wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PART 2: UJIAN AKHIR CTU 552 (IM1C)

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Pernyataan berikut adalah benar tentang falsafah KECUALI:

a)

Berfikir secara menyeluruh

b)

Berfikir secara kritikal dan radikal

c)

Berfikir mengikut emosi dan perasaan

d)

Berfikir secara teliti dan komprehensif

2.

Perbezaan antara ilmu falsafah dan ilmu sains ialah:

a)

Falsafah menggunakan kaedah perbahasan dialektika dan logical manakala sains menggunakan kaedah penyelidikan emperika dan jawapan yang objektif.

b)

Falsafah adalah ilmu tentang seni manakala sains adalah ilmu tentang alam semesta.

c)

Falsafah mendorong pemikiran manusia untuk berfikir secara saintifik manakala sains adalah asas tertinggi bagi pengetahuan manusia.

d)

Falsafah bersifat benar dan menyeluruh. Manakala sains bersifat spekulatif

3.

Matlamat Falsafah Pendidikan Negara dari aspek pembangunan individu manusia dalam konteks negara bangsa Malaysia ialah:

i. Percaya dan patuh kepada tuhan

ii. Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum

iii. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu


iv. Memilki sifat epistemic arrogance

a)

i, ii dan iii

b)

i, ii, iv

c)

ii, iii, iv

d)

Semua di atas

4.

Falsafah berasal dari perkataan Greek iaitu Philos dan Sophia. Perkataan SOPHIA memberikan maksud?

a)

Cinta

b)

Kebijaksanaan

c)

Semulajadi

d)

Kemahiran

5.

Apakah yang dimaksudkan dengan aliran falsafah Teoritikal?

a)

Merujuk persoalan dasar yang mendalam serta memberi jawapan bagi persoalan asas kehidupan tentang kewujudan.

b)

Falsafah yang bersifat aplikasi dan boleh digunakan dalam disiplin ilmu tertentu seperti falsafah politik.

c)

Merupakan fasafah yang berkembang mengikut perkembangan semasa yang memberi impak dalam kehidupan manusia.

d)

Falsafah yang memberi panduan dan bimbingan kepada manusia tentang persoalan-persoalan yang timbul

6.

Berikut merupakan pernyataan yang benar tentang falsafah etika dalam kehidupan


i. Berkaitan teori-teori tentang sifat alam atau metafizik

ii. Memberi panduan untuk menjadikan kehidupan yang lebih baik

iii. Mencapai kebahagiaan dalam kehidupan dengan berasaskan kefahaman keagamaan


iv. Penekanan bersifat akademik

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

7.

Berikut merupakan pernyataan yang benar tentang faktor mempengaruhi kewujudan falsafah baru.


i. Wujud masalah-masalah baru yang melanda dunia seperti masalah alam sekitar.

ii. Wujud persoalan dan pemikiran baharu dalam kalangan ahli fikir.


iii. Wujud ramainya kelompok manusia yang berfikiran sempit


iv. Kemunculan teknologi baru yang pesat yang memberi impak pada kehidupan

a)

i, ii dan iii

b)

i, ii dan iv

c)

ii, iii dan iv

d)

Semua di atas

8.

Berikut merupakan pernyataan yang benar tentang falsafah Islam:


i. Falsafah Islam ada menjelaskan tentang hakikat kejadian makhluk di dalam al-Quran

ii. Falsafah Islam merupakan suatu ilmu tabii yang berdasarkan pada tauhid sebagai doktrin induknya.

iii. Kebanyakan tokoh tokoh falsafah Islam menyesuaikan istilah falsafah dengan kata hikmah

iv. Falsafah Islam adalah suatu ilmu yang disesuaikan dengan roh dan ajaran Islam dalam membahas hakikat kebenaran segala sesuatu

a)

i, ii dan iii

b)

i, ii dan iv

c)

ii, iii dan iv

d)

Semua di atas

9.

Martabat ilmu pengetahuan dalam menjadikan kita percaya kepada hari pembalasan merupakan cabang ilmu?

a)

Ilmu Naqli

b)

Ilmu Syariat

c)

Ilmu Tasawwuf

d)

Ilmu Fardu Ain

10.

Sesuatu rumusan yang dibuat daripada kajian yang bersifat UMUM kepada KHUSUS dinamakan.

a)

Induktif

b)

Deduktif

c)

Aktif

d)

Silogisme

11.

Kajian dan perekodan tindak balas kajian terhadap seribu ekor tikus yang berbeza sebelum penghasilan kesimpulan yang berbentuk umum dan menyeluruh adalah contoh penggunaan kaedah:

a)

Induktif

b)

Deduktif

c)

Aktif

d)

Silogisme

12.

Berikut merupakan pernyataan benar tentang konsep manusia dalam Islam KECUALI;

i. Perkataan Insan adalah daripada kalimah “nasiya” yang bermaksud memimpin

ii. Menurut ilmu logik, manusia merupakan haiwan yang berfikir

iii. Manusia dipertanggungjawabkan dengan dua peranan iaitu hamba dan khalifah

iv. Manusia pertama adalah Nabi Adam yang dicipta daripada air mani

a)

ii dan iii

b)

i dan iv

c)

ii, iii dan iv

d)

Semua di atas

13.

Berikut merupakan kedudukan manusia dalam pandangan al-Quran:

i. Makluk paling mulia antara makhluk lain

ii. Makhluk yang paling awal diciptakan

iii. Makhluk yang diberi kemampuan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan

iv. Makhluk yang paling indah bentuk kejadiannya

a)

i, ii dan iii

b)

i, iii dan iv

c)

ii, iii dan iv

d)

Semua di atas

14.

Manakah antara berikut merupakan kenyataan konsep insan menurut Barat:


i. manusia adalah kehidupan yang berfikir

ii. konsep kelahiran semula bergantung kepada apa yang mereka lakukan dalam kehidupan sekarang

iii. aspek kemanusiaan berteraskan aspek emosi


iv. manusia dilahirkan tanpa apa-apa panduan hidup

a)

i dan ii

b)

ii, iii dan iv

c)

i, iii dan iv

d)

Semua di atas

15.

Manusia sering mencari dua jenis persoalan dalam kehidupan seharian iaitu persoalan asasi dan persoalan sekunder. Apakah persoalan-persoalan asasi tersebut?


i. Apakah destinasi selepas manusia mati?

ii. Apakah matlamat manusia ada di dunia ini?

iii. Bagaimana manusia nak membangunkan tamadun manusia?

iv. Dari mana manusia datang?

a)

i, ii dan iii

b)

i, iii dan iv

c)

ii, iii dan iv

d)

i, ii dan iv

16.

Manakah antara jawapan berikut dapat dikaitkan dengan teori koherens:

a)

Teori yang merujuk kepada sesuatu tindakan yang dilakukan itu berasaskan kepada konsep sains.

b)

Teori yang merujuk kepada kriteria yang digunakan untuk menentukan samaada pernyataan itu benar atau palsu.

c)

Teori yang bersifat rasionalis dan empirisis

d)

Kebenaran suatu pernyataan mestilah serupa dengan apa yang berlaku secara realiti

17.

Revolusi sains yang berlaku pada abad ke-17 telah memberi kesan kepada perkembangan epistemologi dan kehidupan manusia kerana_____

a)

Kesepaduan antara agama, falsafah dan sains

b)

Ilmu didasari kaedah rationalisme dan empirisme

c)

Ilmu didasari kaedah empirisme dan skeptisme

d)

Wujud dualism dalam pendidikan

18.

Terdapat persamaan antara falsafah, agama dan sains dalam epistemologi iaitu________

a)

Bersifat mutlak

b)

Bersifat spekulatif

c)

Mencari Kebenaran

d)

Bersifat relatif

19.

Fahaman saintisme timbul apabila berlaku perkembangan sains, inovasi dan teknologi semakin meluas.


Pilih pernyataan PALING tepat bagi menjelaskan ideologi fahaman saintisme:

a)

Saintisme meletakkan martabat sains begitu tinggi sehingga menjadikan sains sebagai satu-satunya sumber kebenaran ilmu pengetahuan

b)

Saintisme mempercayai kewujudan tuhan lebih daripada satu

c)

Saintisme menjadikan akal sebagai sumber ilmu kedua selepas wahyu

d)

Saintisme menjadikan manusia semakin tunduk akan penciptaan seluruh alam yang dijadikan oleh Khaliq

20.

Secara umum, ontologi merupakan disiplin ilmu yang membicarakan hakikat Tuhan, hakikat alam semesta dan hakikat manusia.


Antara berikut bidang ilmu manakah yang menggambarkan disiplin ilmu ontologi?


i. Psikologi


ii. Kosmologi


iii. Usuluddin (teologi)


iv. Kosmogoni

a)

i, ii dan iii

b)

ii, iii dan iv

c)

i, iii dan iv

d)

Semua di atas

21.

Berikut adalah pernyataan benar tentang ilmu metafizik:

a)

Disiplin ilmu yang membincangkan tentang hakikat realiti ataupun hakikat kewujudan.

b)

Cabang ilmu falsafah yang membincangkan tentang metodologi berfikir, seperti induksi dan deduksi.

c)

Ilmu yang merungkaikan tentang bagaimana untuk memperoleh ilmu pengetahuan yang benar.

d)

Merupakan cabang ilmu falsafah praktikal.

22.

Berikut merupakan fahaman agnostisism dalam memahami hubungan vertikal insan meliputi:


i. kewujudan tuhan tidak boleh diketahui kerana pemahaman manusia terhad.

ii. kewujudan tuhan dinafikan kerana realiti alam hanya terhad pada yang nyata.

iii. kewujudan tuhan sebagai hakikat kebenaran dalam kehidupan manusia.

iv. persoalan tuhan diketepikan sebagai ‘keep in view’ dan tidak dijawab secara lansung.

a)

i dan ii

b)

ii dan iv

c)

i dan iii

d)

i dan iv

23.

______________ adalah suatu konsep yang berhubungan dengan kewujudan dua elemen yang berbeza pada suatu benda atau suatu perkara .

a)

Modernisme

b)

Sekularisme

c)

Dualisme

d)

Atheisme

24.

Fethishisme merupakan salah satu kaedah___

a)

Kaedah menerapkan fahaman monoteisme

b)

Kaedah penyebarluasan pasca modernisme

c)

Kaedah menentang ideologi pasca modenisme

d)

Kaedah penyebarluasan ideologi sekularisme

25.

Kenyataan berikut merupakan konsep utama dalam sekularisme, KECUALI

a)

Pemisahan antara sacred (suci) dan profane (tidak suci)

b)

Pemisahan antara spirit (rohani) dan matter (material/ benda)

c)

Pemisahan antara value (nilai) dan reason (akal)

d)

Pemisahan antara sains dan agama

26.

Contoh kegiatan “antropogenik” adalah:

a)

Mencipta alat mengukur masa

b)

Mencipta kalender

c)

Pembukaan tanah

d)

Penanaman semula pokok-pokok

27.

Berikut merupakan ciri-ciri kolonisasi kecuali:

a)

Penjajah cuba menerapkan sistem pendidikan Barat kepada negara jajahan

b)

Penjajah berusaha menjalankan pendidikan bersepadu kepada negara jajahan

c)

Penjajah mahu melahirkan anak-anak negara yang dijajah supaya berpandangan Barat

d)

Merapatkan jurang politik, ekonomi dan sosial antara negara-negara Eropah dengan negara sebelah selatan

28.

Berikut merupakan aliran falsafah dualisme, KECUALI

a)

Ateisme

b)

Monoteisme

c)

Reduksionisme

d)

Naturalisme

29.

Berikut adalah yang berkaitan dengan Dualisme Cartesian KECUALI:

a)

Berfikir dengan sifat mutlak manusia

b)

Menerima segala kebenaran adalah daripada al-Quran dan al-Sunnah

c)

Alam benda sebagai makhluk yang tiada apa-apa nilai dan makna

d)

Percaya bahawa tidak terdapat elemen kesucian atau dewa yang mengawal alam

30.

·Mentafsirkan dan menganggap dunia dari segi nilai dan pengalaman manusia

·Kepercayaan bahawa manusia adalah entity paling penting alam semesta


Pernyataan-pernyataan di atas adalah merujuk kepada falsafah:


a)

Materialisme

b)

Individualisme

c)

Antroposentrisme

d)

Egoisme