WorksheetsSejarah Ting 3 bab 7 & bab 8
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Tokoh berikut mengetuai gerakan penentangan di negara kita .
Gerakan penentangan tersebut berlaku di ______________
Perak
Pahang
Kelantan
Terengganu
Tindakan berikut telah dilakukan oleh British di Naning.
Berapakah kadar cukai tersebut?
½
¼
1/5
1/10
Tokoh-tokoh berikut terlibat dalam satu rundingan di Sabah.
- Mat Salleh
- William Cowie
Apakah hasil rundingan yang telah dicapai?
Mat Salleh dibenarkan mentadbir Tambunan
Tambunan diserahkan kepada SBUB
Beaufort diserahkan kepada SUB
Mat Salleh dibenarkan mentadbir Beaufort
Apakah faktor yang membawa kepada kegagalan British untuk menguasai kubu di Bukit Putus ,Negeri Sembilan?
Senjata yang moden
Kedudukan yang tinggi
Bantuan daripada Johor
Menggunakan kayu belian
Apakah faktor yang membawa kepada penentangan Rentap terhadap Brooke di Sarawak?
Perlucutan jawatan
Penghapusan petempatan
Pelaksanaan sistem cukai
Pembinaan balai polis
Sekiranya anda adalah rakyat Terengganu, apakah dokumen yang diperlukan untuk mengambil hasil hutan dan membuka tanah?
Surat Rujukan
Surat Pajakan
Surat Kelulusan
Surat Kebenaran
Apakah kesan pembatalan pajakan pungutan cukai dan larangan mengutip cukai oleh J.W.W. Birch terhadap pembesar di Perak?
Pembesar kehilangan kuasa
Pendapatan pembesar terjejas
Pembesar dilucutkan jawatan
Pembesar kehilangan kawasan taklukan.
Apakah tindakan yang diambil oleh British untuk menghilangkan kuasa pemimpin tempatan di Negeri Sembilan,,Perak dan Terengganu?
Menempatkan pegawai British dalam pentadiran tempatan
Memaksa pemerintah melucutkan jawatan pembesar
Membuat rundingan palsu dengan pemimpin tempatan
Memindahkan pusat pemerintahan pemimpin tempatan
British telah memperkenalkan sistem pentadbiran Barat di Negeri-negeri Melayu.
Apakah kesan daripada pengenalan tersebut terhadap Negeri-negeri Melayu?
Pengukuhan kuasa pembesar
Ekonomi negara terancam
Kedudukan sultan tergugat
Peningkatan taraf hidup rakyat
Sistem pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (SBUB) menyebabkan hak kehidupan orang Murut terjejas. Apakah buktinya?
Dilarang memburu binatang liar
Dilarang melakukan pertanian pindah
Dilarang menetap di sempadan negeri
Dilarang membuka tanah baharu untuk petempatan
Sultan, pembesar Perak telah bersumpah untuk merahsiakan pakatan sulit.
Bagaimanakah mereka mengikat taat setia merahsiakan pakatan sulit tersebut?
Menepuk bahu kiri
Meminum air keris
Memakai baju putih
Memakan sirih pinang
Apakah faktor Yamtuan Antah gagal dalam penentangan terhadap British di Negeri Sembilan?
I Kehabisan peluru
II Kekurangan ubat bedil
III Kehabisan makanan
IV Kerosakan Meriam tembaga
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Haji Abdul Rahman Limbong dijatuhi hukuman buang negeri ke Makkah?
Apakah kesalahan beliau?
Membunuh Residen
Menyeludup senjata
Menghasut penduduk
Mencetuskan serangan
Bagaimanakan usaha British untuk mengalahkan penentangan Tok Janggut di Kelantan?
Meminta bantuan Belanda
Membina kubu pertahanan
Mengunakan nama Sultan
Membakar kampung penduduk
Apakah kesan Rundingan Perdamaian Menggatal pada tahun 1898 terhadap Mat Selleh di Sabah?
Membenarkan mentadbir Tambunan
Merampas Kawasan pentadbirannya
Menjatuhi hukuman buang negeri
Menempatkan Residen Jeneral
Antara berikut, yang manakah strategi British untuk menggagalkan tentangan masyarakat tempatan di Tanah Melayu?
I. Memberi rasuah
II. Menangkap pembesar
III. Mengunakan istana
IV. Memecah belahkan pakatan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Mengapakah pertahanan Rentap di Bukit Sadok sukar ditembusi oleh tentera James Brooke?
Menggunakan senjata moden
Kubunya terletak di puncak Bukit
Terdapat halangan daripada kayu belian
Memiliki bilangan tentera yang ramai
Bagaimanakah British berjaya menguasai daerah berikut?
Melantik Presiden
Menempatkan Pegawai Majistret
Melancarkan serangan ketenteraan
Mengadakan pakatan dengan para pembesar
Apakah tindakan British yang menyebabkan konflik dengan Dato’ Bahaman semakin serius?
Mendirikan Balai Polis
Melantik Penasihat British
Memperkenalkan cukai tanah
Mencabuli adat resam orang Melayu
Apakah tindakan British untuk mendapatkan sokongan Raja-raja Melayu?
Memperkenalkan Durbar
Memberi elaun dan pampasan
Melantik sebagai penasihat Residen
Mengiktiraf sebagai ketua pentadbiran negeri
Rajah berikut berkaitan dengan sistem kerajaan berpelembagaan di Terengganu.
Siapakah tokoh X berikut ___________________
Sultan Ibrahim
Sultan Muhammad II
Sultan Zainal Abidin III
Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah
Gambar berikut merupakan tokoh yang terlibat dalam pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (SBUB) di Sabah?
Apakah peranan tokoh tersebut kepada masyarakat tempatan ?
Pegawai daerah
Mengetuai Jabatan
Mengusahakan pembalakan
Hakim di Mahkamah Anak Negeri
Logo berikut digunakan oleh pasukan Rejimen Askar Melayu.
Sejauhmanakah semangat dapat dizahirkan melalui logo tersebut?
I Kedaulatan undang-undang
II Memupuk sikap bersatu padu
III Menegakkan kesucian agama Islam
IV Keberanian mempertahankan raja dan negara
I dan II
I dan IV
I dan III
III dan IV
Antara berikut, perjanjian manakah yang tidak diterima oleh sultan di Negeri-negeri Melayu Utara?
Persetiaan British dengan Sultan Kedah 1791
Perjanjian Bangkok 1909
Perjanjian British- Johor 1914
Perjanjian British-Kedah 1923
Mengapakah pemerintah Negeri-negeri Melayu Utara tidak mahu menerima penasihat British selepas perjanjian Bangkok 1909?
Kedudukan politik raja dan pembesar terancam
Berusaha mempertahankan hak dan identiti negeri
British mengambil alih peranan pemerintah di negeri masing masing
British memberi layanan buruk kepada pemerintah Negeri-negeri Melayu Utara
Apakah tujuan kerajaan Johor dan Terengganu menggubal Undang-Undang Tubuh ?
Memudahkan pentadbiran negeri
Memperkenalkan Birokrasi Barat
Memperkukuh kuasa pemerintahan negeri
Memperkenalkan sistem pentadbiran secara demokrasi
Jadual berikut merupakan inisiatif Sultan yang telah memperkenalkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri masing-masing.
Apakah iktibar yang dapat diambil daripada perlaksanaan Undang-undang tersebut?
Berwaspada terhadap anasir luar
Bijak dalam membuat keputusan
Sentiasa berusaha memajukan negara
Bekerjasama menegakkan undang-undang
Apakah sumbangan Wan Muhammad Saman sebagai Perdana Menteri Kedah yang pertama?
Membangunkan bidang pertanian
Memodenkan sistem pengangkutan
Meningkat aktiviti perlombongan
Menggubal undang-undang tubuh negeri
Gelaran berikut diberikan kepada tokoh pemodenan negeri Johor
- Digelar Dato’ Bentara Dalam
- Digelar Bapa Pendidikan Melayu Johor
Siapakah pembesar berwibawa tersebut?
Dato’ Jaafar bin Muhammad
Dato’ Abdul Rahman bin Andak
Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi
Dato’ Muhammad Salleh bin Perang
Tengku Menteri Ngah Ibrahim mempelajari sistem pentadbiran daripada Sultan Johor bagi memajukan daerah Larut.
Mengapakah usaha beliau terhenti?
Pembangunan tergendala akibat campurtangan British
Beliau dipaksa oleh British untuk bersara awal
Beliau dijatuhkan hukuman mati
Beliau dibuang negeri
Persidangan Raja- raja Melayu dikenali sebagai Durbar merupakah wadah pertemuan
antara Raja-raja Melayu dengan British.
Apakah peranan Raja-raja Melayu dalam Durbar?
I . Menyelesaikan pertikaian
II. Berperanan sebagai jurubicara
III. Melindungi kepentingan bangsa
IV. Penggubal undang-undang kerajaan negeri
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah nilai yang dicontohi dari usaha pembesar negeri memajukan negeri-negeri Melayu?
Berkorban
Bijaksana
Taat setia
Berani
Apakah persamaan di antara Raja Chulan, Raja Di Hilir Perak dengan Dato’ Abdullah Haji Dahan, Undang Luak Rembau?
Merupakan Ahli Majlis Persekutuan
Menjawat jawatan Syeikhul Islam
Merupakan tokoh pejuang kemerdekaan
Merupakan pembesar negeri yang dibersarakan awal oleh British
Siapakah tokoh yang telah menjadikan Kedah sebagai negeri Jelapang Padi di negara kita.
Tengku Menteri Ngah Ibrahim
Wan Muhamad Saman
Tengku Muhammad
Long Jaafar
Berikut adalah sumber utama negeri Sarawak
Antimoni
Emas
X
Pada tahun 1820-an Sarawak merupakan pengeksport utama antimoni, emas dan X .
Apakah X ?
Bijih timah
Sagu
Kelapa
Petroleum
Kemunculan ekonomi di Sarawak dan Sabah telah mewujudkan pelabuhan seperti Kota Batu, Santubung , Banjarmasin dan Sambas.
Apakah kegiatan utama penduduk ketika itu?
Pertanian
Perikanan
perdagangan
Pembalakan
Tindakan diplomasi membuktikan kesungguhan Raja-raja Melayu menghadapi cabaran perluasan kuasa Barat. Apakah usaha yang dilakukan Sultan Abu Bakar dalam
mengekalkan kedaulatan kesultanan Johor sehingga tahun 1914.
I Menubuhkan Lembaga Penasihat
II Menandatangani perjanjian dengan British
III Membuat rundingan untuk menyelesaikan masalah
IV Mengadakan hubungan baik dengan kerajaan Negeri-negeri Selat.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu mengandungi 53 fasal.
Apakah kandungan penting berkaitan perlantikan Ahli Mesyuarat Negeri?
I Boleh terdiri daripada orang bukan beragama Islam
II Mestilah rakyat negeri
III Bersemangat patriotik
IV Berbangsa Melayu
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah tindakan yang telah diambil oleh tokoh di bawah untuk menyekat kemaraan British di Johor?
I Memastikan perairan Johor dan Singapura selamat untuk Perdagangan
II Memindahkan pusat pentadbiran Johor ke Teluk Belanga, Singapura
III Memperkenalkan Sistem Kangani
IV Memodenkan pentadbiran negeri
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Peranan pemerintah tempatan dan pembesar negeri telah berjaya melambatkan perluasan kuasa British di negara kita. Apakah iktibar yang boleh dipelajari daripada kenyataan tersebut. .
Sikap berhati-hati dan berwaspada
Bekerjasama dengan penjajah
Menandatangani perjanjian
Menghormati penjajah
