wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERCUBAAN SPM PENDIDIKAN ISLAM 2020 SMK

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Pilih pernyataan yang benar mengenai kufur

a)

A

Menyamakan Allah SWT dengan sesuatu makhluk

b)

B

Berpura- pura beriman kepada Allah SWT

c)

C

Tidak percaya kepada hukum Allah SWT

d)

D

Mempercayai perkara-perkara karut

2.

Contoh kufur nikmat ialah

a)

Menolak hukum yang terdapat dalam al-Quran

b)

Berniat meninggalkan agama Islam

c)

Menyatakan solat merugikan masa

d)

Boros membelanjakan harta

3.

· Tidak mengaku balasan di akhirat.

· Menyatakan solat fardhu merugikan masa.


Pernyataan di atas merujuk kepada contoh

a)

kufur hakikat

b)

kufur nikmat

c)

syirik khafi

d)

Khurafat

4.

Semua yang berikut ialah akibat perbuatan menipu kecuali

a)

membatalkan iman

b)

dimurkai Allah SWT

c)

memutuskan silaturahim

d)

tidak dipercayai oleh orang lain

5.

Semua yang berikut adalah contoh perbuatan menipu kecuali

a)

Meniru di dalam peperiksaan

b)

Mengurangkan sukatan dalam jual-beli.

c)

Mencampurkan buah yang elok dengan yang busuk

d)

Menyekat penjual supaya dapat membeli dengan harga murah

6.

· Melakukan sesuatu untuk kepentingan diri sendiri atau memudharatkan orang lain.

Perbuatan ini boleh terjadi melalui kata-kata dan perbuatan


Pernyataan di atas merujuk kepada perbuatan

a)

Mengumpat dan memfitnah

b)

Zina, liwat dan musahaqah

c)

Mencuri dan merompak

d)

Berbohong dan menipu

7.

Pernyataan berikut adalah akibat terhadap mereka yang dituduh berzina kecuali

a)

menjatuhkan maruah

b)

menghadapi tekanan jiwa

c)

memusnahkan masa depan

d)

menghadapi pelbagai penyakit fizikal

8.

Mencemarkan

maruah diri.

Menghancurkan

masa depan.

Mengalami

tekanan jiwa.


Pernyataan di atas merujuk kepada akibat perbuatan

a)

Menderhakai ibu bapa

b)

Membunuh diri

c)

Meminum arak

d)

Menuduh zina

9.

Antara hikmah diharamkan qazaf ialah

a)

menjamin kesihatan fizikal

b)

menjamin hubungan sosial yang baik

c)

menggalakkan sifat suka berterus-terang

d)

menggalakkan sifat suka tolong-menolong

10.

Semua yang berikut adalah sebab dilarang memakan harta anak yatim kecuali

a)

hidup terbiar

b)

hilang punca pendapatan

c)

tidak dipercayai oleh orang lain

d)

mencabuli haknya sebagai pewaris.

11.

Antara berikut adalah cara anak yatim boleh memperolehi harta kecuali

a)

pusaka

b)

hadiah

c)

hibbah

d)

wasiat

12.

Berikut adalah sebab dilarang memakan harta anak yatim terhadap individu kecuali

a)

terputus silaturrahim

b)

hidup terbiar

c)

hilang punca pendapatan

d)

mencabuli hak sebagai pewaris

13.

Apakah kesan buruk terhadap individu yang mengamalkan ajaran sesat

a)

minda tertutup

b)

berlaku keganasan

c)

perpaduan tergugat

d)

negara tidak stabil

14.

Antara berikut yang manakah kesan buruk terhadap masyarakat yang mengamalkan ajaran sesat

a)

rosak akidah

b)

masa terbuang

c)

kehidupan tidak stabil

d)

keruntuhan institusi kekeluargaan

15.

Berikut adalah langkah-langkah menangani ajaran sesat oleh kerajaan kecuali

a)

program pemulihan akidah

b)

penguatkuasaan undang-undang secara tegas

c)

penyebaran ilmu melalui media masa dan elektronik

d)

melengkapkan diri dengan kefahaman Islam yang sebenar

16.

Berikut adalah ciri-ciri ajaran Qadyani kecuali

a)

menghapuskan jihad

b)

beriktikad pengasasnya sebagai nabi

c)

beriktikad bahawa alam ini bersifat baqa’.

d)

mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah SWT

17.

Antara berikut yang manakah ciri kesesatan ajaran Taslim?

a)

Beriktikad bahawa pengasasnya adalah jelmaan Allah SWT

b)

Menolak kewujudan mukjizat, malaikat, syurga dan neraka

c)

Mengharuskan perzinaan melalui nikah batin

d)

Mengubah bentuk-bentuk ibadat

18.

Pilih pernyataan yang benar mengenai ajaran Bahai.

a)

Beriktikad bahawa pengasasnya adalah jelmaan Allah SWT

b)

Menetapkan ibadat puasa hanya sembilan hari sahaja

c)

Mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah

d)

Mentafsir al-Quran mengikut hawa nafsu.

19.

Mengerjakan ibadat umrah terlebih dahulu pada bulan haji diikuti dengan mengerjakan ibadat haji.


Pernyataan di atas berkaitan dengan

a)

Umrah

b)

Haji ifrad

c)

Haji qiran

d)

Haji tamattuk

20.

Mengerjakan ibadat haji dan umrah secara serentak


Pernyataan di atas berkaitan dengan

a)

Umrah

b)

Haji ifrad

c)

Haji qiran

d)

Haji tamattuk

21.

· Cara haji ini lebih afdal

· Masa yang panjang

· Tidak dikenakan dam


Pernyataan di atas merujuk kepada jenis haji

a)

Haji badal

b)

Haji ifrad

c)

Haji qiran

d)

Haji tamattuk

22.

Hukum pelaksanaan sewa ialah

a)

Sunat

b)

Wajib

c)

harus

d)

makruh

23.

· Berharga

· Dapat diberikan oleh orang yang mengambil upah

· Diketahui kadar dan jangka masa


Pernyataan di atas merujuk kepada syarat sah

a)

Penyewa dan pemberi sewa

b)

Penjual dan pembeli

c)

Bayaran sewa

d)

Manfaat sewa

24.

· Kedua-dua pihak hendaklah bersetuju mengadakan kontrak sewa

· Barang yang disewa hendaklah memberi faedah dan diharuskan oleh syarak

· Manfaat yang tercatat dalam kontrak boleh digunakan


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Rukun sewa

b)

Bayaran sewa

c)

Manfaat sewa

d)

Syarat sah sewa

25.

Antara berikut merupakan rukun syarikat kecuali

a)

Moda

b)

Manfaat

c)

Lafaz akad

d)

Ahli syarikat

26.

Syarikat boleh dibubarkan apabila berlaku

a)

Salah seorang rakan kongsi mabuk

b)

Salah seorang rakan kongsi fasik

c)

Salah seorang rakan kongsi berhijrah ke luar negara

d)

Salah seorang rakan kongsi membatalkan penyertaan dalam syarikat

27.

Modal dalam sesebuah syarikat adalah meliputi

a)

Kemahuan sendiri

b)

Harta dan kepakaran

c)

Manfaat mestilah berharga

d)

Mendapat izin membelanjakan harta syarikat

28.

Hikmah disyariatkan iddah dalam Islam ialah

a)

Bertepatan dengan fitrah manusia yang ingin kembali ke pangkal jalan

b)

Memberi peluang suami isteri untuk berfikir dan menyesal perbuatannya

c)

Suami isteri berkesempatan memperbaiki kelemahan dan kesilapan yang lalu

d)

Suami isteri diberi peluang untuk menyambung semua perhubungan mereka

29.

Isteri yang dalam tempoh iddah talak bain, berhak mendapat

a)

Nafkah zahir seperti pakaian

b)

Berhak mendapat hak perwarisan

c)

Nafkah zahir seperti tempat tinggal

d)

Hak untuk berkahwin dengan sesiapa sahaja

30.

Perkara yang dilarang semasa dalam tempoh iddah bagi isteri yang kematian suami ialah

a)

Diharuskan peminangan secara sindiran

b)

Boleh keluar rumah bila-bila masa

c)

Diharuskan berhias

d)

Haram berkahwin

31.

Antara sebab yang membolehkan isteri menuntut fasakh ialah

a)

Suami fasik

b)

Suami berpenyakit sopak

c)

Suami hilang dalam tempoh 1 bulan

d)

Suami kurang memberi nafkah zahir

32.

-Tidak boleh rujuk dalam tempoh idah

-Boleh berkahwin dengan akad baru dan mahar baru


Pernyataan di atas merujuk kepada kesan

a)

Talak

b)

Rujuk

c)

lian

d)

Fasakh

33.

Hukum hadanah bagi anak yang belum mampu berdikari adalah

a)

Sunat

b)

Harus

c)

Wajib

d)

Makruh

34.

Syarat orang yang mendapat hak hadanah antaranya ialah

a)

Merdeka

b)

Berkemampuan

c)

Kemahuan sendiri

d)

Dewasa iaitu berusia matang

35.

Antara sebab hak hadanah gugur ialah

a)

Berkahwin dengan lelaki yang mempunyai pertalian nasab dengan kanak-kanak

b)

Berkahwin dengan lelaki yang tidak mempunyai pertalian nasab dengan kanak-kanak tersebut

c)

Berkahwin dengan lelaki yang bersifat mulia dan pengasih

d)

Berkahwin dengan lelaki yang disukai oleh kanak-kanak tersebut

36.

Antara tanggungjawab suami ialah

a)

Memberi nafkah zahir sahaja

b)

Memberi nafkah batin sahaja

c)

Memberi didikan fardhu kifayah sahaja

d)

Memberi layanan yang baik kepada isteri dan anak-anak

37.

Yang berikut, manakah bukan tanggungjawab bersama suami dan isteri

a)

Menjaga harta dan barang yang dimiliki

b)

Memelihara dan mendidik anak-anak

c)

Saling menghormati dan menjaga keaiban

d)

Menghubungkan silaturrahim kedua-dua belah pihak

38.

Hukum isteri mentaati suami adalah __________ kecuali dalam perkara-perkara yang berlawanan dengan syariat.

a)

Wajib

b)

Sunat

c)

Haram

d)

Makruh

39.

Berikut merupakan faktor seseorang perempuan yang haram dikahwini kecuali

a)

Keturunan

b)

Penyusuan

c)

Persaudaraan

d)

Persemendaan

40.

Contoh wanita yang haram dikahwini sementara ialah

a)

Ibu mertua

b)

Isteri orang

c)

Anak saudara

d)

Adik beradik susuan

41.

Berikut merupakan asas utama pemilihan bakal isteri kecuali

a)

Berhias

b)

Berharta

c)

Beragama

d)

Berketurunan baik

42.

· Imam Abu Hanifah

· Imam Malik

· Imam as-Syafie

Imam Ahmad b Hanbal

Tokoh-tokoh di atas adalah dikaitkan dengan bidang ilmu

a)

Tauhid

b)

Tafsir

c)

Fekah

d)

Falsafah

43.

· Yahya bin Ziad

· Ibnu Jarir al-Tabari


Tokoh-tokoh di atas sangat berkemahiran dalam bidang ilmu

a)

Hadis

b)

Tafsir

c)

Falak

d)

Fekah

44.

Imam Abu Dawud Imam at-Tirmidzi

Imam an-Nasa’i Imam Ibnu Majah


Tokoh-tokoh di atas adalah mereka yang berkemahiran dalam bidang

a)

Falsafah

b)

Tauhid

c)

Hadis

d)

Tafsir

45.

Sheikh Tahir Jalaluddin memberikan sumbangan dalam ilmu dan pemikiran

dengan cara

a)

Menyalurkan idea Islah melalui Majalah al-Imam

b)

Menubuhkan Madrasah al-Iqbal di Pulau Pinang

c)

Memperkenalkan ilmu kimia kepada masyarakat

d)

Menghasilkan karya sastera dalam Risalah Tauhid

46.

Pernyataan yang manakah benar mengenai Sheikh Tahir Jalaluddin

a)

Mengajar orang ramai di Masjid Nabawi, Madinah

b)

Menguasai ilmu falaq sehingga digelar Al-Falaqi

c)

Menentang penjajah Inggeris sehingga dipenjara

d)

Menguasai idea Islah melalui Syed Jamaluddin

47.

Mengapakah Sheikh Tahir Jalaluddin digelar al-Falaqi

a)

Mahir dalam ilmu geografi

b)

Sangat mementingkan adab berguru

c)

Suka merantau untuk menambah pengetahuan

d)

Sangat mahir dalam bidang astronomi atau falak

48.

Berikut adalah polisi pentadbiran Uthman bin Affan kecuali

a)

Menyumbang kekayaan untuk pertahanan negara

b)

Membukukan al-Quran dalam satu naskhah

c)

Membesarkan tentera darat dan laut

d)

Mengetatkan penggunaan wang Baitulmal

49.
  • Lahir lima tahun

selepas kelahiran Rasullullah s.a.w Digelar

Zu al-Nurain Wafat

ketika berumur 80 tahun


Kenyataan di atas merujuk kepada

a)

Saidina Abu Bakar al-Siddiq

b)

Saidina Umar al-Khattab

c)

Saidina Uthman bin Affan

d)

Saidina Ali bin Abi Talib

50.

Antara faktor yang mendorong Sheikh Tahir Jalaluddin melakukan pembaharuan di

nusantara ialah

i- Pemikiran umat Islam masih

jumud

ii -Menegakkan sebuah negara

Islam yang merdeka

iii- Membina sebuah masyarakat

yang maju dan cemerlang

iv- Membebaskan masyarakat

daripada khurafat, syirik dan penjajahan luar

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV