jenis kemahiran kebolehkerjaan amat penting bagi seorang bakal graduan?

a)

Majikan berminat menawarkan kerja

b)

Dapat merancang dan mengurus diri

c)

Dapat berkomunikasi dengan berkesan

d)

Mampu untuk menyelesaikan masalah

24.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan jenis sumber teknologi?

I Lesen perisian

II Peralatan kilang

III Kemahiran dan pengalaman

IV Pendidikan dan latihan

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

II dan IV

25.

Rajah berikut merupakan prosedur mengurus sumber teknologi.

Antara berikut, yang manakah merupakan prosedur yang betul bagi T?

a)

Hak cipta Terpelihara

b)

Penyelenggaraan

c)

Keselamatan

d)

Insurans

26.

Maklumat berikut berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan di sebuah organisasi.

Apakah yang berkaitan dengan aktiviti tersebut?

a)

Paten

b)

Hak cipta terpelihara

c)

Perlindungan insurans dan keselamatan

d)

Penyelenggaraan dan baik pulih secara terancang

27.

Gambar menunjukkan kemudahan aplikasi teknologi dalam perniagaan.

Apakah kesan aplikasi tersebut kepada perniagaan?

a)

Meningkatkan hasil perniagaan

b)

Meningkatkan kepuasan pelanggan

c)

Meningkatkan pengambilan pekerja

d)

Meningkatkan perbelanjaan pengurusan

28.

Maklumat berikut berkaitan sumber pembiayaan luaran.

Apakah sumber pembiayaan yang dimaksudkan?

a)

Sewa beli

b)

Pinjaman

c)

Overdraf

d)

Ar-Rahnu

29.

Manakah kelemahan sumber pembiayaan luaran daripada bank atau institusi kewangan?

a)

Modal terhad

b)

Jumlah pinjaman yang terhad

c)

Memerlukan cagaran dalam bentuk harta

d)

Sukar menambah modal dalam masa yang singkat

30.

Gambar berikut menunjukkan suatu jenis bank.

Antara yang berikut, dokumen yang manakah diperlukan semasa membuat permohonan pembiayaan daripada bank berkenaan?

I Salinan bil utiliti

II Lesen perniagaan

III Salinan kad pengenalan

IV Salinan lesen pihak berkuasa tempatan

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

II dan IV

31.

Apakah maklumat yang terkandung dalam penyata kewangan?

I Potensi perniagaan

II Keuntungan perniagaan

III Kelemahan perniagaan

IV Kedudukan ekuiti perniagan

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

II dan IV

32.

Maklumat berikut berkaitan dengan sebab pihak berkepentingan memerlukan penyata kewangan.

Siapakah pihak berkepentingan tersebut?

a)

Pembiaya

b)

Pelabur

c)

Pemegang Saham

d)

Pelanggan

33.

Mengapakah analisis titik pulang modal (TPM) sangat penting kepada sesebuah perniagaan?

a)

Menjamin keberuntungan perniagaan

b)

Memastikan produk yang dijual disukai ramai

c)

Memastikan sesebuah perniagaan itu berdaya saing

d)

Membolehkan peniaga merancang pengeluaran untuk memperoleh keuntungan sasaran.

34.

Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri keperibadian Puan Maznah Binti Rosman.

Apakah ciri-ciri keperibadian tersebut?

a)

Fleksibel

b)

Berdikari

c)

Semangat sepasukan

d)

Berani untuk gagal

35.

Antara berikut, yang manakah kelebihan berniaga sebagai kerjaya?

I Peluang kerjaya

II Matlamat peribadi

III Objektif kemasyarakatan

IV Keberuntungan perniagaan

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

II dan IV

36.

Perniagaan manakah yang ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956?

a)

Ismail Enterprise

b)

Berjaya Berhad

c)

Koperasi SMK Buloh Kasap Berhad

d)

Segar Mekar Sendirian Berhad

37.

Antara berikut, yang manakah merupakan dokumen pembelian?

I Penyata bank

II Invois

III Bil tunai

IV Memo

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

38.

Nyatakan kepentingan pemasaran kepada sesebuah organisasi perniagaan?

a)

Melicinkan proses pengeluaran

b)

Menjaga kebajkan masyarakat

c)

Memaksimumkan pilihan pengguna

d)

Memastikan perniagaan memperoleh keuntungan

39.

Pernyataan manakah yang berkaitan dengan rancangan perniagaan?

a)

Dokumen yang menerangkan masa depan perniagaan

b)

Dokumen yang menerangkan visi, misi dan objektif perniagaan

c)

Dokumen yang merupakan pelan induk perniagaan yang akan dijalankan

d)

Dokumen yang membandingkan prestasi perniagaan sebelum dan selepas beroperasi dalam pasaran

40.

Apakah yang perlu disediakan oleh usahawan untuk membuktikan keupayaan perniagaan membayar balik pinjaman dalam rancangan kewangan bagi rancangan perniagaan?

a)

Penyata Aliran Tunai

b)

Penyata Untung Rugi

c)

Kunci Kira-kira

d)

Titik Pulang Modal