Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

P.Kesihatan-Pemakanan

Total questions: 15

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

Makanan seimbang merupakan kuantiti makanan yang perlu dimakan setiap hari. Apakah yang dimaksudkan dengan makanan seimbang?

a)

Makanan yang mengandungi karbohidrat

b)

Makanan yang banyak mengandungi protein

c)

Makanan yang banyak mengandungi vitamin

d)

Makanan yang mengandungi semua kelas makanan mengikut nisbah kuantiti yang diperlukan badan

2.

Hasif dan Afif sering melakukan aktiviti fizikal. Apakah faedah utama yang diperolehi daripada aktiviti oleh mereka?

a)

Membantu jantung, paru-paru dan sistem peredaran darah kekal sihat

b)

Menjadikan badan kita lebih kurus dan menarik

c)

Dapat mengempiskan perut yang berat

d)

Memudahkan sistem perkumuhan kita berfungsi dengan betul

3.

Berapa gelaskah air yang perlu diminum oleh seseorang dalam sehari ?

a)

1-3 gelas

b)

4-5 gelas

c)

6-8 gelas

d)

Lebih dari 10 gelas

4.

Apakah kumpulan makanan yang terletak di bahagian yang paling atas dalam piramid makanan?

a)

Karbohidrat

b)

Lemak

c)

Vitamin dan garam mineral

d)

Protein

5.

Kumpulan makanan yang manakah yang perlu diambil dalam kadar yang sedikit?

a)

Karbohidrat

b)

Lemak

c)

Vitamin

d)

Protein

6.

Berikut merupakan makanan yang mengandungi karbohidrat kecuali?

a)

Roti

b)

Bijirin

c)

Nasi

d)

Ikan

7.

Kita mendapat protein daripada :

a)

Nasi

b)

Gula-gula

c)

Daging

d)

Mee goreng

8.

Apakah masalah yang akan kita hadapi jika terlalu banyak mengambil lemak?

a)

Obesiti

b)

Kurus

c)

Diabetes

d)

Penyakit buah pinggang

9.

Apakah piramid makanan?

a)

Panduan untuk menjaga makanan

b)

Panduan untuk memilih makanan yang sihat

c)

Panduan untuk menambah kekuatan stamina badan

d)

Panduan untuk membeli jenis makanan

10.

Sayuran merupakan pembekal protein kepada tubuh manusia. Sayuran adalah protein kelas pertama.

a)

Betul

b)

Salah

11.

Karbohidrat menyediakan sumber utama yang diserap ke dalam sistem tubuh manusia. Contoh karbohidrat ialah.....

a)

Daging

b)

Pisang

c)

Ubi kayu

d)

Kacang

12.

Apakah kepentingan lemak?

a)

Dapat mengurangkan sembelit

b)

Dapat melindungi organ badan seperti jantung dan ginjal

c)

Untuk pembentukan tulang serta otot

d)

Untuk mencantikkan diri

13.

Tanda-tanda mengalami keracunan makanan adalah seperti berikut kecuali......

a)

Sakit perut

b)

Cirit-birit

c)

Muntah-muntah

d)

Aktif melakukan aktiviti fizikal

14.

Cara-cara memilih makanan atau minuman yang selamat adalah seperti berikut kecuali......

a)

Lihat keadaan luar bungkusan makanan

b)

Mengambil kira tempat penyimpanan makanan yang sesuai

c)

Menggunakan deria dan membaca tarikh luput makanan yang hendak dibeli

d)

Beli terus tanpa membuat apa-apa periksa terhadap makanan

15.

Afif dan Hasif telah mengamalkan keselamatan dan kualiti makanan dengan baik. Apakah kebaikan daripada pengamalan mereka sebegini?

a)

Perbelanjaan untuk menampung kos rawatan di hospital semakin bertambah

b)

Tidak mendisiplinkan diri mereka

c)

Menghindari penyakit dan masalah kesihatan

d)

Mewujudkan persekitaran yang tidak tenang