Font size
WorksheetsPJPK Ting 4
Total questions: 50
Worksheet time: 26mins
Tarian singa merupakan tarian traditional dan adat warisan masyarakat Cina. Tarian ini diiringi alatan muzik seperti berikut kecuali
Rebana
Gendang Besar
Gong
Letusan Mercun
Antara berikut manakah merupakan peraturan permainan Aci Bulat yang betul?
Tukang jadi ditentukan secara rambang
Semua pemain dibenarkan untuk memijak garisan bulatan
Tukang jadi hanya boleh menyentuh pemain yang berada dalam bulatan dengan menggunakan tangan
Permainan akan ditamatkan jika Tukang Jadi tidak lain ingin bermain
Antara yang berikut, manakah ialah teknik menendang dalam permainan bola Sepak ?
Tendangan sisi
Tendangan voli
Tendangan leret
Tendangan lambung
Bilakah tendangan leret dilakukan ?
Apabila memberhentikan bola yang sedang bergerak.
Apabila membuat hantaran dekat dan menjaringkan gol
Apabila mengeluarkan bola dari kawasan gol dan menjaringkan gol
Apabila membuat hantaran jauh, tendangan bebas dan tendangan sudut.
Tendangan boleh dilakukan dengan menggunakan bahagian badan yang berikut, kecuali
paha
kekura kaki
bahagian dalam kaki
bahagian dalam kekura kaki
Berapakah bilangan pengadil yang akan mengadili sesuatu perlawanan bola sepak ?
Seorang pengadil dan dibantu oleh seorang penjaga garisan.
Seorang pengadil dan dibantu oleh dua orang penjaga garisan.
Dua orang pengadil dan dibantu oleh dua orang penjaga garisan.
Seorang pengadil dan dibantu oleh empat orang penjaga garisan.
Antara tindakan berikut, manakah yang tidak akan diberi kad kuning ?
Menarik pemain lawan
Menerjah pemain lawan
Menyiku pemain lawan
Mendapat kad merah kali kedua
Berikut adalah kemahiran asas dalam permainan bola sepak, kecuali
menendang
mengelecek
menyerkap
menampar
Setiap pasukan bola sepak diwakili oleh 11 orang pemain dan seorang penjaga gol.
Betul
Salah
Kad Merah akan diberikan jika pemain melakukan tindakan berbahaya.
Betul
Salah
Apakah posisi bagi pemain yang berlabel RM dalam gambar bagi pasukan yang menggunakan formasi 3 : 5 : 2 dalam perlawanan bola sepak ?
Pemain tengah
Pemain pertahanan kanan
Pemain tengah kanan
Pemain pertahanan tengah
Berapakah bilangan penyerang utama yang berada di tengah kawasan gol dalam formasi 3 : 5 : 2 ?
1
2
3
4
Berikut adalah kesan jika suplemen diambil tanpa preskripsi doktor, kecuali
merosakkan buah pinggang
keracunan pada tubuh
merosakkan jantung
kecergasan badan bertambah
Pengambilan suplemen bergantung kepada tahap kesihatan individu dan berdasarkan preskripsi doktor. Apakah tujuan pengambilan suplemen ?
menyingkirkan toksin dari dalam badan
melengkapkan diet normal
merendahkan imuniti badan
menurunkan tahap kecergasan
Daya Tahan Otot ialah ………………………..
Keupayaan otot atau sekumpulan otot melakukan penguncupan secara berterusan untuk mengatasi rintangan dalam jangka masa yang panjang.
Keupayaan seseorang melakukan aktiviti dalam jangka masa yang lama
Kemampuan otot melakukan aktiviti untuk mengatasi rintangan atau beban dengan menggunakan daya yang maksimum
Pernyataan berikut berkaitan abstinen kecuali …………………
Tidak melakukan seks tanpa ikatan perkahwinan
Tegas mengatakan tidak terhadap seks sebelum nikah
Menahan diri daripada melakukan seks sebelum nikah
Melakukan seks dengan pasangan secara suka sama suka
Antara berikut, manakah akibat hubungan seks sebelum nikah? ( pilih 3 jawapan )
Membunuh diri
Lari dari rumah
Berasa bangga
Menggugurkan anak
Semua yang berikut merupakan cara untuk mengelakkan seks sebelum berkahwin, kecuali
mempraktikan abstinen dengan bersungguh-sungguh
memelihara reputasi diri sebaik-baiknya.
berdua-duaan di tempat yang sunyi
Berani berkata 'TIDAK' dengan tegas dan yakin
Penyalahgunaan bahan dikaitkan dengan pengambilan dadah. Tujuan asal bahan ini digunakan adalah untuk _________________.
keseronokan
perubatan
khayalan
ketenangan
Berikut adalah implikasi jerat dadah kepada keluarga, kecuali
menjejaskan keharmonian keluarga
tanggungjawab terabai
menjadi kebanggan keluarga
mencemarkan nama baik keluarga
Jerat dadah memberikan implikasi yang negatif terhadap mangsa. Berikut adalah cara mengelakkan jerat dadah, kecuali
mudah percaya dengan orang yang tidak dikenali.
selidik latar belakang rakan yang baru dikenali
jangan membawa barang yang dikirim oleh orang lain
berhati-hati dengan tawaran kerja bergaji lumayan di luar negara
Pemain yang berada di posisi manakah boleh berada dalam keseluruhan kawasan gelanggang kecuali bulatan gol dalam permainan bola jaring?
penjaga gol
Penyerang Sayap
Penyerang Gol
Pemain tengah
Tiang gol yang digunakan dalam permainan bola jaring adalah berketinggian _________
8.5 kaki
10 kaki
9.5 kaki
11 kaki
Berikut adalah kelebihan perlumbaan eksplorasi, kecuali
membina kerjasama
menguji kesabaran
menjadi inovatif
mendapat wang ganjaran
- Di kenali sebagai permainan Minta Api.
- Memerlukan kepantasan dan bijak menyusun strategi.
Pernyataan di atas merujuk kepada permainan tradisional_______
Tiang empat
Gasing
Aci Bulat
Batu Seremban
Perkataan "Aci" dalam permainan tradisional Aci Bulat merujuk kepada
saiz bulatan
bilangan pemain
tukang jadi
kawasan permainan
Berikut adalah situasi berisiko menjadi mangsa pemerdagangan manusia, kecuali
kurang pengetahuan tentang isu pemerdagangan manusia
mendapat pengawasan dan keprihatinan ibu bapa
tawaran kerja di luar negara
perkahwinan kontrak
Yang manakah merupakan maksud pemerdagangan manusia?
Tindakan awal yang perlu diambil oleh seseorang untuk menyelamatkan nyawa mangsa dalam situasi mengejut
Penyakit genetik sel darah merah iaitu badan kurang menghasilkan hemoglobin
Perhambaan zaman moden iaitu perdagangan yang melibatkan pergerakan atau migrasi manusia secara haram.
Kemahiran menahan diri daripada melakukan perhubungan seksual sebelum nikah
Yang manakah bukan kategori pemerdagangan manusia?
Pendermaan organ
Keldai Dadah
Buruh paksa
Pemerdagangan bayi
Talasemia merupakan penyakit genetik sel darah merah iaitu badan kurang menghasilkan hemoglobin atau hemoglobin tidak normal.
Betul
Salah
Antara berikut yang manakah tanda-tanda penyakit talasemia
Perubahan pembentukan muka ketika membesar
Anemia yang serius
Tumbesaran terbantut
Kekejangan perut
Apakah kesan Talasemia terhadap diri sendiri
Perlu mendapatkan rawatan sepanjang tahun
Pemindahan darah setiap tahun
Rawatan penyingkiran protein diperlukan
Boleh membawa kepada kematian
- Boleh dikesan hanya dengan ujian darah
- Tidak menampakkan tanda-tanda fizikal
Pernyataan di atas adalah berkenaan
Talasemia minor
Talasemia major
Apakah yang dimaksudkan dengan fleksibiliti?
Merupakan aktiviti yang melibatkan kesan kepada sistem kardiovaskular
Merupakan keupayaan untuk melakukan aktiviti berulang-ulang
Merupakan keupayaan untuk menghasilkan daya bagi mengatasi rintangan
Merupakan keupayaan otot, sendi, tendon dan ligamen bagi membenarkan anggota badan bergerak pada julat pergerakan yang maksimum.
Antara berikut, yang manakah merupakan kemahiran dalam permainan bola jaring?
Menerima bola, mengawal, memukul bola dan menjaring
Menghantar bola, gerak kaki, menjaring dan menyepak
Menerima dan menghantar bola, gerak kaki dan menjaring
Mengadang, mengawal, menjaring dan menyerang
Rawatan awal bagi mangsa yang mengalami serangan jantung ialah…
EAR
RICE
DRABCE
TOTAPS
Cardipulonary Resuscitation (CPR) merupakan satu tindakan awal yang dilakukan untuk menyelamatkan nyawa mangsa yang terhenti pernafasan supaya dapat mengembalikan aliran darah dan pernafasan secara spontan. CPR juga dikenali sebagai...
Bantuan hembusan pernafasan dari mulut ke hidung
Bantuan hembusan pernafasan dari mulut ke mulut
Bantuan kembalikan pernafasan dengan menekan dada
Bantuan pernafasan dari hidung ke mulut
Antara berikut merupakan bahan-bahan yang telah disalahgunakan. Anda boleh memilih lebih dari satu jawapan.
Dadah
Racun
Alkohol
Ubat
Antara berikut merupakan cara untuk mengelak jerat dadah, KECUALI...
Elakkan makan atau minum dengan orang yang baru dikenali
Membawa barang yang dikirim oleh orang yang tidak dikenali
Berhati-hati dengan tawaran kerja bergaji lumayan di luar negara
Selidik latar belakang rakan yang baru dikenali
Dalam sebuah gelanggang bola jaring terdapat tiga kawasan iaitu dua kawasan gol dan kawasan tengah seperti yang ditunjukkan pada gambar di bawah. Antara tujuh pemain dalam gelanggang, siapakah yang dibenarkan untuk memasuki kawasan gol yang bernombor 1 dan 5 ?
GK, C, WA dan WD
GK, GA, WA dan C
GK, GS, GD dan GA
GK, GS, WD dan WA
Kekuatan otot bermaksud…
Kemampuan daya mengatasi otot yang kuat
Kemampuan daya menghasilkan otot yang kuat
Kemampuan otot melakukan aktiviti untuk mengatasi rintangan atau beban dengan menggunakan daya yang maksimum
Kemampuan otot atau sekumpulan otot untuk menghasilkan daya bagi mengatasi daya
Berikut adalah strategi menyerang secara individu dalam permainan bola baling, kecuali
serangan sisi
serangan melalui gerakan
serangan ke dalam zon serangan
serangan hantaran berpasangan
CPR merupakan satu tindakan awal yang dilakukan untuk menyelamatkan nyawa mangsa yang terhenti pernafasan supaya dapat mengembalikan aliran darah dan pernafasan secara spontan.
Betul
Salah
Latihan Bola Segar adalah latihan untuk meningkatkan daya tahan otot.
Betul
Salah
Tarian sewang Merupakan tarian etnik bagi suku kaum ________ di Negeri Sembilan.
Semelai
Kuala
Kanaq
Seletar
Tarian Sewang dilakukan dengan tujuan
kesenian
perubatan
hiburan
menyambut keramaian
Siapakah yang akan melakukan servis untuk memulakan permainan sepak takraw ?
Pengadang
Tekong
Apit Kanan
Apit Kiri
Bahagian tubuh badan yang manakah boleh digunakan untuk mengadang bola ?
Kaki
Kepala
Badan
Tangan
Apakah kegunaan kemahiran merejam bola dalam permainan sepak takraw ?
Untuk Memulakan permainan
Untuk mematikan bola
Untuk mengawal dan menimbang bola
Untuk menghantar dan mengawal bola
Dalam perlawanan sepak takraw, pasukan akan dikira memenangi satu set permainan jika mendapat _______ mata terlebih dahulu.
6
17
15
21
